Wednesday, August 26, 2009

another ramadhan rantings

hey there ppl

sungguh rajin payid memblog sekarang. kan? mungkin sepanjang access aku ke fb masih disekat, jadi ini je la kut alat komunikasi aku dgn dunia luar, selain dr facebook chat yg sengal tuh. haish... i nvr knew that berkomunikasi dgn dunia luar sewaktu bekerja adalah satu keperluan rupanya. i wonder macamana org2 zaman sebelum internet wujud ni mengelat time keje? hiks..

oleh kerana aku xdpt YM dan facebooking, maka masa kerja aku adalah sedikit terluang. tapi nama aku mau bg sepenuhnye konsentrasi terhadap kerja itu semacam tidak mungkin akan terjadi je. jadi aku memilih utk mengelat dgn cara lain ; bloghopping y'all...!

frm one blog to another, aku melompat2 dan membaca. sedikit sebanyak tau juga la update2 cerita hidup org lain. then it made me realize sth ; membaca blog yg wujud dlm satu lingkaran sahaja (read : the sengetians ) boleh mengakibatkan tekanan dan kemuakkan tahap melampau.

before this, i admit that aku hanya membaca beberapa blog je, yg aku rasakan kena dgn jiwa aku. tp akibat masa terluang begitu banyak sepanjang 2 hari ni, maka aku turu2 membaca blog2 yg aku skip selama ini. bt reading them again buat aku terigt semula the reason why i dun read them at the very first place

im not saying semua tulisan itu tidak bagus. ada yg bagus juga, ada yg kelakar, ada yg sweet, ada yg witty, ada yg penuh informasi. bt most of them aku rasakan mereka menulis hanya kerana everybody is doing it. like, everybody who is somebody in the sengetians have a blog, so they felt that they shud hv one too so that mereka juga boleh meluahkan rasa dan bercerita ttg kehidupan mereka, kisah cinta mereka dan partner mereka yg dirasakan yg paling sempurna dlm dunia dan mereka sajala pasangan bercinta paling hebat di alam semesta dan semua org pon mau membaca kisah mereka juga. padahal mungkin mereka tidak sedar that they are suffocating their readers with their mushy2 love stories.

akhirnye, setelah terasa kemuakkan tahap dewa, aku ditakdirkan utk terjumpa blog my pet sis masa kat sekolah dlu. i havnt heard frm her since the last 4 years jadi terlalu banyak update yg aku tertinggal. and as i was catching up with her life stories (yg xdela bk sgt coz it's more like her thoughts and opinion on her everyday encounters) i was like, man, it feels like a breathe of fresh air. finally, sth yg tidak ada kisah cinta sesama jenis yg memualkan, kisah patah hati tahap dewa, kisah kehidupan seorg sengetian yg membosankan. eheh. and as i keep on reading, i realized that she's still the same old k.jas yg aku kenal dlu. who speaks her mind in her own language and writes frm her heart. man, how i really miss her..

and i swear, disebabkan terasa terlalu connected dgn tulisan itu, aku hampir sahaja meninggalkan komen until i realized that i was signing in with my blogger ID. it held me back, bila aku terfikir yg i ws not ready to share the other side of me yg dia tidak tahu. knowing her, aku tahu yg maybe she's gonna be sooooo okay about my sexual orientation yg xpenah aku reveal openly masa sekolah dlu. tp aku rasa, im not ready to openly admit to her yet kut. jadi biarla dulu. lgpon, aku rasa tidak menjadi keperluan pon utk dia tahu walaupon aku rasa mau share my writings with her as well

but to dedicate this post to her, i quote these meaningful phrase frm her blog (yg aku tau dia juga quoted frm sumone else. eheh)

Whatever you gave a woman, she will make greater.
If you give her sperm, she will give you a baby.
If you give her a house, she will give you a home.
If you give her groceries, she will give you a meal.
If you give her a smile, she will give you her heart.
She multiplies and enlarges what is given to her.
So if you give her any crap, be ready to receive a ton of shit.

Friday, August 21, 2009

kenangan ramadhan payid

ramadhan muncul lagi, silih berganti. dan aku bersyukur kepada Allah kerana dipanjangkan usia untuk menempuh ramadhan sekali lagi, Alhamdulillah. sama2 kita menghayati bulan yg penuh keberkatan ni dgn memperbanyakkan amal dan mengurangkan dosa. moga kita sama2 beroleh keberkatanNya

ada cerita ramadhan yg best yg aku teringin nk kongsi ngn korg semua. cerita yg mungkin gembira, mungkin juga menyentuh hati. xpe, kamu judge la sndiri selesai membaca nnt ye. lgpon menjelang ramadhan ni kita cerita benda2 best je la. benda xbest kita sambung lepas raya nnt eh

masa aku study kat johor dlu, ramadhan adalah antara bulan yg aku nantikan. xsabar aku berjumpa dgn sesuatu yg aku hanya muncul setahun sekali. dan bila ramadhan menjelang, tika aku lihat tapak bazaar mula disiapkan dengan payung2 mula didirikan, aku tersenyum sendiri dlm hati. yes, boleh makan nasi beriani lagi!

padahal patutnye kau nantikanla malam lailatul qadar ke, terawih ke, tadarus ke. nasi beriani yg kau tggu payid? isy..isy..isy.. (kata para pembaca dlm hati)

ok, inila peluang last korg mengata kat aku ye, xpe. aku ampunkan korg utk kesekian kalinye menjelang ramadhan ni. hiks

ok ok sambung. bukanla hari lain xde nasi beriani kat parit raja tu. tapi nasi beriani yg istimewa ni cuma ada di bazaar ramadhan je. hari lain mmg xjual. aku pon xtahu kenapa. mungkin sbb tu dia special. lagipon mmg nasi beriani tu sgt sedap tahap dewataraya. harus aku eksaited tiap kali menunggu kemunculannye

beriani ni dijual oleh 2 org abg yg badannye agak 'sihat', beserta dgn pembantu2 mereka yg aku kira budak kolej aku juge. dia cuma ada 2 menu, nasi beriani dan nasi tomato, beserta dgn lauk ayam, daging dan kambing serta ayam masak merah bagi nasi tomato. tiap kali makan kau mmg rasa heaven sgt. dan harus sgt kenyang tahap dewa kerana portionnye sgt generous. mungkin abg2 itu menjual mengikut portion yg mereka mkn kut. dan tiap kali aku gunakan alasan akibat mkn beriani tu utk melambat2kan maghrib dan memonteng terawih sbb xlarat nk angkat perut. haha. tp serious seh, mmg gile kenyang nye mkn beriani tu

mula2 aku jatuh cinta dgn beriani tu masa aku 1st year lagi. dan sejak tu, tiap kali ramadhan aku akan muncul di gerai abg tu selang sehari. kdg2 3 hari berturut2 pon aku boleh beli beriani abg tu. aku segan nk beli hari2 walau aku xtau kenapa aku segan. mungkin aku segan bila abg2 tu tau yg aku sgt mencintai berianinye hinggakan hari2 aku jd pengunjung setia. kdg2 aku buat kemunculan secara solo, kdg2 aku siap angkut konco2 aku. kdg2 walau aku muncul secara solo, aku siap beli 4, 5 bungkus nasi lagi utk kwn2 aku. dan salah seorg abg itu pon semacam ada 'bond' dgn aku bilamana kdg2 aku boleh membeli dgn harga diskaun. dan yg paling best, tanpa diminta abg tu siap tau lagi bahagian kambing yg aku suka. *tetiba air liur aku kecur mengenangkan lauk kambing tu

tapi masa aku fourth year kat uni, untuk kali pertama dlm sepanjang ramadhan thn tu, abg2 itu tidak berniaga pada suatu hari. tapak gerainya kosong hari itu. aku yg mmg bercadang mau beli beriani mundar mandir beberapa kali di hadapan tapak gerai tu. aku pujuk hati, mungkin abg2 ni terlambat. aku pusing beberapa round bazaar ramadhan tu sambil menanti lori abg2 tu

dan setelah beberapa pusingan, tiba2 aku dipanggil salah seorg adik yg lepak kat tapak gerai tu. boleh aku xperasan budak pembantu abg2 tu masa buat round td. mungkin terlalu letih berpuasa, atau terlalu mengidamkan beriani. eheh. agknye mesti budak2 tu dah perasan aku lalu byk kali depan tapak gerai tu. terasa sedikit segan kat situ, tapi aku pegi juga dkt budak2 tu

dan dpd salah seorg dr mereka aku menerima perkhabaran yg amat mengejutkan. pd mlm selepas berbuka puasa sebelumnye, salah seorg abg itu diserang sakit jantung yg mengejut. dan dia menemui ajalnya pada mlm itu. aku terkesima, mungkin aku terdiam beberapa saat kut tanpa dapat memberikan respon. sungguh, aku amat terkejut. aku terkejut dgn pemergian yg tiba2 itu. dan aku juga terkejut mungkin kerana pemergian itu tiba2 memberikan kesan yg hebat kepada aku.

pada adik itu, aku sampaikan salam takziah buat keluarga arwah. dan tika aku sampaikan perkhabaran itu pd kwn2 aku, aku tetiba tersebak. aku sedih dgn pemergian seseorg yg bukan sesiapa pon aku kira pada mulanya. dia sekadar abg penjual beriani, yg tidak pernah aku ketahui pon namanya tika hayatnye. dan petang itu, aku tiada semangat utk berbuka buat kali yg pertama sepanjang ramadhan aku di uni. jenuh juga la kwn2 aku memujuk time tu walau aku kira derang kurang mengerti kenapa pemergian abg beriani itu membawa kesan yg amat hebat kepada aku. jgnkan derang, aku sendiri pon xfaham masa tu

dan malam tu, selsesai terawih dan witir, aku memanjatkan doa kepada Allah. moga Allah mengampunkan dosa abang itu dan menempatkan rohnya di kalangan org2 yg Dia kasihi. moga Allah merahmati abang itu dan ahli keluarga yg ditinggalkannya. dan aku sedekahkan Al Fatihah serta Yaasin kepada arwah. mungkin itulah saja sumbangan aku kepada arwah buat kali terakhir

selepas itu pemergian abg beriani tu, ramadhan aku jadi kurang beseri. kwn2 abg beriani dan pembantunye masih berniaga, tapi berianinya tidak dirasakan seperti dahulu. ye la, sebelum2 ni arwah yg masak. tentu rasanya tak sama. lagipon mungkin aku rindukan arwah yg tau bahagian kambing kesukaan aku tapi kali itu aku perlu memilih sendiri bahagian yg aku mau

itu cerita ramadhan 4 tahun lepas, tapi kenangan itu masih segar dlm ingatan, terutama setiap kali ramadhan menjelang. dan aku xsangka, walau setelah 4 kali ramadhan berlalu, aku masih terasa sebak dan aku rasa ada air mata yg bergenang ketika menulis post ni

moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh abg beriani yg tidak aku ketahui namanya itu

salam ramadhan untuk semua pembaca muslim aku. selamat berpuasa dan selamat beribadah. maafkan andai ada kesalahan bahasa dan tingkah laku selama ini. harap dihalalkan andai ada yg terkurang atau terlebih

Thursday, August 06, 2009

kawan payid

kali pertama aku disapa oleh seorg kwn ini ialah melalui YM. she has been my faithful reader since aku pon xtau bila. tapi menurutnya, dia telah khatam keseluruhan cerita hidup aku dalam blog tu.

dia buzz aku kat YM, menyatakan betapa dia mengkagumi penulisan aku. klu kumpulan peter pan menggelarnya sebagai "ngefans". yeah. dia ngefans aku pada mulanya. tp pujiannya yg melambung tinggi buat aku rasa kurang selesa. jadi aku katakan yg aku xmau dia menjadi fan aku. aku dia jadi friend aku

jdnya kami berkawan. walau permulaan kami mungkin xbegitu baik. setelah puas bersaing merebut sekeping hati (ayat xleh blah, dowh), maka kami akhirnya menerima kekalahan kami dalam persaingan itu. kekalahan itu membuat kami menjadi lebih rapat. sgt rapat sehingga mungkin menimbulkan spekulasi yg tidak betul. maka demi menepis gosip2 liar itu, aku nyatakan di sini menggunakan ayat2 cliche seorg artis "kami hanya kawan"

dalam diam, sebenarnya aku juga mengkaguminya. aku mengkagumi pendirian tentang arah hidup yg dia pilih, dan ketegasan serta keyakinannya menangkis tanggapan negatif org mengenai pilihan hidupnya. dia memilih untuk mengambil arah yg berlainan ketika semua org menuju ke arah yg kebanyakan org merasakan itu adalah jln yg benar

dia seorg gembala lembu, dan dia juga lulusan sarjana muda urban and regional planning. ketika anak2 muda sibuk berhijrah ke bandar, dia tinggal di kampung demi memenuhi golden dreamnya, iaitu untuk tinggal bersama ibubapanya. dan dia juga mengajar org2 kampungnya menjadi org2 celik IT, menguruskan semacam cyber cafe ala2 kampung. dan di malam hari, dia memberi tuition kepada anak2 muda di kampungnya. ruang di atas rumahnya dijadikan kelas, lengkap dengan kerusi meja dan papan putih. semua hasil titik peluhnya sendiri

dia memandu kereta yg seusia dengannya, dan merasakan hakikat itu sungguh cool sekali (aku pon rasa hakikat tu cool juga). dia budak kampung, jadi xheran kalau mau mkn buah, dia memanjat pokok dan memetik buah untuk mkn. kalau aku mau mkn buah, aku beli tepi jln je. dan walau aku adalah civil engineering student satu masa dahulu, aku tidak pernah (dan mungkin tidak mampu) untuk mereka sendiri pelan bilik air lengkap dgn litar paipnya sekali sperti yg dia lakukan

kalau family aku mau mkn sayur, kami beli je kat pasar atau hypermarket. dia cuma perlu memetik sayuran yg mau dimakan disekeliling rumah. dan dia juga sgt enviroment friendly.dia kutip tin2 kosong untuk dijual dan dikitar semula

mungkin perbezaan gaya hidup kami mebuat aku mengkaguminya. dan aku sgt berbangga kiranya ada yg bertanya dan aku boleh mengaku, dia adalah kawan aku

dan untuk kawan aku, selamat hari lahir yg ke 31. sudah2 la kamu menipu umur tu. muka kertu ada hati nk mengaku umur 21. dahla xkendu. aku lempang laju2 dgn selipar jamban baru kau tau

Tuesday, August 04, 2009

teori ekonomi payid

seorg kwn penah kata, order aku susah utk dibuat. sbb tu apa yg aku order xsampai2. aku sengih je dan cuba menafikan. susah, tapi xmustahil. jd aku percaya, sampai waktunya order aku akan muncul juga

dan mungkin kerana order itu sgt istimewa, unik dan sgt bernilai, maka xhairan klu ia menjadi rebutan ramai. tambahan pula, ia xselalu muncul di pasaran. benda yg sedikit itu seronok direbut beramai2. padahal yg byk di pasaran tu xde sapa lak nk rebut kan?

klu diikut teori ekonomi pon, bila penawaran itu melebihi permintaan, nilainya akan jatuh. jadi yg sedia berlambak di pasaran itu rendah nilainya, hingga mungkin klu ada yg diberi percuma pon ada yg menolak. aku juga salah seorg dpdnya. aku xmahu yg percuma. aku mahu yg aku order itu juga, xkira betapa susah pon utk aku mendapatkannya

dan mungkin kerana permintaan itu melebihi tawaran yg ada, aku mungkin terpaksa membayar dgn harga yg mahal. mungkin aku terpaksa mempertaruhkan segala yg aku ada demi memiliki order yg susah itu. tambahan pula, dalam ekonomi laissez faire atau pasaran terbuka begini, it's anybody's game. it's an open tender. sesiapa pon boleh mencuba peluang kiranya kau merasakan kau layak untuk bersaing (walau hakikatnya kau mungkin xlayak pon. kau je rasa yg kau layak)

mungkin kalau ia seperti barang kawalan di musim perayaan mcm gula, kerajaan boleh menetapkan harga silingnya. tapi dia bukan barang kawalan. dia bukan barang pon. dia adalah seseorg, seseorg yg sepertinya jarang2 sekali sekali muncul dalam hidup aku