Friday, July 30, 2010

baik!

antara cabaran menjadi seorg kendu dan disukai ramai adalah terlalu ramai org yg mau berbaik2 ngn kita. eh, kita? kendu kah kau, payid?

but seriously, i knw hw annoying it is. kita rasa mcm semua org pun wants a piece of us. semua org pun nk minat ngn kita. semua org mau berbaik2, dgn harapan dpt memenangi hati kita. apekah jenis pertandingan ni? kau fikir hati tu apa? trofi?

bila kita susah sikit je, dan masalah tu sebenarnya kecik punye hal, ramai la plak yg concern. ramai la plak yg cuba menghulur bantuan. kita xde ride nk balik umah, berebut2 org nk anta kita balik smp dpn pintu rumah. cuba klu xkendu, anta smp lrt station pun kira habis baik dah tu

tapi kdg2 kita terlupa, sebenarnya ada je org yg mmg genuinely mmg baik hati. dah mmg berbuat baik itu spt sebahagian dr cara hidup dia. ada je org yg baik2 dgn seikhlas hati, tanpa agenda tersembunyi

jd camne nk beza org tu baik ada makna ke, atau mmg baik secara semulajadi? ok, langkah pertama ialah sila ambil cermin dan tgk muka anda sndiri. adakah anda kendu? kalau anda kendu (atau rasa anda kendu) sila proceed ke langkah seterusnya. kalau tidak, terima je la hakikat yg org tu mmg betul2 baik tanpa sebarang agenda utk mengorat. hahaha

langkah kedua, sila perhati org2 di sekeliling dia yg sentiasa nk berbaik2 dgn kamu itu. adakah dia berbuat baik dgn kamu sorg je? atau dia berbuat baik dgn org lain juga? ok, tgk lebih jelas lg. adakah org2 lain yg dia berbaik2 itu semuanya kendu belaka? kalau begitu, mungkin dia ni seorg yg sgt bertuah sbb kwn2 dia semua kendu belaka. atau dia mmg menabur charming cards dia di sekeliling org2 kendu tu dgn kebaikan dia dgn harapan mungkin akan lekat seorg jd partner dia. tapi klu kamu tgk, dgn org yg xkendu pun dia baik juge. malah dgn kwn2 yg macho kekar pun dia caring terlebih juge. bolehke kamu nk speku yg dia cuma nk charming ngn si macho kekar itu juge? haishhhh...

jadi kalau dah betul org itu mmg baik, genuinely, tanpa hidden agenda utk mengorat. apelah salahnya kamu bg dia peluang utk berbaik2 ngn kamu juga? ambil la sedikit masa utk betul2 kenal hati budinya, dan bgla ruang utk dia mengenali kamu yg sebenarnya juga. u've got nothing to lose. tak ada ruginye berkawan dgn org yg baik2 ini.

ok la, so dia mmg seorg yg budiman, dan kamu mmg confirm dia suka kat kamu juga. haishhhhhhhhh........ apa lg yg boleh aku katakan? org yg budiman mmg susah nk jumpa zaman sekarang ni. start counting ur blessings, babe!

Monday, July 19, 2010

payid masih excited nk menulis walaupun penat

walau aku terpaksa pegi keje ngn muka yg agk gampang arini akibat xcukup rehat, naumn ia xdpt menyekat betapa excitednye aku nk update blog ni dan blog rasmi gath. walau badan rasa penat gile, namun dlm hati, aku masih tersenyum. nk senyum betul2 pun aku xlarat, jd senyum dlm hati je

aku xpuas2 membelek buku program yg cool tu. nasib la goodie bag aku xangkut ke ofis. dan kertas cakap belakang tu tak pernah gagal membuat aku tersenyum sorg setiap kali aku menatapnya.

tidak ada kata yg dpt menggambarkan perasaan aku sekarang ni selain lega sgt2. lega kerana semua telah berakhir. rasa mcm xpercaya je hari yg dinanti selama berbulan2 tu tiba juga akhirnya. dan 2 hari satu malam itu seakan terlalu cepat berlalu. rasa mcm baru lg nervous xleh tido mlm sbb nk pegi gath, tetiba arini aku dah balik semula ke ofis dgn badan yg penat gile

tapi apa2 pun, personally i had the greatest time ever. dan aku lega bila semua org pun mcm having a good time throughout the weekend. terbayar rasanya segala usaha penat lelah bila semua org nmpknye mcm happy

masa uL jemput aku utk berkoleborasi dgn dia utk mengadakan sengetians gath tahun ni, aku betul rasa honoured. dan aku terima invitation itu dgn penuh rasa tanggungjawab dan komited utk berusaha memberikan yg terbaik utk gath kali ini. terima kasih byk uL kerana sudi bg aku peluang utk berkerjasama ngn kau thn ni.dan terima kasih juga kepada semuthitam, kapal, zu, lone, sal, is dan anne. it is an honour to be working with u guys

juga kepada semua yg hadir. terima kasih byk2 kerana sama2 menjayakan gath kita kali ini. aku xlarat dah nk taip nama semua org balik. u know who u are. aku berbesar hati dapat menjadi tuan rumah gath utk korg semua.

bila tgk balik video gath yg lepas2, aku rasa mcm ada perasaan yg bercampur baur. rindu pada wajah2 yg pernah aku jumpa dan aku kenal, dan buat aku tertanya2 khabar derang sekarang. di gath, persahabatan pernah terjalin, memori pernah tercipta. dan bila melihat semuanya ditayangkan satu persatu, aku terasa semacam sebak pun ada bila mengimbas kenangan2 gath yg lalu. xtaula, mungkin lagu temanya pun menyentuh rasa, mungkin aku yg terlau sentimental agknye. tapi aku harap gath kali ini pun akan membawa kenangan2 manis kepada kita semua

dan dalam kesibukan kerja hari ni, kenangan gath 2010 mcm terbayang2 semula dlm fikiran aku, sambil otak aku berulangkali terngiang2 lagu 'larut'. haish....!!!

Friday, July 09, 2010

sukati nk kontrol2 org. kau ingt kereta kontrol?

aku mungkin sudah terlalu lama tak bercinta, dan mungkin xberapa faham perasaan org yg bercinta ni. so tell me sumthing and make me understand. kenapa org bercinta dgn rela membiarkan diri mereka dikontrol oleh pasangan?

nk pegi mana kena bgtau, lepas keje kena blk umah terus, tiap2 jam kena report tgh watpe, klu keluar kena bgtau keluar ke mana, ngn sape, blk pukul bape, mkn apa aritu pun kena bgtau juge, pakai baju warna apa, xleh pki bj sexy2 nnt org lain tgk, xleh makeup cantik2 nnt org tgk juge, kau tu pun xleh tgk org lain, jln kena pndg depan je, mkn kena mengadap dinding, lg bagus bwk bekal mkn kat pantry supaya xjumpa org lain kat kantin ofis. KORG TAK RIMAS KE, WEH?

to me, setiap org berhak atas kebebasan masing2. kalau tak, watpe ada SUHAKAM kan? jadinye kalau kau katakan org membiarkan kebebasan mereka dikontrol org lain sebagai tanda syg, sila bgtau aku kenapa bila parents korg kontrol hidup korg, korg sibuk nk memberontak pula. tak terfikir lak tanda kasih syg apa segala kan? dahla dr kecik mak bapak yg bela dan bg mkn, umur baru hingusan dah sibuk nk tunjuk perasaan menuntut kebebasan

seriously, kalau kau rasa menurut segala kemahuan partner itu boleh membuatkan partner kau tu syg kau lebih, think again. cuba kau tanya pasangan yg dah bersama 10, 15 tahun atau lebih tu. adakah mengontrol partner itu adalah salah satu resepi kebahagiaan derang? aku rasa rata2 yg aku jumpa semua guna perkataan 'trust, honesty, respect' (amboih, perkataan semua mau omputih je). tp xde lak aku dgr perkataan 'control' tu

pada aku, sbb xde trust, honesty and respect la seseorg tu tend to control partner dia. kalau dia tak percayakan partner dia, partner dia pun mungkin tak jujur dan dia juga tidak ada rasa hormat terhadap partner dia, hidup, privasi dan kwn2 partner dia, harusla dia sibuk duk kontrol partner dia tu. dan jealousy memainkan peranan utama dlm kes control mengontrol ni. and tell me, kalau dah xde trust, honesty and respect in a realtionship, relationship jenis apakah yg korg jalinkan ni?

dan kepada control freak sekalian, klu korg rasa mengontrol partner korg itu akan membuat dia menjadi a better person, u're dead wrong! skang ni mmg la kau nmpk dia mcm baik je. klu bukan dpn kau pun, dia akan berterusan berkelakuan baik sbb kununnye dia hormatkan kau. dan klu ditanya pun, dia kata dia berubah menjadi baik bukan sbb kau suruh, tp dgn seikhlas hati dia. BULL SHIT LA WEH. kau tgk la nnt bila korg dah break up, aku berani bet yg dia xkan kekal menjadi org baik2 yg kununnye kau bentuk itu

u see, perubahan itu akan terjadi dgn kemahuan sendiri dan hati yg betul2 ikhlas. mitos yg menyatakan dorongan partner itu menjadi mangkin kepada perubahan adalah tidak benar sama sekali jadi klu kamu rasakan kamu mengawal seorg gadis yg liar untuk dibentuk menjadi isteri yg solehah, seriously, lupakan je la. kamu pun tau, lelaki yg baik adalah untuk perempuan yg baik dan sebaliknya. jd xyah la akmu susah payah cuba mengontrol gadis liar tu. carila perempuan yg semulajadinya baik2 sahaja utk dijadikan isteri. itupun klu kamu cukup baik la kan

hm... main kereta kontrol lagi best