Wednesday, October 07, 2009

sang penggoda

dari jumaat lepas, dia cuba menggoda aku. merenung aku dgn pandangan yg tajam menikam, menusuk terus ke kalbu. setiap kali pandangan bertentang, aku terasa bagai ditusuk panah arjuna. aku jatuh cinta tiap kali memandangnya

dia masih di situ, cuba menggoda aku dengan renungannya. dia tau aku mudah tertewas dgn keindahan yg dimilikinya itu. dia tau di mana weak points aku, dan dia menggunakannya utk menewaskan aku

dia tahu aku begitu menginginkannya. dia tau aku mengidamkan tubuhnya yg gebu itu. dia tahu aku mendambakan utk meneroka setiap inci tubuhnya,menikmati kelazatan yg tak terhingga

aku bimbang andai keimanan aku akan tergoyah. aku xmau terlanjur lagi mcm masa mula2 aku kenal dia dlu. sekali aku menikmati tubuhnya, terus gian. aku mahukan lagi dan lagi. begging, asking for more. mujur aku cepat tersedar, sebelum ada suara2 sumbang yg berbunyi. nahas juga klu kwn2 aku tau keterlanjuran itu.

tapi dia masih xputus asa menggoda. dan sekarang dia masih lagi merenung aku dgn pandangan yg sama. pandangan yg mencairkan hati. pandangan yg menggoyahkan keimanan.

aku cuma berharap aku mampu bertahan dan bersabar. sekurang2nya sampai petang ni. aku dah berjanji ngn diri aku, aku xkan jamah lagi kuih samprit tu selagi mak aku xrasa. aku dah niat nk beli utk mak aku. takut nnt klu aku dah rasmi, mak aku cuma dpt rasa bekas kuih je

sabar payid, xlama je lagi

6 comments:

semuthitam said...

dasar tak kuat iman, dengan samprit pun kau cair. err.. tapi, bukan samprit buatan mak hanis zalikha kan?

payid said...

bukan
aku rasa klu mak hanis yg buat lagi la goyah kut iman aku

[-AnR-] said...

waaahhhhh....sampai sini Hanis Zalikha ada....ahaks ahaks....

Fanta Giro said...

Ntahh.. samprit jer kot. Hadoi la...

b or g said...

Hi payid, finally found ur blog.
Just dropping by to say hello :)

payid said...

AnR
hanis zalikha ada di mana2. sape yg xsuka si cantik yg lucu itu? haish...

fanta
kau xrasa lagi samprit ni. dtg ofis aku nnt aku bg rasa. haha

borg
tks for dropping by. it's an honour