Friday, April 09, 2010

this is for my mama

haritu masa aku temankan mama pegi kedai beli barang, mama tertinggal purse dia masa nk turun kereta. aku hulur purse tu pada dia sambil kata "mama nk bayar pakai daun mcm dulu2 ke?"
"haha. kamu ingat lagi ye" mama ketawa sambil menyambut purse tu sambil berlalu ke kedai dan aku tggu dlm kereta. selalu bila mama pegi kedai, konsep aku meneman mama itu hanya setakat tggu dlm kereta je. tak sanggup aku nk turun bila tgk hasil pembelian mama nanti.

masa aku membesar dulu, aku xberapa suka bila mama pegi keja. masa2 yg aku spend ngn mama terasa sgt membahagiakan. kan best bila mama duduk2 saja di rumah. mama boleh borak2 dgn aku, mama boleh masak utk aku, mama boleh tgk tv (read: berebut siaran tv) dgn aku dan mengajar aku makna perkataan2 yg aku baru belajar samada dr pembacaan atau siaran tv seperti "mama, apa maksud 'payu dara?". dulu2 aku igt payu dara tu maksudnye parachute sbb payu dara tu mcm kependekan kepada payung udara. naif kan aku masa tu? sekarang ni kalau aku kata kat org "payu dara awak mcm parachute la" nescaya aku akan dilempang laju2 dgn selipar jamban secara berjemaah. nk terbaik skali pakai selipar tat sing. mau berpinar mata

ok, aku bukan cerita pasal mama aku ke td? tetiba cerita selipar tat sing plak. ok sambung balik. aku xsuka mama pegi keje. tapi mama kata dia kena pegi keje, baru mama dapat duit. kalau tidak dia kena beli barang pakai daun. somehow, aku terasa masa tu bahawa mama membeli barangan pakai daun adalah disaster terbesar dlm famili aku

selepas 20 tahun berlalu, keluarga aku pun dah agk senang sikit sekarang. mama pun xperlu nk beli barang pakai daun lagi. ok, dulu pun dia xpenah bayar pakai daun juga. tapi keadaan ekonomi keluarga kami dah byk berubah juga. aku pun dah bekerja, jd xdela aku harapkan duit mama lg kalau nk beli apa2

tapi selepas 20 tahun, aku masih lg suka menghabiskan masa dgn mama. tgk tv (read : berebut siaran tv), tlg mama masak, teman mama pegi kedai atau sekadar lepak2 dan borak2 dgn mama. seperti 20 tahun dulu, mama masih lagi membahagiakan. cuma kdg2 bila aku renung wajah mama, aku terfikir. adakah selama ni aku telah lakukan yg terbaik utk membahagiakan mama pula

untuk perempuan yg paling aku cintai di dunia, selamat hari lahir, mama.

11 comments:

anata said...

touching nye yid..
i feel like crying..

chenta said...

syahdunya bace..selamat hari lahir untuk mama kamu ^_^

atoi_allen said...

happy burfday to mama payid! hee. nice post! suka.

Fanta Giro said...

Anak mama and abah payid ni... semoga mama mu panjang umur dan sihat sejahtera hendaknya..

p/s: aku nak try lempang kamu dgn selipat tat sing aku di kuching ley?

payid said...

nina
haish kau ni. ni baru post psl mama aku. belum aku buat post pasal kau lg. mau menderu2 air mata kau manangis terharu

chenta
time kasih

atoi
time kasih juge

fanta
jgnla lempang aku. aku xkata pun payu dara kamu mcm parachute

anata said...

try la wat post psl aku,nk tgk betapa terernye ko mentouch aku hehehe

Bintang D'hati said...

Salam payid, ari ni..setelah sekian lama dok baca blog ni...aku kena ckp gak la(walaupun akn buat payid makin mengembang mengembung)...AKU SUKA BACA BLOG PAYIIIDDDD ! (fuh! Lega dpt jerit !)
happy birthdae to ur mum... !

Anonymous said...

Payid,

Selamat hari lahir buat your mom, semoga hidupnya sentiasa diberkati oleh Allah...

Tini

payid said...

nina
nk suh touch xyah tulis blog. sekarang pon aku leh touch kau. hahaha

bintang
terima kasih atas jeritan yg kuat tu walau saya xdgr

tini
thank u

aerlon said...

happy birthday mama payid. she gona be so proud to read this. just make sure she dun read those previous entries. ;)

payid said...

aerlon
kalau mama i baca blog i, i xtau la dia yg pengsan ke, i yg pengsan. hahaha. matila mak!