Monday, April 19, 2010

fear factor

pada satu hari, aku telah mengalami susuatu yg aku sangkakan adalah major breakdown. tiba2 aku merasakan sesuatu yg sudah terlalu lama aku tak rasakan sejak menjalani kehidupan sebagai seorg single.

pada satu hari, aku tiba2 menjadi overly sensitive dan terasa hati secara berlebihan dgn tindakan tidak sengaja seseorg. tiba2 hati aku tersentuh dan aku hampir2 merajuk. tiba2 aku diserang perasaan cemburu tidak bertempat

dan pada hari itu, aku tiba2 menjadi sangat takut. aku takut andainya hati aku betul2 telah dicuri olehnya. aku takut kalau2 aku kalah dgn flirting game yg selama ini aku mainkan. aku takut aku betul2 jatuh cinta dan tidak mahu (bukan tidak mampu)untuk bangun semula

mungkin aku takut bila aku jatuh cinta, aku akan hilang kawalan terhadap diri sendiri. the always cool, calm and collected payid akan menjadi seorg yg terlalu emosi. payid yg selalunye berfikiran rasional akan menjadi seseorg yg berfikir menggunakan hati dan bukannya akal. aku takut aku akan menjadi payid yg bodoh kerana cinta

mungkin juga aku takut untuk mencintai kerana aku tau aku xkan mungkin boleh memiliki. aku tidak mahu merasakan keperitan melihat dia bersama org lain sedangkan aku tau org itu mungkin tidak mampu mencintainya sehebat aku. dan mungkin aku tidak rela hati aku yg selama ini baik2 saja tidak semena2 dilukai berkali2 hanya kerana aku terlalu mencintainya

mujur aku masih ada kawan yg sudi mendengar (walau tanpa rela agaknya) rintihan hati aku. dan mujur juga aku cepat2 disedarkan dari khayalan. aku xpasti apakah exact wordsnya yg snapped me back to reality. mungkin bila dia katakan "major la sgt! kau terbawa2 je tu". atau apabila aku kira dia pon dah agk bosan melayan aku lalu dia katakan "mintak sini num fon pemandangan tu (kami menggelar dia sebagai pemandangan. jgn ditanya kenapa. aku mls nk explain). aku nk bgtau dia kau kecik ati ngn dia"

ok, aku mungkin sedang mengalami sesuatu yg kononnya adalah major breakdown. tapi jgn sangka aku xmelihat cubaan dia mendapatkan num fon pemandangan menggunakan taktik yg sungguh licik itu. jgn harap, ok!

dan mujur juga aku ada seorg mama yg sentiasa tau bagaimana untuk menghibirkan aku bila dia text "balik naik bas elok2. nanti balik makan nasi kat umah. mama dah masak sambal tumis udang petai"

untuk seketika, aku terlalu sibuk membimbangkan sesuatu yg belum pasti dapat aku miliki padahal aku terlupa menghargai apa yg aku ada selama ini

4 comments:

semuthitam said...

kan aku dah kata, mak kau sayang kau lebih lagi. tak caya tanya sambal tumis udang petai...

payid said...

hanis zalikha pun post psl mama dia masak sambal tumis petai smlm

adakah ini bermakna aku dan hanis ada chemistry?
ke mama aku dan mama hanis yg ada chemistry?

Bintang D'hati said...

Ke hanya udang dan petai je ada kimia tu? Tettt !

Jebonx said...

Kau PMS ke masa nih?
kah kah kah