Monday, December 20, 2010

payid's facebook code of ethics

sebagai pengguna terbesar facebook di muka bumi, aku rasa rakyat malaysia terutamanya perlu ada tatacara penggunaan facebook. mungkin mark zuckerberg terlupa nk tulis code of ethics ni masa dia cipta facebook. mungkin dia pun xsangka after a few years facebook akan menjadi sgt annoying

jadi aku tulis code of ethics ni hari ni sbb aku ada masa terluang bila aku datang keje sgt awal padahal aku masuk shift lambat *tsk*. lagipun tahap annoyed aku dah menuju puncak yg menyebabkan aku berkira2 mau close account. tapi nanti camne aku nk annoy org lain plak kan? hehe

jadi antara rules yg aku boleh fikirkan dalam masa yg singkat ni adalah seperti berikut

1. jangan post apa2 yg berbentuk hasutan
aku rasa dlm negara ni semua org tau rules ni. mungkin xbyk sgt post yg menyentuh sensitiviti agama dan perkauman. kalau ada dah ramai2 pakat smash dah pun. lagipun pengecut2 ni semua xde beraninye nk letak post sensasi camtu. takut kena ban dr facebook. tapi kita juga perlu sensitif ttg perbezaaan ideologi politik sesama kita. kalau kau anti kerajaan tapi kau obvoiously kakitangan kerajaan yg tiap2 bulan amik gaji, sapu duit elaun sara hidup, sagu hati dan benefit lain tapi keje mengelat, fine. aku xkan judge kamu. bt pls save ur hatred kepada kerajaan kepada kwn2 yg sekaum dgn kamu. pernah tak selama kamu post status2 kemarahan kamu terhadap kerajaan, kamu perasan tak lambang kunci kat tepi status tu? ye, sila gunakan. bukan semua org nk baca dan respond to ur whinings every now and then

2. elakkan dari post every other hour
memula status "haih.. bosannya isnin". lepas sejam "baru lepas bfast. bos xde lak arini. nak buat apa ye?" lepas tu post lagi "cilake senior ni tegur aku main FB time ofis. macam dia bagus sgt". and then "=dah lunch. nk mkn apa arini ek?". lepas tu "alhamdulillah, kenyang mkn KFC, ada org belanja td"
eh hellooo...kalau pun kamu xde keje kat ofis dan mkn gaji buta, jgn tunjuk sgt boleh tak? rimas aku kau dok flood FB ngn status2 murahan kau tu

3. sila jgn maki hamun kat FB
asal xpuas ati kat org, maki dlm FB. maki siap carut2 lak tuh. lain kali sila mencarut kat page org tu je boleh tak? tak pun bagi je la email kat dia. klu kau xde email dia, pegila maki direct. ini main pengecut maki dlm FB, pastu harap org ramai sokong kau. haiihhh...tercemar keharmonian hidup aku baca status carutan2 kau. kalau kau rendah moral sgt, jgnla make it obvious sgt kut

4. dilarang bercinta dalam FB
situasi ini akan bertambah annoying bila kau adalah friend kepada kedua2 pasangan tersebut.
"hi syg. morning. rindu kat uuuu..."
"hi busyuk. rindu kat u juge. thank u buat bfast utk i.syedapnye roti bakar ni"
"baby pas keje kita g tgk wayang nk? lama xtgk wayang ngn u"
"syg balik keje mau mkn ape? nnt ayg masakkan"
sekali baca status, update via blackberry, via android. wei, korg boleh beli smartphone mahal2, penah tau guna sms tak?

5. sekiranya break up, jangan melampiaskan kemarahan dlm FB pule
sebagaimana kitorg menyampah tgk korg bercinta, menyampah lg bila korg break up. sila refer juga rule num 2.

6. bila colleague kau adalah kwn FB kau, sila jgn post apa2 bila kau kata kau MC
ini basic rule kut. kata MC. sekali FB status "xsabar2 mau keluar tgk wayang dgn yg tersayang". apekahhhh???

ini je rules yg aku dapat fikirkan setakat ni. feel free utk tambah dan komen apa yg patut. maybe sum of u are wondering, kalau dah annoying sgt, nape xdelete je org2 busuk ni dr friendlist?

well, apa perasaan kamu bila kamu add artis terkenal dlm FB jadi kwn kamu, pastu tetiba u found out one day kamu telah di delete dr friendlistnye. mestila kamu kecewa kan?

jadi bagi mengelak dari kamu mengalami kekecewaan, aku harap kamu juge jagala hati aku agar tidak terasa annoyed ngn kamu tiap kali aku buka FB

Friday, December 10, 2010

payid dan perkahwinan

bila time2 umur sekarang, ditambah dgn musim cuti sekolah yg byk gile kenduri kahwin (adik aku pggil musim mengawan), topik terhangat di pasaran skang ialah "bila mau kahwin?". i can consider myself lucky when both my parents xdela mendesak pun pasal bab2 kahwin ni. setakat serangan peribadi dari makcik2 kepoh itu aku masih buat muka xde perasaan lagi. tapi rasa simpati juga kepada rakan2 seangkatan yg kurang bernasib baik

sebenarnye aku rasa keperluan utk please other ppl adalah sangat bangang. bila kau takde boyfren, sibuk suh kau cr boyfren. siap nk tlg carikan pun ada. mcm kau tau sgt la taste aku camne kan?. klu dah ada boyfriend, tanya bila nk tunang, nk kahwin. bila dah kahwin, tanya bila nk ada anak plak. dah beranak sorg, tanya bila nk tambah anak lak. wei, kau duduk diam2 jaga hal kau sendiri boleh tak?

i just dun geddit kenapa org2 sekeliling sgt kecoh dan mendesak gadis2 untuk berkahwin. as if kebahagian yg ultimate itu hanya boleh dicapai melalui perkahwinan. dan perempuan2 itu tercipta hanya untuk menjadi berkahwin dan menjadi isteri.

marriage is not for everybody. dan perkahwinan itu sendiri bukanla jalan ultimate utk mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. bukan semua cerita perkahwinan itu berakhir dgn kebahagiaan. berapa org yg perkahwinannye berakhir dgn penceraian? berapa org yg lepas berkahwin hidupnye hancur, kena pukul dgn suami, suami turns out to be penagih dadah, suami kikis duit gaji isteri, suami curang main kayu tiga?

dun get me wrong, i hv nothing against institusi perkahwinan ni. aku turut tumpang gembira dgn kwn2 yg mendirikan rumahtangga. tapi bila aku sgt menghormati dan turut berkongsi bahagia bila org lain berumahtangga, xbolehke orang lain sama2 menghormati pilihan hidup org2 yg memilih utk tidak berkahwin?

dan yg anehnye kebanyakan gadis2 yg didesak utk kahwin ini adalah mereka yg boleh dikira berjaya dlm hidup. ada kerja yg bagus, ada kereta sendiri. ada yg dah ada rumah sndiri pun. it's not like mereka ni duduk umah, goyang kaki dan habiskan reta mak bapak je. when it looks like they hv almost everythg in life, kau perlu la nk bg statement "keghoje dah elok, kete dah besor, ghumoh pun dah ade. ate kome nunggu ape yg xkawen2 lagi ni?"

aku faham kerisauan ibu bapa terhadap anak2 gadis mereka. takut nnt mereka akan tua keseorangan, xde sape nk jaga. tapi rasanya, anak2 makcik dan pakcik dah cukup matang dan pandai nk jaga diri sendiri. kalau baik didikan makcik dan pakcik bagi, insyaAllah derang xkan apa2 walaupun xkahwin. kalau anak2 makcik dan pakcik sibuk mengejar karier, biarla dia berusaha mencapai apa yg dia idamkan selama ni. mungkin kalau bagi org lain, kebahagiaan ultimate itu adalah berkahwin. tapi kebahagian ultimate anak2 makcik dan pakcik adalah dgn memiliki kerja yg bagus, kereta dan rumah yg mewah. atau simply dapat berbakti dan menjaga pakcik dan makcik sampai bila2 selagi diizinkan Tuhan. dan mungkin kalau derang kahwin, derang xdpt nk capai semua ni

kalau org lain yg sibuk nk risau, aku nasihatkan sila la jaga masalah rumah tangga korg sendiri. bukan korg yg bg mkn anak2 gadis yg tidak berkahwin ini. duduk diam2 xkahwin tu sebenarnya lebih baik dari berkahwin tapi masih sibuk mengata hal org sampai anak2 dan laki sendiri terabai. belajarla utk respect dan terima org itu seadanya mereka, berkahwin atau tidak.

tapi seandainya melempang muka org bertubi2 itu tidak menjadi kesalahan, aku teringin sekali melempang mulut2 mereka yg berkata "kalau kahwin lambat, memilih sgt takut tak laku". well guess what, kalau kamu mau merendahkan maruah dan harga diri kamu, go ahead and be my guest. tapi perempuan itu bukanla barang dagangan yg kamu mau tentukan laku ke tak

owh btw, tolong jgn desak aku suruh kahwin. aku kahwin ngn laki korg kang, baru korg tau

Saturday, December 04, 2010

bila payid amik exam lagi

10 tahun dulu, time2 camni aku masih menahan debar amik SPM. masa tu rasa mcm antara hidup dan mati. xboleh tidak, harus lulus dgn warna2 terbang. baru boleh masuk universiti. baru boleh keje besar. baru boleh ada masa depan. kalau tak nanti jadi kutu berahak kat alor setar

dan masa tu debarnye rasa mcm nk pecah jantung. resah dan gelisah takut tak lulus. masa ni semua org saling wish good luck antara satu sama lain, sbb kau pun nk org wish good luck kat kau juge. u think u really need luck at that time. mana tau x ong nnt, xleh lulus lak. choi!

takyah tanya la camne result SPM aku. cukupla kalau aku kata, aku ada kehidupan yg agak baik sekarang. tapi aku xsangka lepas 10 tahun, sebulan yg lepas bos aku kata

"payid, im sending u to a 2 days course next month. there will be an exam at the end of it, so be prepared. i want u to pass this."

going to a course is not really a big deal, eventhough sepanjang kerjaya aku kat sini, this is the first time they are sending me to a professional course. tapi aku mula xsedap ati bila TL aku kata "sebelum ni kita hantar a few seniors. semua tak pass. so i harap u pass la"

damn laaa..... susah sgt ke course ni? dan selama sebulan, aku mula resah dan gelisah. makin lama makin teruk. sehari sebelum pegi course, TL aku wish good luck and said "kau kena pass ni. this is my KPI". senior2 aku kata "kitorg tau, kau mesti pass punye. jgn risau la." mak dan adik aku kata "buat exam elok2. we know this exam is important to u, so do ur best." and she said "i know u can do it. i hv a strong feeling that u will pass this exam." aaarrgggghhhh.... more pressure....!!!

aku berada dlm keadaan yg sgt tertekan selama 2 hari tu. perasaannya sama mcm masa amik SPM last 10 years. ini soal hidup dan mati. kalau tak pass, rasa mcm nak mati. camne nk balik ofis dan berhadapan ngn semua org kalau xlulus? everybody's counting on me.

dan ketika itu, i nvr know that good luck wishes could be so comforting. when my TLs,my colleague, and my family texted me to wish good luck the night before the exam,it really touched my heart. even if i succeed in this exam, it has actually nothing to do with them (except for my TL la kan). but they were really counting on me, and sumhow my success in this exam really matters to them

alhamdulillah. the exam went well. separuh dari debaran dah hilang, tinggal lagi separuh nk tggu tau result dlm sebulan lagi

tapi bila aku masuk ofis semula the following day, i saw this message ws circulated among my teammates by my TL

"Doakan payid (bukan nama sebenar) and liza (mungkin nama sebenar) for their exam later today..... doa skarang! kasik depa tenang hati and dapat jawab and paz with flying colours..ini adalah satu arahan...buleh!! hehehe...."

demi Allah, aku sgt bersyukur dikurniakan colleagues yg sgt thoughtful. terima kasih utk doa korg semua

and to u. thank u for just being there for me during my tough times.