Tuesday, March 15, 2011

soal jawab insurans bersama payid

DISCLAIMER: whatever im gonna write is truly from my personal opinion. it doesnt represent any organization that i am associated with. i am fully responsible for my writings. i also does not have any interest in any political party

jumaat lepas, utusan malaysia melaporkan beberapa ahli parlimen mendesak bank negara dan institusi berwajib utk revise semula kadar insurans utk kenderaan melebihi 10 tahun, kerana ada ketika insurans pihak ketiga (third party insurance; mostly utk kereta lama yg dah abih loan ngn finance) adalah lebih mahal premiumnya berbanding insurans komprehensif. katanya tak patut dikenakan 'loading' kerana ini akan membebankan rakyat berpendapatan rendah

sebagai org yg bekerja dgn insurance company and experiencing karenah pelanggan2 insurance ini fisrt hand, aku terasa mcm nk menyatakan pendapat aku. mungkin kalau ada di antara datuk2 ahli parlimen yg terbaca tulisan aku, it could make some sense to their head

pertama sekali, insurans ini melibatkan risiko. bila semakin tua kereta tu, semakin tinggi juga risiko utk terlibat dalam kemalangan. jadi wajarla juga jika pihak insurans kenakan loading 15% ke atas kereta2 tersebut. utk premium 3rd party insurans ni lebih kurang harga tak sampai la rm200 pun sebenarnya, bergantung kepada CC dan usia kenderaan. itu pun tak termasuk 'no claim discount' up to 55% sekiranya ada. kiranya kata la customer bayar rm200 premium, pastu dia pegi langgar kereta proton inspira mana2 pun, kita masih akan cover dan bayar gantirugi beribu ringgit. so to say that insurance company ni buat untung je tu tidakla sangat

kereta2 tua ini pun tend to rosak di tengah jln. dah nature kita pulak malaysian ni yg xleh tgk accident, mesti mau slow down sbb mau tgk sama, harusla menyebabkan jam di kedua2 belah jalanraya. kalau dah hari2 komplen jalan asik jam, maka premium yg tinggi ini juge adalah salah satu cara mengelak daripada rakyat menggunakan kereta yg lebih tua. kalau dah nama dari golongan kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah, apa salahnya naik kenderaan awam. jimat lagi duit minyak, duit tol, parking. kalau dah xglemer sgtla naik bas ni, naikla motor. tapi gua naik bas selama ni, xdelak gua rasa mcm kurang glemer

dan loading 15% ni pun bukanla kita kenakan utk kereta2 tua saja. mmgla kereta2 biasa kita tak kenakan loading. tapi kereta2 mewah macam ahli2 parlimen tu pakai pun kita kenakan loading juge. mcm saya katakan td, insurans ini melibatkan risiko. kalau kereta2 tua ini dikatakan berisiko, kereta2 mewah juga adalah berisiko tinggi. kau bygkan klu kereta tu harga rm100 ribu pastu kena curi. customer claim total loss, xkan insurance company nk charge dia premium 2,3 ratus juge

kalau ahli parlimen kinabatangan kata company insurans ni menipu je semuanya, jgnla tuduh secara melulu. taula pernyataan yg dibuat dalam parlimen xboleh didakwa. tapi at least bagi la contoh kes yang dikatakan kami ni menipu. semua exclusions, terms and conditions of policy semuanya ada dalam dokumen kontrak atau policy jacket yg kita bagi ngn customer. kalau mereka memilih utk tidak membaca kontrak ngn teliti, perlukah kami disalahkan kerana ignorance mereka.

mungkin datuk bung boleh fikir cara utk upgrade perkhidmatan pengangkutan awam back in kinabatangan dulu daripada sibuk mau kahwin artis. lagipun, siapa datuk bung mau kata insurance company ni menipu, padahal masa mula2 org tanya, betul ke datuk kahwin ngn zizie ezzete, datuk xmengaku.

sapa yg menipu sebenarnya, datuk?