Wednesday, January 26, 2011

payid pun nak satu juta juga

masa bapak suh beli paper pagi ahad aritu, aku tersedak bila baca front page Berita Minggu yg kata blogger boleh raih pendapatan rm1 juta. like, what? tolong jgn mempermainkan perasaan aku di pagi2 ahad ni. tapi oleh sebab bapak suh beli Mingguan Malaysia and The Star dan duit yg ada cukup2 buat beli sunday papers dan roti canai saja jadi aku pendam saja hasrat utk membeli Berita Minggu. tapi tajuk berita tu masih lagi terngiang2 dlm otak. satu juta ok, satu juta!

tapi sampai ari ni pun, aku masih lagi xbaca artikel tu sebenarnya. tapi berdasarkan sumber2 yg boleh dipercayai, artikel tu antaranya menyatakan tentang pendapatan melalui blogging yg dijana oleh iklan2 mcm nuffnang. dan pasal blogger yg bayar cukai pendapatan, and things like dat

and it got me thinking, kenapa aku tulis blog dari tahun 2006 tapi tak kaya2 juge sampai skang? padahal ada blogger claim pendapatan dia cecah rm12 ribu sebulan. mungkin sbb blog dia ramai peminat kut. ok la fine, blog aku tak ramai peminat

tapi aku pelik juge bila tgk blog yg kununnye byk peminat ni tulisannye mcm, haih.. malasla nk ckp. cuma aku xnmpk apekah yg menarik ttg blog yg tulis psl rutin harian dia, xpun cite jumpa artis sana sini atau blog2 yg i'm-trying-so-hard-to-be-funny-so-tolongla- gelak. adakah aku perlu tulis camtu utk raih satu juta?

come to think abt it, xpela klu aku ada peminat yg sedikit pun asal aku xperlu menulis mcm memperbodohkan diri sendiri dan pembaca blog aku. xkisahla klu peminat2 aku pun jenis yg baca percuma dan malas mau komen (eh tercaras pulak). xkisahla juga klu dari awal aku buat, akaun nufnang aku masih lagi rm0 jumlahnye.

tapi bila aku check gaji aku isnin aritu dan tetiba mcm lebih sedikit dari biasa sbb EPF dah start potong 11% instead of the usual 8%, aku rasa nk meroyan. sudahla gaji mmg sedia ada xbanyak. aku nak satu juta. aku nak satu juta. aku nak satu juta...!!!

eh, camne nk buat lawak tak kelakar ye? atau menulis dgn kurang cerdik? ada sapa2 leh ajar?

Wednesday, January 19, 2011

untuk kita yg terkadang terlupa

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

melayu
usman awang

Thursday, January 06, 2011

rebranding payid

6 days after new year, baru sempat nk buat new year post. happy new year everybody. may this new year brings you health, happiness and prosperity

sempena new year ni, i decided utk bg facelift sket terhadap blog ni. sian dia bertahun tak berganti baju kan. so tuka sini sket, tuka sana sket, jadila sepertimana yg korg tgk skang. and that explains kenapa blog ni tetiba private since a few days ago

looking back throughout the journey since the blog started, it ws a trip down the memory lane.hampir 5 tahun menulis, byknye perkara yg aku dah tulis dan kongsi ngn readers aku. sum are good, sum are bad. sum are useful, others are just lame. and along the way, i gain a few readers. sum of them langsung menjadi kawan. sum of them remain unknown. but i appreciate each one of them, especially yg sudi tinggalkan komen, sharing their thoughts abt my writings, be it good or bad.

hampir 5 tahun, aku mencipta alter ego itu dan memberikan imej sedemikian rupa sepertimana yg kamu gambarkan payid itu. buruk baik gambaran tu, semuanya berdasarkan tulisan2 aku di blog. mmg berulangkali aku dah bgtau, payid is so much more dari apa yg aku portray di blog ini. tapi apalah daya aku mengawal fikiran org, kan.

jadi sempena tahun baru ni, aku bercadang utk rebrand myself. masih lagi payid yg sama, tapi dgn gambaran yg sedikit berbeza.hopefully seperti tahun2 yg lepas, kamu masih sudi membaca tulisan2 aku dan menerima aku seadanya aku

terima kasih untuk semua sms, email dan pvt msg di FB yg sgt concern berkenaan blog ini. maafkan aku kalau tetiba membuat kamu semua berasa bimbang. jgn risau, payid masih belum mahu berhenti menulis. aku akan terus menulis, walau yg membacanya hanya tinggal aku seorg

2010 has been a good year to me. aku bersyukur dgn segala kurniaan, semua possession dan accomplishments aku. semoga 2011 akan terus menjadi tahun yg lebih baik utk kita semua

happy 2011!