Tuesday, March 30, 2010

tugas2 seorg payid di pejabat

aku sengaja je xupdate blog sbb nk tgk ada berapa org yg akan meminta aku update. setakat hampir 3 minggu ni nmpknye aku cuma ada 2 permintaan je. cukupla tu. at least aku tau ada permintaan, terutama sekali bila dicaras "u skang bz sgt xupdate blog. u dah naik jd team leader ke?" haish.. main kasar sgguh

walaupun aku belum jd team leader lagi pun, tapi sejak akhir2 ni aku mmg bz gile babi punye kat ofis. seperti lawak shallow yg org suka buat dulu2 'bz gile babi, babi pon xsebz aku'. xtaula masih berkesan lagi lawak sedemikian rupa sekarang ni. tp betul, ini bukan bz tipu2. bukan pura2 bz seperti yg aku selalu buat dulu2 depan bos aku. ini mmg bz smp tahap nk bernafas pon kadang2 terlupa

bila fikir2 balik, apa yg aku bzkan sgt sebenarnye. bukan keje ngn gaji seciput mcm aku ni patutnye senang je ke? jadi aku cuba senaraikan tugas2 kebiasaan yg aku selalu buat sehari2 kat ofis ni

1. seperti biasa, kerja hakiki aku ialah jwb call cust, dgr masalah2 derang, cuba selesaikan masalah, cuba kelentong klu masalah rasa2 mcm xleh selesai, carut cust dlm hati klu dapat cust yg sengal dan tugas2 yg seakan sama dgnnye. tugas ini berlarutan dr pukul 8.30pg smp 5.30 ptg

2. "yid, fasha sandha (bukan nama sebenar) tak datang arini. kau tlg amik buddy dia"
amik buddy kwn aku, mengajar dgn tekun walau kdg2 tu lepas aku ajar nk rak esoknye budak tu chow xnmpk2 muka langsung dah. penat je aku mengajar

3. "bro. kau buat return call to cust kan?"
return balik call2 cust yg diattend oleh backup consultant

4. "dik, akak xpandai la nk print policy guna sistem ni. tolong ajar akak boleh?"
tolong ajar kakak yg xpandai guna sistem sbb cuti maternity 2 bulan. lupe agaknye

5. "yid, kau return call balik voicemail2 ni. yg ni, yg ni, yg ni urgent ok!"
amik stack kertas2 voicemail yg dihulur Team Leader aku. ada la secekak

6. "payiiiddd..." junior consultant memanggil dgn lembut, tanda ada soalan nk tanya, tp xberani nk tanya sbb aku buat muka garang (tapi kat ofis derang pggil nama official aku la. sorg dua je yg pggil payid)
tlg ajar junior consultant settle case dengan penuh sopan. xbaik garang2, kesian kat derang

7. "weh, sapa return call back msg?" "passing je kat bro. bro buat semua"
amik lagi list call dr back up consultant utk direturn balik

8. "payid, camne nk attach notes ni kat email eh? akak xreti la. nk forward kat boss ni ha"
tolong sorg lagi akak nk attach notes kat email pulak

9. "yid. voicemail tadi dah abis return? return yg ni pulak ye"
Team leader bagi kertas voicemail lagi. yg td pon xabis return lagi

10. IM dr kwn aku kat dept blinking kat screen
"u, sape budak dept u yg rambut pjg2 paras, muka cam sombong sket. i jmpa dlm lift aritu, sombong betul"
mls nk lyn, tapi lyn juga. bagi satu nama
"yg mana eh? dia ada facebook x? i nk tgk gamba"
masih mls nk lyn, tpi masih lg melayan. sbb dia bukan kwn FB aku, terpaksa la plak cr kat FB org lain, kut2 ada gambar dia kena tag. aishh.. xdela FB plak dia ni. bg je gamba dia yg kebetulan ada kat FB kwn aku
"bukan dia. yg tu muka baik"
bagi nama lain plak
"bukan la. dia i kenal. dia kwn ngn baizura kahar (bukan nama sebenar)"
serius aku dah fed up. keje lain byk lg ni. tp bls juga IM "tah mana i tau la"
"ala, ramai ke budak pompuan department u yg rambut pjg sampai pinggang?"
ok, aku perlu buat statistik pulak ke tentang kepanjangan rambut budak2 department aku?
"ha, hari ni dia pki baju kaler putih"
ok, dia mungkin mmg xde kerja langsung kat dept dia, tp xperlu la kan make it so obvious, sampai org pakai baju apa pon dia tau. padahal dia kat floor lain!
"sory la, i bz sgt. xde masa nk tgk org pki bj apa. i pki baju g keje pon kira bagus dah"
terus x IM aku dah!

11. "payid, camne nk save gamba jd desktop backgorund eh?"
tolong sorg lagi kakak save gamba dia yg gilang gemilang kat desktop

12. rcv call dr kwn yg off arini "noq, kau tlg tgk jap expo home deco kat midvalley tu ada lagi ke x?"
google, tgk date dah lepas. text kwn aku bgtau
rcv text dr dia lak "noq, kat kl convention centre ada tak"
google lg. xde pon. text balik
text masuk lg "noq. pwtc? last noq, last"
google lagi. xde juge. text balik bgtau
tgh2 kencing, tetiba dia call plak "ala noq, xde ke. mak cuti arini semata2 nk g expo tu"
xtau nk komen apa. sengih je la walau aku rasa dia xnmpk pon aku sengih

13."payiiidddd..." dipanggil dgn lembut lg
ajar lg junior consultant

14. baru je nk abis return call, tetiba dpt lg msg suh return call. selambak plak tu. cheh, baru igt nk mengulor sekejap

15. "payid, ada cust ni nk ckp ngn kau. aku xtau psl apa. xleh nk check report. aku xleh buka sistem"
attend call yg ditransfer oleh collegue aku padahal dia cuma nk tanya withdrawal status je. ye la, aku tau. xleh buka sistem, xleh nk check la report aku yg berjela aku buat tu

16. dapat email dr senior consultant "pls attend to cust's request and revert back"
balas email customer la plak

sedar2 dah pukul 5.30pm. baru je log out, tutup sistem segala, teringt plak xmkn lg. nasib kakak yg aku tlg print policy td bg sandwich

baru buka mulut nk baham sandwich....
"payid, kau xtolong pegi cat pantry ke?"

sebagai tanda protes akibat tekanan kerja, maka aku update blog

Tuesday, March 09, 2010

otai yg tertewas

aku selalu claim pada org yg aku ni mmg serba tau tentang KL Sentral. ok, bukanla satu pencapaian yg hebat sgt. aku tau tu. tapi aku tetap nk bangga juga, sbb xsemua org tau KL Sentral mcm aku tau

setakat nk locate kedai mana kat lokasi mana, mmg kacang gile. let's say kau org nk blind date ngn aku pastu ckp "i tggu u dekat kenny rogers kl sentral" percayala in less than 2 minute dr tempat aku berdiri di kl sentral tu aku boleh muncul. kalau aku rasa korg kendu, mungkin lebih cepat dr itu aku boleh sampai. haha

i can also tell kedai apa yg ada atau xde kat kl sentral. mcm klu korg tanya "kedai jual alatan memancing ada tak kat sana?" jwpnnye xde. tapi tempat memancing mmg byk la kat situ. kalau korg shallow, sila jgn membuatkannya ia obvious dgn wondering kat mana nk pancing ikan dlm kl sentral because i ws talking abt pancing benda lain.

aku juga tau kedai apa yg dulunya ada dan kini dah direplace dgn kedai lain. aku tau burger king yg baru buka itu dulunya adalah kedai bunga dan buah2an. coffee beans yg kamu nmpk itu dulunya adalah MPH klu kamu xtau. aku menyaksikan pembangunan kl sentral setiap hari sampai aku rasa klu aku michael scoffield aku dah buat tatu blueprint kl sentral kat belakang aku. tp sbb bukanla susah sgt nk keluar dr kl sentral tu, xmcm dlm prison break jadi xyahla kut aku bersusah payah

kalau korg nk tau charge yg dikenakan utk loker kat situ pun aku leh jwb. kat mana loker yg murah dan mahal pun aku tau. kat mana nk tukar duit utk bubuh dlm loker pun aku tau juga.and dun get me started dgn charge mandi kat kl sentral. mandi saja, mandi dan tuala, mandi dan toiletries, mandi tuala dan toiletries, pukul bape buka dan tutup. haish... aku rasa mcm aku boleh tulis buku panduan kl sentral dah. takpun kalau ada kuiz 'sejauh mana anda mengenali kl sentral' mesti aku dah lulus dgn warna2 terbang2.

tapi hari jumaat hari tu, aku tertewas. ego aku sebagai otai kl sentral tercalar bilamana aku xtau bahawa toilet dekat kedai dobi itu dikenakan charge 40sen sekali masuk. dan aku hanya mendiscover fakta itu ketika aku nk masuk toilet favourite aku semasa sesi melepak bersama kwn2 yg baru je aku berlagak tentang pengetahuan aku terhadap kl sentral sebelum itu. it ws a humbling experience bila aku found out ada juga yg aku xtau tentang kl sentral, eventhough it really hurts my ego

kamu xtau ada kedai dobi kat kl sentral? hahahahahahahaha nmpk sgt aku lg terrer

Thursday, March 04, 2010

things payid learnt frm the idiot box

last nite after i came back frm sesi melepak bersama sidekick, i watched a programme on Astro Oasis abt the challenges of the muslim converts in UK. ye, kwn2. mungkin sukar dipercayai tapi payid sbenarnya tgk juga Astro Oasis. ketika korg semua sibuk tgk Akademi Fantasia, payid tgk Akedemi AlQuran. ok, itu tipu

program tu in general menceritakan ttg how the english women di UK yg baru convert menghadapi challenges in embracing their new belief. challenges in adapting adat dan budaya inggeris mereka dlm kehidupan baru mereka sbg muslim. cabaran utk mengelak diri dr arak, party dan pergaulan bebas. kerisauan andai pengislaman tidak diterima ibubapa, keluarga dan kwn2. kemungkinan utk menghadapi diskriminasi, dipandang aneh di kalangan masyarakat tempatan sendiri dan kesukaran in explaining themselves kenapa mereka meninggalkan agama asal mereka

dlm program tu juga, ada menunjukkan kehidupan satu komuniti kecil muslim convert du UK. how they help, support and look out for each other.dan yg paling menyentuh hati aku bila salah seorg dr mereka berkata

"that's the beauty of Islam. it brings the people together"

dan pagi td ketika aku melangkah keluar dr rumah, aku terjumpa sekeping kertas di perkarangan rumah aku, yg merupakan surat layang menyatakan perasaan tak puas hati segelintir penduduk taman perumahan aku terhadap ketelusan ahli kariah surau kitorg

tiba2 aku terasa malu pada perjuangan saudara seagama kita di perantauan padahal kita yg dilahirkan muslim di bumi malaysia yg aman ini sibuk bertelagah tentang hal2 remeh begini. betapa kita takes everything we hv for granted

semoga Allah merahmati saudara seislam kita, xkira di mana mereka berpijak di bumi Tuhan ini. dan semoga Allah memberkati perjuangan hidup mereka semua. Amin