Wednesday, December 30, 2009

semua org buat post new year, payid juga xmahu ketinggalan

pergh... tinggal 2 ari lagi je tahun 2009? lepas ni report semua xleh tulis angka 09 kat belakang dah. dan aku kena start memberitahu semua org "umur aku 27 tahun", shit! gila tua!

ah sudah. malas aku mau ckp psl azam2 segala yg xtercapai tuh. poyo la kunun tiap kali masuk thn baru mau azam2 bagai. baik aku cerita ttg pencapaian2 terhebat aku sepanjang tahun ni. boleh belah la azam mahu kuruskan badan, menamatkan zaman bujang dan mendapat pekerjaan yg mudah, bergaya dan byk wang

1. aku berjaya mengekalkan kebujangan aku selama hampir 2 tahun setengah. kejayaan la tu kiranya kan, daripada aku sibuk terlibat dgn rship2 picisan yg merugikan diri sndiri. baik single begini, dan menjadi the most eligible single. skang aku mls mau cr partner. biar org lak yg berebut cari aku nk dijadikan partner. baru terasa mcm diri tu hot

2. aku berjaya membeli (tapi xmemiliki) 3 pasang kasut yg serupa. remember this post tentang penggantian kasut yg hilang tuh? yeah, aku beli lg utk kali ketiga. tp aku mls nk cerita awal2. nnt korg semua kutuk kebangangan aku sbb biar kasut hilang lg. klu skang korg nk kutuk xpela, aku xdela kecik ati sgt

3. aku menonton the biggest loser asia, dgn sebelah tgn memegang remote control dan sebelah lg mmegang sekotak pizza

well, at least i start somewhere kan? tggu la korg bila aku dah kurus esok. mesti aku hot punya

4. aku telah mendiscover bahawa selama mana pon aku dah tinggal kat umah aku, aku tetap xkan dapat menuruni tangga rumah dgn mata tertutup. penemuan ini telah dibuktikan melalui eksperimen cubaan menuruni anak tangga sambil memejam mata sbb mengantuk sgt. dan hasilnya, kaki aku terseliuh dan aku xdapat main basketball utk company aku masa tournament aritu. damn!

5. aku dah ada facebook y'all! utk seorg yg pernah membuat kenyataan "aku terlalu tua utk online networking" ini adalah pencapaian yg hebat. sebenarnya aku terasa tertampar dgn statement adik aku "weh, tun mahathir pon ada facebook la wey!"

aku xmungkin lebih tua dr tun mahathir walau umur aku dah 27 thn depan

6. dan rentetan kejayaan no 5, aku berjaya juga menyelami kehidupan seorg mafia yg terlampau. walau ladang aku dah penuh semak samun dan cafe aku pon mungkin dah bankrap, namun di sudut hati, aku masih seorg mafia sejati

xmain la pet society!

7. bagi menutup tirai 2009, aku rasa pencapaian paling hebat aku ialah apabila dia menulis puisi merayakan 100 hari usia percintaannya bayangan yg muncul di kepalanya ialah "mampusla aku kena kutuk bila payid baca ni"

priceless!

selamat tahun baru y'all!

Thursday, December 24, 2009

dedikasi

aku mls nk bg alasan lama xupdate blog sbb bz. korg mungkin muak dgr alasan tu walau itu hakikat sebenar. so, xyah la bg alasan. since aku pon xde kesempatan masa sgt skang ni tapi mcm byk je benda aku nk ckp, i'm juz gonna make this short and sweet

utk semua yg menyambut krismas esok, may u hv a merry christmas celebration. esp utk KB merangkap sidekick yg bakal menyambut di perantauan. tabah la dude. at least kau sambut kat kl dan family kau kat kuching. kalau kau kena sambut kat trinidad and tobago, how? and hope u like christmas card canggih company aku tu. kau sorg je yg dpt tau. sila berlagak dgn semua org skang

and utk nad who will turn 27 tomorrow, happy birthday. hope u have a great birthday celebration. i wish u have a good and happy life ahead. may u grow more mature and wiser as u turn a year older

dan utk kwn baik aku, amy yg akan menjadi isteri org hujung minggu ini, aku tau mmg dia xkan baca blog ni tapi aku nk tulis juga. selamat pengantin baru. aku tumpang bahagia utk kau. moga kau dan danny bahagia sampai ke anak cucu. beranak cepat2, aku xsabar nk dpt adik baru

dan kepada anda semua di luar sana, selamat bercuti di hari jumaat esok. selamat berpoya2 selama 3 hari

dan selamatla menunggu next update yg entah bila lagi. hahaha

Monday, December 14, 2009

kata kata nasihat dari seorg payid

sum ppl said flirting is good for soul. bt what that ppl might forgot to remind u is that bukan semua org fit to play this flirting game. mungkin kamu berasa aneh jika aku katakan harmless flirt ini juga memerlukan ketabahan hati serta kebolehan utk menguruskan damage control. xketinggalan juga tahap keperasanan yg rendah. dan yg paling penting, ayat - ayat cinta yg berkualiti tinggi. bila dah well equipped, barula kamu berkira2 mau flirt ataupon tidak

ini ayat pon xpower. setakat pick up line kamu yg sgt lame spt "semekom kak long. xjawab dosa", "hai, sorg je, boleh teman?" ataupon memanggil gadis2 menggunakan bunyi tikus tu kamu igt bolehla dikategori sbg flirt juga? aku xkatakan kaedah tu mmg tidak berkesan. tapi klu berkesan dan kamu mampu mendapat respon yg memberangsangkan dgn pick up line murahan itu, maka kamu nilai sendiri la gadis yg berjaya kamu pikat dgn 'ayat2 cinta' kamu tu

atau mungkin kamu rasa kamu mmg mendapat respon yg baik. jadi mula la kamu mencanang yg gadis itu sukakan kamu dan kamu sgt hebat dlm hal memikat wanita ni. the next thing u know, kamu mula meletakkan 'player' sebagai middle name kamu padahal kamu ini melayu yg mkn belacan serta tidak memerlukan middle name. padahal sebenarnya gadis itu mungkin mahu menjaga air muka kamu dgn tidak mereject kamu serta merta di tempat kejadian. jadi dia masih lagi bercakap dan melayan kamu dgn baik2 sahaja walaupon hatinya menyumpah dgn pick up line kamu yg sgt menjengkelkan

tapi jika kamu ini tidak mempunyai ketabahan hati, maka kamu mmg xsesuai mau flirt2 around ni. baru flirt2 sikit, baru dia layan2 sikit tetiba kamu mula angau sorg2. mula la start termimpi2, terbayang. the next thing u know, kau pon terbuai dgn perasaan dan mula suka kat dia lebih dr teman biasa (pergh... ayat serupa lirik lagu dowh). tapi mampukah kau menyanyi lagu2 cinta kiranya kamu sebenarnya sudahpon berpunya atau mungkin dia juga sudah mempunyai hubungan dgn org lain

jadi apa yg mulanya meant to be a harmless flirt dah mula leads to infidelity. bolehkah kau panggil harmless lagipon kalau ianya mampu jeopardize hubungan kamu dgn partner atau hubungan dia dgn partnernya juga. bt sememangnya sukar to justify the difference between harmless flirt dgn infidelity kerana org meletakkan garis2 sempadan yg berlainan mengikut citarasa sendiri utk membezakannya. bg sesetengah org, membalas miscall dr org yg xdikenali pon dah dikira kecurangan peringkat tertinggi. tp ada juga yg dah bercomolot bagai pon masih lagi claim kata derang xde apa2 hubungan. jai kamu tentukanla sendiri

tapi seeloknya, kamu persiapkan diri dgn ketabahan hati agar tidak mudah goyah ketika flirting dgn gadis2 kendu di pasaran demi mengelak masalah yg timbul di kemudian hari. nanti bila kamu dah tetiba terjatuh hati dan terskandal (read: tak sengaja berskandal) dgn si dia yg sudah ada boyfren, kamu tidakla terus meluru kepada aku utk meminta idea mencari alasan yg akan diberi kepada partner kamu supaya tidak mengesyaki yg kamu mau berdating dgn skandal tak sengaja kamu itu

dan bila kamu mengadu kepadaku tentang kekecewaan kamu yg terpaksa melupakan dia andainya dia akan berkahwin dgn boyfren sehidup sematinya, dengarlah nasihatku supaya melupakannya dan mencari gadis kendu lain pula utk diflirt. janganlah kamu membalas nasihat aku dgn kata2

"ckp senangla bro. aku bukan cam kau. kau tu player"

aku sudah single selama 2 tahun setengah. dan kamu yg sudah berpartner dgn tidak sengaja telah berskandal dgn si gadis yg sudah ada boyfren

dan kamu kata aku player?

Monday, December 07, 2009

vital signs

apakah petanda yg aku mungkin telah seorg workaholic yg menghabiskan masa terlalu lama di ofis?

aku pulang ke rumah pada waktu malam dlm keadaan kepenatan. dan bila cuba membuka pintu rumah, aku tag access card pada pintu rumah

damn! nasib xde jiran aku yg nmpk

Monday, November 23, 2009

reminder to self

kenapa bercinta dgn collegue itu tidak digalakkan?

kerana other than surviving the painful breakup, u hv to deal with another pain

the pain of having ur ex bitching abt u to her friends at the office who happens to be ur collegue as well

the next thing u know, the whole company dah tau abt ur the breakup, and that u are such a big jerk and betapa losernya kau. every single detail abt it

so payid, pls refrain urself frm hitting on ur collegue

so what if she's single, eye catching, soft spoken, smart, funny, doesnt smoke, doesnt drink, hv a great personality and drop dead gorgeous?

she's ur collegue!

Tuesday, November 17, 2009

kegilaan adik beradik

adik beradik aku xramai. kami cuma 3 beradik. aku ada 2 org adik, seorg perempuan dan seorg lelaki. like any other siblings kedua2 mereka adalah super annoying, sbb derang suka tag team dua org dan buli aku

my sis is the brainy one. selalunya dia yg akn come up dgn idea2 yg tahpahape sbg hiburan kami. contohnya seperti game siapa yg paling lama dapat menahan diri daripada mencarut bila menonton lakonan adam af2 dlm wira malam bisikan naga. dan dia memegang rekod yg paling lama. setengah jam ada la kut sebelum channel ditukar. adik lelaki aku kalah awal2 lg. 5 minit pon dia xsanggup tahan

my bro is the mischievous one. xde sape yg selamat dr mulut dia yg mcm durjana tu. selalunya selain mak aku, aku la yg menjadi mangsa. antara point yg aku selalu kena adalah sebab kekurangan ketinggian aku. bukanla aku pendek sgt pon. cuma kalau dibandingkan dgn derang, aku la yg paling pendek

we grew up together sbb jarak umur kami xjauh beza. and even until now, we are really close to each other since kami dah jarang2 jumpa. i left home first for boarding school when i ws 13. that left the 2 of them, aged 10 and 7 back then di umah. that's y they are much more closer to each other. then when my bro left for sekolah teknik and my sis left for her diploma, lagi la kami jarang2 jumpa

tapi sampai sekarang bila sesekali berkumpul, kami masih mampu menggamatkan rumah yg xberapa besar tu walaupon cuma 3 org. bygkan kalau kami 13 beradik semua sekali, harus mak aku checked herself to rumah sakit jiwa secara sukarela

despite our differences, ada beberapa perkara that we have in common. antaranya, kami tiga2 org mls mandi. dan masa tu la we will drive our mum crazy sbb masing2 xmau mandi dlu. mula2 tu, mak aku bebel juga. tp sbb kesiankan dia yg penat bebel (dan kami juga penat mendengar), we came up with a solution, tks to our brainy sis yg sgt kreatif la

we will vote sapa yg akan mandi dlu. dan ini bukanla vote cikai2 main cabut undi kertas. kaedah votenye adalah seperti survivors vote the contestant out every week. kami akan tulis nama org yg kami mau dia mandi dlu di atas kertas dan masukkan ke dlm bekas. sebelum kertas dimasukkan ke dlm bekas, kami akan bercakap menghadap ke dinding seolah2 bercakap dgn kamera, memberitahu para penonton kenapa kami mahu org yg divote itu mandi dlu. padahal xde penonton pon. sape nk menonton rancangan bodoh kami ni

dan seperti biasa my sis akan menjadi jeff probst. idea dia kan, dia la jadi watak utama. selalunya masing2 xkan mengaku adanya pakatan. padahal aku tau sebenarnya derang pakat 2 org vote aku. dan bila akhirnya my sis declared "along, the tribe has spoken", dia akan menyerahkan tuala aku sebagai ganti kepada obor yg dipadamkan dlm survivor. kami xdela pakai obor. nanti mak aku marah lak main api dlm umah

when i started working, adik2 aku mengadu juga bila aku dah jarang habiskan masa ngn derang. bila derang borak sampai pagi, selalunye aku dah tertewas dlu sbb penat. lagipon esoknye nk bgn awal g keje. jadi derang kata "along yg bekerja adalah along yg membosankan". ye, along mungkin membosankan, tapi along yg bekerja juga adalah along yg mempunyai wang yg kemudiannya akan dikikis oleh derang juga. jadi mungkin along yg bekerja tidakla teruk sgt

aku igt lagi ada satu hari tu, masa shopping kat giant, derang beriya2 suh aku belikan belon panjang2 kurus yg clown selalu guna buat bentuk poodle la, zirafah la dan segala macam binatang lagi. siap ngn pump tu sekali derang paksa aku belikan. utk 2 org yg bukan clown dan masing2 dah berusia lebih 20 thn, aku xnmpk apa relevannya derang paksa aku beli benda tu. tapi bila difikirkan fakta bahawa adik2 aku mmg suka mengikis aku, maka segalanya menjadi lebih logic

balik ke rumah, masing2 menerai la belon dan pump tu smp tgh2 mlm. aku seperti biasa memainkan watak along yg membosankan dgn tidur lebih awal. aku pon xtau pukul bape derang tido. sedar bila aku bangun nk pegi keje, derang dah bergelimpangan dlm bilik aku di samping toys baru derang. dan juga sisa2 belon yg pecah. tah apa la projek derang mlm tu aku pon xsedar

dan bila aku pulang dr keja mlm tu, derang dah balik ke umah mak aku pon. hati pon jadi sedikit berat utk pulang ke rumah yg kosong dan sunyi. tapi bila aku masuk ke bilik dan buka suis lampu, aku ternampak sesuatu yg buat aku sedikit sebak

di atas bantal aku, ada seekor zirafah yg dibentuk dari belon2 panjang berwarna pink. dan ada note di sebelahnya yg berbunyi

"kitorg tinggalkan zirafah ni buat teman along. xla along sunyi sgt duduk sorg2. along jaga diri ye"

aku xsangka lak derang berjaga tgh2 mlm semata2 nk belajar dan berlatih buat zirafah sebagai teman aku. adik2 aku mungkin super annoying, tapi derangla kesayangan aku sampai bila2

xsaba nk balik umah minggu ni, jumpa adik2 aku

Thursday, November 12, 2009

mimpi ngeri

perasan x bila demam kita akan mimpi yg aneh bila tido malam. kadang2 siap ngigau pon ada. xtau la org lain, tapi aku sejak kecik mcm tu. ada sekali tu aku mimpi lembu masuk umah aku melalui bumbung. gile x?

aku demam skang. siap gigil2 lagi. tp nk pegi ofis juga. maybe sbb bosan kat umah kut. atau sebab nk main mafia. atau sebab nk cuci mata tgk gadis2 kendu kat ofis. kat umah ada bapak aku je. cuci mata penamanya. tapi mungkin kalau aku masih blur2 sotong sampai tgh ari, mungkin aku tetap akan g klinik dan amik MC. baik rehat kat umah sebelum aku ckp yg bukan2 ngn cust aku

tp mlm semalam aku mimpi mmg gile ngeri punya. siap bila bangun aku berdebar2. jantung aku rasa nk pecah. berpeluh2 aku walaupun pagi tu sejuk sgt

aku mimpi aku balik umah mak aku di hujung minggu mcm biasa. tapi yg luar biasanya bila mak aku bgtau yg aku dah bertunang. BERTUNANG? damn! aku ditunangkan tanpa persetujuan aku? OH TIDAK!

kononnya, dia adalah kenalan kepada kawan aku. aku pon xtaula bila masanya dia masuk meminang. tau2 je dah kena tunang. dan semua persiapan dah lengkap, tggu time nk kawin je.

aku cuba nk recall nama pengantin lelaki tu tapi xigt lak. tp aku tau aku nampak namanya tercetak atas kad kahwin aku. yeah dat's right ppl. kad raya semua dah siap tggl nk distribute aje

puas aku bergaduh ngn mak aku. aku xpuas ati ditunangkan tanpa rela. dan aku xpuas atu kena kawhin thn depan bulan 5. tp gaduh lama2 pon xguna. semua dah siap dah pon. tinggal nk kawin je

mujur aku terjaga lepas tu. mmg ngeri

kalau aku rasa cam xnk balik umah mak aku minggu ni boleh x?

Thursday, November 05, 2009

satu hari di hari khamis

aku cuba2 untuk bermain game lain selain mafia wars di fb sebab ada ketikanya aku xtau nk buat apa di ofis (selain dr wat keja aku yg hakiki la kan)

aku penah cuba main vampire wars, tapi lepas beberapa stage, aku rasakan dunia yg penuh kegelapan itu xsesuai dgn aku. lagipun aku takut darah

dan kerana pengaruh rakan sebaya, aku secretly pernah terjebak juga dgn fashion wars. ye, anda boleh gelak sekarang. tapi aku betul2 terjebak sebenarnya. semuanya angkara collegue aku yg mengancam xnak accept mafia wars invitation aku kalau aku xmain fashion wars. masa tu mafia aku baru 20 org. korg fahamla kan betapa terdesaknya aku masa tu. tapi kalau dlm real life sekalipun, bila aku rasakan yg aku mandi nak pegi keje pon dah cukup bagus, dunia fesyen yg penuh glamour itu juga xmemenuhi tuntutan nafsu gaming aku

dan bila aku tgk semua org pon sibuk bercucuk tanam di facebook, aku pun cuba nk menyelami kehidupan seorg petani yg berjaya dalam farmville. mula2 agk teruja juga bila tgk tanaman mula masak dan dituai lalu mendapat duit. tapi dasar pemalas seorg payid yg nk bela kaktus pon belum tentu, aku tinggalkan ladang aku yg mungkin sekarang ni hanya ada semak samun je utk dituai

dan hari ni, bila aku tgk 2,3 org kat ofis ni main cafe world, aku pun terasa xmahu ketinggalan dari mengikut trend ini. lagipun adik hanis zalikha pun main cafe world juga. aku klik la kat icon cafe world tu dan tggu game loading

tiba2 je aku dapat msg ni

The Don needs you in Mafia Wars.

terus aku tinggalkan niat nk buka restoran buat sementara kerana ada tugas yg lebih penting di mafia wars

nampaknye aku mmg mafia sejati walaupun level baru 186

Monday, November 02, 2009

amazing discoveries

every once in a while we will hv a session with the QAs at the office where some of the recorded conversation will be played and u will rate urself accordingly based on the quality of the call. dan semasa QA session last week, aku telah mencapai suatu penemuan yg menakjubkan

i found out that i sounded so 'malay' when i speak in english. seriously, tanpa melihat wajah atau mendengar nama sekalipon, ppl can tell that i am malay frm that conversation. bukanla aku mau feeling2 cakap omputeh with the fake american accent like most perasan urban ppl atau conversing with a perfect english accent like the british council ppl. tapi xsangka aku kedengaran begitu melayu bila ckp omputeh

xtaula mungkin dari pronunciation or dr tonasi yg aku gunakan. tapi aku realize sesuatu yg lebih menarik di sebalik penemuan itu

aku kini berada dalam kategori yg sama dgn non english speakers yg bercakap inggeris. aku sama seperti frenches, italians dan latinas yg bercakap inggeris.

aku adalah exotic (bukan erotic).

Friday, October 16, 2009

kenapa?

gadis yg kendu selalunya kurang bijak

gadis yg kendu dan bijak selalunye tidak single

gadis yg kendu, bijak dan single selalunye tak senget

gadis yg kendu, bijak, single dan senget tak nak kat aku


rumitnye persoalan ini... haha....

Monday, October 12, 2009

raya

hari raya sebenarnya lebih dr sekadar makan kenyang2 setelah sebulan berpuasa. lebih dari sekadar ketupat rendang, bertanding perabot baru dan siapa yg memandu kereta yg lebih mewah pulang ke kampung. lebih dari keseronokan bermain bunga api mercun dan meriam buluh. lebih dari sekadar kuih raya, baju raya, duit raya, lagu raya dan segalanya raya

mungkin kebanyakan kita terlupa seketika bahawa sambutan hari raya adalah lebih dr semua tu. dan ada sebab kita merayakan hari raya selama sebulan walau hakikatnya patutnya sehari pon dah cukup. sebenarnya kalau dihayati kemuliaan hari raya ni, mmg sehari tu xpatut sgt la kan. sbb tu org cuti raya smp seminggu lebih walaupun hakikatnya pengisian raya mereka mungkin tidakla begitu berfaedah, sama juga seperti tahun2 yg sebelumnya

mungkin untuk sekali dalam setahun, ini masanya kita berkumpul beramai2. xkira keluarga atau kawan2. saling memaafi dan meleraikan sengketa. mungkin ini peluang utk menjernihkan hubungan yg keruh. merapatkan kembali silaturrahim. menyambung kembali persahabatan yg hampir musnah. meluahkan apa yg terasa di hati, menjelaskan apa yg kabur dan melupakan perselisihan yg lama

ini juga masa utk kita saling meng'update' antara satu sama lain. saling bertukar cerita, sambil berkongsi kisah2 manis yg lama dan mungkin hampir dilupakan. berkongsi kegembiraan dan keceriaan. bersimpati dgn kekurangan dan kesedihan. memberikan kekuatan kepada yg memerlukan. meraikan mereka yg mengecap kebahagiaan

jadi aku kira setiap kunjungan ke open house selain dari menikmati makanan yg lazat, ini juga adalah peluang utk aku saling bermaafan, melupakan sengketa dan mengeratkan silaturrahim. jadi tiap jemputan aku cuba penuhi andai ada kesempatan dan peluang. dan aku tetap terharu menerima jemputan walau xdapat aku penuhi. pada aku, aku masih lagi dalam ingatan mereka. mereka masih mahu mengeratkan slilaturrahim dan mengeratkan hubungan dgn aku

dan aku rasa agk kurang beradab bagi mereka yg menolak jemputan tanpa sebarang penjelasan pada tuan rumah. kalaupun xdpt dtg, sekurang2nya tuan rumah diberitahu akan ketidakhadiran itu. tindakan senyap mcm tu je nmpk seolah2 kamu tidak menghargai dan menghormati jemputan yg diberi oleh tuan rumah. serendah itukah adab dan keperibadian kita, walau kepada sorg kawan sekalipun

dan kepada tuan rumah yg mungkin dgn sengaja melupakan utk menjemput org2 tertentu, aku sendiri kurang mengerti apa tujuan sebenar derang buat open house. mungkin hanya utk berkumpul sesama geng2 mereka saja kut, tanpa melibatkan kenalan baru yg mungkin nk join geng, apatah lagi kwn2 lama yg mungkin dah disingkirkan dari geng. biarla. siapala aku nk mempersoalkan niat dan tujuan org. duit derang pon kan nk buat open house. bukan duit aku pon

untuk k.lin kakak kesayangan dan blue, tks a lot for having me around. as usual, it's a great pleasure to spend time with my fav sis. tks for the great food and hospitality

untuk fanta, nad, aini, semut, ayun, andre, ateh, chua, zorro, k.rya, ray, sari, shark dan dean kwn shark yg single, tks a lot for the great time yesterday. till we meet again next time dan berkongsi kegembiraan lagi

untuk mereka2 yg aku xsempat jumpa, insyaAllah andai ada rezeki kita lepakla bersama

salam aidilfitri, maaf zahir dan batin utk semua

owh btw, adik kak lin kata aku comel. haha *angkat2 kening, muka ada sedikit riak!

Wednesday, October 07, 2009

sang penggoda

dari jumaat lepas, dia cuba menggoda aku. merenung aku dgn pandangan yg tajam menikam, menusuk terus ke kalbu. setiap kali pandangan bertentang, aku terasa bagai ditusuk panah arjuna. aku jatuh cinta tiap kali memandangnya

dia masih di situ, cuba menggoda aku dengan renungannya. dia tau aku mudah tertewas dgn keindahan yg dimilikinya itu. dia tau di mana weak points aku, dan dia menggunakannya utk menewaskan aku

dia tahu aku begitu menginginkannya. dia tau aku mengidamkan tubuhnya yg gebu itu. dia tahu aku mendambakan utk meneroka setiap inci tubuhnya,menikmati kelazatan yg tak terhingga

aku bimbang andai keimanan aku akan tergoyah. aku xmau terlanjur lagi mcm masa mula2 aku kenal dia dlu. sekali aku menikmati tubuhnya, terus gian. aku mahukan lagi dan lagi. begging, asking for more. mujur aku cepat tersedar, sebelum ada suara2 sumbang yg berbunyi. nahas juga klu kwn2 aku tau keterlanjuran itu.

tapi dia masih xputus asa menggoda. dan sekarang dia masih lagi merenung aku dgn pandangan yg sama. pandangan yg mencairkan hati. pandangan yg menggoyahkan keimanan.

aku cuma berharap aku mampu bertahan dan bersabar. sekurang2nya sampai petang ni. aku dah berjanji ngn diri aku, aku xkan jamah lagi kuih samprit tu selagi mak aku xrasa. aku dah niat nk beli utk mak aku. takut nnt klu aku dah rasmi, mak aku cuma dpt rasa bekas kuih je

sabar payid, xlama je lagi

Thursday, October 01, 2009

bila mengantuk dan tertekan, payid gagal untuk berfikir secara rasional

pagi. sangat pagi. aku sgt mengantuk, tapi kena paksa diri pegi keje juga. dan tertekan, tensi. baru je pas bertengkar ngn ayahanda dlm kete. forever la kan aku ngn ayahanda tu bertengkar. not a surprise pon

lepas mintak izin nk pegi keje dan turun kete ayahanda, aku berjalan penuh yakin ke stesen lrt. mengantuk, tapi masih yakin. dlm hati, xsabar2 nk tido dlm lrt sebenarnye. tido dlm lrt ni best (kalau boleh duduk la). sejuk dan selesa. dan boleh mendengki org2 yg naik mula dr wangsa maju yg xdpt duduk. haha

aku berjalan melintasi pakcik polis bantuan yg jaga laluan pemegang monthly pass. aku flash pass aku sekali lalu kat dia dan terus berjalan. tetiba...

pakcik polis polis itu berkata "dik, tgk pass tu sekali lagi"
dalam hati aku, pakcik ni pehal pulak. xnmpk ke aku dah tunjuk td. pagi2 nk cr pasal ni. tapi aku tunjuk juga, sekali ini lebih dekat sket ke muka dia. tgk la kau pass aku puas2

pakcik polis itu berkata lagi "pass ni xleh pakai dah dik. ni dah 1 haribulan ni"
aku tgk jam murahan aku yg ada haribulan. tetiba aku terasa bengkek ngn pakcik polis yg nk cari pasal tu

"amende lak pakcik. arini kan baru 31 haribulan?" tonasi sedikit bengang tapi masih terkawal sbb xmau create a scene lak kat situ. org pon makin ramai kat lrt station

"dik, september ada 30 hari je la"

dan masa tu aku rasa nk lempang muka aku laju2 dgn sliper jamban

Wednesday, September 30, 2009

payid malas

sejak balik cuti raya ni mmg aku gile malas mau keje. eh, tp rasanya sebelum raya pon malas juga. bukan setiap masa pon aku malas juga ke? eheh

tapi bekerja di kala semua org syok2 cuti raya mmg sucks rasanya. xkirala perasaan dengki kerana harus bekerja di kala org lain bersenang lenang di kampung halaman. tp byk keje yg tertangguh kerana org2 besar yg sibuk bercuti ni tiada di tempat kejadian utk dirujuk. kalau aku xperlu liase ngn derang, cuti la sampai sebulan pon. apa aku heran kan? tp bila kau seronok bercuti dan aku xboleh nk selesaikan keje aku sbb kau xde, itu yg menimbulkan perasaan xbest tahap ultimate

ok, stop bitching abt work, will u?

*************************************************************************************

masa sekolah dulu, aku sgt malas mau pegi kelas prep. 'prep' tu aku rasa kependekan utk 'preparation' kut. biasala kalau sekolah asrama. demi kecemerlangan akademik, nk masuk kelas pon ada preparasi bagai. tapi selalunya prep ni adalah masa utk buat homework atau ulangkaji pelajaran la. ada 2 sesi prep setiap hari, prep petang dan malam. prep petang adalah di sekolah dalam pukul 3 ptg kalau xsilap aku (masa prep pon lupa, nmpk sgt jarang pegi). prep malam pula kat hostel lepas isyak

maka demikianla sedikit introduction kepada kelas prep di sekolah aku. meskipon kehadiran utk setiap kelas prep adalah wajib utk semua org, tapi menjadi seorg payid, aku merasakan adalah satu keperluan utk aku ponteng kelas prep sekali sekala. ok aku tipu, sebenarnya aku yg malas mau pegi. sgt malas ok

walaupon selalunya aku hadir ke kelas prep ptg hanya utk tidur, tapi aku lebih suka ponteng dan tido di hostel (read: dalam loker)instead. yeah, aku rela tido dalam loker yg sempit tu dpd pegi prep kat sekolah. loker tu xdela besar mana. tinggi loker tu ada la dalam separas pinggang aku je, dan berbentuk segiempat sama. well, masa tu aku nk masuk muat la, siap boleh tido lena. kadang2 siap mimpi lagi. kalau sekarang ni suh aku tido dalam loker, ada yg cramp kut lepas tu. haha

prep malam pula dibuat kat bilik study hostel. bilik study ni satu level dgn dorm aku. ada 3 bilik study kat hostel ni dan semuanya pada level yg sama. dan bilik prep aku plak cume sebelah dorm aku je. sgt convenient kan? tapi tetapla aku mls pegi prep juga

sebenarnya kalau aku pegi prep mlm pon jarang sgt aku study. aktiviti prep mlm aku selalunye ialah kacau org study, tido, berborak, mengumpat budak yg suka pakai baju tidur warna merah kilat2 serta memakai sepit rambut rama2 yg tergedik2 atas kepalanya dan pow air teh kwn aku yg duduk tepi pintu tu. aku berpura2 mcm pengutip cukai yg akn mengutip cukai air teh setiap kali aku keluar dan masuk ikut pintu bilik study tu. jadinye setiap kali lalu, aku akn minum seteguk air teh dr tumbler kwn aku tu. bila abis prep malam, rasanya adala separuh tumbler besar tu aku abiskan. i wonder kenapa la kwn2 aku xbenci perangai aku yg agk gampang dlu tu

walaupon aku byk aktiviti yg menyeronokkan ketika prep malam, itu tidak mengalang aku dpd memonteng. tapi utk ponteng prep dan tido dlm loker agk mustahil dilakukan sbb semua org ada kat hostel, jadi aku perlu alternatif lain utk melaksanakan misi memonteng prep aku

sebelah dorm aku juga adalah bilik elektrik yg kami panggil bilik danger (cakap omputeh baru rasa sedikit glemer). bilik danger ni terletak kat hujung bangunan. jadi kalau dibaca plan hostel aku, di hujung bangunan itu adalah bilik danger, sebelahnya dorm aku, sebelah dorm adalah bilik study aku, sebelah bilik study adalah bilik basuh baju, sebelah bilik basuh baju adalah toilet. ok, aku xperlu terangkan secara detail kat sini. xde keperluan dgn tajuk cerita pon. maafkan aku kalau korg sedikit konfius. mungkin korg bleh abaikan perenggan ini

tiap kali aku rasa mau ponteng prep, aku akan pegi ke bilik danger dan trip main switch kat situ. jadi bila blackout, xyahla pegi prep. wohoo... walaupon itu bermakna kami harus berada dlm kegelapan dan kepanasan, tapi aku rela asalkan xpayah pegi prep. mungkin ada yg bersyukur juga tiap kali black out, mungkin ada juga yg kurang senang. kesian juga kpd si ulat buku yg terpaksa study di koridor hostel berbekalkan suluhan lampu kecemasan saja. seruis perangai aku adalah sgt gampang ketika itu, tapi mungkin aku gagal menyedarinya akibat kesombongan di masa muda yg indah

tapi mungkin akibat terlalu byk kali aku gunakan trick yg sama utk memonteng, maka timbul syak wasangka di kalangan warden. mungkin mereka musykil kenapa tiap kali blackout mesti level aku je yg terkena padahal level lain kat hostel tu terang benderang je. mungkin ada yg menjadi tali barut lalu telah mengadu kpd warden akibat kesusahan mereka utk study. cheh. loser. haha

jadinya, para warden telah mengeluarkan arahan baru yg lebih bijak. tiap kali black out, kami dipaksa utk study di dewan makan yg mana adalah perkara yg paling xbest. udahla kena pakai baju kurung, xboleh berpakaian kasual (read: t shirt, kain batik, seluar pendek, kaftan dan apa saja pakaian selain baju kurung) jadi xboleh nampak budak yg suka pakai baju tidur warna merah kilat2 serta memakai sepit rambut rama2 yg tergedik2 atas kepalanya lagi. ini juga menyebabkan aku xboleh lagi menjalankan aktiviti prep malam aku yg lain seperti kacau org study, tido, berborak dan pow air teh kwn aku yg duduk tepi pintu tu

maka lepas arahan tu dikeluarkan, jarang2 sekali level aku mengalami gangguan bekalan elektrik. kalau black out, dgn aku2 sekali marah, walaupon lepas tu aku akan sambung tido di dalam loker

*************************************************************************************

ada sapa2 tau kat mana main switch ofis aku?

Monday, September 28, 2009

rahsia

bila aku diamanahkan dgn rahsia, aku jaga kerahsiaan itu dgn segenap daya usaha aku. aku jaga amanah yg diberi kerana aku xkan sekali2 mengkhianati kepercayaan yg telah diberikan. xkirala sebesar, seremeh atau sesensasi mana rahsia itu. aku kira, ada sebabnya kenapa aku adalah antara org2 yg terpilih utk mengetahui sesuatu perkara berbanding org lain. jadi demi menghormati hak keistimewaan yg telah diberi itu, aku jaga amanah yg diberi dgn sebaik mungkin

tapi bukan mudah menjaga sebuah rahsia, terutama bila rahsia itu sepatutnya dikongsi bersama rakan2 yg lain. dan lebih sensasi rahsia itu, lebih sukar juga la aku nk menjaganya. bertambah sukar bila semua org tau yg aku mengetahuinya dan semua org berusaha utk mengorek rahsia itu dr aku

dan akhirnya tiada apa yg lebih melegakan utk aku bila rahsia itu terbongkar dgn sendirinya. xperlu lagi aku memyimpan rahsia sensasi ini dgn susah payah lagi. terlepas satu bebanan yg besar rasanya

sesungguhnya bila aku menyimpan rahsia, aku jaga amanah itu sebaik mungkin. kata org, biar pecah di perut, jangan pecah dimulut *di edit setelah menerima teguran cik vanilla

oleh kerana aku terlalu banyak menyimpan rahsia, sebab itu perut aku besar

kan?

Saturday, September 26, 2009

jawapan kuiz penonton di rumah

first and foremost, maafin daku yg menyempat nk bg result kuiz lebih awal, sekaligus mengupdate blog. ok, alasan ini mungkin sgt lame, tapi itulah yg sebenarnye. disebabkn kesibukan kerja (yg menyebabkan aku terpaksa pulang ke kota pada raya ketiga dan terus bekerja di raya keempat serta di hari sabtu yg permai ini) maka aku mmg xsempat nk update pon. yeah, i hate my job, but im still doing it. ok, i need to stop bitching abt work now. semua org masih mood beraya kan? eheh

ok, let's get to business. setelah kuiz penonton di rumah dilancarkan lebih kurang 2 minggu lepas, maka dgn ini aku secara rasminye mengumumkan bahawa penyertaan utk kuiz telah ditutup. dah xde org nk teka br nk tutup kan payid ni? haha

dan dgn ini, secara rasminye aku mengumumkan bahawa warna baju raya aku tahun ini adalah gold, hitam dan coklat. perghhh.... sakan payid beraya dgn 3 pasang baju ni. haha

ok, mari kita lihat siapa yg kena

*************************************************************************************

Jedi said...
macha,aku rasa baju raya ko kaler kunin, sbb sesuai dgn..
(i)corporate ko dan
(ii tema digi yg mengikutttt je tuh (**as refered to ur yesterday incident)..
p/s: ade hadiah ke kalo tekaan betul?

Anonymous said...
i think color blue..

Jebonx said...
Pink!!!!
oh yeah! oh yeah! Bak mai hadiah itu.

[-AnR-] said...
aku rasaaaa....

kaler pelangi....yeaaaahhhh..ehehehehe

bilerlaaaa aku dapat teman mak aku bersopin begitu..eheheheheheehe

sejuk perut ibu kamu mengandung kamu payidd


Fanta Giro said...
Aku tau.. payid tak beli baju raya pun... dia pakai baju tahun lepas..

vanila said...
i vote for silver.
coz silver is the color of the year.(mentang2 baju sendiri silver)
betul tak?

semuthitam said...
yid, nanti malam kita bincang jawapan eh, esok aku jawab kat sini...

Fanta Giro said...
Aku nak teka lagi sampai dapat. Aku rasa kaler hijau.

Sampul hijau aku dapat tak kali ni? Ingat Fanta-Claus ada hadiah jugak nanti bagi kat Payid... :P
Tapi aku nak sampul hijau berisi apa yg patut la. Ugut siap.. haha..

jamie said...
i know...it's purple!!:)

selamat hari raya dear..it has been a long time huh?hope u r doin good..btw, semperna raya ni, i maafkn sume salah & silap u..hehehe..i xnk mintak maap sbb i know i tak penah bt salah..& sbb i cute..(motif la kan??ade aku peduli??)hahahaha...:P

nnt jgn lupa dtg umah for ray & for the wedding..& don't forget the mini gath yg di rancang..:D

*************************************************************************************

cheh. nampak gayanya semua tekaan pon tidak tepat. maka tiada siapa pon yg berjaya memenangi hadiah lumayan yg telah ditawarkan

xpela, cuba lagi di tahun hadapan. haha

salam aidilfitri. maaf zahir dan batin

Wednesday, September 16, 2009

edisi bumper hari raya

kau ingt majalah ujang je ada edisi bumper? blog aku pon ada ok. disebabkan aku ada byk benda nk tulis dan masa yg sgt terhad serta sgt malas mau buat byk2 post dlm satu hari, maka terhasil la edisi bumper ini

*************************************************************************************

minggu ni merupakan minggu malas kerja aku yg ultimate. badan je yg pegi keje hari2. jiwa dah sibuk nk beraya je. otak aku pon asik terngiang2 lagu raya je. walau aku pasang lagu nelly furtado ke, lagu 3 doors down ke, tp asik terbyg lagu raya je skang. mungkin penangan ikut mak aku shopping raya minggu lepas kut. kat mana2 pon ada lagu raya. aku pon dah rasa mcm kompleks membeli belah skang sbb otak aku asik pasang lagu raya. haiiihhhh.....

aku xtau la kalau disenaraikan semua lgu raya kat malaysia ni boleh dapat berapa CD. gila byk. aku bukanla penggemar lagu raya sgt. pada aku isi lagu nye sama je. semua psl sebulan berpuasa (padahal xcukup pon kan), pasal memohon kemaafan, perantau pulang ke kampung halaman, perantau xdapat balik raya (mungkin sbb xdapat cuti atau xdpt tiket bas), saling kunjung mengunjung, pasal ketupat lemang, kuih raya, duit raya, jalan raya, bunga raya, hantu raya dan segalanya raya. balik2 ituuuu..... la juga. bapak bosan ok

tapi dlm byk2 lagu raya, lagu yg mcm memberikan kesan sket kat aku adalah lagu yg aisyah nyanyi tu. amende tah tajuknye? jap aku g google eh (gigih ni)

***setelah menggoogle selama 10 minit

ok, tajuknye ialah Pulanglah. eheh

Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )

Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya

bapak syahdu lirik tersebut. dun get me wrong. bukanla aku pernah clash dgn mana2 kekaseh di aidilfitri. cumanya aku membayangkan gile sedih la sang kekaseh ini di'dump' di hari raya. sian gile. kalau aku, xsanggup kot rasanya nk tinggalkan kekaseh di hari raya. kalau nk clash pon aku tggu la lepas raya kut. kalau dah xsabar sgt, mungkin elok2 lepas puasa enam tu bolehla clash kut. haha. jadi kepada anda2 semua yg ada kekaseh tu, jgnla clash dgn kekaseh anda di hari raya. nanti tiap2 tahun raya menjadi kenangan buruk lak kat dia. xpasal hari gembira bertukar suasana

*************************************************************************************
dan terima kasih juga kepada para peserta kuiz penonton di rumah sekelian. walaupon xde yg menjawab dgn tepat, aku tetap hargai sokongan korg terhadap kuiz aku. walau dgn 7 peserta saja, aku tetap nk kata kuiz aku mendapat sambutan hangat. hehe

camnila sikap korg kan. bila aku post psl gath dan dan tu sampai 43 komen masuk. anonymous di sana sini, org2 yg xpenah aku kenal dan tau kewujudan pon teruja mau komen. aku buat kuiz penonton di rumah korg xnk join lak kan? haha. tetiba emosi plak payid ni. tekanan sbb xpenah tinggal puasa lagi kut *yeah, blame the hormones. senang betul jadi perempuan ni

okla, demi menghangatkan suasana, aku buka lagi kuiz ini sampai abis puasa ni. dan untuk memujuk rayu korg menyertai kuiz ini, aku goda korg dgn menawarkan hadiah yg lumayan. barangsiapa yg dapat meneka dgn tepat, aku akan membuat kemunculan istimewa memakai baju raya menziarahi anda di hari raya dlm mimpi anda. haha. bapak keji guna fine printing utk menyatakan kos2 tersembunyi.

*************************************************************************************
maka dgn ini, aku mengambil kesempatan utk buat ucapan selamat hari raya eksklusif utk para pembaca aku sekelian. kalau boleh aku mau upload kad raya poyo yg aku bg pada pembaca bertuah aku. malangnye xleh upload pula. mungkin Allah tau niat aku yg mau poyo dgn korg walau aku ikhlas mengucapkan selamat hari raya

okla. kepada anda semua yg membaca, maafkan segala keterlanjuran kata, kekasaran bahasa, kesalahan laku dan sebarang ketakbestan sepanjang korg membaca blog ni dan mengenali aku. jgn risau, aku juga maafkan dosa2 korg juga. tp kalau korg ada yg mengumpat ke, mengata, mengeji atau menyebarkan cerita2 xbest terhadap aku, aku xmaafkan selagi korg xminta maaf sndiri. haha. tawaran kemaafan bersyarat katanya

selamat pulang ke kampung halaman
selamat beraya di kota kepada yg xde kampung halaman

jangan main mercun, nanti putus jari
jangan raya sakan sgt sampai lupa nk balik keje lepas cuti
jangan belanja boros sgt nnt lepas raya merasa la kau mkn megi

salam aidilfitri.ampun maaf zahir dan batin

Monday, September 14, 2009

bila payid bershopping raya

ok, mungkin tajuk tu kurang tepat. sebenarnya harus dibaca sebagai "bila payid ikut maknya bershopping raya"

aku bukanla jenis yg suka bershopping sgt. aku beli barang pon bila dirasakan perlu je. dan selalunya tempoh penshoppingan aku tidak lama. kurang dr dua jam aku dah berjaya mendapatkan sepersalinan lengkap seberdiri (bunyi cam hantaran kawin pule). kaedah penshoppingan aku sgt ringkas sebenarnya. pergi ke tempat kejadian, beli barang yg perlu sahaja, bayar dan terus belah dr tempat kejadian. thus the concept of membeli belah la kan? beli dan terus belah. boley?

dan semalam aku merasakan sedikit tekanan bila mak aku ajk shopping utk raya. kalau gadis yg mngajak, walau partner sekalipon boleh lagi la aku nk elak. abis teruk pon mungkin ada sesi merajuk2 je la. xkan la sbb xnk teman shopping je dia mau clash kan? tp bila seorg perempuan yg mempunyai kuasa beli serta nafsu membeli belah yg serakah mengajak kau bershopping di jln TAR yg penuh sesak di kala mentari terik membahang di bulan ramadhan, bolehkah kau berkata 'TIDAK' kiranya perempuan itu adalah ibu kamu? kau gila nk suruh aku derhaka pada ibu di bulan ramadhan? nak suruh aku kena panah petir? (macamla bulan lain pon boleh derhaka kan?)

jadinya semalam dgn hati separuh rela aku turutkan juga kehendak mak aku demi memuaskan nafsu membeli belahnya yg membuak2 itu. jenuh juga la kan melayan karenah dia yg selang 15 langkah perlu diheret akibat melekat di gerai2 sepanjang laluan. aku jalan ke depan, sedar2 dia tertinggal di belakang melayan auta para penjual. ada saja la yg menarik perhatian (dan duitnya). baju raya 3 pasang rm100 la, tudung rm10 la, kuih raya rm 15 la, alas meja, sarung kusyen, u name it. xpernah aku rasakan perjalanan sepanjang jln TAR ke masjid jamek itu begitu panjang, mcm xabis2. padahal kaki aku mcm dah xlarat nk melangkah dah.

lepas satu kedai ke satu kedai. dari maju junction, pertama kompleks, SOGO, jln TAR, jln masjid india. mcm abis satu KL la mak aku nk borong smlm. hasilnya boleh tahan kebas juga jari jemari aku yg 10 ni menjinjing barang2 dia. dia belek, dia beli, dia bayar, aku yg angkat. mujur aku xmain mercun. kalau jari putus akibat main mercun, dah xcukup satu jari nk angkat beg2 plastik tu semua

mmg sepanjang bulan puasa ni, semalam la aku rasakan yg paling penat. dan aku mmg sgt musykil dr mana mak aku mendapat tenaga mcm arnab duracell tiap kali bershopping. tanpa henti okeh. serious shopping dan wanita ini ada satu hubungan yg sukar utk difahami

tapi bila melihatkan mak aku yg tertidur keletihan dalam lrt setelah kehendak shoppingnya dipuaskan (akhirnya tau juga dia penat), tetiba terbit rasa sayu di hati. kalau 15, 20 tahun dulu, macam ni juga la lagaknya mengikut kehendak kami adik beradik bershopping raya. sorang nak baju camni, sorg nak kasut begitu, masuk kedai ni xkena, kedai itu xkena. xmasuk lagi yg mengadu lapar dan penat (aku la tu), yg merengek2 kepanasan, belum lagi dia nk kawal kami bergaduh sesama sendiri. cabarannya mungkin lebih besar utk mak aku masa tu. kalau sekarang aku cuma perlu mengikut kehendak dia sorg, dia terpaksa berbuat perkara yg sama utk 3 org. jadinya walau penat mcmana pon smlm, aku kira mungkin ini cuma sumbangan aku yg sgt sikit utk mak aku berbanding apa yg pernah dia buat utk kami masa kecik2 dlu. xperlu la aku nk berkira kederat sgt ngn mak sendiri pon

mungkin meneman mak bershopping raya juga adalah satu kaedah untuk menginsafi diri

dan utk soalan penonton di rumah : apakah warna baju raya payid utk tahun ini?

Thursday, September 10, 2009

kad raya payid

sejak semalam, aku sudah mula menghantar kad raya utk kawan2 aku yg bertuah

mereka harus berasa bertuah kerana aku ada email address mereka dan aku berjaya menaip e mail address mereka dgn betul (sape suh letak email address susah2 kan?)

kiranya kamu di luar sana masih belum menerima kiriman kad raya aku, mungkin kamu tidak cukup bertuah berdasarkan 2 sebab di atas

jadi seandainya kamu mahu berasa bertuah, sila beri email address kamu sekarang

Tuesday, September 08, 2009

i have to do this tag untuk mengelakkan diri daripada tertidur di workstation semasa bekerja

35 TRUTHS

Today Did You--
1. Talk to the boy/girl you like/love?
jap2. ada ke pon someone i love at the moment? ahah

2. Realize anything new?
Yes:
1. i need to start planning my future (after a couple of years being put to a halt)
2. i sooo.. need a haircut. but i so sayang want to cut one. nanti xleh feeling2 storm riders dah
3. somebody has been discreetly reading my blog. am contemplating whether to private my blog or not. wht do u guys think?


3. Talk to an ex?
buka puasa ngn my ex last sunday. harusla we talked kan?

4. Miss someone?
yeah i guess so

LAST PERSON WHO
5. Slept in your bed?
my sis

6. last person that saw your tears?
cant even remember the last time i cried.but most probably it ws my sis. i seldomly cry in public

7. You went to the movies with?
i think that would be masa movie marathon ngn colleagues and boss and her friend last 3 mths kut. gile lama. haha

9. You said "I love you" to?
kalau panggil "sayang" tu maybe one of my gang kat office la kut. but the exact "i love you" words to rasanya would be my miss gorgeous

10.Who made you laugh recently?
my sis. she's damn funny in her own ways

11. Said they loved you?
wohooo.... ada ke? serious lupa. lama gile xde org tells me that

12. Called you in the middle of the night?
i think that would be semut la kut. xdela middle pon. kul 12 tu kira mlm baru nk bermula la kan

13. Have a crush on?
still having a not so secret crush on one of my colleague. haha

JUST PLAIN QUESTIONS
14. What book are you reading now?
still trying to finish the book that was given to me a a birthday present. it's already september la wey. tah2 sampai birthday thn depan pon xabis. haha

15. Best feeling in the world?
at this point of time, perasaan ketika tidor je (gile mengantuk ni)

16. Favorite location?
*bole x cant think of any masa ni? sungguh bosan kehidupan aku ni

17. piercing/tattoos?
dun have any

18. What are you most scared of rightnow?
death

19. When do you want to get married?
can i pass?

20. Who do you really hate?
someone whom i shouldnt

21. Does anyone really hate you?
i guess so. but i cant be bothered pon

22. Do you like being around people?
yes, but not all the time la.

24. Song stuck in your head right now?
Dewi by Dewa 19

26. Been on radio or TV?
i played 'cloud' in storm riders



that is me on the right

28. Ever liked someone who treated you like crap?
yeah. i was indulging this one person sampai membiarkan dia treated me like a crap

29. What did you have for dinner lastnight?
i had roti for sahur

30. Do you have plants in your room?
nope

31. Does anything hurt on your body right now?
my lips are so kering it chapped. agak kepedihan juga la

32. When was your last cab ride?
last sunday on my way to meet my ex for buka puasa

33. What's your favorite Dunkin Donuts drink?
dun have any in particular

34. Would you have a problem with a friend dating your ex?
not at all. but all my exes are not available at the moment. if my friends still wanna date them, it's their problem, not mine

35. Would you rather be told the truth that could potentially destroy your life and change everything you know, or a lie that would save you from the truth?
nothing is worse than being lied to

Monday, September 07, 2009

payid merasa bersalah terhadap blog sendiri kerana dah lama tak update akibat terlalu leka bermain mafia wars di facebook

there's a saying; when u dun hv anythg nice to say, say nothing

jadi aku xmemilih untuk xupdate blog kerana i dun hv anythg nice to say. boley?

ok alasan. padahal sah2 tajuk telah menjelaskan situasi yg aku hadapi sekarang (situasi la sgt kan?)

aku sedang mencari sidekick sekarang. aku xsuka menjadi superhero yg bergerak secara solo macam superman atau spiderman. mereka xcool. semua superhero yg cool ada sidekick. seperti batman yg ada robin nye. atau keluang man yg ada tiong man nye. tapi aku xmahu menjadi cicakman sebab sidekicknye adalah yusry kru. aku xleh terima kalau sidekicknye lebih hensem daripada aku (walau hakikatnye aku tidakla merasakan bahawa aku adalah hensem)

payid adalah superhero yg tugasnya menyelamatkan gadis2 kendu yg kesepian. andai ada yg menyeru, aku akan segera menyarungkan cape dan memakai topeng untuk melaksanakan misi menyelamat. tapi disebabkan ada sidekick, maka selalunye tugas itu aku serahkan pada sidekick je. jadi aku ada masa senggang utk ditumpukan pada perkara2 lain. walaupon mcm batman ada lampu sorot yg memancar lambang kelawar tiap kali bantuan diperlukan, tapi selalunye sidekick aku yg berkerja lebih keras dalam misi menyelamat itu walaupon mungkin aku yg diseru

dan sesungguhnya seperti pepatah arab,man jadda wa jadda. siapa yg berusaha dia yg berjaya (payid boleh berbahasa arab? mungkin ada yg xsangka. haha). dan oleh kerana sidekick aku bekerja keras, selalunya sidekick la yg menuai hasilnye

tapi mungkin sidekick2 aku ini tidak membaca kontrak dgn teliti seperti mana kebanyakan customer aku yg xpernah membaca polisi sebelum menandatangani kontrak insuransnya. mereka xbaca pada fine printing itu bahawa kontrak sebagai sidekick payid secara automatik akan terbatal bilamana status mereka tidak lagi single. jadi jgn salahkan aku kalau aku sudah memecat sidekick aku sejurus mengetahui statusnya xsingle lagi. ye la kan, mana mungkin aku mengajak sidekick yg tidak single pergi menyelamatkan gadis2 kendu (read : mengorat) bila dia sudah ada komitmen terhadap org lain? tugas ini menuntut perhatian dan komitmen yg lebih besar sebenarnya. ini tugas yg sgt sukar, xsesuai dipikul oleh org2 yg xsingle. nanti kamu juga tidak akan seproduktif dulu kerana perlu commit kepada partner baru sebagai alasan utk tidak melaksanakan tugas penting ini. habis sapa lagi yg aku akan kerah untuk menyelamatkan gadis kendu yg lain di kala aku tak available?

jadi untuk kamu yg single di luar sana, aku ada kekosongan jawatan untuk kamu isi. pendapatannya mungkin xlumayan. tapi peluang kenaikan status daripada single kepada tidak single lagi adalah sgt cerah, bergantung kepada kesungguhan kamu melaksanakan misi menyelamat. plus, kamu ada peluang utk berkongsi charming cards dgn aku yg boleh ditabur kepada gadis2 kendu yg diselamatkan itu

ada sesiapa yg berminat?

Wednesday, August 26, 2009

another ramadhan rantings

hey there ppl

sungguh rajin payid memblog sekarang. kan? mungkin sepanjang access aku ke fb masih disekat, jadi ini je la kut alat komunikasi aku dgn dunia luar, selain dr facebook chat yg sengal tuh. haish... i nvr knew that berkomunikasi dgn dunia luar sewaktu bekerja adalah satu keperluan rupanya. i wonder macamana org2 zaman sebelum internet wujud ni mengelat time keje? hiks..

oleh kerana aku xdpt YM dan facebooking, maka masa kerja aku adalah sedikit terluang. tapi nama aku mau bg sepenuhnye konsentrasi terhadap kerja itu semacam tidak mungkin akan terjadi je. jadi aku memilih utk mengelat dgn cara lain ; bloghopping y'all...!

frm one blog to another, aku melompat2 dan membaca. sedikit sebanyak tau juga la update2 cerita hidup org lain. then it made me realize sth ; membaca blog yg wujud dlm satu lingkaran sahaja (read : the sengetians ) boleh mengakibatkan tekanan dan kemuakkan tahap melampau.

before this, i admit that aku hanya membaca beberapa blog je, yg aku rasakan kena dgn jiwa aku. tp akibat masa terluang begitu banyak sepanjang 2 hari ni, maka aku turu2 membaca blog2 yg aku skip selama ini. bt reading them again buat aku terigt semula the reason why i dun read them at the very first place

im not saying semua tulisan itu tidak bagus. ada yg bagus juga, ada yg kelakar, ada yg sweet, ada yg witty, ada yg penuh informasi. bt most of them aku rasakan mereka menulis hanya kerana everybody is doing it. like, everybody who is somebody in the sengetians have a blog, so they felt that they shud hv one too so that mereka juga boleh meluahkan rasa dan bercerita ttg kehidupan mereka, kisah cinta mereka dan partner mereka yg dirasakan yg paling sempurna dlm dunia dan mereka sajala pasangan bercinta paling hebat di alam semesta dan semua org pon mau membaca kisah mereka juga. padahal mungkin mereka tidak sedar that they are suffocating their readers with their mushy2 love stories.

akhirnye, setelah terasa kemuakkan tahap dewa, aku ditakdirkan utk terjumpa blog my pet sis masa kat sekolah dlu. i havnt heard frm her since the last 4 years jadi terlalu banyak update yg aku tertinggal. and as i was catching up with her life stories (yg xdela bk sgt coz it's more like her thoughts and opinion on her everyday encounters) i was like, man, it feels like a breathe of fresh air. finally, sth yg tidak ada kisah cinta sesama jenis yg memualkan, kisah patah hati tahap dewa, kisah kehidupan seorg sengetian yg membosankan. eheh. and as i keep on reading, i realized that she's still the same old k.jas yg aku kenal dlu. who speaks her mind in her own language and writes frm her heart. man, how i really miss her..

and i swear, disebabkan terasa terlalu connected dgn tulisan itu, aku hampir sahaja meninggalkan komen until i realized that i was signing in with my blogger ID. it held me back, bila aku terfikir yg i ws not ready to share the other side of me yg dia tidak tahu. knowing her, aku tahu yg maybe she's gonna be sooooo okay about my sexual orientation yg xpenah aku reveal openly masa sekolah dlu. tp aku rasa, im not ready to openly admit to her yet kut. jadi biarla dulu. lgpon, aku rasa tidak menjadi keperluan pon utk dia tahu walaupon aku rasa mau share my writings with her as well

but to dedicate this post to her, i quote these meaningful phrase frm her blog (yg aku tau dia juga quoted frm sumone else. eheh)

Whatever you gave a woman, she will make greater.
If you give her sperm, she will give you a baby.
If you give her a house, she will give you a home.
If you give her groceries, she will give you a meal.
If you give her a smile, she will give you her heart.
She multiplies and enlarges what is given to her.
So if you give her any crap, be ready to receive a ton of shit.

Friday, August 21, 2009

kenangan ramadhan payid

ramadhan muncul lagi, silih berganti. dan aku bersyukur kepada Allah kerana dipanjangkan usia untuk menempuh ramadhan sekali lagi, Alhamdulillah. sama2 kita menghayati bulan yg penuh keberkatan ni dgn memperbanyakkan amal dan mengurangkan dosa. moga kita sama2 beroleh keberkatanNya

ada cerita ramadhan yg best yg aku teringin nk kongsi ngn korg semua. cerita yg mungkin gembira, mungkin juga menyentuh hati. xpe, kamu judge la sndiri selesai membaca nnt ye. lgpon menjelang ramadhan ni kita cerita benda2 best je la. benda xbest kita sambung lepas raya nnt eh

masa aku study kat johor dlu, ramadhan adalah antara bulan yg aku nantikan. xsabar aku berjumpa dgn sesuatu yg aku hanya muncul setahun sekali. dan bila ramadhan menjelang, tika aku lihat tapak bazaar mula disiapkan dengan payung2 mula didirikan, aku tersenyum sendiri dlm hati. yes, boleh makan nasi beriani lagi!

padahal patutnye kau nantikanla malam lailatul qadar ke, terawih ke, tadarus ke. nasi beriani yg kau tggu payid? isy..isy..isy.. (kata para pembaca dlm hati)

ok, inila peluang last korg mengata kat aku ye, xpe. aku ampunkan korg utk kesekian kalinye menjelang ramadhan ni. hiks

ok ok sambung. bukanla hari lain xde nasi beriani kat parit raja tu. tapi nasi beriani yg istimewa ni cuma ada di bazaar ramadhan je. hari lain mmg xjual. aku pon xtahu kenapa. mungkin sbb tu dia special. lagipon mmg nasi beriani tu sgt sedap tahap dewataraya. harus aku eksaited tiap kali menunggu kemunculannye

beriani ni dijual oleh 2 org abg yg badannye agak 'sihat', beserta dgn pembantu2 mereka yg aku kira budak kolej aku juge. dia cuma ada 2 menu, nasi beriani dan nasi tomato, beserta dgn lauk ayam, daging dan kambing serta ayam masak merah bagi nasi tomato. tiap kali makan kau mmg rasa heaven sgt. dan harus sgt kenyang tahap dewa kerana portionnye sgt generous. mungkin abg2 itu menjual mengikut portion yg mereka mkn kut. dan tiap kali aku gunakan alasan akibat mkn beriani tu utk melambat2kan maghrib dan memonteng terawih sbb xlarat nk angkat perut. haha. tp serious seh, mmg gile kenyang nye mkn beriani tu

mula2 aku jatuh cinta dgn beriani tu masa aku 1st year lagi. dan sejak tu, tiap kali ramadhan aku akan muncul di gerai abg tu selang sehari. kdg2 3 hari berturut2 pon aku boleh beli beriani abg tu. aku segan nk beli hari2 walau aku xtau kenapa aku segan. mungkin aku segan bila abg2 tu tau yg aku sgt mencintai berianinye hinggakan hari2 aku jd pengunjung setia. kdg2 aku buat kemunculan secara solo, kdg2 aku siap angkut konco2 aku. kdg2 walau aku muncul secara solo, aku siap beli 4, 5 bungkus nasi lagi utk kwn2 aku. dan salah seorg abg itu pon semacam ada 'bond' dgn aku bilamana kdg2 aku boleh membeli dgn harga diskaun. dan yg paling best, tanpa diminta abg tu siap tau lagi bahagian kambing yg aku suka. *tetiba air liur aku kecur mengenangkan lauk kambing tu

tapi masa aku fourth year kat uni, untuk kali pertama dlm sepanjang ramadhan thn tu, abg2 itu tidak berniaga pada suatu hari. tapak gerainya kosong hari itu. aku yg mmg bercadang mau beli beriani mundar mandir beberapa kali di hadapan tapak gerai tu. aku pujuk hati, mungkin abg2 ni terlambat. aku pusing beberapa round bazaar ramadhan tu sambil menanti lori abg2 tu

dan setelah beberapa pusingan, tiba2 aku dipanggil salah seorg adik yg lepak kat tapak gerai tu. boleh aku xperasan budak pembantu abg2 tu masa buat round td. mungkin terlalu letih berpuasa, atau terlalu mengidamkan beriani. eheh. agknye mesti budak2 tu dah perasan aku lalu byk kali depan tapak gerai tu. terasa sedikit segan kat situ, tapi aku pegi juga dkt budak2 tu

dan dpd salah seorg dr mereka aku menerima perkhabaran yg amat mengejutkan. pd mlm selepas berbuka puasa sebelumnye, salah seorg abg itu diserang sakit jantung yg mengejut. dan dia menemui ajalnya pada mlm itu. aku terkesima, mungkin aku terdiam beberapa saat kut tanpa dapat memberikan respon. sungguh, aku amat terkejut. aku terkejut dgn pemergian yg tiba2 itu. dan aku juga terkejut mungkin kerana pemergian itu tiba2 memberikan kesan yg hebat kepada aku.

pada adik itu, aku sampaikan salam takziah buat keluarga arwah. dan tika aku sampaikan perkhabaran itu pd kwn2 aku, aku tetiba tersebak. aku sedih dgn pemergian seseorg yg bukan sesiapa pon aku kira pada mulanya. dia sekadar abg penjual beriani, yg tidak pernah aku ketahui pon namanya tika hayatnye. dan petang itu, aku tiada semangat utk berbuka buat kali yg pertama sepanjang ramadhan aku di uni. jenuh juga la kwn2 aku memujuk time tu walau aku kira derang kurang mengerti kenapa pemergian abg beriani itu membawa kesan yg amat hebat kepada aku. jgnkan derang, aku sendiri pon xfaham masa tu

dan malam tu, selsesai terawih dan witir, aku memanjatkan doa kepada Allah. moga Allah mengampunkan dosa abang itu dan menempatkan rohnya di kalangan org2 yg Dia kasihi. moga Allah merahmati abang itu dan ahli keluarga yg ditinggalkannya. dan aku sedekahkan Al Fatihah serta Yaasin kepada arwah. mungkin itulah saja sumbangan aku kepada arwah buat kali terakhir

selepas itu pemergian abg beriani tu, ramadhan aku jadi kurang beseri. kwn2 abg beriani dan pembantunye masih berniaga, tapi berianinya tidak dirasakan seperti dahulu. ye la, sebelum2 ni arwah yg masak. tentu rasanya tak sama. lagipon mungkin aku rindukan arwah yg tau bahagian kambing kesukaan aku tapi kali itu aku perlu memilih sendiri bahagian yg aku mau

itu cerita ramadhan 4 tahun lepas, tapi kenangan itu masih segar dlm ingatan, terutama setiap kali ramadhan menjelang. dan aku xsangka, walau setelah 4 kali ramadhan berlalu, aku masih terasa sebak dan aku rasa ada air mata yg bergenang ketika menulis post ni

moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh abg beriani yg tidak aku ketahui namanya itu

salam ramadhan untuk semua pembaca muslim aku. selamat berpuasa dan selamat beribadah. maafkan andai ada kesalahan bahasa dan tingkah laku selama ini. harap dihalalkan andai ada yg terkurang atau terlebih

Tuesday, August 11, 2009

Thursday, August 06, 2009

kawan payid

kali pertama aku disapa oleh seorg kwn ini ialah melalui YM. she has been my faithful reader since aku pon xtau bila. tapi menurutnya, dia telah khatam keseluruhan cerita hidup aku dalam blog tu.

dia buzz aku kat YM, menyatakan betapa dia mengkagumi penulisan aku. klu kumpulan peter pan menggelarnya sebagai "ngefans". yeah. dia ngefans aku pada mulanya. tp pujiannya yg melambung tinggi buat aku rasa kurang selesa. jadi aku katakan yg aku xmau dia menjadi fan aku. aku dia jadi friend aku

jdnya kami berkawan. walau permulaan kami mungkin xbegitu baik. setelah puas bersaing merebut sekeping hati (ayat xleh blah, dowh), maka kami akhirnya menerima kekalahan kami dalam persaingan itu. kekalahan itu membuat kami menjadi lebih rapat. sgt rapat sehingga mungkin menimbulkan spekulasi yg tidak betul. maka demi menepis gosip2 liar itu, aku nyatakan di sini menggunakan ayat2 cliche seorg artis "kami hanya kawan"

dalam diam, sebenarnya aku juga mengkaguminya. aku mengkagumi pendirian tentang arah hidup yg dia pilih, dan ketegasan serta keyakinannya menangkis tanggapan negatif org mengenai pilihan hidupnya. dia memilih untuk mengambil arah yg berlainan ketika semua org menuju ke arah yg kebanyakan org merasakan itu adalah jln yg benar

dia seorg gembala lembu, dan dia juga lulusan sarjana muda urban and regional planning. ketika anak2 muda sibuk berhijrah ke bandar, dia tinggal di kampung demi memenuhi golden dreamnya, iaitu untuk tinggal bersama ibubapanya. dan dia juga mengajar org2 kampungnya menjadi org2 celik IT, menguruskan semacam cyber cafe ala2 kampung. dan di malam hari, dia memberi tuition kepada anak2 muda di kampungnya. ruang di atas rumahnya dijadikan kelas, lengkap dengan kerusi meja dan papan putih. semua hasil titik peluhnya sendiri

dia memandu kereta yg seusia dengannya, dan merasakan hakikat itu sungguh cool sekali (aku pon rasa hakikat tu cool juga). dia budak kampung, jadi xheran kalau mau mkn buah, dia memanjat pokok dan memetik buah untuk mkn. kalau aku mau mkn buah, aku beli tepi jln je. dan walau aku adalah civil engineering student satu masa dahulu, aku tidak pernah (dan mungkin tidak mampu) untuk mereka sendiri pelan bilik air lengkap dgn litar paipnya sekali sperti yg dia lakukan

kalau family aku mau mkn sayur, kami beli je kat pasar atau hypermarket. dia cuma perlu memetik sayuran yg mau dimakan disekeliling rumah. dan dia juga sgt enviroment friendly.dia kutip tin2 kosong untuk dijual dan dikitar semula

mungkin perbezaan gaya hidup kami mebuat aku mengkaguminya. dan aku sgt berbangga kiranya ada yg bertanya dan aku boleh mengaku, dia adalah kawan aku

dan untuk kawan aku, selamat hari lahir yg ke 31. sudah2 la kamu menipu umur tu. muka kertu ada hati nk mengaku umur 21. dahla xkendu. aku lempang laju2 dgn selipar jamban baru kau tau

Tuesday, August 04, 2009

teori ekonomi payid

seorg kwn penah kata, order aku susah utk dibuat. sbb tu apa yg aku order xsampai2. aku sengih je dan cuba menafikan. susah, tapi xmustahil. jd aku percaya, sampai waktunya order aku akan muncul juga

dan mungkin kerana order itu sgt istimewa, unik dan sgt bernilai, maka xhairan klu ia menjadi rebutan ramai. tambahan pula, ia xselalu muncul di pasaran. benda yg sedikit itu seronok direbut beramai2. padahal yg byk di pasaran tu xde sapa lak nk rebut kan?

klu diikut teori ekonomi pon, bila penawaran itu melebihi permintaan, nilainya akan jatuh. jadi yg sedia berlambak di pasaran itu rendah nilainya, hingga mungkin klu ada yg diberi percuma pon ada yg menolak. aku juga salah seorg dpdnya. aku xmahu yg percuma. aku mahu yg aku order itu juga, xkira betapa susah pon utk aku mendapatkannya

dan mungkin kerana permintaan itu melebihi tawaran yg ada, aku mungkin terpaksa membayar dgn harga yg mahal. mungkin aku terpaksa mempertaruhkan segala yg aku ada demi memiliki order yg susah itu. tambahan pula, dalam ekonomi laissez faire atau pasaran terbuka begini, it's anybody's game. it's an open tender. sesiapa pon boleh mencuba peluang kiranya kau merasakan kau layak untuk bersaing (walau hakikatnya kau mungkin xlayak pon. kau je rasa yg kau layak)

mungkin kalau ia seperti barang kawalan di musim perayaan mcm gula, kerajaan boleh menetapkan harga silingnya. tapi dia bukan barang kawalan. dia bukan barang pon. dia adalah seseorg, seseorg yg sepertinya jarang2 sekali sekali muncul dalam hidup aku

Monday, July 27, 2009

bila payid bersuara

mulanya aku memilih utk diam, tanpa berkata apa2. diamkan saja suara kurang senang aku. diamkan saja apa yg aku rasa. diam, pendam dan telan saja tanpa berkata apa2, demi menjaga kemaslahatan bersama. demi mengelak ada hati yg terasa

tapi bila memikirkan mungkin suara2 lain yg berbunyi dgn pandangan berbeza itu tidak menyatakan kebenaran sepenuhnya, mungkin juga sekadar membeli jiwa. mungkin juga itu pendapat mereka yg seikhlasnya. tapi apa salahnya klu sesuatu itu dilihat pula dr sudut yg berbeza. maybe sumone could use a different point of view. mungkin ada sesuatu boleh dipelajari dr pendapat dan kritikan yg ikhlas selain dr pujian setinggi gunung. dan aku cuba, sedaya mungkin to put this in the most diplomatic way

aku bukan tidak acknowledge usaha org. jauh skali mau trash sesiapa. mungkin ada yg akan cuba membela dgn ayat2 seperti "kau igt senang mau organize event yg besar?" atau "klu kau rasa kau bagus, kau buat la plak thn depan". terpulang kepada niat dan hati masing. aku sekadar menyatakan sejujurnya dr hati aku, coz i care

aku hargai setulusnya usaha organizer yg bersusah payah menganjurkan perhimpunan yg besar ni di kala xde sapa pon yg sanggup. klu bukan kerana usaha dan idea mereka sbg penggerak, event hujung minggu lepas xkan berlangsung agknye. tapi sejujurnya, aku kecewa dgn outcome gath itu. aku sedih kerana pada aku, objektif gath itu sendiri tersasar. dan aku malu sekiranya mereka2 yg kali pertama dtg ke gath itu merasakan seperti yg aku rasa

aku xtau kat mana silapnya. tapi to sum it all, gath thn ini gagal mencapai objektif sebenar, which is to unite semua ahli sengetians dan to have fun. aku xnmpk unity itu bila ada antara kita walau selepas selesai gath masih tidak kenal nama masing2. mungkin sesi ice breaking dan akitiviti itu kurang berkesan utk merapatkan jurang antara kita. xkisahla klu activity itu recycled frm the previous gath, bt at least we can make it better

dan pengisian ketika dinner itu juga menunjukkan kegagalan organizer utk merancang. bermula dgn seating arrangement yg tidak dibuat SEBELUM para peserta masuk ke dewan, pengisian 'forum' tanpa backup plan seandainya ada speaker yg gagal hadir dan ada di antara para speaker sendiri yg seakan tidak bersedia utk berucap di hadapan lalu membuat ia kelihatan spt one man show dgn point yg berulang2. dan org tidak mahu mendengar alasan sebenarnya. org mahukan hasil akhir yg setimpal dgn sumbangan mereka juga. jd xperlu memberikan alasan dan mengharapkan pengertian para peserta akan masalah2 peribadi mereka yg mungkin menjadi punca kegagalan mereka utk deliver the result

dan kebanyakan org mungkin rasa tidak connected dgn majlis itu sendiri. tidak ada salahnya klu mau memaparkan gambar aktiviti yg dah dijalankan sebelum ni, tapi klu asik2 muka yg sama di slide, mungkin peserta2 baru ini terasa spt xleh relate dgn apa yg sedang berlaku. kalaupon org2 baru ini tidak penah dikenali dan xpenah join mana2 aktiviti pon sebelum ni, mungkin klu boleh diselitkan sikit gamba dr aktiviti petang itu atau mungkin masa registration, at least derang boleh rasa connected juga. dan memandangkan sampai ke dinner pon semua org xkenal semua org (hakikatnya lepas 2 hari gath pon ada yg xkenal), maka mungkin agk sukar utk voting bg singles dan couple terhebat untuk dipilih. jadi mungkin klu xdiperkenal sorg demi sorg, cukup sekadar satu slot slideshow utk introduce the singles dan juga couple2 yg ada.

dan untuk final voting, seeloknya calon2 itu disuruhla keluar dulu. xperlu la mereka bertentang mata dgn voters derang. sgt memalukan bila kau terpaksa tau sape yg vote dan sape yg tidak utk kau. dan voters yg mungkin mengenali dgn rapat calon2 itu pon rasa serba salah mau vote, takut ada yg berkecil hati

bt to say that aku x had fun langusng itu mungkin tidak adil. yes, i had fun, cuma tidak sepenuhnya. dan aku simpati, kerana ada di antara mereka yg dtg dgn personal invitation frm the organizer. tp bila organizer pon seolah2 tidak mengendahkan mereka dan hanya mingle dgn certain2 org saje, mungkin ada yg terkesan di hati mereka. dan meraka actually paid for the event dgn harga yg mahal. sekurang2nya, jgn biarkan mereka pulang dgn perasaan tak puas ati

dan mungkin utk next gath, kita boleh consult mereka2 yg lebih senior. mungkin kita mmg tidak mau mengikut tradisi dan mau buat sesuatu yg berlainan. tp xde salahnya meminta nasihat dr mereka yg lebih berpengalaman. yg mana sesuai, boleh la diguna pakai. kerana gath2 yg terdahulu, kita tidak perlu seformal dan bayar semahal ini. tp seingt aku, we had much more fun dan the togetherness itu lebih dirasai. dan tanpa gath yg terdahulu, mungkin kita2 yg sekarang ini tidak akan serapat ini.dan seandainya canang sudah dipukul 7 bulan yg lalu, pastinya kita ada masa yg sgt pjg utk merancang dgn teliti, beserta dgn beberapa backup plan demi memastikan kelancaran majlis

mungkin lepas ni semua org beramai2 akan smash aku. aku minta maaf siap2 dlu. mcm yg aku ckp, aku cuma menyatakan pendapat. dan bukan aku xhargai usaha mereka. cuma aku harapkan dr kesilapan2 yg berlaku, ada sesuatu yg boleh kita pelajari dgn hati yg terbuka

Friday, July 24, 2009

update tanpa guna

aku merasa sgt dahaga (air atau kasih sayang? kamu tentukan sendiri)

aku turun ke kedai mamak dan menatap peti aisnya yg berisi puluhan jenis minuman

tekak terasa nak minum coke. tapi sejak kebelakangan ni setiap kali aku minum coke, dalam kepala otak aku akan berkumandang lagu "camni lah camni lah...." dendangan anak si ND Lala itu.

tiba2 aku teringat quote dalam facebook seorg rakan

"Teh Tarik is my fav drink, but nothing beats Ribena"

maka aku beli ribena sahaja

dan lepas satu sedutan ribena, dlm kepala aku ada gambaran 2 biji ribena berry sedng menari hindustan

mungkin aku patut stick to nescafe saja. tapi kenapa tiada gambaran maya karin yg muncul?

Friday, July 17, 2009

attention to miss sunshine!

who commented on this post

will u be my date next weekend?

Tuesday, July 14, 2009

kerinduan

among the fondest memories yg aku ada di zaman digelar student universiti itu ialah menghabiskan masa lapang menurutkan nafsu makan yg serakah di stesen keretapi kluang. kata org klu xpenah mkn kat railway kluang ni mmg sgt rugi menjadi warga batu pahat, kluang dan kawasan sekitarnya.

kegigihan aku demi menikmati makanan kat railway kluang ini merangkumi merempit bersama kapcai buruk seorg member selama sejam (dua jam klu campur perjalanan pulang). biar kebas vontot pon xpe, janji nafsu dipenuhi. atau mungkin yg lebih gigih lg di zaman freshies yg sapa pon xde kenderaan, aku sanggup menunggu bas johor motor berwarna merah itu di hadapan kolej seawal 7 pagi demi bersarapan di railway station.

tapi sekarang setelah menjadi warga kl mungkin ada yg merasakan aku boleh melepas rindu di mana2 cawangan kluang station yg berdekatan. syg sekali kerana kluang station itu hanyalah immitation saja. jauh panggang dr api katanya. mungkin mereka boleh menipu tekak2 kl yg xpernah merasakan makanan di stesen keretapi kluang yg usang itu, tapi ia sama sekali xbley menipu deria rasa aku

ok, mungkin aku over reacted. bukanla xsedap langsung makanan kat kluang station punye franchise itu. mungkin aku sebenarnya rindukan suasana di stesen ketapi itu. mungkin juga aku rindu utk makan sambil menatap potret menteri besar johor. atau mungkin aku rindu untuk sekadar mkn roti bakar di atas pinggan plastik dan bukannya pinggan seramik yg fancy. atau aku cuma rindu mau bernafas dalam udara stesen keretapi dan bukannya udara shopping complex

but man! dont they just love to overcharge kan? klu dlu dgn cuma berbekalkan RM5 aku mampu menikmati roti bakar dan telur dan nasi lemak dan mee siam dan segelas kopi ais dan aku mampu kenyang smp tghari. tp klu kat kluang station segelas kopi ais pon dah RM2.80. tu xmasuk dgn service charge dan govt tax. haram zadey!

dan aku rasakan bapak aku telah buat lawak yg paling ultimate ketika dia terkejut bila mendapati segelas air suam di kluang station berharga lapan posen. langsung dicarasnya waiter itu dlm bahasa kedah yg pekat

"awat yang ayaq suam pon mahai sangat? ayaq zam zam ka?"

Monday, July 06, 2009

payid tak suka hari isnin

my nature of work memerlukan aku utk menggunakan beberapa sistem at once. dan sistem2 ini semua memerlukan aku utk tuka password almost once a mth due to safety reasons. ok, kamu xperlu tau benda2 teknikal ini semua kerana ia tidak menarik dan aku malas mau cerita pjg

normally setiap kali tuka password, aku akan gunakan perkataan pertama yg terlintas kat kepala aku time tu. mind u yg kami xleh guna password yg pernah digunakan sebelumnya. so password aku selalunye mmg agk aneh, mungkin sbb aku selalu memikirkan benda2 yg aneh kut. tp bukan aku sorg rasanya. org lain pon sama

dan tadi seorg kakak yg xdpt masuk one of the syst due to whatever prob yg aku mls mau amik tau pon mintak mau pinjam id dan password aku. aku pon bagi je la tanpa byk cite

tp aku agk heran, nape kakak tu gelak mcm mau pecah perut

owh, mungkin sbb password aku ialah "ROJAKSOTONG" kut

tetiba aku mula terasa password aku tu xcool. dan memalukan. mungkin aku perlu tukar password

mungkin, setelah aku dapat mkn sepinggan rojak sotong

Friday, July 03, 2009

kaedah penjimatan terhebat payid

1. tinggal bersama parents
- xpayah bayar sewa umah, bil api, air dan astro. makan juga ditanggung beres

2. pki public transport
- jimat duit installment kete, minyak, road tax, insurance, maintenance dan saman. haha

3. stay single
- xperlu bawa gf utk fancy dinner, tgk movie, dating di kompleks membeli belah, atau mana2 kawasan dating yg sewaktu dgnnye
- xperlu keluar duit utk beli bunga, presents dan juga cards
- xperlu habiskan duit utk call, bergayut berjam2, report setiap gerak geri, tanya ari ni mkn apa, pki bj apa dan dodoikan gf di malam hari sebelum tido

hasilnye?

duit gaji 2 bulan lepas cuma luak RM800, gaji bulan lepas xusik lagi dan semalam dpt lg gaji bulan ni

go figure

Tuesday, June 30, 2009

bagaimana mau menceriakan hari seorang perempuan?

kau puji dia ckp dia nmpk kurus

this is for real ok. aku br je buat. sengih smp ke telinga kakak tu

eh, tapi aku bukan saje nk puji. aku puji ikhlas

ikhlas, tapi jauh

Thursday, June 25, 2009

case of the ex

bagi kamu2 yg single dan sedang pursue seseorg, maybe u guys would came across with a girl yg baru saja dikecewakan dan masih lg cant let go of the ex. walaupon hubungan dah berakhir dan konon2nya mahu move on dgn dating new persons, tp the fact yg dia masih lg menyimpan rasa dgn the ex is written all over her face

i admit mmg sucks la rasanya, esp bila dia asiiikkk la bercerita psl sang ex ini tiap kali korg kuar dating. it seems like u r walking in the ex's shadow xkira apa pon yg kau buat. dan kau terasa mcm selalu dibanding2kan dgn sang ex itu

well, do not despair my dear friend. meskipon perasaannya sungguh sucks sekali, tapi ini la masanya for u to step in and play the game. marila sang payid ini mengajar kamu bagaimana utk memenangi hati bakal kekasih yg masih lagi dibayangi exnya

*payid nk mengajar cara bercinta? love guru kah dia? dia sndiri pon dah 2 tahun single apa cite?

HEY, SHADAP U!! MAU DGR KE TAK NI? XMAU BELAJAR GI BACA BLOG LAIN LA..

*motif tercaras padahal suara hati sndiri yg berbicara? hiks..

ok2. serious2.. concentrate everybody!!

memandangkan si dia kerap kali bercerita tentang sang ex, mungkin sesekali akan terkeluar juga cerita keburukan ex ini. mustahil la si ex ni xde keburukan, unless dlu dia bercinta dgn dewataraya yg sempurna. jd memandangkan kamu rasa kamu ini sering dicompare dgn ex tu, apa kata kau amik peluang ni supaya dia nampak kelebihan kau berdasarkan kekurangan sang ex itu

it is not sth yg susah sgt pon sebenarnya. u dun hv to be afraid of changing urself or losing ur identity or anythg yg seerti dgnnye. it's just small things yg kdg2 u overlook, padahal kau boleh gunakan utk kebaikan kau sebenarnye

contohnye la kan, klu si potential gf kau tetiba kata
"i terasa cam nk pki tudung la. tp ex i dlu xsuka i pki tudung. dia kata mcm org kampung. tak urban dan tak hip"

tu diah kau statement minta dipanah petir sgt kan? ahahah

maka di situ la peluang kau utk mengatasi sifat2 mazmumah sang ex tu. contoh ayat yg boleh kau guna adalah seperti berikut
"i rasa cantik je kut klu u pki tudung. nnt kita g shopping2 tudung kat jln TAR weekend ni, eh"

wah. statement beli jiwa sgt kan. walhal kau bukan kisah pon dia nk pki tudung ke x. tp nmpk la yg kau ni sebenarnye menyokong ke arah transformasi dia menjadi muslimah sejati

atau klu si potential gf tu berkata lagi
"ex i dlu mmg suka control i. dia xpenah bg i buat decision sendiri. semua pon dia decide utk i. i nk beli baju pon kena dia yg pilihkan. klu i pandai2 beli sendiri, nnt dia buang baju2 i tuh"

gile saiko la kan ex dia nih. haha. jd memandangkan dlm perhubungan yg terdahulu dia xleh nk buat sebarang keputusan, now dia dah masuk fasa dating ngn kau, kau bg la dia buat keputusan. bila kuar dating, suh la dia decide tempat mana nk pegi, cita apa nk tgk movie, nk mkn kat mana. klu nk lebih ganas lagi suh dia yg bayar. ahahaha

see.. bukan la sesusah mana pon. kau cuma kena pandai cari weak point ex dia tu dan tunjukkan kelebihan kau pula kepada sang potential gf. tp jgnla pula kau bertanding benda2 yg xtercapai dek akalmu. klu si potential gf kata
"dulu tiap2 mlm sebelum tido my ex akan call and nyanyi kat i utk dodoikan i tido"

langsung la kau pon gegeh topup rm30 pastu call dia tiap2 malam menyanyi sambil diiringi petikan gitar akustik pula. over la kan!

trick ini sebenarnye ada la beberapa kali aku gunakan. dan selalunye berjaya la. hiks. tapi harus diingat, ianya bukan berkesan utk semua org. contohnye klu memula dia komplen pasal ex nye yg control freak, tetiba bila kau bg dia kebebasan yg ultimate, si potential gf tetiba ckp
"i xleh pilih u, sbb i nk seseorg yg boleh control i. bila dgn u, i xrasa u boleh control i"

boley? sentap kan. haha. tp jgnla kau salahkan kegagalan teknik aku tu. anggap aja u r not the one. nk buat camne klu she wants sth that u r not. kau pegi la cr potential gf yg lain. jgn nak meroyan lama2. tp klu rupa dia mcm megan fox, aku izinkan kau meroyan barang sebulan dua

sapa xkenal megan fox sila rujuk contoh di bawah



ok berhenti drooling sekarang. pegila kau kejar potential gf kau di sana. jgn lupa bawa ke gath nnt ye.. haha....

Wednesday, June 17, 2009

update yg xseberapa



aku turun dr lrt kat kl sentral ptg semlm dan aku terdgr kecoh2 kemeriahan bergema di seluruh kl sentral. umpama org mempromosikan sesuatu. mulanya aku mls mau amik port dan mula memasang mood ignorant aku. tp aku tidak dpt menahan diri bila trdgr intro lagu yg sgt aku kenali. langsung aku percepatkan langkah menuju ke tgh2 kl sentral tu

rupanya TM sdg promosi mlm pesta indonesia yg bakal berlangsung weekend ni. dan ketika itu, aku sedang menyaksikan seorg abg askar sedang menyumbangkan lagu "dewi". bila aku kata "menyumbangkan" tu korg faham la camne bunyinye kan. udahla melodinye hancur, lirik pon xbetul. ternyata abg askar itu mmg xlayak masuk One in A Million atau Jangan Lupa Lirik. klu dia miskin, atau hidup susah, atau muka jambu, atau alim, mungkin dia boleh masuk Akedemi Fantasia la kut

aku masih lg terpacak kat situ smbil org2 TM tu pass2 flyer dan cuba menggoda aku melanggan streamyx dan beli I Talk card. ciss... kamu perlukan lebih dr sekadar Tshirt dan discounted concert tickets utk menggoda aku menggunakan product kamu okeh. aku xkan terpengaruh dgn tipu daya kamu itu

selepas abg askar itu, ada seorg mamat yg mencuba nasib menyumbangkan lagu yg seterusnya. "nakal" nyanyian asal kumpulan Gigi. mamat itu lebih memalukan rupanya. aku rasa klu kumpulan Gigi dgr dia nyanyi pon rasa nk nangis. rosak abis lagu dan irama. motifla dia xtau nyanyi lg Gigi tp mau nyanyi juga kan? lagu Gigi pon xtau ke? bikin malu saja

tp meskipon aku mmg tau nyanyi lagu tu, aku rasa aku xde guts kut mau merampas mic dr tangannya lalu memukau seluruh hadirin kl sentral dgn persembahan aku (memalukan diri sendiri is more like it kut. hahaha). lalu aku hanya menyaksikan saja mamat itu menghancurkan lagu Gigi tu dgn hatiku yg hancur. lantas setelah mamat sengal itu mengaku kalah, 2 org indon tetiba step in utk menyahut cabaran menyanyikan lagu "nakal" itu

berkarokla 2 org indon di tgh2 kl sentral itu tanpa sape pon ambil peduli adakah mereka mempunyai dokumen perjalanan yg sah. rupanya detelah cabaran tu berakhir baru aku tau yg derang sedari pagi lg menantikan org yg boleh menyayikan lagu "nakal" tuh. dan reward kepada 2 org indon itu atas kebolehan mereka? 2 free tics to Pesta Malam Indonesia weekend ni. CISSS!!!!!!

panas.. panas.. panas.. panas badan ini *sambil cuba menari mcm Aril AF7 (alamak pecah rahsia aku tgk AF) tp xmampu sbb xlarat mau angkat perut

disebabkan kemarahan yg melampau, aku cepat2 beredar dr tempat kejadian sebelum didorong kuasa luar biasa merampas mic dan mula menyanyikan "Sedang Ingin Bercinta" di tgh2 kl sentral itu

**tetiba aku terasa mau karok lagu2 indon pule. merasa aku buat Pesta Malam Indonesia au sndiri. ada sapa mau join?

Monday, June 15, 2009

Tuesday, June 09, 2009

dua tahun

hari ni aku menyambut anniversary yg ke dua sbg seorg single. single pon boley ada anniversary, eh? ahaha

jadi mungkin lepas ni aku boleh treat myself with a romantic dinner, or buy myself flowers, or go for a honeymoon. xtaula klu aku buat camtu boleh dikatakan sbg sgt gila atau sgt cool. hehe

how bizzare it is bila aku sebenarnya xpernah merayakan anniversary ketika bercinta. sebab usianya xpernah cecah setahun pon. ahahahah. pergh... gila teruk track record aku. am i really dat lousy in this relationship and commitment thingy?

bila aku kekal single lebih lama dpd aku berada dlm sesebuah relationship, aku pon xberapa sure apa yg telah aku buktikan pada pandangan umum sebenarnya. mungkin aku mmg bukan relationship material. mungkin selama ni aku asyik berjumpa dgn org yg tak sesuai. mungkin juga aku terlalu memilih. order aku terlalu susah, mungkin. aku cuma minta a senget version of cheryl samad. susahkah order tu? ahaha

i heard a few comments abt myself yg disampai2kan oleh org. that sum ppl said that org gerun sebenarnya bila mendengar nama payid itu. gerun kerana perwatakan payid itu sendiri yg dikatakan 'sweet talker' and a huge flirt juga. adoi. jgn la begitu wahai gadis2 kendu sekalian. klu kamu semua gerun ngn aku, makanya membujang la aku smp ke tua nnt

i dunno whether aku boleh mengekalkan record single utk tahun yg seterusnya. mungkin klu aku berjaya kekalkan smp 10 tahun, aku telah membuktikan beberapa kemungkinan. samada payid mmg sgt gigih menahan diri smp 10 tahun, atau mmg org xberani mau commit dgn payid kerana kehebatan payid itu sndiri atau payid sememangnye xlaku. ahahahaha

Wednesday, May 27, 2009

aku mahu menjadi mereka

Bank-mistake millionaires have split up

Wellington (May 26, 2009) : A runaway New Zealand couple who fled the country with millions of dollars thanks to a bank's mistake appear to have split up, police said on Tuesday.

A woman who flew home on Monday after being with the pair told police that Kara Mary Jo Hurring, 30, was still in Hongkong where they went from New Zealand, but she did not know where her boyfriend, Leo Gao, 29, had gone.

Although police did not name the woman, but she was widely reported to be the female fugitive's sister, Aroha Hurring, 22, who was interviewed for hours by police but not charged.

Detective David Harvey said police were still working on a formal request to the Chinese government to arrest Gao, who left the country with 3.8 million New Zealand dollars (2.3 million US dollars) belonging to the Westpac Bank.

He repeated a call to the couple to return home and face the music.

The bank mistakenly gave Gao, part owner of a struggling auto service station in Rotorua, access to 10 million New Zealand dollars when it was formalising a temporary overdraft of 100,000 dollars.

He tried to withdraw 6.7 million dollars but the bank blocked access to 2.9 million, leaving him with 3.8 million.

The pair's escapade has captured headlines around the world with people divided between those who say it was the bank's fault and they should keep the money and others who say they will never get away with it


courtesy of the sun 26/5/09

ok, aku baru je baca cerita ini tadi walaupon semlm lg dah publish. aku mmg suka baca paper lama, bt that's not my point, ok?

apa agknye yg korg akan buat klu tetiba di satu hari yg permai bila korg check bank account korg tetiba bakinya ada 10juta (walaupon sebelum ni nk cecah 2 ratus pon payah). apekah perasaannya ketika itu? dan ape agknye tindakan korg?

gile hebat ok derang berdua yg cargas melarikan diri ke hong kong. maybe derang rasa org2 new zealand tu xkan jumpa cr derang kat sana. mungkin juga derang terpanik kut, tp demi nafsu yg membuak2 melihat angka yg tertera dlm bank statement tu langsung derang gelap mata dan terlupa nk pk secara logik

maybe derang tak terpk yg org2 bank tu boleh block account2 derang yg lain. mungkin derang juga xterpk yg kerajaan new zealand tu boleh juga bekerjasama dgn kerajaan china utk cuba trace whereabout derang. 10 juta NZ bukan amount yg sikit okeh. harus derang berhempas pulas cari derang yg dah melarikan diri ni

ada yg mungkin menuduh derang ni xjujur dan cuba 'mencuri' sesuatu yg bukan milik derang. well, bt if u look at it frm another point of view, it was not their fault at the very first place pon. sape suh bank officer tu cuai masa key in figure tu kan. mungkin masa tu dia tgh main mafia wars kut. dah biasa sgt tgk duit juta2, langsung terlajak tekan 0. ha, hamek kau! harus dia kena buang keje serta merta tanpa mendapat sebarang pampasan atau pencen. dr bank officer terus la kau merempat kan. rasain lu. makan la duit mafia kau smp kenyang. haha

tp klu aku pon di tempat mereka, tlg la jgn harapkan aku utk pulangkan balik baki duit tu. aku bukan sejujur itu ok. tp jenuh juga la nk abiskan 10 juta tu dlm masa yg singkat kan (sebelum duit tu disekat semula oleh bank). memula skali harus aku langsaikan terus baki ptptn aku (dengan perasaan riak aku akan mencampakkan bungkusan duit2 tu depan pegawai ptptn sambil berkata "kau org igt besar sgt la 20 ribu yg aku hutang tu kan. hamek kau duit ni pegi berambus kau di sana"!!)

lepas tu aku terus beli fake ID dan pasport dan terus melarikan diri ke sebuah lokasi rahsia (aku xnk bgtau kat sini, nnt derang tau nk cari aku kat mana). aku akan beli properties, kereta dan klu ada baki aku akan beli saham2 utk generate income aku. lepas tu baru aku akan sedekah pada fakir miskin (haha.. dah hujung2 br igt nk sedekah kan. better late than never kaedahnye)

tapi asal aku bukak public bank online asik2 ada byk tu je. xbertambah pon angkanya. cheh. bila public bank nk tersilap debit akaun aku nih?

Monday, May 25, 2009

payid yg serabut

pakcik aku kata

"rambut kamu tu dah mcm mat rempit aku tgk. selekeh benor"

bos aku kata

"ngape rambut kamu panjang ghope itu? kemaskanla sket"


dah 2 org dah setakat ni yg xpuas ati ngn rambut aku yg dah panjang ni. bukan la panjang benor mcm rambut edrie hashim tu (klu la aku leh berambut panjang dan kelihatan jambu mcm dia)




tapi boleh la takat aku mau feeling2 mcm storm riders bila duduk depan kipas besar. bila rambut aku ditiup angin tetiba aku rasa macho cam cheng e kin lak. aku pon xtau kenapa




tapi hakikatnye aku dah sgt2 serabut ngn rambut aku yg memanjang ni. asik jatuh terjurai2. mengganggu pemandangan aku je. kat ofis aku mempunyai masalah yg lebih besar. pg2 tu mmg la nmpk kemas lg. masuk je separuh masa kedua mula la aku rasa serupa hantu raya. bila dah petang toksah cite la kan betapa selekehnye

aku mula rasa demi kesejahteraan mata semua org kat ofis ni, aku perlu kemaskan sket rambut aku. mungkin buat masa terdekat sebelum aku potong ni aku perlu ikat sket dlu. pergh. payid dgn imej baru katanya




agak2 klu aku ikat rambut ada rupa ini x?

makanya aku terpaksa la bersabar sket smp minggu depan sampai rambut aku dipotong. kenape perlu tggu smp minggu depan? sbb bila aku mintak izin ngn mak aku nk pegi potong rambut aritu mak aku ckp

"tggu la minggu depan. mama xgaji lg"

woohooo... ada org sponsor katanya

Friday, May 15, 2009

keanehan

aku sgt pelik

nape blog yg penulisannya tidak menarik, mengarut dan xbest ada byk follower?

kenapa para pengikut itu tegar mengikuti blog itu juga?

mungkin derang adalah kawan kpd blogger itu

mungkin juga derang sbnarnye minat kat blogger tu

mungkin derang semua rasa best menambah koleksi blog2 yg derang follow

mungkin saje je derang nk bg muka derang nmpk kat blog org lain

atau mungkin derang mmg xde taste dlm memilih blog2 yg best

aku xkata blog aku best sgt

tp kenapa blog aku ada 2 org follower je?

blog aku xbest eh?

Tuesday, May 12, 2009

this is for my friends

i gave my bestfriend a call on her bday last nite. it's been a few mths since the last time we hang out together. suda lama juga kami xborak2, either on the phone or thru YM. yeah, it's been a while..

maka terjadila perbualan berikut

aku : kau g gath x dude?
dia : harusla pegi. kau pegi ngn sape nih?
aku : tah, xtau la lg
dia : mana leh xtau. harus bawa sape2. nnt2 ada la tuh *gelak2
aku : bila aku ckp aku xtau nk pegi ngn sape, aku igt kau nk offer aku pegi ngn kau *tonasi kerek tetapi xmemaksudkannye
dia : nk pegi ngn aku boleh je. tp kau kena bwk partner la. nnt kau jeles lak tgk aku bermesra2. xde partner xleh g ngn aku *tonasi konon2 mengugut
aku : xlehla dude. aku kena maintain single smp gath nnt. aku nk menang anugerah "single terhangat di pasaran"
dia : keji la kau! *gelak2. apsal semua org berebut2 nk menang title single nih?
aku : sape lg?
dia : ramai je yg kt dlm forum tuh
aku : cheh. derang xkenal sape payid lg kut. derang igt derang ada can nk menang ke klu aku ada? *tonasi gile punye poyo

**disclaimer
ayat terakhir tu aku mmg xmemaksudkannye langsung. aku tidak memandang rendah kepada mana2 contender (cheh, contender katanya) pon. dan aku bukan single sbb nk menang anugerah ye. mateila aku dikeji oleh organizer dan para peserta

bila aku trdgr tawa yg sgt besar di hujung talian selepas aku melafazkan kalimat poyo tu, aku tersedar sesuatu yg aku ambil mudah selama ni. aku tersedar yg aku sebenarnya sgt rindukan ketawa itu. aku rindu saat kitorg bergelak ketawa sama2. we had lots of big laugh together. we used to lepak2 kat mama sambil pekena teh tarik dan laughing our ass off sampai hampir terjatuh kerusi. i missed those happy moments

i admit lately aku sgt jarang menghabiskan masa ngn kwn2 aku. i blame my neverending workload for that. it seems that workload yg bertambah2 menuntut komitmen aku agak lebih berbanding dlu (walau gaji masih sama saja). bt i know nobody would buy that lame excuse. especially when they see that i have time to update my blog and facebook and playing mafia wars at the same time. bt honestly, aku mmg tidak boleh mau borak2 di YM spt dulu. and i juz couldnt come out with a logical explaination. maka aku memilih utk diam saja

aku tau, ada antara kwn yg dah mula terasa mcm aku jauhkan diri. kekangan2 dlm hidup aku membuatkan aku semakin jauh. tp hakikatnya sejauh mana pon aku pegi, derang xpenah hilang aku. derang tau je sebenarnya mana nk cari aku. dan walaupon aku hilang di pandangan mata derang, derang sebenarnya xpenah hilang di hati aku. selalu2 juga aku terkenangkan derang. dan ada masa2nya juga aku rindukan derang

tp sejauh mana pon aku pegi, selama mana pon aku hilang, aku mau derang tau yg aku masih payid yg dulu. aku masih lg payid yg boleh bergelak ketawa bersama dan berkongsi kesedihan mereka. aku masih lg payid yg xkan ragu memberikan pertolongan klu derang perlukan. dan aku juga masih lg payid yg xkan judge derang walau apa jua tindakan derang. aku masih lg payid yg menerima mereka tanpa syarat

jd kepada kamu yg mungkin aku xcontact sejak seminggu, sebulan, setahun, dua, tiga tahun atau bertahun2 yg lepas

aku masih kawan kamu walaupon dulunya kamu single tegar tp kini dah berpunya.
aku masih kawan kamu walaupon dulunya kamu kurus tapi sekarang dah sedikit montok
aku masih kawan kamu walaupon dulunya kamu senang lenang tapi kini dah susah
aku masih kawan kamu walaupon aku telah single hampir 2 tahun tapi kamu dah 5 kali berganti partner

aku masih lg boleh jadi tempat kamu utk bergelak ketawa dan berkongsi kegembiraan
aku masih sudi meminjamkan bahu untuk ditangiskan
aku masih lg akan rescue kamu dr gadis2 yg kamu rasa xsesuai dijadikan gf tapi kamu xtau nk break up camne ngn derang
aku masih akn tlg belikan bunga utk gf2 kamu andainya kamu xsempat nk belikan
aku masih akan menjadi tempat mengadu perihal gf2 kamu yg kamu xboleh nk luahkan
aku masih akan berkongsi cerita2 kamu yg kamu xboleh ceritakan kpd org lain

aku masih payid yg begitu

dan kepada kawan2 aku yg ada sekarang

aku sedang membayar in advance masa2 yg aku spend bersama2 sgn kamu sekarang. kerana mungkin satu masa nanti aku tidak mampu untuk berbuat demikian. aku minta maaf in advance kiranya satu masa nanti kita tidak berhubung sekerap ini. tp percayalah bahawa kamu2 juga sentiasa di hati aku

dan kepada kwn baik aku, fanta yg menyambut hari lahir smlm, happy bday dude. hope ur celebration was a blast. god bless!