Monday, November 23, 2009

reminder to self

kenapa bercinta dgn collegue itu tidak digalakkan?

kerana other than surviving the painful breakup, u hv to deal with another pain

the pain of having ur ex bitching abt u to her friends at the office who happens to be ur collegue as well

the next thing u know, the whole company dah tau abt ur the breakup, and that u are such a big jerk and betapa losernya kau. every single detail abt it

so payid, pls refrain urself frm hitting on ur collegue

so what if she's single, eye catching, soft spoken, smart, funny, doesnt smoke, doesnt drink, hv a great personality and drop dead gorgeous?

she's ur collegue!

Tuesday, November 17, 2009

kegilaan adik beradik

adik beradik aku xramai. kami cuma 3 beradik. aku ada 2 org adik, seorg perempuan dan seorg lelaki. like any other siblings kedua2 mereka adalah super annoying, sbb derang suka tag team dua org dan buli aku

my sis is the brainy one. selalunya dia yg akn come up dgn idea2 yg tahpahape sbg hiburan kami. contohnya seperti game siapa yg paling lama dapat menahan diri daripada mencarut bila menonton lakonan adam af2 dlm wira malam bisikan naga. dan dia memegang rekod yg paling lama. setengah jam ada la kut sebelum channel ditukar. adik lelaki aku kalah awal2 lg. 5 minit pon dia xsanggup tahan

my bro is the mischievous one. xde sape yg selamat dr mulut dia yg mcm durjana tu. selalunya selain mak aku, aku la yg menjadi mangsa. antara point yg aku selalu kena adalah sebab kekurangan ketinggian aku. bukanla aku pendek sgt pon. cuma kalau dibandingkan dgn derang, aku la yg paling pendek

we grew up together sbb jarak umur kami xjauh beza. and even until now, we are really close to each other since kami dah jarang2 jumpa. i left home first for boarding school when i ws 13. that left the 2 of them, aged 10 and 7 back then di umah. that's y they are much more closer to each other. then when my bro left for sekolah teknik and my sis left for her diploma, lagi la kami jarang2 jumpa

tapi sampai sekarang bila sesekali berkumpul, kami masih mampu menggamatkan rumah yg xberapa besar tu walaupon cuma 3 org. bygkan kalau kami 13 beradik semua sekali, harus mak aku checked herself to rumah sakit jiwa secara sukarela

despite our differences, ada beberapa perkara that we have in common. antaranya, kami tiga2 org mls mandi. dan masa tu la we will drive our mum crazy sbb masing2 xmau mandi dlu. mula2 tu, mak aku bebel juga. tp sbb kesiankan dia yg penat bebel (dan kami juga penat mendengar), we came up with a solution, tks to our brainy sis yg sgt kreatif la

we will vote sapa yg akan mandi dlu. dan ini bukanla vote cikai2 main cabut undi kertas. kaedah votenye adalah seperti survivors vote the contestant out every week. kami akan tulis nama org yg kami mau dia mandi dlu di atas kertas dan masukkan ke dlm bekas. sebelum kertas dimasukkan ke dlm bekas, kami akan bercakap menghadap ke dinding seolah2 bercakap dgn kamera, memberitahu para penonton kenapa kami mahu org yg divote itu mandi dlu. padahal xde penonton pon. sape nk menonton rancangan bodoh kami ni

dan seperti biasa my sis akan menjadi jeff probst. idea dia kan, dia la jadi watak utama. selalunya masing2 xkan mengaku adanya pakatan. padahal aku tau sebenarnya derang pakat 2 org vote aku. dan bila akhirnya my sis declared "along, the tribe has spoken", dia akan menyerahkan tuala aku sebagai ganti kepada obor yg dipadamkan dlm survivor. kami xdela pakai obor. nanti mak aku marah lak main api dlm umah

when i started working, adik2 aku mengadu juga bila aku dah jarang habiskan masa ngn derang. bila derang borak sampai pagi, selalunye aku dah tertewas dlu sbb penat. lagipon esoknye nk bgn awal g keje. jadi derang kata "along yg bekerja adalah along yg membosankan". ye, along mungkin membosankan, tapi along yg bekerja juga adalah along yg mempunyai wang yg kemudiannya akan dikikis oleh derang juga. jadi mungkin along yg bekerja tidakla teruk sgt

aku igt lagi ada satu hari tu, masa shopping kat giant, derang beriya2 suh aku belikan belon panjang2 kurus yg clown selalu guna buat bentuk poodle la, zirafah la dan segala macam binatang lagi. siap ngn pump tu sekali derang paksa aku belikan. utk 2 org yg bukan clown dan masing2 dah berusia lebih 20 thn, aku xnmpk apa relevannya derang paksa aku beli benda tu. tapi bila difikirkan fakta bahawa adik2 aku mmg suka mengikis aku, maka segalanya menjadi lebih logic

balik ke rumah, masing2 menerai la belon dan pump tu smp tgh2 mlm. aku seperti biasa memainkan watak along yg membosankan dgn tidur lebih awal. aku pon xtau pukul bape derang tido. sedar bila aku bangun nk pegi keje, derang dah bergelimpangan dlm bilik aku di samping toys baru derang. dan juga sisa2 belon yg pecah. tah apa la projek derang mlm tu aku pon xsedar

dan bila aku pulang dr keja mlm tu, derang dah balik ke umah mak aku pon. hati pon jadi sedikit berat utk pulang ke rumah yg kosong dan sunyi. tapi bila aku masuk ke bilik dan buka suis lampu, aku ternampak sesuatu yg buat aku sedikit sebak

di atas bantal aku, ada seekor zirafah yg dibentuk dari belon2 panjang berwarna pink. dan ada note di sebelahnya yg berbunyi

"kitorg tinggalkan zirafah ni buat teman along. xla along sunyi sgt duduk sorg2. along jaga diri ye"

aku xsangka lak derang berjaga tgh2 mlm semata2 nk belajar dan berlatih buat zirafah sebagai teman aku. adik2 aku mungkin super annoying, tapi derangla kesayangan aku sampai bila2

xsaba nk balik umah minggu ni, jumpa adik2 aku

Thursday, November 12, 2009

mimpi ngeri

perasan x bila demam kita akan mimpi yg aneh bila tido malam. kadang2 siap ngigau pon ada. xtau la org lain, tapi aku sejak kecik mcm tu. ada sekali tu aku mimpi lembu masuk umah aku melalui bumbung. gile x?

aku demam skang. siap gigil2 lagi. tp nk pegi ofis juga. maybe sbb bosan kat umah kut. atau sebab nk main mafia. atau sebab nk cuci mata tgk gadis2 kendu kat ofis. kat umah ada bapak aku je. cuci mata penamanya. tapi mungkin kalau aku masih blur2 sotong sampai tgh ari, mungkin aku tetap akan g klinik dan amik MC. baik rehat kat umah sebelum aku ckp yg bukan2 ngn cust aku

tp mlm semalam aku mimpi mmg gile ngeri punya. siap bila bangun aku berdebar2. jantung aku rasa nk pecah. berpeluh2 aku walaupun pagi tu sejuk sgt

aku mimpi aku balik umah mak aku di hujung minggu mcm biasa. tapi yg luar biasanya bila mak aku bgtau yg aku dah bertunang. BERTUNANG? damn! aku ditunangkan tanpa persetujuan aku? OH TIDAK!

kononnya, dia adalah kenalan kepada kawan aku. aku pon xtaula bila masanya dia masuk meminang. tau2 je dah kena tunang. dan semua persiapan dah lengkap, tggu time nk kawin je.

aku cuba nk recall nama pengantin lelaki tu tapi xigt lak. tp aku tau aku nampak namanya tercetak atas kad kahwin aku. yeah dat's right ppl. kad raya semua dah siap tggl nk distribute aje

puas aku bergaduh ngn mak aku. aku xpuas ati ditunangkan tanpa rela. dan aku xpuas atu kena kawhin thn depan bulan 5. tp gaduh lama2 pon xguna. semua dah siap dah pon. tinggal nk kawin je

mujur aku terjaga lepas tu. mmg ngeri

kalau aku rasa cam xnk balik umah mak aku minggu ni boleh x?

Thursday, November 05, 2009

satu hari di hari khamis

aku cuba2 untuk bermain game lain selain mafia wars di fb sebab ada ketikanya aku xtau nk buat apa di ofis (selain dr wat keja aku yg hakiki la kan)

aku penah cuba main vampire wars, tapi lepas beberapa stage, aku rasakan dunia yg penuh kegelapan itu xsesuai dgn aku. lagipun aku takut darah

dan kerana pengaruh rakan sebaya, aku secretly pernah terjebak juga dgn fashion wars. ye, anda boleh gelak sekarang. tapi aku betul2 terjebak sebenarnya. semuanya angkara collegue aku yg mengancam xnak accept mafia wars invitation aku kalau aku xmain fashion wars. masa tu mafia aku baru 20 org. korg fahamla kan betapa terdesaknya aku masa tu. tapi kalau dlm real life sekalipun, bila aku rasakan yg aku mandi nak pegi keje pon dah cukup bagus, dunia fesyen yg penuh glamour itu juga xmemenuhi tuntutan nafsu gaming aku

dan bila aku tgk semua org pon sibuk bercucuk tanam di facebook, aku pun cuba nk menyelami kehidupan seorg petani yg berjaya dalam farmville. mula2 agk teruja juga bila tgk tanaman mula masak dan dituai lalu mendapat duit. tapi dasar pemalas seorg payid yg nk bela kaktus pon belum tentu, aku tinggalkan ladang aku yg mungkin sekarang ni hanya ada semak samun je utk dituai

dan hari ni, bila aku tgk 2,3 org kat ofis ni main cafe world, aku pun terasa xmahu ketinggalan dari mengikut trend ini. lagipun adik hanis zalikha pun main cafe world juga. aku klik la kat icon cafe world tu dan tggu game loading

tiba2 je aku dapat msg ni

The Don needs you in Mafia Wars.

terus aku tinggalkan niat nk buka restoran buat sementara kerana ada tugas yg lebih penting di mafia wars

nampaknye aku mmg mafia sejati walaupun level baru 186

Monday, November 02, 2009

amazing discoveries

every once in a while we will hv a session with the QAs at the office where some of the recorded conversation will be played and u will rate urself accordingly based on the quality of the call. dan semasa QA session last week, aku telah mencapai suatu penemuan yg menakjubkan

i found out that i sounded so 'malay' when i speak in english. seriously, tanpa melihat wajah atau mendengar nama sekalipon, ppl can tell that i am malay frm that conversation. bukanla aku mau feeling2 cakap omputeh with the fake american accent like most perasan urban ppl atau conversing with a perfect english accent like the british council ppl. tapi xsangka aku kedengaran begitu melayu bila ckp omputeh

xtaula mungkin dari pronunciation or dr tonasi yg aku gunakan. tapi aku realize sesuatu yg lebih menarik di sebalik penemuan itu

aku kini berada dalam kategori yg sama dgn non english speakers yg bercakap inggeris. aku sama seperti frenches, italians dan latinas yg bercakap inggeris.

aku adalah exotic (bukan erotic).