Tuesday, April 14, 2009

payid the mafia

aku ada ketagihan baru skang. ia mungkin tidak toksik spt rokok, arak dan dadah. tapi ia dah cukup membahayakan kehidupan harian aku skang

aku sgt gelisah klu xdpt online. balik kg di hari minggu tidak lagi mampu mengujakan. setiap saat aku gelisah, takut kalau2 ada yg merompak atau mencederakan aku. tidak, malaysia ini masih aman lg sebenarnya. xde org pon yg nk merompak aku pon hakikatnya klu derang tau dlm wallet aku cuma ada beberapa keping duit kertas je. tapi di dunia cyber itu, harta aku sudah beratus ribu. kenderaan aku sudah boleh bukak garaj kut lagaknya. mungkin sbb leka dgn dunia siber (atau dunia realiti aku xla seindah mana) aku sibuk menghitung detik kembali ke ofis supaya aku boleh online semula.

internet connection adalah nikmat yg terhingga skang. bila terpampang di monitor simpanan aku dah mencecah 900 ribu, aku tersenyum lebar. kalaula tiap kali aku buka public bank online aku, aku boleh lihat angka yg sama. nikmatnya menjadi seorg mafia

aku boleh rompak sesiapa yg aku suka. aku boleh mencuri kereta. aku boleh rompak muzium, bank, kedai emas, gudang dan apa saja yg boleh dirompak. aku boleh belasah org sesuka hati dan curi duitnya pula lepas tu. sikit2 aku mula terasa keji, sbb dlm kehidupan sbnar aku xberani nk curi seposen pon dpd kwn2 aku. pinjam berani la

dan kerana terlalu leka, aku xpeduli keadaan keliling aku. aku hanyut dlm dunia mafia aku bersama kwn2 mafia yg lain. kalau bercakap dlm dunia realiti pon, aku sibuk berckp psl mafia juga. update di facebook aku juga penuh dgn kegiatan mafia aku je. mujur aku masih bekerja. itupon aku dah jumpa kebolehan baru aku, bekerja sambil membelasah mob boss, atau bergaduh dgn gangster yg lain. hebat x aku?

tapi aku mula risau juga dgn obsesi baru ni. kalah org bercinta. aku sanggup xturun lunch semata2 nk main mafia wars. nasib aku masih amik bfast, tu pon sbb kwn aku ajk. aku sanggup tahan kencing dan belasah mob boss dlu sebelum ke toilet. org2 berborak di sekeliling pon aku dah xpeduli. aku sibuk menjadi mafia. agknye aku ada kebolehan kut jd pelakon sbb aku mampu menjiwai watak dgn baik

tp yg buat aku terasa keji smlm bila aku terlalu sibuk main mafia wars smp terlupa nk wish my lil bro's bday. gile keji kakak ini okeh. aku rasa tambah keji bila tipu dia smlm 'sory la along xsempat call siang td. bz sgt kat ofis'. aku terasa terdengar a voice screaming in the back of my head "bz hotak lu. kau bz main mafia wars je kan?" damn!

mulanya aku berjanji dgn diri sndiri, aku nk kurangkan main mafia wars arini. tp bila online je dan nampak simpanan aku ada rm700ribu lebih, tetiba aku terlupa lak janji tu. eheh

maafkan aku yg terlalu bz. aku kini mafia separuh masa

5 comments:

vanila said...

jangan rasa keji payid.
hanya mafia yang faham mafia..
*mintak energy pack?

semuthitam said...

dude, kau nak curut? aku ada banyak!

Jam!e said...

kah kah kah..i pun nak energy pack n curut..=D

Jedi said...

lagaknya kalo 40hari berturut2 mcm nih...bleh rosak bladder tuh.
*eh macha, queen of diamond ade? aku mau

nurul said...

Nak try jadi mafia jugak, but langsung x berkesempatan