Friday, October 16, 2009

kenapa?

gadis yg kendu selalunya kurang bijak

gadis yg kendu dan bijak selalunye tidak single

gadis yg kendu, bijak dan single selalunye tak senget

gadis yg kendu, bijak, single dan senget tak nak kat aku


rumitnye persoalan ini... haha....

Monday, October 12, 2009

raya

hari raya sebenarnya lebih dr sekadar makan kenyang2 setelah sebulan berpuasa. lebih dari sekadar ketupat rendang, bertanding perabot baru dan siapa yg memandu kereta yg lebih mewah pulang ke kampung. lebih dari keseronokan bermain bunga api mercun dan meriam buluh. lebih dari sekadar kuih raya, baju raya, duit raya, lagu raya dan segalanya raya

mungkin kebanyakan kita terlupa seketika bahawa sambutan hari raya adalah lebih dr semua tu. dan ada sebab kita merayakan hari raya selama sebulan walau hakikatnya patutnya sehari pon dah cukup. sebenarnya kalau dihayati kemuliaan hari raya ni, mmg sehari tu xpatut sgt la kan. sbb tu org cuti raya smp seminggu lebih walaupun hakikatnya pengisian raya mereka mungkin tidakla begitu berfaedah, sama juga seperti tahun2 yg sebelumnya

mungkin untuk sekali dalam setahun, ini masanya kita berkumpul beramai2. xkira keluarga atau kawan2. saling memaafi dan meleraikan sengketa. mungkin ini peluang utk menjernihkan hubungan yg keruh. merapatkan kembali silaturrahim. menyambung kembali persahabatan yg hampir musnah. meluahkan apa yg terasa di hati, menjelaskan apa yg kabur dan melupakan perselisihan yg lama

ini juga masa utk kita saling meng'update' antara satu sama lain. saling bertukar cerita, sambil berkongsi kisah2 manis yg lama dan mungkin hampir dilupakan. berkongsi kegembiraan dan keceriaan. bersimpati dgn kekurangan dan kesedihan. memberikan kekuatan kepada yg memerlukan. meraikan mereka yg mengecap kebahagiaan

jadi aku kira setiap kunjungan ke open house selain dari menikmati makanan yg lazat, ini juga adalah peluang utk aku saling bermaafan, melupakan sengketa dan mengeratkan silaturrahim. jadi tiap jemputan aku cuba penuhi andai ada kesempatan dan peluang. dan aku tetap terharu menerima jemputan walau xdapat aku penuhi. pada aku, aku masih lagi dalam ingatan mereka. mereka masih mahu mengeratkan slilaturrahim dan mengeratkan hubungan dgn aku

dan aku rasa agk kurang beradab bagi mereka yg menolak jemputan tanpa sebarang penjelasan pada tuan rumah. kalaupun xdpt dtg, sekurang2nya tuan rumah diberitahu akan ketidakhadiran itu. tindakan senyap mcm tu je nmpk seolah2 kamu tidak menghargai dan menghormati jemputan yg diberi oleh tuan rumah. serendah itukah adab dan keperibadian kita, walau kepada sorg kawan sekalipun

dan kepada tuan rumah yg mungkin dgn sengaja melupakan utk menjemput org2 tertentu, aku sendiri kurang mengerti apa tujuan sebenar derang buat open house. mungkin hanya utk berkumpul sesama geng2 mereka saja kut, tanpa melibatkan kenalan baru yg mungkin nk join geng, apatah lagi kwn2 lama yg mungkin dah disingkirkan dari geng. biarla. siapala aku nk mempersoalkan niat dan tujuan org. duit derang pon kan nk buat open house. bukan duit aku pon

untuk k.lin kakak kesayangan dan blue, tks a lot for having me around. as usual, it's a great pleasure to spend time with my fav sis. tks for the great food and hospitality

untuk fanta, nad, aini, semut, ayun, andre, ateh, chua, zorro, k.rya, ray, sari, shark dan dean kwn shark yg single, tks a lot for the great time yesterday. till we meet again next time dan berkongsi kegembiraan lagi

untuk mereka2 yg aku xsempat jumpa, insyaAllah andai ada rezeki kita lepakla bersama

salam aidilfitri, maaf zahir dan batin utk semua

owh btw, adik kak lin kata aku comel. haha *angkat2 kening, muka ada sedikit riak!

Wednesday, October 07, 2009

sang penggoda

dari jumaat lepas, dia cuba menggoda aku. merenung aku dgn pandangan yg tajam menikam, menusuk terus ke kalbu. setiap kali pandangan bertentang, aku terasa bagai ditusuk panah arjuna. aku jatuh cinta tiap kali memandangnya

dia masih di situ, cuba menggoda aku dengan renungannya. dia tau aku mudah tertewas dgn keindahan yg dimilikinya itu. dia tau di mana weak points aku, dan dia menggunakannya utk menewaskan aku

dia tahu aku begitu menginginkannya. dia tau aku mengidamkan tubuhnya yg gebu itu. dia tahu aku mendambakan utk meneroka setiap inci tubuhnya,menikmati kelazatan yg tak terhingga

aku bimbang andai keimanan aku akan tergoyah. aku xmau terlanjur lagi mcm masa mula2 aku kenal dia dlu. sekali aku menikmati tubuhnya, terus gian. aku mahukan lagi dan lagi. begging, asking for more. mujur aku cepat tersedar, sebelum ada suara2 sumbang yg berbunyi. nahas juga klu kwn2 aku tau keterlanjuran itu.

tapi dia masih xputus asa menggoda. dan sekarang dia masih lagi merenung aku dgn pandangan yg sama. pandangan yg mencairkan hati. pandangan yg menggoyahkan keimanan.

aku cuma berharap aku mampu bertahan dan bersabar. sekurang2nya sampai petang ni. aku dah berjanji ngn diri aku, aku xkan jamah lagi kuih samprit tu selagi mak aku xrasa. aku dah niat nk beli utk mak aku. takut nnt klu aku dah rasmi, mak aku cuma dpt rasa bekas kuih je

sabar payid, xlama je lagi

Thursday, October 01, 2009

bila mengantuk dan tertekan, payid gagal untuk berfikir secara rasional

pagi. sangat pagi. aku sgt mengantuk, tapi kena paksa diri pegi keje juga. dan tertekan, tensi. baru je pas bertengkar ngn ayahanda dlm kete. forever la kan aku ngn ayahanda tu bertengkar. not a surprise pon

lepas mintak izin nk pegi keje dan turun kete ayahanda, aku berjalan penuh yakin ke stesen lrt. mengantuk, tapi masih yakin. dlm hati, xsabar2 nk tido dlm lrt sebenarnye. tido dlm lrt ni best (kalau boleh duduk la). sejuk dan selesa. dan boleh mendengki org2 yg naik mula dr wangsa maju yg xdpt duduk. haha

aku berjalan melintasi pakcik polis bantuan yg jaga laluan pemegang monthly pass. aku flash pass aku sekali lalu kat dia dan terus berjalan. tetiba...

pakcik polis polis itu berkata "dik, tgk pass tu sekali lagi"
dalam hati aku, pakcik ni pehal pulak. xnmpk ke aku dah tunjuk td. pagi2 nk cr pasal ni. tapi aku tunjuk juga, sekali ini lebih dekat sket ke muka dia. tgk la kau pass aku puas2

pakcik polis itu berkata lagi "pass ni xleh pakai dah dik. ni dah 1 haribulan ni"
aku tgk jam murahan aku yg ada haribulan. tetiba aku terasa bengkek ngn pakcik polis yg nk cari pasal tu

"amende lak pakcik. arini kan baru 31 haribulan?" tonasi sedikit bengang tapi masih terkawal sbb xmau create a scene lak kat situ. org pon makin ramai kat lrt station

"dik, september ada 30 hari je la"

dan masa tu aku rasa nk lempang muka aku laju2 dgn sliper jamban