hari raya sebenarnya lebih dr sekadar makan kenyang2 setelah sebulan berpuasa. lebih dari sekadar ketupat rendang, bertanding perabot baru dan siapa yg memandu kereta yg lebih mewah pulang ke kampung. lebih dari keseronokan bermain bunga api mercun dan meriam buluh. lebih dari sekadar kuih raya, baju raya, duit raya, lagu raya dan segalanya raya
mungkin kebanyakan kita terlupa seketika bahawa sambutan hari raya adalah lebih dr semua tu. dan ada sebab kita merayakan hari raya selama sebulan walau hakikatnya patutnya sehari pon dah cukup. sebenarnya kalau dihayati kemuliaan hari raya ni, mmg sehari tu xpatut sgt la kan. sbb tu org cuti raya smp seminggu lebih walaupun hakikatnya pengisian raya mereka mungkin tidakla begitu berfaedah, sama juga seperti tahun2 yg sebelumnya
mungkin untuk sekali dalam setahun, ini masanya kita berkumpul beramai2. xkira keluarga atau kawan2. saling memaafi dan meleraikan sengketa. mungkin ini peluang utk menjernihkan hubungan yg keruh. merapatkan kembali silaturrahim. menyambung kembali persahabatan yg hampir musnah. meluahkan apa yg terasa di hati, menjelaskan apa yg kabur dan melupakan perselisihan yg lama
ini juga masa utk kita saling meng'update' antara satu sama lain. saling bertukar cerita, sambil berkongsi kisah2 manis yg lama dan mungkin hampir dilupakan. berkongsi kegembiraan dan keceriaan. bersimpati dgn kekurangan dan kesedihan. memberikan kekuatan kepada yg memerlukan. meraikan mereka yg mengecap kebahagiaan
jadi aku kira setiap kunjungan ke open house selain dari menikmati makanan yg lazat, ini juga adalah peluang utk aku saling bermaafan, melupakan sengketa dan mengeratkan silaturrahim. jadi tiap jemputan aku cuba penuhi andai ada kesempatan dan peluang. dan aku tetap terharu menerima jemputan walau xdapat aku penuhi. pada aku, aku masih lagi dalam ingatan mereka. mereka masih mahu mengeratkan slilaturrahim dan mengeratkan hubungan dgn aku
dan aku rasa agk kurang beradab bagi mereka yg menolak jemputan tanpa sebarang penjelasan pada tuan rumah. kalaupun xdpt dtg, sekurang2nya tuan rumah diberitahu akan ketidakhadiran itu. tindakan senyap mcm tu je nmpk seolah2 kamu tidak menghargai dan menghormati jemputan yg diberi oleh tuan rumah. serendah itukah adab dan keperibadian kita, walau kepada sorg kawan sekalipun
dan kepada tuan rumah yg mungkin dgn sengaja melupakan utk menjemput org2 tertentu, aku sendiri kurang mengerti apa tujuan sebenar derang buat open house. mungkin hanya utk berkumpul sesama geng2 mereka saja kut, tanpa melibatkan kenalan baru yg mungkin nk join geng, apatah lagi kwn2 lama yg mungkin dah disingkirkan dari geng. biarla. siapala aku nk mempersoalkan niat dan tujuan org. duit derang pon kan nk buat open house. bukan duit aku pon
untuk k.lin kakak kesayangan dan blue, tks a lot for having me around. as usual, it's a great pleasure to spend time with my fav sis. tks for the great food and hospitality
untuk fanta, nad, aini, semut, ayun, andre, ateh, chua, zorro, k.rya, ray, sari, shark dan dean kwn shark yg single, tks a lot for the great time yesterday. till we meet again next time dan berkongsi kegembiraan lagi
untuk mereka2 yg aku xsempat jumpa, insyaAllah andai ada rezeki kita lepakla bersama
salam aidilfitri, maaf zahir dan batin utk semua
owh btw, adik kak lin kata aku comel. haha *angkat2 kening, muka ada sedikit riak!
6 comments:
ayat terakhir itu membuktikan mata lin sudah harus diberi rawatan sewajarnya...
dan untuk sidekick(s) payid yang baru, pastikan ada gambar dia di hp kamu!
semut. mungkin kau perlu baca betul2 ayat terakhir tu
perlu la kan semua sidekick payid simpan gamba dlm hp. cheh!
Ye betul.. i suka dan seboleh2nya memenuhi jemputan open house kawan. Kalau ada yg sudi menjemput la. Tapi kalau atas dasar tak tau jalan dan sesat tu haruslah dimaafkan ya.
Sidekick mesti simpan gambar hero dalam hp masing2. Ini bukti kesetiaan.
saja nak betulkan; mata dak 'angah' rabun payid.. ko kena ambilkira faktor tu.. hehehe
ko bila nak buka umah plak? kalau takde tempat parking, kitorang pakat naik LRT reramai. amacam?
fanta
time kasih. aku terharu dgn kesetiaan kau terhadap aku
semut merah (naaaaak jugak semut tu kan?)
kalau camtu aku buat open house kat lrt station je la.
kalau kat lrt station sekali pun akak datang .... ihihihi
Post a Comment