Friday, December 10, 2010

payid dan perkahwinan

bila time2 umur sekarang, ditambah dgn musim cuti sekolah yg byk gile kenduri kahwin (adik aku pggil musim mengawan), topik terhangat di pasaran skang ialah "bila mau kahwin?". i can consider myself lucky when both my parents xdela mendesak pun pasal bab2 kahwin ni. setakat serangan peribadi dari makcik2 kepoh itu aku masih buat muka xde perasaan lagi. tapi rasa simpati juga kepada rakan2 seangkatan yg kurang bernasib baik

sebenarnye aku rasa keperluan utk please other ppl adalah sangat bangang. bila kau takde boyfren, sibuk suh kau cr boyfren. siap nk tlg carikan pun ada. mcm kau tau sgt la taste aku camne kan?. klu dah ada boyfriend, tanya bila nk tunang, nk kahwin. bila dah kahwin, tanya bila nk ada anak plak. dah beranak sorg, tanya bila nk tambah anak lak. wei, kau duduk diam2 jaga hal kau sendiri boleh tak?

i just dun geddit kenapa org2 sekeliling sgt kecoh dan mendesak gadis2 untuk berkahwin. as if kebahagian yg ultimate itu hanya boleh dicapai melalui perkahwinan. dan perempuan2 itu tercipta hanya untuk menjadi berkahwin dan menjadi isteri.

marriage is not for everybody. dan perkahwinan itu sendiri bukanla jalan ultimate utk mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. bukan semua cerita perkahwinan itu berakhir dgn kebahagiaan. berapa org yg perkahwinannye berakhir dgn penceraian? berapa org yg lepas berkahwin hidupnye hancur, kena pukul dgn suami, suami turns out to be penagih dadah, suami kikis duit gaji isteri, suami curang main kayu tiga?

dun get me wrong, i hv nothing against institusi perkahwinan ni. aku turut tumpang gembira dgn kwn2 yg mendirikan rumahtangga. tapi bila aku sgt menghormati dan turut berkongsi bahagia bila org lain berumahtangga, xbolehke orang lain sama2 menghormati pilihan hidup org2 yg memilih utk tidak berkahwin?

dan yg anehnye kebanyakan gadis2 yg didesak utk kahwin ini adalah mereka yg boleh dikira berjaya dlm hidup. ada kerja yg bagus, ada kereta sendiri. ada yg dah ada rumah sndiri pun. it's not like mereka ni duduk umah, goyang kaki dan habiskan reta mak bapak je. when it looks like they hv almost everythg in life, kau perlu la nk bg statement "keghoje dah elok, kete dah besor, ghumoh pun dah ade. ate kome nunggu ape yg xkawen2 lagi ni?"

aku faham kerisauan ibu bapa terhadap anak2 gadis mereka. takut nnt mereka akan tua keseorangan, xde sape nk jaga. tapi rasanya, anak2 makcik dan pakcik dah cukup matang dan pandai nk jaga diri sendiri. kalau baik didikan makcik dan pakcik bagi, insyaAllah derang xkan apa2 walaupun xkahwin. kalau anak2 makcik dan pakcik sibuk mengejar karier, biarla dia berusaha mencapai apa yg dia idamkan selama ni. mungkin kalau bagi org lain, kebahagiaan ultimate itu adalah berkahwin. tapi kebahagian ultimate anak2 makcik dan pakcik adalah dgn memiliki kerja yg bagus, kereta dan rumah yg mewah. atau simply dapat berbakti dan menjaga pakcik dan makcik sampai bila2 selagi diizinkan Tuhan. dan mungkin kalau derang kahwin, derang xdpt nk capai semua ni

kalau org lain yg sibuk nk risau, aku nasihatkan sila la jaga masalah rumah tangga korg sendiri. bukan korg yg bg mkn anak2 gadis yg tidak berkahwin ini. duduk diam2 xkahwin tu sebenarnya lebih baik dari berkahwin tapi masih sibuk mengata hal org sampai anak2 dan laki sendiri terabai. belajarla utk respect dan terima org itu seadanya mereka, berkahwin atau tidak.

tapi seandainya melempang muka org bertubi2 itu tidak menjadi kesalahan, aku teringin sekali melempang mulut2 mereka yg berkata "kalau kahwin lambat, memilih sgt takut tak laku". well guess what, kalau kamu mau merendahkan maruah dan harga diri kamu, go ahead and be my guest. tapi perempuan itu bukanla barang dagangan yg kamu mau tentukan laku ke tak

owh btw, tolong jgn desak aku suruh kahwin. aku kahwin ngn laki korg kang, baru korg tau

9 comments:

Anonymous said...

"owh btw, tolong jgn desak aku suruh kahwin. aku kahwin ngn laki korg kang, baru korg tau" huahuahuahua..payid.. aku btl2 suka baca yg ni.. ending yg sgt baik.. lovin it so much.. btl laa.. aku pun antara mangsa yg sering di lempar soalan2 yg x best ni.. bila nak kwen?? bila lagi??? umo dh brpa skunk?? npa x kwen2 lg??? aku faham.. kwen tu benda baik.. sunnah nabi.. tp org skeliling pun kena fikir..semua ni rahsia Tuhan.. kita ni sbagai hamba cuma mampu berusaha dan tawakal... semua org pun nak bahagia.. yg asik suh kwen ni pun patut fikir..kwen ni bukan penamat hidup..npa, asal kwen org ingat kita bahagia ker.. kwen lmbt x semestinya x bahagia.. sampai masanya kwen jugak kan.. ooppssss!!! terlebih pulak.. semangat payid dh tempias kat aku agaknya..hehe.. best sungguh bca sampai nasi ayam aku ni sejuk huahuahua..

soren said...

i guess semua org kena kot. terpulang la, i think its ur life u decide whether nak kawin ke tak. like u said, patut yer ppl should respect each other's choices whether to get married or not. but i guess those yg rasa panik nak berkahwin, maybe because thats what they want and for some reason it is not happening yet. so dari pressure org, kalau ade la kawan2 lelaki yg boleh pakai, kenal2 kan la.
everyone wants to be happy kan, straigh or otherwise :P

Anonymous said...

Well said. Well done.

Err..nak kawin dengan awk bole?



maximus

payid7 said...

anon
nasi ayam lebih afdhal dimakan panas2

the rest is noise
seperti biasa, i cudnt agree more

maximus
boleh tak propose saya romantik sket klu ye pun.haiiihhhh

semuthitam said...

budiman betul payid ni, kuda propose dan tak romantik pun dia nak pertimbangkan...

Anonymous said...

Mungkin depa paham situasi yg ure facing and ur feelings, i bet they face the same thing juge pada waktu depa singelicious dlu. Ini mungkin perasaan ingin tahu ape kah feeling nye plak kalau depa sendrik yg melemparkan soklan itu pada anak buah mereka (padan muke ko plak, dlu aku dah kena! nah rasakan!!)... kire individual revenge la nie...hehehe.....

Mungkin kalu setiap kali jumpe depa ko jgn dok diam2, aku sajes ko buat sale harta tanah ke, insurance ke, investment link ke...sudah pasti dlm waktu2 ujung tahun ini depa akan larikan diri dari kamu sbb kalu jumpe kena dgr explanation yg memboringkan.... sooo, xde sape la nak kaco lagik pazniii....wakakakakakaa.....

-kopi pahit-

pwencessB said...

ohh i loike! i loike!.... bukan semua perempuan akan berkahwin~ ;p

payid said...

semut
budiman itu adalah sebahagian dari sifat payid

kopi pahit
idea yg bagus. kalau aku ajak depa masuk MLM lagila aku dibenci 7 keturunan agaknye

bee
thank u. enjoy ur reads

rad za said...

Salam, betullah kata adek ko tu

musim mengawan ni , 2 sepupu kita khawin masa cuti ni, kita jadi gadis goodiebag utk salah satunya... aduh sakit badan....

kita ade tulis ape yg ko ckp tu tau kat blog kita, saje je kita bagitahu kau ni buat disclaimer... kalo sudi singgah2la, bagi komen ke ( takde komenlagi sedihnya...)

As usual bernas writing kau ini...