Tuesday, March 15, 2011

soal jawab insurans bersama payid

DISCLAIMER: whatever im gonna write is truly from my personal opinion. it doesnt represent any organization that i am associated with. i am fully responsible for my writings. i also does not have any interest in any political party

jumaat lepas, utusan malaysia melaporkan beberapa ahli parlimen mendesak bank negara dan institusi berwajib utk revise semula kadar insurans utk kenderaan melebihi 10 tahun, kerana ada ketika insurans pihak ketiga (third party insurance; mostly utk kereta lama yg dah abih loan ngn finance) adalah lebih mahal premiumnya berbanding insurans komprehensif. katanya tak patut dikenakan 'loading' kerana ini akan membebankan rakyat berpendapatan rendah

sebagai org yg bekerja dgn insurance company and experiencing karenah pelanggan2 insurance ini fisrt hand, aku terasa mcm nk menyatakan pendapat aku. mungkin kalau ada di antara datuk2 ahli parlimen yg terbaca tulisan aku, it could make some sense to their head

pertama sekali, insurans ini melibatkan risiko. bila semakin tua kereta tu, semakin tinggi juga risiko utk terlibat dalam kemalangan. jadi wajarla juga jika pihak insurans kenakan loading 15% ke atas kereta2 tersebut. utk premium 3rd party insurans ni lebih kurang harga tak sampai la rm200 pun sebenarnya, bergantung kepada CC dan usia kenderaan. itu pun tak termasuk 'no claim discount' up to 55% sekiranya ada. kiranya kata la customer bayar rm200 premium, pastu dia pegi langgar kereta proton inspira mana2 pun, kita masih akan cover dan bayar gantirugi beribu ringgit. so to say that insurance company ni buat untung je tu tidakla sangat

kereta2 tua ini pun tend to rosak di tengah jln. dah nature kita pulak malaysian ni yg xleh tgk accident, mesti mau slow down sbb mau tgk sama, harusla menyebabkan jam di kedua2 belah jalanraya. kalau dah hari2 komplen jalan asik jam, maka premium yg tinggi ini juge adalah salah satu cara mengelak daripada rakyat menggunakan kereta yg lebih tua. kalau dah nama dari golongan kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah, apa salahnya naik kenderaan awam. jimat lagi duit minyak, duit tol, parking. kalau dah xglemer sgtla naik bas ni, naikla motor. tapi gua naik bas selama ni, xdelak gua rasa mcm kurang glemer

dan loading 15% ni pun bukanla kita kenakan utk kereta2 tua saja. mmgla kereta2 biasa kita tak kenakan loading. tapi kereta2 mewah macam ahli2 parlimen tu pakai pun kita kenakan loading juge. mcm saya katakan td, insurans ini melibatkan risiko. kalau kereta2 tua ini dikatakan berisiko, kereta2 mewah juga adalah berisiko tinggi. kau bygkan klu kereta tu harga rm100 ribu pastu kena curi. customer claim total loss, xkan insurance company nk charge dia premium 2,3 ratus juge

kalau ahli parlimen kinabatangan kata company insurans ni menipu je semuanya, jgnla tuduh secara melulu. taula pernyataan yg dibuat dalam parlimen xboleh didakwa. tapi at least bagi la contoh kes yang dikatakan kami ni menipu. semua exclusions, terms and conditions of policy semuanya ada dalam dokumen kontrak atau policy jacket yg kita bagi ngn customer. kalau mereka memilih utk tidak membaca kontrak ngn teliti, perlukah kami disalahkan kerana ignorance mereka.

mungkin datuk bung boleh fikir cara utk upgrade perkhidmatan pengangkutan awam back in kinabatangan dulu daripada sibuk mau kahwin artis. lagipun, siapa datuk bung mau kata insurance company ni menipu, padahal masa mula2 org tanya, betul ke datuk kahwin ngn zizie ezzete, datuk xmengaku.

sapa yg menipu sebenarnya, datuk?

10 comments:

me the martian said...

eee menci la derang ni! mesti ada udang disebalik batu yg akhirnya, mesti untungkan mereka juga!

payid said...

haha.i dunno why but ur comment is kinda cute. maybe i always portray urself as the serious type kut. hehe
btw, benci sape? politicians, insurance company?
klu based on motor insurance saja, company tak untung sgt pun sebenarnya. tipula klu kata xamik untung, klu tak camne nk meniaga.

NAF said...

Bravo payid! That certain politician lost his credibility when he made the period comment. And this is another proof we have fools running the country.

me the martian said...

politicians la. and i agree with NAF - they are idiots - and we are the bigger idiots for putting them up there. *mode serious balik* haha

Fanta Giro said...

Payid.. so you saying kereta yang below 5yrs patut dapat murah la?

semuthitam said...

yid, kete rolls-royce derang tu semua dah lebih 10 tahun la yid. tu la pasal... nak premium murah, tapi nak cover juta2...

payid said...

NAF and martian
semua politicians ada kepentingan masing2. they twist and turn their words supaya org percaya they are fighting for the ppls' right. it's true,we are the bigger idiots. but sumtimes when we hv to choose the least idiot one to represent us, apa mau buat?

fanta
premium kereta ni sbnanye takla bgantung sgt pada umur kereta. it depends on the market price of the vehicle, CC, no claim discount and also other extra coverage yg kau ambil.
klu kau (atau sape2) mau aku tlg calculate jz gv me a call. klu korg terrer, call num hotline company aku and try cari aku. sape jumpa aku bg exclusive merchandise. hehe

semut
kereta old skool bapak kau tu lebih cool dari rolls royce derang

Anonymous said...

ko xpkai kete ko xmerase byr insurans..

Anonymous said...

abis, dah mmg termaktub sape pakai kete kena ada road tax. and sape yg nak road tax kena ade insurance.... kalau tamao bayo insurance, ko jual je la kete kao....payid telah membuat keputusan dia tuk pakai public transport....itu satu pilihan bijak.

mysilverchair said...

apart from the said politicians kecoh pasal roadtax, baik la kecoh dengan keadaan jalan raya kat malaysia, (lembah klang to b exact)yang berlubang sana sini. abis absorber kereta. nak repair satu hal. sakit hati satu hal. saja la cari2 isu kontroversi nak popularkan diri.