Tuesday, November 17, 2009

kegilaan adik beradik

adik beradik aku xramai. kami cuma 3 beradik. aku ada 2 org adik, seorg perempuan dan seorg lelaki. like any other siblings kedua2 mereka adalah super annoying, sbb derang suka tag team dua org dan buli aku

my sis is the brainy one. selalunya dia yg akn come up dgn idea2 yg tahpahape sbg hiburan kami. contohnya seperti game siapa yg paling lama dapat menahan diri daripada mencarut bila menonton lakonan adam af2 dlm wira malam bisikan naga. dan dia memegang rekod yg paling lama. setengah jam ada la kut sebelum channel ditukar. adik lelaki aku kalah awal2 lg. 5 minit pon dia xsanggup tahan

my bro is the mischievous one. xde sape yg selamat dr mulut dia yg mcm durjana tu. selalunya selain mak aku, aku la yg menjadi mangsa. antara point yg aku selalu kena adalah sebab kekurangan ketinggian aku. bukanla aku pendek sgt pon. cuma kalau dibandingkan dgn derang, aku la yg paling pendek

we grew up together sbb jarak umur kami xjauh beza. and even until now, we are really close to each other since kami dah jarang2 jumpa. i left home first for boarding school when i ws 13. that left the 2 of them, aged 10 and 7 back then di umah. that's y they are much more closer to each other. then when my bro left for sekolah teknik and my sis left for her diploma, lagi la kami jarang2 jumpa

tapi sampai sekarang bila sesekali berkumpul, kami masih mampu menggamatkan rumah yg xberapa besar tu walaupon cuma 3 org. bygkan kalau kami 13 beradik semua sekali, harus mak aku checked herself to rumah sakit jiwa secara sukarela

despite our differences, ada beberapa perkara that we have in common. antaranya, kami tiga2 org mls mandi. dan masa tu la we will drive our mum crazy sbb masing2 xmau mandi dlu. mula2 tu, mak aku bebel juga. tp sbb kesiankan dia yg penat bebel (dan kami juga penat mendengar), we came up with a solution, tks to our brainy sis yg sgt kreatif la

we will vote sapa yg akan mandi dlu. dan ini bukanla vote cikai2 main cabut undi kertas. kaedah votenye adalah seperti survivors vote the contestant out every week. kami akan tulis nama org yg kami mau dia mandi dlu di atas kertas dan masukkan ke dlm bekas. sebelum kertas dimasukkan ke dlm bekas, kami akan bercakap menghadap ke dinding seolah2 bercakap dgn kamera, memberitahu para penonton kenapa kami mahu org yg divote itu mandi dlu. padahal xde penonton pon. sape nk menonton rancangan bodoh kami ni

dan seperti biasa my sis akan menjadi jeff probst. idea dia kan, dia la jadi watak utama. selalunya masing2 xkan mengaku adanya pakatan. padahal aku tau sebenarnya derang pakat 2 org vote aku. dan bila akhirnya my sis declared "along, the tribe has spoken", dia akan menyerahkan tuala aku sebagai ganti kepada obor yg dipadamkan dlm survivor. kami xdela pakai obor. nanti mak aku marah lak main api dlm umah

when i started working, adik2 aku mengadu juga bila aku dah jarang habiskan masa ngn derang. bila derang borak sampai pagi, selalunye aku dah tertewas dlu sbb penat. lagipon esoknye nk bgn awal g keje. jadi derang kata "along yg bekerja adalah along yg membosankan". ye, along mungkin membosankan, tapi along yg bekerja juga adalah along yg mempunyai wang yg kemudiannya akan dikikis oleh derang juga. jadi mungkin along yg bekerja tidakla teruk sgt

aku igt lagi ada satu hari tu, masa shopping kat giant, derang beriya2 suh aku belikan belon panjang2 kurus yg clown selalu guna buat bentuk poodle la, zirafah la dan segala macam binatang lagi. siap ngn pump tu sekali derang paksa aku belikan. utk 2 org yg bukan clown dan masing2 dah berusia lebih 20 thn, aku xnmpk apa relevannya derang paksa aku beli benda tu. tapi bila difikirkan fakta bahawa adik2 aku mmg suka mengikis aku, maka segalanya menjadi lebih logic

balik ke rumah, masing2 menerai la belon dan pump tu smp tgh2 mlm. aku seperti biasa memainkan watak along yg membosankan dgn tidur lebih awal. aku pon xtau pukul bape derang tido. sedar bila aku bangun nk pegi keje, derang dah bergelimpangan dlm bilik aku di samping toys baru derang. dan juga sisa2 belon yg pecah. tah apa la projek derang mlm tu aku pon xsedar

dan bila aku pulang dr keja mlm tu, derang dah balik ke umah mak aku pon. hati pon jadi sedikit berat utk pulang ke rumah yg kosong dan sunyi. tapi bila aku masuk ke bilik dan buka suis lampu, aku ternampak sesuatu yg buat aku sedikit sebak

di atas bantal aku, ada seekor zirafah yg dibentuk dari belon2 panjang berwarna pink. dan ada note di sebelahnya yg berbunyi

"kitorg tinggalkan zirafah ni buat teman along. xla along sunyi sgt duduk sorg2. along jaga diri ye"

aku xsangka lak derang berjaga tgh2 mlm semata2 nk belajar dan berlatih buat zirafah sebagai teman aku. adik2 aku mungkin super annoying, tapi derangla kesayangan aku sampai bila2

xsaba nk balik umah minggu ni, jumpa adik2 aku

9 comments:

Fanta Giro said...

alaaa.. comel sungguh adik beradik ni. payid aku nak jadi adik angkat ko ley tak? nanti aku buatkan bulldog dpd belon tu jugak sebagai peneman. disamping itu ada gak yg aku ley minta belanja hari2.. sayang payid...

mabletee said...

auwww.. so sweet..

aerlon said...

i can't believe u're an 'along'. macam ank bongsu aja.

payid said...

fanta
sayang kau juga. tapi kau tua dr aku. jd biar aku yg buat belon dan minta belanja dr kau ye

mabletee
eheh. yeah, they are the sweetest (and most annoying) thing

arelon
maybe sbb u nmpk i comel kut. xpe, i maafkan u. haha

N.A.F. said...

tak takut if you go back your mom will deliver you the already marriage news? haha

Co0Lz said...

bestkan ada adk.. dulu penah xngaku ada adk. lps spm baru terima hakikat ada adk..

semuthitam said...

ko sure ke dorang tak buat pakatan tunangkan ko bila ko balik nanti? zirafah tu nak distract ko je tu...

payid said...

N.A.F
im just keeping my fingers crossed, hoping the subject will never come out. jgn pula u remind my mum, eh. haha

Coolz
xbaik camtu. best hape ada adik. klu kwn adik ada kakak yg kendu boleh diambil kesempatan

semut
xpe, klu aku bertunang nnt aku upload gamba dlm fb. kau tgk eh?

Anonymous said...

payid,

nice entry..keep up the strong relationship

Tini