Friday, January 29, 2010

ini bukan payid yg selalu menulis

**disclaimer dulu siap2**

ini adalah entry paling jiwang pernah payid hasilkan. sesiapa yg ada simptom seperti lemah jantung, perut mudah meragam sehingga mengakibatkan cirit atau muntah2 dinasihatkan menjauhkan entry ini

dia cantik. dia menarik. dia lucu. dia adalah segalanya yg aku mahukan

dia sgt halus pekertinya. selalu menjaga santunnya. tidak pernah meninggalkan lima waktunya. tidak pernah mendedahkan auratnya

dan dia jugalah yg buat hati aku berdebar tiap kali menatap wajahnya. debar, tapi mendamaikan. tutur lembut suaranya buat jantung aku berdegup lebih cepat dari biasa. dan bila dia tersenyum, aku terasa mcm hati aku tetiba mencair. mcm semut ckp, klu senyuman dia mampu mencairkan lemak, aku suruh dia senyum je setiap masa. xyah aku masuk the biggest loser dah

namun untuk memiliki hatinya, aku xberani. tak tersampai hati yg sebenarnya. org yg hatinya semurni itu tidak layak utk aku. xsanggup aku nk put her through the hardship of having a forbidden relationship bila dia seharusnya bahagia dgn kehidupannya. mungkin ini adalah keadaan bila kita terlalu suka dan sayangkan seseorg, kita hanya mengharapkan kebahagiaan utk dirinya, walaupun kebahagiaan itu dikongsi dgn org lain selain kita

biar aku hanya mendoakan yg baik2 saja utknya. dan rasa ini biar aku pendam sorg2 je. dan cukup sekadar menatap senyumannya setiap hari, itu sudah cukup membahagiakan bagi aku. walaupun kadang2 ringan je mulut aku nk memainkan card yg ultimate;

"saya suka la kat awak. jom kita couple"

Friday, January 15, 2010

aku xsempat nk pk tajuk sbb bergegas nk turun breakfast

i really hv a thing for intelligence, xkira la lelaki atau perempuan. engaging in a decent and meaningful conversation adalah sgt mengujakan aku. bukanla setiap masa kau harus serius membicarakan soal humanity atau kebejatan sosial akibat globalisasi. aku xcukup bijak la kut klu nk bicara soal camtu sepanjang masa. kadang2 sambil berbincang perkara yg serius pon aku boleh bercakap pasal ayam panggang madu secara berlebihan

tapi apabila hampir setiap hari disogok dgn lame conversation bersama seorg bimbo cantik yg dr cara percakapannya pon kau tau setinggi mana tahap pemikirannya tapi terasa seolah2 kau itu so into her kerana dia cantik and the whole world revolves around her and her only, a phone conversation with my ex semalam is so a breath of fresh air

it ws just a plain phone call, saling bertanya khabar dan bertukar berita. exchanging updates tentang apa yg berlaku dlm kehidupan masing2. tapi conversation yg sebegitu pon boleh left me with a smile on my face

i hv to admit, her intelligence to me is still her best features. kdg2 cara dia berfikir and seeing things frm a different point of view really fascinates me. i dunno if it's just me, bt i look up to her as someone who really hv a good head on her shoulders. no wonder la utk 2 org yg selalunya tidak byk bicara, kami boleh bergayut smp 5 jam dulu. ok, tu masa courting2. xkira la kan. but, i still find myself could talk to her for hours, frm one topic to another

dan betapa susahnyala utk aku cari org2 yg begitu di pasaran sekarang. selalunya org2 yg begitu harusla sudah diambil org dan tidak available lagi. ataupun dia tidak kendu mcm semut. haha

tapi ada juga org yg aku jumpa kdg2 aku terasa semacam trying too hard to impress. mungkin dia sudah sedia maklum betapa aku suka org2 yg intelligent sampai kadang2 attempt utk dia menunjukkan kebijaksanaannya itu sampai melampaui batas. mind u, differences of opinion itu adalah sesuatu yg menarik. tapi apabila kamu cuba argue every single point yg aku cuba katakan hanya utk menunjukkan kebijaksanaan kamu walaupun kadang2 argument kamu itu tidak masuk akal langsung adalah attempt yg sgt menyedihkan. mungkin dia xtau, bertengkar berlebih2an itu adalah sifat org munafik. aku suka org yg bijak, bukan munafik!

walaupun org2 mcm ex aku itu agk sukar dicari, jgnla pula ada spekulasi2 bimbo yg menyatakan aku mau bercinta2 dgn dia semula. haish...!!! penat aku menjadi mangsa gosip ni

baru aku faham macamana perasaan fasha sandha (walaupun aku rasa dia bimbo)

Monday, January 11, 2010

menulis blog di kala mentari terbit di ufuk timur

aku tau aku dah 12 hari xupdate blog. lama la tu kiranya, tanbah2 kalau nk dibanding dgn kadar memblog aku thn lepas. ni dah masuk thn baru smp 10 hari lebih xupdate. tah2 ada org igt aku dah mati kut

tapi kalau xde benda yg mau cerita, lebih baik diam je. kenapa perlu menulis dgn tekanan. hanya kerana lama xde cerita baru maka harus diada2kan cerita demi keeping my readers updated. aku tidak suka menulis dgn perasaan terpaksa sebenarnya. membaca tulisan aku yg ditulis tanpa perasaan ihklas itu sgt gampang perasaannya. maka inila jwpn aku utk soalan "kenapa blog lama xupdate"

lama xmenulis, intro smp 2 perenggan. klu blog aku mcm blog jebon yg 6 bulan xupdate tu maunye aku tulis 7 post khas utk introduksi semula. cheh, ni dah masuk perenggan ketiga lak dah

-------------------------------------------------------------

bila aku tanyakan dia

"apa ciri2 partner idaman u?"

aku hanya mampu tersengih kurang ikhlas bila jawapan yg disenaraikan adalah pandai main bola, pandai main gitar dan boleh dukung dia naik tangga. dan kepada dia, gadis yg kununnya cuba dipadankan oleh kwn aku kerana dia baru dikecewakan, aku katakan sesuatu yg mungkin tidak dia jangka

"sebenarnya u sndiri pon xtau apa yg u nak"

mungkin dia menjangka aku akan cuba memujuk dia, atau at least menggalakkan dia utk memenangi semula kekasih yg telah meninggalkan dia itu. ntah, aku sndiri pon kurang pasti apa yg dia harap dr aku. tp aku dpt rasakan dia kurang senang dgn jwpn aku yg tiada berjiwa dan sgt straighforward

tapi mungkin klu dia mengharapkan aku menjadi pelepas sepi dia buat sementara, aku pon tidak kisah sgt, kut. aku sndiri pon tiada komitmen dgn siapa2 sekarang. single and owh so available katanya. a few dates wont be cause any harm. setakat mau mengisi kekosongan dgn kata2 yg manis bukanla masalah yg besar utk aku

tapi aku sudah merasakan major turn off bila obviously dia masih lagi holding on kepada ex nya. aku hargai usaha kwn aku utk hook up aku dgn dia, tapi utk aku commit dlm rship yg kemungkinan besar akan end up dgn aku menjadi rebound sahaja adalah idea yg sgt xmenarik

jadi the next time andai ada sesiapa yg mau carikan aku pasangan, tolongla jgn cari yg semacam dia. jgnkan nk dukung dia naik tangga, nk angkat diri sndiri pon aku xlarat!