Tuesday, April 06, 2010

kesombongan payid di masa muda yg indah

dulu2 time masih hingusan, menjadi cool itu adalah essential. takut betul la klu org kata aku xcool. kamu harus faham, peer pressure ketika di sekolah rendah adalah tekanan yg sgt hebat sekali. amik UPSR pun xtertekan camni. xstudy pun selamba je boleh belasah 4A. ok, xperlu tetiba nk riak kat sini

tp dlm kebijaksanaan tu kdgkala kita terdorong juge membuat perkara2 yg kurang cerdik. seperti menjadi peminat fanatik KRU. kau bgtau aku sekarang sapa time sekolah rendah xminat KRU? mmg korg xcool langsung!

serius, menjadi peminat KRU masa tu adalah sgt cool. dan sebagai seorg yg cool, aku pun menjadi salah seorg peminat fanatik mereka. takat nk sing along lagu2 derang tu mmg tarak hal langsung la. sambil tidur pun agknye aku boleh nyanyi lagu KRU. siap boleh bgtau lagu petikan dr album mana

sebagai peminat fanatik, wajibla bagi kita memiliki album2 KRU (yg original ok!). bayangkan kumpul duit belanja sekolah semata2 nk beli kaset KRU. gile gigih la. sanggup lapar demi KRU ok! mmg perjuangan sebagai penyokong KRU zaman persekolahan adalah sgt perit. maka segala susah payah aku terbalas bila berjaya memiliki album kedua KRU iaitu reKRUed



masa ni la lagu mengerti tu jd lagu wajib kat pilihan bersama radio muzik. sape xpilih mmg xcool la. kaset KRU tu pon jd kaset wajib pasang kat umah. hari2 mesti pasang. aku rasa arwah tok aku pun pening kepala tgk kegilaan aku time tu. xtermasuk lg dgn poster2 KRU yg aku tampal kat bilik. ok, sape ada giant poster raya norman KRU pakai baju melayu putih angkat tangan sekarang!

selepas reKRUed, aku masih lagi gigih menabung demi memiliki kaset2 KRU yg lain. termasukla album pertama derang yg xsempat aku beli sebelum tu (sbb xsempat nk kumpul duit) iatu 'CANGGIH'



sumpah aku tak tipu bila aku pernah merasakan bahawa 3 org lelaki memakai sweater berwarna warni itu adalah cool. bila tgk balik skarang aku pun menjadi sedikit malu. kalau derang tgk, aku rasa derang pun malu juge kut

di samping kegiatan mengumpul kaset, aku juga sibuk tape apa sahaja mengenai KRU tiap kali derang keluar tv. masa tu tape pakai VCR la kan. mana nk ada dvd mcm sekarang. tape tu pun aku main berulang2 kat umah. ya Allah, tabah je la arwah tok aku time tu tgk perangai aku. dan aku xtipu, bila dah tape dimain berulang2, wajib juga utk aku menghafal step2 tarian derang! serious weh. aku boleh menari cam KRU dlu. aku pun mcm xpercaya

kalau ditanya cita2 aku time tu, aku mmg jawab nk jd KRU punye la. bukan jadi artis, jadi KRU, ok! nasibla aku xleh tulis camtu dlm buku profile kat sekolah. tp aku xsure lak kalau2 ada aku tulis camtu dlm buku biodata kwn2 aku dlu. apa, kamu xpenah ada buku biodata? mmg kamu xcool!

dan movie favourite aku time tu xlain xbukan adalah AWAS! dan CINTA METROPOLITAN. padahal cerita tahpahapa dgn lakonan kuda kayu masing2. tapi aku siap paksa cousin aku bawak aku g tgk kat cinema masa tu. rasanya klu bg tgk percuma skang pun aku malu nk tgk balik. bukan xnk tgk, malu nk tgk je. er, cerita tu pun aku ulang tayang beberapa kali juga rasanya. adala beberapa line dialog yg aku berjaya hafal.haha

kali pertama dapat jumpa dan salam dgn KRU aku rasa adalah momen terindah aku sepanjang jayat masa tu. ala, baru umur 10, 11 tahun hidup. byk mana sgt momen indah yg aku ada masa tu pun. tapi mmg ada rasa2 mcm nk pengsan la bila salam ngn derang. aku rasa norman KRU ada la tanya aku ape tah, tapi aku terlalu neves smp xterkata apa2, tersengih2 je. terkesima beb norman KRU tegur aku!

but after the years gone by, aku pun dah meningkat remaja. bila masuk sekolah menengah segala kegilaan tu aku tinggalkan. mungkin kerana mahu dianggap cool juge di kalangan rakan2 baru di hostel. atau mungkin xmau dianggap saiko kut sebenarnye. haha. maka minat aku terhadap KRU juge semakin pudar. cheh, belahla peminat fanatik. tapi begitu la kehidupan. eksaited tu sementara je

dan apabila KRU mula menembusi industri muzik antarabangsa, kami pun membawa haluan masing2. selepas Ooh La la aku dah tak lagi menjadi pengumpul kaset2 KRU. minat aku pun dah mula beralih arah kepada the Offspring, 3rd eye blind dan yg sezaman dgnnye. aku tidak lagi tunduk dgn desakan peer pressure dgn menjadi peminat fanatik kepada boyband2 yg bercambah time tu pule. aku dah mule berfikiran matang dgn menjadi cool dgn cara aku yg tersendiri. being different is cool katanya

tapi aku xnafikan sesekali mengimbau zaman menjadi peminat fanatik KRU itu sgt manis sebenrnya. terutama bila ingat balik statement shallow yg pernah aku keluarkan "aku percaya bila yusry KRU kata 'diam adalah pintar' sbb yusry KRU itu hensem". bimbo tak?

dan hari tu masa live telecats ABP2009, aku diam2 sing along lagu2 KRU dlm hati bersama2 anak2 muda picisan itu walau dlm hati meronta2 nk betulkan step tarian lagu AWAS tu. xsama langsung weh!

6 comments:

miznina said...

aku pon pminat kru beb hehe
kewl gile time tu..skrg dorg dh tua hehe

line dlm filem dorg yg plg aku xleh lupe..
sawadikap..masuk ikut pintu kuar ikut tingkap :)

semuthitam said...

dud, aku terangkat tangan kat part giant poster norman tu. ada lagi kot lekat kat belakang pintu almari dalam bilik stor tu. kul kan? hahaha.

Fanta Giro said...

halamak payid.. KRU la siot! Saper weii tak minat zaman diorg ni dulu. Aku pun sama tapi part poster tu aku takde sbb bilik aku penuh poster Fauziah Latiff.. ko nak aku listkan kaset/album Fauziah Latiff aku pulak ke.. pasti kalah KRU! Owhh kak Gee...

payid said...

nina
apsal aku xingt line tu eh? aku tgk silap movie la kut

semut
aku rasa diam2 ramai juge yg angkat tangan, tp kau je yg berani mengaku terang2. haha. kenapa la kita rasa poster norman tu cool masa tu kan?

fanta
fauziah latif? perempuan gile taste kau. xcool la weh minat fauziah latif. minat feminin baru cool. haha

Fanta Giro said...

Angin bayu yang membawa diriku.. sepintas lalu ku terkenangkan mu... :P
Aku tak malu mengaku aku mmg minat artis pompuan saja. Kak Gee sentiasa di hati okaaayyy... then Amy Mastura then Kak Noorkumalasari.. auuwww.... idola ok!

payid said...

fanta
klu ada peluang karok bersama nnt aku chup nk duet lagu feminin ngn kau
ayuh sarungkan boot separas tumit (ke lutut) dan skirt overall denim paras lutut!