Tuesday, March 30, 2010

tugas2 seorg payid di pejabat

aku sengaja je xupdate blog sbb nk tgk ada berapa org yg akan meminta aku update. setakat hampir 3 minggu ni nmpknye aku cuma ada 2 permintaan je. cukupla tu. at least aku tau ada permintaan, terutama sekali bila dicaras "u skang bz sgt xupdate blog. u dah naik jd team leader ke?" haish.. main kasar sgguh

walaupun aku belum jd team leader lagi pun, tapi sejak akhir2 ni aku mmg bz gile babi punye kat ofis. seperti lawak shallow yg org suka buat dulu2 'bz gile babi, babi pon xsebz aku'. xtaula masih berkesan lagi lawak sedemikian rupa sekarang ni. tp betul, ini bukan bz tipu2. bukan pura2 bz seperti yg aku selalu buat dulu2 depan bos aku. ini mmg bz smp tahap nk bernafas pon kadang2 terlupa

bila fikir2 balik, apa yg aku bzkan sgt sebenarnye. bukan keje ngn gaji seciput mcm aku ni patutnye senang je ke? jadi aku cuba senaraikan tugas2 kebiasaan yg aku selalu buat sehari2 kat ofis ni

1. seperti biasa, kerja hakiki aku ialah jwb call cust, dgr masalah2 derang, cuba selesaikan masalah, cuba kelentong klu masalah rasa2 mcm xleh selesai, carut cust dlm hati klu dapat cust yg sengal dan tugas2 yg seakan sama dgnnye. tugas ini berlarutan dr pukul 8.30pg smp 5.30 ptg

2. "yid, fasha sandha (bukan nama sebenar) tak datang arini. kau tlg amik buddy dia"
amik buddy kwn aku, mengajar dgn tekun walau kdg2 tu lepas aku ajar nk rak esoknye budak tu chow xnmpk2 muka langsung dah. penat je aku mengajar

3. "bro. kau buat return call to cust kan?"
return balik call2 cust yg diattend oleh backup consultant

4. "dik, akak xpandai la nk print policy guna sistem ni. tolong ajar akak boleh?"
tolong ajar kakak yg xpandai guna sistem sbb cuti maternity 2 bulan. lupe agaknye

5. "yid, kau return call balik voicemail2 ni. yg ni, yg ni, yg ni urgent ok!"
amik stack kertas2 voicemail yg dihulur Team Leader aku. ada la secekak

6. "payiiiddd..." junior consultant memanggil dgn lembut, tanda ada soalan nk tanya, tp xberani nk tanya sbb aku buat muka garang (tapi kat ofis derang pggil nama official aku la. sorg dua je yg pggil payid)
tlg ajar junior consultant settle case dengan penuh sopan. xbaik garang2, kesian kat derang

7. "weh, sapa return call back msg?" "passing je kat bro. bro buat semua"
amik lagi list call dr back up consultant utk direturn balik

8. "payid, camne nk attach notes ni kat email eh? akak xreti la. nk forward kat boss ni ha"
tolong sorg lagi akak nk attach notes kat email pulak

9. "yid. voicemail tadi dah abis return? return yg ni pulak ye"
Team leader bagi kertas voicemail lagi. yg td pon xabis return lagi

10. IM dr kwn aku kat dept blinking kat screen
"u, sape budak dept u yg rambut pjg2 paras, muka cam sombong sket. i jmpa dlm lift aritu, sombong betul"
mls nk lyn, tapi lyn juga. bagi satu nama
"yg mana eh? dia ada facebook x? i nk tgk gamba"
masih mls nk lyn, tpi masih lg melayan. sbb dia bukan kwn FB aku, terpaksa la plak cr kat FB org lain, kut2 ada gambar dia kena tag. aishh.. xdela FB plak dia ni. bg je gamba dia yg kebetulan ada kat FB kwn aku
"bukan dia. yg tu muka baik"
bagi nama lain plak
"bukan la. dia i kenal. dia kwn ngn baizura kahar (bukan nama sebenar)"
serius aku dah fed up. keje lain byk lg ni. tp bls juga IM "tah mana i tau la"
"ala, ramai ke budak pompuan department u yg rambut pjg sampai pinggang?"
ok, aku perlu buat statistik pulak ke tentang kepanjangan rambut budak2 department aku?
"ha, hari ni dia pki baju kaler putih"
ok, dia mungkin mmg xde kerja langsung kat dept dia, tp xperlu la kan make it so obvious, sampai org pakai baju apa pon dia tau. padahal dia kat floor lain!
"sory la, i bz sgt. xde masa nk tgk org pki bj apa. i pki baju g keje pon kira bagus dah"
terus x IM aku dah!

11. "payid, camne nk save gamba jd desktop backgorund eh?"
tolong sorg lagi kakak save gamba dia yg gilang gemilang kat desktop

12. rcv call dr kwn yg off arini "noq, kau tlg tgk jap expo home deco kat midvalley tu ada lagi ke x?"
google, tgk date dah lepas. text kwn aku bgtau
rcv text dr dia lak "noq, kat kl convention centre ada tak"
google lg. xde pon. text balik
text masuk lg "noq. pwtc? last noq, last"
google lagi. xde juge. text balik bgtau
tgh2 kencing, tetiba dia call plak "ala noq, xde ke. mak cuti arini semata2 nk g expo tu"
xtau nk komen apa. sengih je la walau aku rasa dia xnmpk pon aku sengih

13."payiiidddd..." dipanggil dgn lembut lg
ajar lg junior consultant

14. baru je nk abis return call, tetiba dpt lg msg suh return call. selambak plak tu. cheh, baru igt nk mengulor sekejap

15. "payid, ada cust ni nk ckp ngn kau. aku xtau psl apa. xleh nk check report. aku xleh buka sistem"
attend call yg ditransfer oleh collegue aku padahal dia cuma nk tanya withdrawal status je. ye la, aku tau. xleh buka sistem, xleh nk check la report aku yg berjela aku buat tu

16. dapat email dr senior consultant "pls attend to cust's request and revert back"
balas email customer la plak

sedar2 dah pukul 5.30pm. baru je log out, tutup sistem segala, teringt plak xmkn lg. nasib kakak yg aku tlg print policy td bg sandwich

baru buka mulut nk baham sandwich....
"payid, kau xtolong pegi cat pantry ke?"

sebagai tanda protes akibat tekanan kerja, maka aku update blog

5 comments:

semuthitam said...

mujur juga bila penat2 begitu, angkat muka je nampak pemandangan terindah, kan?

nadya said...

sian doww... hehe, touching ker org kata dah jadi TL? rilek ar mana tau masin mulut.. aminnn..

payid said...

semut
sekarang kau faham kan kenapa aku masih kerja kat sini walau hampir setiap hari aku komplen pasal tekanan kerja aku

nad
waiceh. ada blogger dah ke? haha. xdela touching. insyaAllaaahhhhhhh...amiiinn!!! masin mulut nad. haha

Fairuz said...

hoh. memang busy giler ko.. patut dapat gaji besar nih :D

payid said...

wild child
malangnye gaji aku xsebesar mana