payid terlalu lemah untuk menulis, or even think of any idea utk menulis di bulan puasa ni. bukanla kerana pada bulan puasa yang penuh keberkatan ini payid perlu menahan lapar dan dahaga serta perkara2 membatalkan puasa yg lain. tapi kerana pada bulan puasa payid seakan kehilangan upaya utk mengarut tentang perkara yg sia2. oleh kerana itu sahaja kebolehan yg payid ada, jadi payid tak mampu utk update blog seperti biasa
tapi aku mau mengeluarkan satu teori yg aku rasakan wajar dilaksanakan secara menyeluruh, terutama di kawasan perumahan aku
aku merasakan bahawa pasar ramadhan sebenarnya perlu diharamkan di bulan ramadhan ini
ini kerana antara perkara yg boleh membatalkan ibadah puasa ialah gila atau hilang kewarasan fikiran, walaupun sesaat. xpercaya, tanya ustazah korg
dan setiap kali pergi ke pasar ramadhan, aku mcm hilang akal melihat pelbagai pilihan juadah berbuka yg ada lalu menjurus kepada aku membeli nasi ayam dara, cakoi, taufu fa, chicken wing dan air lychee kang dalam masa kurang dari setengah jam berada di pasar ramadhan. setelah berlalu dari pasar ramadhan sambil melihat bungkusan plastik yg banyak pada setiap jari jemari, barula kewarasan kembali dan penyesalan akhirnya menyelubungi diri
jadi utk mengelak dari puasa aku terbatal, maka aku menjauhkan diri dari pasar ramadhan lalu menyuruh adik aku saja membeli juadah berbuka, sebab aku tau iman dia kuat sikit kut dr aku
tapi sbb aku kasihan melihat mereka yg lain menjinjit beg plastik sehingga penuh jari jemari smp kedua2 belah tgn kdg2 tu, aku tau bahawa mereka juga telah gila sekejap di pasar ramadhan
jadi aku ingin mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan, badan2 berkanun serta pertubuhan bangsa2 bersatu bahawa pasar ramadhan wajar diharamkan di bulan ramadhan
sekian, terima kasih!
4 comments:
yid aku rasa kau xleh haramkan pasar ramadhan coz tak berseri ramadhan tanpa bazar.
so ko kene buat apa tau.sila kurungkan badan , hati serta iman kau ke bazar. Hantarkan orang lain membeli selain kau.hehe.atau paling senang kau masak senirik.dan aku pon nak merasa.haha
sian payid, penat lelah seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga, dan2 dah hujung2 terbatal sebab gila...
un_sign
jadi kau rasa demi kemeriahan ramadhan, xmengapa la kalau puasa semua org terbatal di petang hari dan semua org hanya berlapar dan dahaga dgn sia2? (gila tak argument aku?)
semut
penat lagi menahan diri dari mencarut sebenarnya
Abis tu, pasar Ramadhan nak buat dalam bulan Syawal atau Zulhijjah ke?
Post a Comment