Monday, September 06, 2010

payid yg sedang dalam mood perayaan

bila dah dekat2 nk raya ni, puasa rasa mcm best plak. klu masa awal puasa keje asik nk tido je, skang time break pun aku masih bertenaga nk usik2 junior consultant atau kacau bos aku buat keje. rasa lapar pun boleh buat2 relax lagi. tapi aku masih lg xleh tgk gambar makanan yg lazat2. eh, itu bulan xpuasa pun jadi juge

jadi sempena dekat2 nk raya, semua org pun mesti pakat2 nk buat post pasal dedikasi raya. sbb xnk ketinggalan, aku pun terasa nk buat sama. cuma kali ni aku nk buat ala2 public community service yg bertemakan raya juge

aku sure setakat beli baju raya, tiket raya, beli kuih raya, tuka duit utk duit raya semua tu takyah pesan kut. sebelum puasa pun korg dah siap preparasi bagai. tapi kali ni aku nk bg pesanan versi service consultant bagi pihak sebuah syarikat insurans yg dirahsiakan namanya

1. sila renew insurans kereta anda cepat2!
selama ni kau selamba je bwk kete xde insurans ngn r/tax. sekali nk balik raya barula terhegeh2 mau renew insurans kete kan. xpe, aku paham perangai last minute tu. tapi jgn la tggu saat2 akhir sgt baru nk renew. kamu harus consider juge sekiranya berlaku masalah sistem atau komunikasi data antara insurance company dan JPJ. tidak ada apa yg lebih annoying daripada menerima call dr customer last minit yg menjerit2 xleh renew road tax di petang2 menjelang hari raya. dahla xleh cuti raya awal2, kena attend org2 last minit ni plak. haish...

2. jika ada kemudahan renewal insurance online, sila pastikan anda memasukkan period of cover yg betul
period of cover insurans kamu sepatutnya sama dgn period of cover road tax kamu. kalau ada beza, itu yg kamu xleh nk renew r/tax tu. kalau nk senang, sila check kat kete bila road tax mati. dan counter check ngn renewal notice / policy schedule kamu yg lama. kalau policy kamu hilang then dun blame the company for ur ignorance. dan bila dah masukkan tarikh tu, sila berhati2 agar tak 'terscroll' ke bawah lak. karang policy dah issue skali tarikh dah lari.

3. sila beli personal accident plan
kalau dah ada dan dah nk expire, sila renew. bukan kita minta kemalangan terjadi, tapi sebagai langkah berjaga2 kiranya ada kejadian yg tak diingini berlaku. mana la tau teraccident motor kat kampung, kaki patah ke, jari putus main mercun ke. udahla dah sengkek lepas raya, kena masuk hospital lak kan. at least dapat juge claim dr insurance company utk meneruksan kehidupan

4. insuranskan barang2 dlm rumah anda
kiranya korg ada tv plasma HD 39 inci, set home theater, peti sejuk 3 pintu, mesin basuh automatik yg senyap, set sofa courts mammoth yg ansuran tanpa cengkeramnya pun belum habis dibayar, eloknya beli la home content insurance sempena nk balik beraya ni. mana la tau korg balik raya seminggu dua ni, ada pula makhluk yg beraya kat rumah korg plak. sekali balik dari kampung, tgk2 rumah habis licin dah.

selain tu, sebelum balik kampung pastikan semua suis, paip air dan gas ditutup utk elak pembaziran. kunci pintu rumah rapat2. servis kereta korg dlu dan pastikan dlm keadaan baik. reload touch and go card, pandu dgn cermat dan igtla org yg tersayang

dan jgn lupa bayar zakat fitrah. apa? bapak kau yg byr utk kau? muka macho kekar, rambut pacak2, baju melayu dah tempah sedondong ngn partner tapi zakat fitrah bapak juga yg bayar? ish.. ish..ish..

salam aidilfitri. maaf zahir dan batin

5 comments:

semuthitam said...

slamat raya yid. maap segala. aku punya zakat fitrah memang bapak aku yang bayar. mujur rambut aku tak pacak, kalau tak buat malu je kan...

Pencari Hati said...

yid,
walau aku bru kenal ko.
aku selalu ingat kata-kata ko.
kau bagi aku selalu semangat walau kadang aku tak ikot kata kau.

yid selamat ari raya , rambut aku tak pacak tapi rambut aku leper.leh lah jugak kan..:)

Aya Farquhar said...

sbg follower tegar( tegar kew?) ingin ucap selamat hari raya pade encik payid...entry yg sgt bagus..len darik yg len...

Fairuz said...

Selamat Hari Raya.. Rumah tak nak kunci rapat - rapat. Cam tak nak bagi orang datang beraya je tu :p

payid said...

semut
kau macho ke pun?

un_sign
si rambut leper yg degil. kalau adik aku, aku pok kepala je

aya
terima kasih atas ketegaran anda

wildchild
kunci umah rapat2 masa tuan umahnye balik beraya kat kg la. dah balik umah xyah la kunci. eh, kau buat open house jemputla aku ye. heheh