Monday, December 20, 2010

payid's facebook code of ethics

sebagai pengguna terbesar facebook di muka bumi, aku rasa rakyat malaysia terutamanya perlu ada tatacara penggunaan facebook. mungkin mark zuckerberg terlupa nk tulis code of ethics ni masa dia cipta facebook. mungkin dia pun xsangka after a few years facebook akan menjadi sgt annoying

jadi aku tulis code of ethics ni hari ni sbb aku ada masa terluang bila aku datang keje sgt awal padahal aku masuk shift lambat *tsk*. lagipun tahap annoyed aku dah menuju puncak yg menyebabkan aku berkira2 mau close account. tapi nanti camne aku nk annoy org lain plak kan? hehe

jadi antara rules yg aku boleh fikirkan dalam masa yg singkat ni adalah seperti berikut

1. jangan post apa2 yg berbentuk hasutan
aku rasa dlm negara ni semua org tau rules ni. mungkin xbyk sgt post yg menyentuh sensitiviti agama dan perkauman. kalau ada dah ramai2 pakat smash dah pun. lagipun pengecut2 ni semua xde beraninye nk letak post sensasi camtu. takut kena ban dr facebook. tapi kita juga perlu sensitif ttg perbezaaan ideologi politik sesama kita. kalau kau anti kerajaan tapi kau obvoiously kakitangan kerajaan yg tiap2 bulan amik gaji, sapu duit elaun sara hidup, sagu hati dan benefit lain tapi keje mengelat, fine. aku xkan judge kamu. bt pls save ur hatred kepada kerajaan kepada kwn2 yg sekaum dgn kamu. pernah tak selama kamu post status2 kemarahan kamu terhadap kerajaan, kamu perasan tak lambang kunci kat tepi status tu? ye, sila gunakan. bukan semua org nk baca dan respond to ur whinings every now and then

2. elakkan dari post every other hour
memula status "haih.. bosannya isnin". lepas sejam "baru lepas bfast. bos xde lak arini. nak buat apa ye?" lepas tu post lagi "cilake senior ni tegur aku main FB time ofis. macam dia bagus sgt". and then "=dah lunch. nk mkn apa arini ek?". lepas tu "alhamdulillah, kenyang mkn KFC, ada org belanja td"
eh hellooo...kalau pun kamu xde keje kat ofis dan mkn gaji buta, jgn tunjuk sgt boleh tak? rimas aku kau dok flood FB ngn status2 murahan kau tu

3. sila jgn maki hamun kat FB
asal xpuas ati kat org, maki dlm FB. maki siap carut2 lak tuh. lain kali sila mencarut kat page org tu je boleh tak? tak pun bagi je la email kat dia. klu kau xde email dia, pegila maki direct. ini main pengecut maki dlm FB, pastu harap org ramai sokong kau. haiihhh...tercemar keharmonian hidup aku baca status carutan2 kau. kalau kau rendah moral sgt, jgnla make it obvious sgt kut

4. dilarang bercinta dalam FB
situasi ini akan bertambah annoying bila kau adalah friend kepada kedua2 pasangan tersebut.
"hi syg. morning. rindu kat uuuu..."
"hi busyuk. rindu kat u juge. thank u buat bfast utk i.syedapnye roti bakar ni"
"baby pas keje kita g tgk wayang nk? lama xtgk wayang ngn u"
"syg balik keje mau mkn ape? nnt ayg masakkan"
sekali baca status, update via blackberry, via android. wei, korg boleh beli smartphone mahal2, penah tau guna sms tak?

5. sekiranya break up, jangan melampiaskan kemarahan dlm FB pule
sebagaimana kitorg menyampah tgk korg bercinta, menyampah lg bila korg break up. sila refer juga rule num 2.

6. bila colleague kau adalah kwn FB kau, sila jgn post apa2 bila kau kata kau MC
ini basic rule kut. kata MC. sekali FB status "xsabar2 mau keluar tgk wayang dgn yg tersayang". apekahhhh???

ini je rules yg aku dapat fikirkan setakat ni. feel free utk tambah dan komen apa yg patut. maybe sum of u are wondering, kalau dah annoying sgt, nape xdelete je org2 busuk ni dr friendlist?

well, apa perasaan kamu bila kamu add artis terkenal dlm FB jadi kwn kamu, pastu tetiba u found out one day kamu telah di delete dr friendlistnye. mestila kamu kecewa kan?

jadi bagi mengelak dari kamu mengalami kekecewaan, aku harap kamu juge jagala hati aku agar tidak terasa annoyed ngn kamu tiap kali aku buka FB

11 comments:

Anonymous said...

Sokong!
Ehh.. x nak sentuh bab2 add/remove ke?
-Jebonx

semuthitam said...

yid, saat percintaan yang hangat antara kau dan FB sudah menjadi sejuk adanya. nak delete sayang, tak delete menyampah. jadi tinggalkan saja diam2. sekali sekala buka untuk hiburkan hati melihat kebodohan2 yang sedang dimanfaatkan mereka. sekurang-kurangnya kalau orang tanya, "kau ada FB?" - kau boleh jawab "ada..." (masih tak ketinggalan walaupun tak mengikut)

Anonymous said...

Mau tambah. Status ntahpape pon click LIKE. Apakah motif? Pecah kaca pecah gelas lepas baca mesti balas? Yang update sepoloh minit sekali ni,tak pernah dengar TWITTER ke? Bosan doh.benda bodoh2 pon nak bgtau.come on lah.kau saje letak stats kontroversi kenapa? Sangap dengan perhatian? Bosan ganda 10. Kebabom!

Anonymous said...

nice. 1 lagi. kalau dah topik tu off topic, kena ada butang utk close comment. fb. jadi diari manusia sengal.

NAF said...

There's a name for people who update their status every hour; they are status whore.

payid said...

jebonx
add friend, pastu remove, pastu add balik ke?
org camni patut tanya "kau ni nk friend aku ke tanak? make up ur mind la dey!"

semut
percintaan ngn FB? tak romantis langsung

anon
sabar weh. jgn letupkan blog aku lak

matahari
cadangan yg bagus
*eh, yellow ranger tu mati kenapa weh? tu yg nama triny kan? yg mcm chinese tuh

NAF
hahahaha. terbaik!

Pencari Hati said...

boleh aku sambung sikit lagi tak.Jangan sebuk hal orang. Kau sibuk hal engkau sudahlah kan.

motif aku?

saja je

hahaha. sibuk je kan nak taw hal kite gembar gembur sana sini hal dye tak pulak dia nak sebuk.cet!

time kaseh!

p/s: mak ko pakai ok x?

soren said...

i am glad u write this. i resigned myself that i live amongst human retards who have no sense of privacy at all. but of course la, the sweetest revenge when they break up - which doesnt take that long too. i got two words for that - padannnnn muka!

Fairuz said...

Agree

Tapi yid. Bile kau nak add fb aku? Aku nk gak tengok fb kau camne. Hehe

rad za said...

tapi kan mcm banyak je kawan kita cinta pakai fb, siap bagi bf/gf simpan password lagi takut curang pakai fb.

tq sebab komen...

payid said...

chan
mak aku suke je. mau order lagi. nnt aku sms kau

the rest is noise
these ppl, they just crave for attention. mungkin kecik2 dlu kurang perhatian kut

wildchild
utk kau, aku buat exception. nnt aku add (aku xsuke add org sbnanye. aku tggu org add. baru rasa cam artis)

zaza
awww..comelnye kucing. sama sama