Wednesday, December 30, 2009

semua org buat post new year, payid juga xmahu ketinggalan

pergh... tinggal 2 ari lagi je tahun 2009? lepas ni report semua xleh tulis angka 09 kat belakang dah. dan aku kena start memberitahu semua org "umur aku 27 tahun", shit! gila tua!

ah sudah. malas aku mau ckp psl azam2 segala yg xtercapai tuh. poyo la kunun tiap kali masuk thn baru mau azam2 bagai. baik aku cerita ttg pencapaian2 terhebat aku sepanjang tahun ni. boleh belah la azam mahu kuruskan badan, menamatkan zaman bujang dan mendapat pekerjaan yg mudah, bergaya dan byk wang

1. aku berjaya mengekalkan kebujangan aku selama hampir 2 tahun setengah. kejayaan la tu kiranya kan, daripada aku sibuk terlibat dgn rship2 picisan yg merugikan diri sndiri. baik single begini, dan menjadi the most eligible single. skang aku mls mau cr partner. biar org lak yg berebut cari aku nk dijadikan partner. baru terasa mcm diri tu hot

2. aku berjaya membeli (tapi xmemiliki) 3 pasang kasut yg serupa. remember this post tentang penggantian kasut yg hilang tuh? yeah, aku beli lg utk kali ketiga. tp aku mls nk cerita awal2. nnt korg semua kutuk kebangangan aku sbb biar kasut hilang lg. klu skang korg nk kutuk xpela, aku xdela kecik ati sgt

3. aku menonton the biggest loser asia, dgn sebelah tgn memegang remote control dan sebelah lg mmegang sekotak pizza

well, at least i start somewhere kan? tggu la korg bila aku dah kurus esok. mesti aku hot punya

4. aku telah mendiscover bahawa selama mana pon aku dah tinggal kat umah aku, aku tetap xkan dapat menuruni tangga rumah dgn mata tertutup. penemuan ini telah dibuktikan melalui eksperimen cubaan menuruni anak tangga sambil memejam mata sbb mengantuk sgt. dan hasilnya, kaki aku terseliuh dan aku xdapat main basketball utk company aku masa tournament aritu. damn!

5. aku dah ada facebook y'all! utk seorg yg pernah membuat kenyataan "aku terlalu tua utk online networking" ini adalah pencapaian yg hebat. sebenarnya aku terasa tertampar dgn statement adik aku "weh, tun mahathir pon ada facebook la wey!"

aku xmungkin lebih tua dr tun mahathir walau umur aku dah 27 thn depan

6. dan rentetan kejayaan no 5, aku berjaya juga menyelami kehidupan seorg mafia yg terlampau. walau ladang aku dah penuh semak samun dan cafe aku pon mungkin dah bankrap, namun di sudut hati, aku masih seorg mafia sejati

xmain la pet society!

7. bagi menutup tirai 2009, aku rasa pencapaian paling hebat aku ialah apabila dia menulis puisi merayakan 100 hari usia percintaannya bayangan yg muncul di kepalanya ialah "mampusla aku kena kutuk bila payid baca ni"

priceless!

selamat tahun baru y'all!

Thursday, December 24, 2009

dedikasi

aku mls nk bg alasan lama xupdate blog sbb bz. korg mungkin muak dgr alasan tu walau itu hakikat sebenar. so, xyah la bg alasan. since aku pon xde kesempatan masa sgt skang ni tapi mcm byk je benda aku nk ckp, i'm juz gonna make this short and sweet

utk semua yg menyambut krismas esok, may u hv a merry christmas celebration. esp utk KB merangkap sidekick yg bakal menyambut di perantauan. tabah la dude. at least kau sambut kat kl dan family kau kat kuching. kalau kau kena sambut kat trinidad and tobago, how? and hope u like christmas card canggih company aku tu. kau sorg je yg dpt tau. sila berlagak dgn semua org skang

and utk nad who will turn 27 tomorrow, happy birthday. hope u have a great birthday celebration. i wish u have a good and happy life ahead. may u grow more mature and wiser as u turn a year older

dan utk kwn baik aku, amy yg akan menjadi isteri org hujung minggu ini, aku tau mmg dia xkan baca blog ni tapi aku nk tulis juga. selamat pengantin baru. aku tumpang bahagia utk kau. moga kau dan danny bahagia sampai ke anak cucu. beranak cepat2, aku xsabar nk dpt adik baru

dan kepada anda semua di luar sana, selamat bercuti di hari jumaat esok. selamat berpoya2 selama 3 hari

dan selamatla menunggu next update yg entah bila lagi. hahaha

Monday, December 14, 2009

kata kata nasihat dari seorg payid

sum ppl said flirting is good for soul. bt what that ppl might forgot to remind u is that bukan semua org fit to play this flirting game. mungkin kamu berasa aneh jika aku katakan harmless flirt ini juga memerlukan ketabahan hati serta kebolehan utk menguruskan damage control. xketinggalan juga tahap keperasanan yg rendah. dan yg paling penting, ayat - ayat cinta yg berkualiti tinggi. bila dah well equipped, barula kamu berkira2 mau flirt ataupon tidak

ini ayat pon xpower. setakat pick up line kamu yg sgt lame spt "semekom kak long. xjawab dosa", "hai, sorg je, boleh teman?" ataupon memanggil gadis2 menggunakan bunyi tikus tu kamu igt bolehla dikategori sbg flirt juga? aku xkatakan kaedah tu mmg tidak berkesan. tapi klu berkesan dan kamu mampu mendapat respon yg memberangsangkan dgn pick up line murahan itu, maka kamu nilai sendiri la gadis yg berjaya kamu pikat dgn 'ayat2 cinta' kamu tu

atau mungkin kamu rasa kamu mmg mendapat respon yg baik. jadi mula la kamu mencanang yg gadis itu sukakan kamu dan kamu sgt hebat dlm hal memikat wanita ni. the next thing u know, kamu mula meletakkan 'player' sebagai middle name kamu padahal kamu ini melayu yg mkn belacan serta tidak memerlukan middle name. padahal sebenarnya gadis itu mungkin mahu menjaga air muka kamu dgn tidak mereject kamu serta merta di tempat kejadian. jadi dia masih lagi bercakap dan melayan kamu dgn baik2 sahaja walaupon hatinya menyumpah dgn pick up line kamu yg sgt menjengkelkan

tapi jika kamu ini tidak mempunyai ketabahan hati, maka kamu mmg xsesuai mau flirt2 around ni. baru flirt2 sikit, baru dia layan2 sikit tetiba kamu mula angau sorg2. mula la start termimpi2, terbayang. the next thing u know, kau pon terbuai dgn perasaan dan mula suka kat dia lebih dr teman biasa (pergh... ayat serupa lirik lagu dowh). tapi mampukah kau menyanyi lagu2 cinta kiranya kamu sebenarnya sudahpon berpunya atau mungkin dia juga sudah mempunyai hubungan dgn org lain

jadi apa yg mulanya meant to be a harmless flirt dah mula leads to infidelity. bolehkah kau panggil harmless lagipon kalau ianya mampu jeopardize hubungan kamu dgn partner atau hubungan dia dgn partnernya juga. bt sememangnya sukar to justify the difference between harmless flirt dgn infidelity kerana org meletakkan garis2 sempadan yg berlainan mengikut citarasa sendiri utk membezakannya. bg sesetengah org, membalas miscall dr org yg xdikenali pon dah dikira kecurangan peringkat tertinggi. tp ada juga yg dah bercomolot bagai pon masih lagi claim kata derang xde apa2 hubungan. jai kamu tentukanla sendiri

tapi seeloknya, kamu persiapkan diri dgn ketabahan hati agar tidak mudah goyah ketika flirting dgn gadis2 kendu di pasaran demi mengelak masalah yg timbul di kemudian hari. nanti bila kamu dah tetiba terjatuh hati dan terskandal (read: tak sengaja berskandal) dgn si dia yg sudah ada boyfren, kamu tidakla terus meluru kepada aku utk meminta idea mencari alasan yg akan diberi kepada partner kamu supaya tidak mengesyaki yg kamu mau berdating dgn skandal tak sengaja kamu itu

dan bila kamu mengadu kepadaku tentang kekecewaan kamu yg terpaksa melupakan dia andainya dia akan berkahwin dgn boyfren sehidup sematinya, dengarlah nasihatku supaya melupakannya dan mencari gadis kendu lain pula utk diflirt. janganlah kamu membalas nasihat aku dgn kata2

"ckp senangla bro. aku bukan cam kau. kau tu player"

aku sudah single selama 2 tahun setengah. dan kamu yg sudah berpartner dgn tidak sengaja telah berskandal dgn si gadis yg sudah ada boyfren

dan kamu kata aku player?

Monday, December 07, 2009

vital signs

apakah petanda yg aku mungkin telah seorg workaholic yg menghabiskan masa terlalu lama di ofis?

aku pulang ke rumah pada waktu malam dlm keadaan kepenatan. dan bila cuba membuka pintu rumah, aku tag access card pada pintu rumah

damn! nasib xde jiran aku yg nmpk