Wednesday, February 10, 2010

mama payid

mama ada sejenis perangai yg kdg2 buat aku runsing. ok, ada byk jenis perangai sebenarnya, membuatkan aku bertambah runsing.

tapi salah satu konsep yg dia selalu amalkan ialah "beli dulu, fikir kemudian" di mana dia akan membeli barang2 yg aneh2 dan kadangkala tidak masuk akal tanpa memikirkan terlebih dahulu bila masanya yg dia akan guna barang2 tersebut. more often than not barang2 itu sebenarnya hanya akan end up dalam stor sahaja. antara barangan aneh yg pernah dia beli adalah coffee maker, oven toaster, tempat barbeque yg aku xsure ape kenamanya dan chordless phone. kadang2 dia beli mangkuk corak kartun2 walaupun dalam rumah tu semuanya dah berumur 20 tahun ke atas. aku xtau la kalau2 dia membuat persediaan utk bg cucunya mkn pulak kan.

selalunye selepas pembelian itu akan ada sesi aku mempertikaikan pembelian2 mama. dan selalunye demi memenangi sesi itu mama akan menshadapkan aku dgn kata2 seperti "ey, hang diam la" sambil menyengih tersipu. mama tau aku selalunye kalah dengan taktik tu. tapi walaupun diam, mama tau aku masih lg xpuas ati

sbb tu baru2 ni bila dia beli benda yg xmasuk akal lagi, dia call adik aku sbb takut aku bising. memula aku relax juga walaupun diam2 jiwa aku memberontak. tapi demi kebaikan bersama, aku borak juge ngn mama mcm xde pape walaupun sesekali tonasi aku mcm sedikit tertekan je

tapi bila mama tetiba ckp "kamu byr la separuh plasma tv yg mama baru beli tu" aku tetiba terkesima. xtau la nk marah ke atau nk gelak. dahla beli tanpa pengetahuan aku, dah tau aku mesti xbersetuju dgn pembelian tu, nk suruh aku byr separuh pulak? adoi la mama aku ni

tapi bila seorg wanita yg kamu cintai sepenuh hati meminta kamu membayar harga TV plasma yg baru dibelinya, kamu akan terus menurut tanpa banyak bicara

dan semalam aku bank in kan separuh gaji aku yg baru dapat ke akaun mama. untuk seorg wanita yg bertarung nyawa berjam2 dalam labour room semasa melahirkan aku, setakat setengah bulan gaji tu tarak hal la

14 comments:

semuthitam said...

mak kau belikan kau dress ke yid?

payid said...

aku post xabis. sila refresh dan baca sekali lagi

shark said...

ololo.. sgt baik ni.. heee... bagus2..

atoi_allen said...

hahaha~btol2~ ank yg sgt baekk~ xpnh aku jmpa ank gni.heee. hrp2 aku pon bgitu stu hr nnt.hee.tabik sma lu la bro~ hehe

a.n.i.Q.u.e said...

errr... tempat bbq yg dikatakan itu mahu dijual tak ? dan coffee maker juga ... adakah masih bagus ?

anata said...

wah soo shuweet la u :D
ank yg baik hehe blh la dikabarkan kpd izam hal dikau wahaha

semuthitam said...

gini punya solehah pun tak laku-laku lagi?

payid said...

shark and atoi
bukan la baik sgt pun. cuba jd yg terbaik je

prettyfit
i hv to check with my mum first. xtau la elok lg ke x. i'll get back to u on that

nina
aku mmg sweet. kau je yg baru tau

semut. tu la pasal. aku pun terasa aneh juga

Anonymous said...

Cik Payid,
last para tu sungguh menyentuh hati...

Tini

soren said...

let me say this again, echoing the others, that u are indeed sweet :P

payid said...

tini
saya xpandai nk berpuitis. tapi klu ayat sesimple itu telah menyentuh hati cik tini, saya sgt terharu. enjoy ur reads. salam perkenalan

the reader
**senyum malu2

lara said...

i like ;)

Anonymous said...

Cik Payid,

Salam perkenalan juga..sori baca entri u dalam diam, i enjoyed reading ur entry dan kekadang mencuit hati..keep it up k

Tini

Anonymous said...

Cik Payid,

Salam perkenalan juga..sori baca entri u dalam diam, i enjoyed reading ur entry dan kekadang mencuit hati..keep it up k

Tini