Monday, November 29, 2010

sape kata lepak kl sentral xde faedah?

jumaat lepas, seperti hari2 sebelumnye aku akan singgah kl sentral jap sebelum balik umah. sehari kalau tak bernafas dlm udara kl sentral tu rasa mcm hidup kurang bermakna plak. lepas seharian penat keje, mesti lepak kl sentral. jgn tanya kenapa. terima je statement aku ni dgn tabah

masa tgh meronda2, tetiba tidak seperti hari2 sebelumnye, aku tgk kat tv2 di kl sentral tu mcm ramai plak og kerumun. agk aneh juge keadaaan itu sbb setau aku org yg suka tgk tv percuma kt kl sentral tu xde la sebanyak mana pun sebelum ni

jadi dgn semangat inkuiri yg tinggi, aku pun join juge the crowd, mengimarahkan kawasan tv percuma itu. dan ketika itu, tetiba aku tetiba tersentuh, (ala payid ni soft hearted lak, tgk tv pun nk tersentuh) bercampur bangga bila aku find out the reason org beramai2 berkumpul depan tv itu

di kaca tv itu, sedang bersiaran perlawanan akhir hoki sukan asia malaysia lawan pakistan. dan masa tu kita dah ketinggalan 2-0 pun. tapi di sekeliling aku, melayu, cina, india, singh, yg muka ala2 nepal, bangla dan indon pun ada, sama2 menumpukan konsentrasi di kaca tv. untuk seketika, tanpa mengira bangsa dan agama kita sama2 memberi sokongan kepada pemain2 kita yg sedang gigih berjuang sampai ke wisel penamat. for a moment, we set away whatever differences we might have and agree on one thing.

mungkin semua pun dah sedia maklum dgn keputusan perlawanan tu. tapi game itu saja telah membuktikan yg kita sebenarnya boleh bersatu hati dlm sesuatu perkara, xkira apa saja differences yg kita ada. so sape kata kita tak 1Malaysia?

dan cuba la korg bayangkan plak klu pasukan bolasepak kita layak ke final piala dunia plak? piala dunia sebulan. dlm sebulan mcm2 boleh jadi. xmustahil dlm sebulan itu, kita mungkin berupaya utk melupakn terus differences itu dan saling berusaha menjadi bangsa malaysia yg lebih menghormati antara sesama kaum

jadi kepada pasukan bolasepak malaysia, jgnla sibuk kahwin sesama artis dan maintain muka hensem sahaja (walaupun anda sebenarnye xdela berapa hensem sgt). sila berusaha bersungguh2 kerana masa depan perpaduan malaysia terletak di tangan anda

amacam, deep tak entry aku kali ni?

9 comments:

Anonymous said...

betul.. syukran..semangat 1 Malaysia mekar dlm hati walaupun bukan pada semua org.. tapi itulah yg d harapkan berkekalan dan terus subur.. lovin it payid..

Anonymous said...

Put aside all the stupid politicians' liar and broken promises, its time to reunite. Kecoh pasal bangsa kenapa? Bosan.

*maxbrokensmile

ZAZA said...

hello , saya follower awak, betul ckp awak , org malaysia ni kena ada common purpose baru bersatu padu , tapi takkan ada sport event je baru mcm tu kan?

p/s : suka baca awak nya blog sebab awak tulis lawak, I wish I could write like you...

payid said...

anon 1
thx for sharing ur thoughts. *bila awk ckp 'lovin it', saya teringt McD. parappappappaaa.. (dasar payid kuat makan)

max
hey there!

zaza
terima kasih kerana menjadi pengikut tegar saya. and thx for ur compliment
well, write with ur heart. u live to express,not to impress. am sure u'r gonna develop ur own writing style after a while

Sinchan Nakal said...

aku suka jugak lepak kat kl sentral.
Klo x cmner aku leh skodeng ko.
Ala wei tak kira artis mahupun manusia biasa rupa dan paras di ambik kira tapi end of the stori ko cerai gak.Hahaha.

Fanta Giro said...

aku suka lepak kl sentral gak.. thats why aku rasa macam nak carik umah yang aku turun dan naik train dari kl sentral.. sanggup gitu?

NAF said...

Wow sgt deep. I miss reading entries like this from you Payid!

Aisyah Rashid said...

payid, patriotik gila kau. bagus bagus. barulah semangat satu malaysia.

mmg menusuk kalbu lah entri kau. ni kalau kembar aidil dengan zaquan baca blog kau mau dioarg terasa.

payid said...

sin chan
motif skodeng aku? xde keje eh?

fanta
apa kata kau tuka keje jd station master ketapi lak. xpun jaga kaunter tiket LRT ke. boleh dok kl sentral ari2

NAF
writers block katanya. u urself pun senyap saja lately. welcome back!

aisyah rashid
derang sibuk prektis bola (kunun). xde masanya baca blog picisan aku ni