Monday, July 27, 2009

bila payid bersuara

mulanya aku memilih utk diam, tanpa berkata apa2. diamkan saja suara kurang senang aku. diamkan saja apa yg aku rasa. diam, pendam dan telan saja tanpa berkata apa2, demi menjaga kemaslahatan bersama. demi mengelak ada hati yg terasa

tapi bila memikirkan mungkin suara2 lain yg berbunyi dgn pandangan berbeza itu tidak menyatakan kebenaran sepenuhnya, mungkin juga sekadar membeli jiwa. mungkin juga itu pendapat mereka yg seikhlasnya. tapi apa salahnya klu sesuatu itu dilihat pula dr sudut yg berbeza. maybe sumone could use a different point of view. mungkin ada sesuatu boleh dipelajari dr pendapat dan kritikan yg ikhlas selain dr pujian setinggi gunung. dan aku cuba, sedaya mungkin to put this in the most diplomatic way

aku bukan tidak acknowledge usaha org. jauh skali mau trash sesiapa. mungkin ada yg akan cuba membela dgn ayat2 seperti "kau igt senang mau organize event yg besar?" atau "klu kau rasa kau bagus, kau buat la plak thn depan". terpulang kepada niat dan hati masing. aku sekadar menyatakan sejujurnya dr hati aku, coz i care

aku hargai setulusnya usaha organizer yg bersusah payah menganjurkan perhimpunan yg besar ni di kala xde sapa pon yg sanggup. klu bukan kerana usaha dan idea mereka sbg penggerak, event hujung minggu lepas xkan berlangsung agknye. tapi sejujurnya, aku kecewa dgn outcome gath itu. aku sedih kerana pada aku, objektif gath itu sendiri tersasar. dan aku malu sekiranya mereka2 yg kali pertama dtg ke gath itu merasakan seperti yg aku rasa

aku xtau kat mana silapnya. tapi to sum it all, gath thn ini gagal mencapai objektif sebenar, which is to unite semua ahli sengetians dan to have fun. aku xnmpk unity itu bila ada antara kita walau selepas selesai gath masih tidak kenal nama masing2. mungkin sesi ice breaking dan akitiviti itu kurang berkesan utk merapatkan jurang antara kita. xkisahla klu activity itu recycled frm the previous gath, bt at least we can make it better

dan pengisian ketika dinner itu juga menunjukkan kegagalan organizer utk merancang. bermula dgn seating arrangement yg tidak dibuat SEBELUM para peserta masuk ke dewan, pengisian 'forum' tanpa backup plan seandainya ada speaker yg gagal hadir dan ada di antara para speaker sendiri yg seakan tidak bersedia utk berucap di hadapan lalu membuat ia kelihatan spt one man show dgn point yg berulang2. dan org tidak mahu mendengar alasan sebenarnya. org mahukan hasil akhir yg setimpal dgn sumbangan mereka juga. jd xperlu memberikan alasan dan mengharapkan pengertian para peserta akan masalah2 peribadi mereka yg mungkin menjadi punca kegagalan mereka utk deliver the result

dan kebanyakan org mungkin rasa tidak connected dgn majlis itu sendiri. tidak ada salahnya klu mau memaparkan gambar aktiviti yg dah dijalankan sebelum ni, tapi klu asik2 muka yg sama di slide, mungkin peserta2 baru ini terasa spt xleh relate dgn apa yg sedang berlaku. kalaupon org2 baru ini tidak penah dikenali dan xpenah join mana2 aktiviti pon sebelum ni, mungkin klu boleh diselitkan sikit gamba dr aktiviti petang itu atau mungkin masa registration, at least derang boleh rasa connected juga. dan memandangkan sampai ke dinner pon semua org xkenal semua org (hakikatnya lepas 2 hari gath pon ada yg xkenal), maka mungkin agk sukar utk voting bg singles dan couple terhebat untuk dipilih. jadi mungkin klu xdiperkenal sorg demi sorg, cukup sekadar satu slot slideshow utk introduce the singles dan juga couple2 yg ada.

dan untuk final voting, seeloknya calon2 itu disuruhla keluar dulu. xperlu la mereka bertentang mata dgn voters derang. sgt memalukan bila kau terpaksa tau sape yg vote dan sape yg tidak utk kau. dan voters yg mungkin mengenali dgn rapat calon2 itu pon rasa serba salah mau vote, takut ada yg berkecil hati

bt to say that aku x had fun langusng itu mungkin tidak adil. yes, i had fun, cuma tidak sepenuhnya. dan aku simpati, kerana ada di antara mereka yg dtg dgn personal invitation frm the organizer. tp bila organizer pon seolah2 tidak mengendahkan mereka dan hanya mingle dgn certain2 org saje, mungkin ada yg terkesan di hati mereka. dan meraka actually paid for the event dgn harga yg mahal. sekurang2nya, jgn biarkan mereka pulang dgn perasaan tak puas ati

dan mungkin utk next gath, kita boleh consult mereka2 yg lebih senior. mungkin kita mmg tidak mau mengikut tradisi dan mau buat sesuatu yg berlainan. tp xde salahnya meminta nasihat dr mereka yg lebih berpengalaman. yg mana sesuai, boleh la diguna pakai. kerana gath2 yg terdahulu, kita tidak perlu seformal dan bayar semahal ini. tp seingt aku, we had much more fun dan the togetherness itu lebih dirasai. dan tanpa gath yg terdahulu, mungkin kita2 yg sekarang ini tidak akan serapat ini.dan seandainya canang sudah dipukul 7 bulan yg lalu, pastinya kita ada masa yg sgt pjg utk merancang dgn teliti, beserta dgn beberapa backup plan demi memastikan kelancaran majlis

mungkin lepas ni semua org beramai2 akan smash aku. aku minta maaf siap2 dlu. mcm yg aku ckp, aku cuma menyatakan pendapat. dan bukan aku xhargai usaha mereka. cuma aku harapkan dr kesilapan2 yg berlaku, ada sesuatu yg boleh kita pelajari dgn hati yg terbuka

43 comments:

semuthitam said...

thanks dude, sebab mewakili suara hati aku. ya, aku vote kau haritu (walaupun tak menang) tapi aku malu sebab kau tau aku vote kau...

Anonymous said...

tak sapa marah ko dude, itu hak ko bersuara..harap2 sapa yangg organize, boleh terima kritikan ini dengn hati terbuka dan positif, tak ada siapa sempurna kat dunia ni kan?..tak semestinya apa yang dituliskan payid ni salah..dan tak semesti nya betul... but this is gud..tegur menegur..so kalau ada kekurangan pasni boleh betul kan....

tapi malam tu aku memang sokong payid..

Anonymous said...

saya vote payid utk gath akan datang... mari kite tengok outcome nya!!!! hebat kah??!! ada berani?? hehe

di perantauan said...

i xsoh pun ko wat gath. cuma nk ckp g kt cermin, cerminkan diri anda ok. tolongla menegur dgn cara yg mmbina, kan dh ada saluran yg disediakan. komenla byk2 kat situ. apepun ko komen kat situ akan jadi komen yg membina sbb dalam saluran yg btl. mmgla ni blog ko, suke atila ko nk tulis ape kan. tp cara ko cam memalukan pihak yg terlibat. jd disebabkan ko dh melibatkan org lain, jadi aku anggap aku pun leh byk ckp kt sini. apa tujuan ko sbenanye.lau nk tgr spya gath akan dtg jd lbh baik, mskla saluran yg btl. ko ni cm ada agenda lain plak. ko gile glamer ke, xpun ko gile kot, erm meroyan xdpt award kah?atau ko rase terpinggir? npe tibe2 yakin diri kau tu hlg. ko ni ada masalah menghargai diri sndri kot. ermm ko dh jd xrasional la. ko sdr x?ayo, ko ni xpuas hati je, hati ko btl2 bermasalah lerrrrrr...sian ko.

mmg aku perasan gathering yg aku pun pegi tuh ade kekurangan. tp ko fkr organizer kene amek cuti 7bulan focus 100% kat situ sebab ko dh byr RM 150 ke?ishh ape la ko ni. meh aku xckp dengan ayt yg berlapik, aku rasa ko seorang yg teruk la.

shane said...

payid,
sejujurnya tahniya krn kau berani menyuarakan ketidakpuasan hati ko.tp bg aku gath nie kre ok lorr wpun aku 1st time g(so aku taktau yg sblm2nya g mane).mmg tak dinafikan ader ah 2,3,4 org yg aku tak ingat namanya slps gath berakhir mahupun beramas mesra sms gath berlangsung tapi perlukah aku blame event mahupun cik organizer?aku blame dr sdr dulu sbb aku yg tak berusaha ke arah itu.pastu biasa lah kiter akan duduk bersama dgn mereka yg kiter serasi kn.aku okeh jer hi tea lepak meja shue,kak.N n sekapal dan yg lain sedangkan aku tak kenal pun mereka(kecuali kak.shue n kak.N).pastu dinner aku lepak kt meja kuchen,ul dan yg lelain,bfast semeja dgn yatt,liq,nexus,cik2 organizer kiter.sedangkan aku tak kenal rapat pun mereka2 inikan tp dgn sendirinya dan muka tak malunya aku join ler..kan..muhibbah gtu..pokok pangkalnya diri sendiri.ini point aku utk point ko yg kita tak kenal memasing tu lerr.. mcm mlm dinner tue pasal gbr kt slide mungkin itu jer bahan2 yg diorg ader tp ok lah kn ader gak gbr gath yg dolu2 ley gak aku nengok org2 lama.mlm forum tu tak ler aku nampak ahli panel tak ready bkn Ul bwk notes2 ker..n sekapal pun slengkapnya menceritakan asal usul forum kiter..ehem2 baru ler aku tau sket2asal usul sengetians nie kalau dak nan ado.n kak.N kalau tak sedia pun bg aku topik yg dia sampaikan mengenai relationship tue seharusnya jujur dr hati dia kn.itu lebih berharga.pasal ader ahli panel yg tak dapat hadir tue manusia biasalah kiter merancang yg Esa menentukan..tp aku enjoy jer speech cik organizer wpun dlm keadaaan tak bersedia.neves tue normal ah kn..siti nurhaliza pun neves kat concert dia.tp idea ko psl back up plan tue mmg boley dterima cuma bkn semua org nk kongsi cerita atau pengalaman kan ini yg menyukarkan pihak organizer utk mendapatkan ahli panel yg cemerlang gemilang terbilang..mungkin.wah pjg plak dah nie maaf yer payid.aku vote kau organize gath next year aku nk tgk hasil dari buah idea ko mungkin lebih hebat atau mungkin mencapai objektif spt yg diinginkan.semua org ader pendapat masing2 dan selayaknya mereka menyuarakan.Tahniya krn ko menyuarakan isi hati kau.Itu tindakan mereka yg jujur,kiter mmg perlu tegur menegur dalm putaran kehidupan utk menjadikan kiter yg lebih baik.tp sempurna itukan milik Tuhan.thanks payid.

p/s:komen aku nie dr sudut pandangan aku jer..aper yg aku rse.

Anonymous said...

apa yang aku nampak la kan..manusia memang susah nak terima kritikan dan komenan dari orang terutama apabila yang dikomen itu adalah orang yang rapat dengan mereka. Payid.aku menyokong ko kerana ko jujur. Dan memang kejujuran tu satu benda yang pahit utk ditelan dan diterima oleh mereka yang merasakan mereka betullll..Payid, teguran ko adalah teguran yang membina, bukan membinasa. Tapi manusia ni,biasalah Yid. Terutama yang pantang ditegur. Yang bestnya, organizer mungkin akan terima teguran ko, tapi geng2 kerabat dia (mungkin la kannn)mungkin melenting kekonon nak membela sahabat gitu. Payid, aku memang suka kawan dengan ko atas kejujuran ko. Ye..kita manusia tak lepas dari salah dan silap. Come on la..jadilah dewasa. Matang la sket. Setakat kena tegur n komen macam ni pon tak payah la nak melenting. Jangan tunjukkan sangat sifat kebudak2kan kita la. Maluuuu...
aku teringat ada kes dulu2 bila sebuah badan sukan menegur dan terkilan kerana atlit2 mereka yang melahirkan rasa tak puas hati di dada akhbar. Sampai semua rakyat tau masalah dalaman badan sukan itu. Kenapa?sebab mereka takut kerana salah. Pantang ditegur terus nak melenting. Apa pengajaran?belajarlah jadi dewasa...

payid said...

time kasih atas komen2 dan pandangan ikhlas korg. dan aku hormati pendapat2 korg, xkisah klu pandangan kita sama atau berbeza pon

biar aku komen secara general la ye

tujuan aku post di blog ini bukan ada agenda tersembunyi pon. aku bukan nk memalukan jauh sekali menjatuhkah organizer. aku kenal dan berkawan organizer sejak 3 thn lepas. disebabkan kawan la, aku menegur secara ikhlas agar kesilapan2 yg ketara tu tak akan diulang. aku tegur supaya kita semua boleh mengambil pengajaran, dan aku tegur kerana aku peduli, dan aku akan sedih dan malu kiranya org luar melihat kita sbg failures

tapi adakah hanya kerana aku tidak menyalurkan komen di forum maka komen aku terus dilihat sebagai membinasa. kalau ikut saluran, terus jd komen membina pula. begitukah? apa pon platformnye sekarang, yg penting niat. dan aku pon bukanla cerca semata, bukankah aku bg juga alternatif lain yg boleh dijadikan panduan. how things could be done differently and maybe akan menghasilkan outcome yg lebih baik in future?

dan sekurang2nya, aku berani menyatakan apa yg aku rasa, daripada aku cerca di belakang atau memaki di blog sesiapa anonymmously. itu baru dinamakan meroyan dan tidak rasional

aku tidakla pula demand organizer utk cuti 7 bulan semata2 utk rm150 yg xseberapa mungkin bg sesetgh org. tp sekurang2nya, mereka boleh merancang dengan rapi selama 7 bulan tu memandangkan organizing comitte pon merupakan org2 yg sama juga yg hang out dgn kebanyakan aktiviti melepak bersama organizer. tidakla hasilnya nnt akan senang2 dipertikaikan orang

dan aku juga bukanla niat utk terus2 merampas baton organizer. gath xsampai pon seminggu yg lepas, gamba pon xabis upload lg. xkan dah ada yg pasang niat terus mau organize gath sterusnya. tapi pon apa yg aku tulis bolehla dijadikan panduan utk organizing comitte yg akn datang, xkisahla klu org nye sama atau berbeza pon

dan kamu, di perantauan yg berani cakap xberlapik mencerca aku sebagai seorg yg sangat teruk. bolehkah kamu dipanggil berani kerana mencerca aku dgn nama samaran yg xdikenali? kamu itu yg mungkin perlu ditanya, apa agenda mu sebenarnya?

zini said...

hidup payid.....

Jedi said...

panas nih.. kopi ais kluang satuhh..!

L said...

~~assalamualaikum cik yid, org rasa tentu ada sebab ada org letak nama samaran, mungkin menjaga maslahah kot...mungkin juga tidak mau disalahertikan pendapat yg jujur dari hati, mungkin juga ada agenda tersendiri...mmm takperlah yid..sdangkan lidah lagi tergigit, harap2 pas ni org2 senget ni bersatu, dan menjadi lebih mantap lagi~~

~~org ingat ada satu pepatah arab yg berbunyi..hikmatu syuyukh wa hamasatu syabab~~ maksudnya kebijaksanaan org2 lebih tua dan semangat org2 muda...dalam apa2 perkara kedua2 entiti ni sgt penting kalau nak build up an excellent org.

~~dah2 meh2 kita salam meh~~

bery said...

kenape la di perantauan tu sentap sangat???

Jebonx said...

Yee Haw! Ariba Ariba Andale Andale!
Jgn Emo. Rilex ler semua. tuan rumah pun berhemat kan? x de plak dia mencaci bagai.
Siapa makan cili dia terasa pedasssssssss uuupppsss!!!

payid said...

zini
time kaseh

Jedi
kau mmg kan macha. aku tuntut kopi ais kluang kau

L
saya faham kalau ada org menyatakan pendapat tanpa mahu dikenali. tapi klu kononnya dengan berani mencerca saya tanpa mahu dikenali, serendah itukah nilai dirinya?

bery
entahla. mungkin suda dijangkiti penyakit beri beri (maaf tiada kaitan. haha)

jebonx
time kasih speedy gonzales. ayuh kita bersalsa

Tentang Kite said...

elloo.. ermm aku mmg xpegi gath.. tapi aku ttap tanyer dak2 yg pegi gath ari tu..

komen aku kat sni laahh.(cam gaya penkritik lak).aku rs isi ati payid tu dahh kira berlapik n ade isi2 membina laa..mean ade point.. pd di perantauan(sori la beb bagi pendapat skit).. rs ayat2 kamu lagi laa xberlapik n cam kira menghentam..so, hope klu nk give feedback karang la ayat yg xmencetuskan pergaduhan...

igt, kata2 lebih tajam dr mata pedangg..(ehh..btul ke peribahasa ni..)

kN said...

salam untuk semua...

nmpk nya ruangan disini dh bertambah komennya dan tak elok rasanya kita sbg yg rapat dgn organizer tak bersuara.

1. kita mulakan dari komen payid sendiri. bagi kita komen payid yang berterus terang tak salah dan ada kenanya. kita yang menunggu dari hari pertama organizer cakap nak buat gath pun terasa ada kekurangan di sana sini. kami pun bercadang ingin duduk berbincang dgn organizer ttg kekurangan yg dirasai. cara payid mengutarakan pendapat tanpa berhadapan dgn organizer atau dgn kami yang selalu hang out dgn organizer secara terus agak mengejutkan byk pihak. mungkin ada yang payid tak tahu cerita di sebalik tabirnya. payid sendiri tekankan sudah mengenali organizer agak lama mgkn lebih lama dari kita, apa salahnya kalau payid duduk berdepan dan terang kan apa yang payid rasa dan tanya apa masalah di sebaliknya. mgkn payid rasakan cara ini lebih telus utk payid menyampaikan rasa di hati dan dpt dijadikan iktibar kepada semua, tapi ia sedikit sebanyak menjatuhkan air muka byk pihak tanpa dapat memberi penjelasan yang sewajarnya. mungkin ada yang tetiba panik dan membalas dengan kata2 yang kurang sihat.

2. sebagai yang lebih tua, kita telah bertanya tentang komen2 disini, seperti komen "di perantauan" . agak keterlaluan rasanya komen yang diberikan. ternyata tiada antara kami yang menggunakan nama samaran tersebut. kami sendiri pun pelik mana pulak dtgnya "di perantauan" ni yang amat mengambil berat pasal organizer..hahahaha

3. yang paling akhir kita nak sentuh pasal komiti. sebenarnya dalam menjayakan majlis yg agak berbeza dgn tahun2 yang lepas, tiada komiti yang ditubuhkan. seperti yang payid tekankan, kami sebagai antara yang rapat dgn organizer tidak pernah di lantik dgn formal oleh organizer utk mnjd komiti. apa yg payid nmpk kami sebanrnya hanya la menolong organizer dihari kejadian. dan selama tempoh dari hari pertama organizer bagi tau nak buat gath, tak pernah ada satu meeting formal pun yg dibuat utk berbincang ttg perkara tersebut. spt yg payid tekankan sbg org yg sllu hang out ngn organizer, kami hanya bertanya progres penganjuran gath apabila berjumpa dan kami mmberi cadangan apa yang kami rasa perlu. kita ambil contoh payid juga diletakkan dan bergambar sebagai komiti pada majlis malam tersebut, adakah payid merasa kan diri payid komiti utk malam tu? kita semua hanya menolong organizer melancarkan lagi majlis yg mungkin tak lancar tu.

utk pengetahuan semua, disamping mendekatkan kita ahli sengetian tujuan organizer mengambil inisiatif utk cuba menganjurkan majlis tersebut adalah untuk menilai tahap kemampuan diri beliau dalam menjayakan sesuatu majlis. Majlis baru lalu akan menjadi kayu pengukur bagi beliau utk mengetahui di mana kesilapan yang dpt diperbaiki kelak. Mmg byk cacat celanya, dan tak dapat kami nafikan. Sekurang-kurangnya dlm kekurangan nya dapat laa juga kita bergembira selama 2 hari dan berkenalan, berpenat2 main game dan dapat laa kita makan bersama dan di tambah pula dapat laa kita bersembang2 secara tak formal sambil makan ayam panggang dan minum teh rasa kopi. Hehehehe…

kita mintak maaf jika apa yang kita tulis tak juga dpat menjelaskan rasa kurang senang tapi kita sedaya upaya tak mau perkara ini berlarutan. Kita ambik semua nih secara positif . Tujuan kita menulis utk memberi tau kedudukan sebenar apa yang terjadi di sebalik majlis tersebut dan meleraikan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Sekian.

bluefroggie said...

takper, bole cuba lagi :)

payid said...

tentang kita
kurang tepat
mata pena itu lebih tajam dari mata pedang sebenarnya

k.N
saya hormati pandangan K.N. saya juga menghormati semua organizing comitte sebagai kwn2 saya.dan kudos juga utk organizer atas cubaan pertama ini. mcm saya kataan, kerana kawanla saya menegur. saya tiada niat utk menjatuhkan air muka sesiapa. niat saya cuma supaya apa yg saya point out ini dpt dijadikan panduan semua, termasuk organizer sendiri. moga pada cubaan kedua dan seterusnya, hasilnya bertambah baik

adakah kerana apa yg saya tulis ini berbentuk teguran, maka saya tidak wajar to make it public dan hanya menyampaikan secara sembunyi, walhal klu bebentuk pujian takde sapa pon yg mempertikaikan post di blog? kita semua sudah dewasa. kerana menyangka (dan sangkaan ini harapnya tidak berubah) organizer cukup berfikiran terbuka utk menerima kritikan jujur ini, maka saya publish di platform terbuka ini. kerana niat saya bukan mengeji. saya menegur kerana saya sgt mengambil berat dan terasa ada personal connection dgn sengetians itu sendiri. oleh kerana hasil itu ada flaws di sana sini, saya menegur moga kesilapan itu xdiulangi lagi.dan saya tidak pernah tidak memberikan peluang kepada sesiapa untuk membela diri. sesiapa pon boleh memberikan feedback kepada saya, walaupon pendapat itu mungkin tidak sealiran

kalau boleh, saya xmau sebarang pendedahan mengenai masalah dalaman yg berlaku ketika peringkat pelaksanaan. saya juga ada bertanya sendiri dgn organizer sesekali and must i say, ketika itu pon saya sudah mengetahui masalah yg bakal berlaku. dan saya cuba sedaya mungkin utk sama2 membantu memberikan pandangan kepada organizer agar majlis yg digambarkan sebagai event sengetians yg sgt terhebat itu tidak sekadar indah khabar dari rupa.

pada saya, banyak kesilapan yg berlaku sepanjang majlis itu boleh dielakkan sebenarnya. jadi saya cuba menegur secara terbuka, supaya in future kita sama2 boleh betulkan kesilapan itu. tapi saya sedih bila pemikiran itu disempitkan dgn melihat saya sbg pencetus kontroversi. saya tiada niat utk bergaduh dgn sesiapa. jadi kalaupun ada diantara kamu yg berpandangan berbeza, xde salahnya perkataan itu dituturkan dgn sopan agar tidak ternampak kerendahan nilai diri. igtla, kita semua masih perempuan. buruk sungguh rupanya perempuan yg bermulut celupar meski berwajah rupawan

tapi i must say kenangan minum air kopi rasa teh itu mmg sgt manis, walau air itu terasa sgt mengkonfiuskan

Anonymous said...

My point of view, yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Ambil teguran yang dianggap membina dan kita betulkan mana2 yang kurang utk next gathering (kalau ada).

Kita anggap lah teguran ini adalah teguran adik beradik. Tegur kerana sayang. Macam kita, kalau tegur adik kita , adakah kita benci?dendam?geram?ya...lu fikirlah sendiri.

Yang terasa tu, udah2 lah..pi salam2. ni nak dekat puasa..tak lama lagi raya. masa yang sesuai utk kita rapatkan ikatan ukhuwah sesama kita. Adiosss!

Anonymous said...

mungkin lepas ni ada yang sanggup menganjurkan majlis berbuka atau berjemaah terawih beramai2? eheh..

Jebonx said...

Yeay! Clap clap clap!
Haaa cam tu lerrr x perlu emo2..

Salam.. salam.. nak join peluk ceom bleh? Muah muah muah

Mampus kena tarik tinga jap agi.

Anonymous said...

huiyo!!!byknye smpi 20komen. yg br nk bc ni rase huh!panjangnye..hehe
leh dibukukan lah nt.

dr ape yg aku bc:
1)Ini Hanya Komen Kepada Gahthering yg telah berlangsung haritu
2)Pengomen utama adalah Payid
3)Ramai yang sokong gathering ada kelemahan
4)mmg majoriti bersetuju ada kelemahan
5)Semua suka cara tuan blog pulish kelemahan & leh kongsi cara penyelesaian
6)semua xpenah tanye hati sendiri "lau aku jadi organizer agaknye kecik x ati aku bila benda ni dipublish, bile aku sembang2 dgn die nape aku xckp je"
7)Di perantau (nickname aku bg DP lah) mcm xsehaluan dengan semua org
8)Tingginye sensitiviti die tp ayat luahannya yang marah tuan blog beri komen amatlah xcantik
9)kesimpulannya yang menjadikan komen sampai 20 ni disebabkan DP nye komen yang xsehaluan dgn tuan blog+para hadirin blog
10)aku ni nape sebok2 kat sini. jawapannya saja

vanila said...

s someone who wasnt even there,its xfair for me to say anything. but i think it is gud to see things dari pelbagai sudut.we read gud reviews n we congratulate them.we read criticism n we learn from it.maybe its the method yang dipertikaikan.but some chose to puji kat belakang, some chose to puji terang2.n some suka critic belakang, some suka critic terang2.if we can accept the former we shud accept the latter.eitherway, we r still one small community n patutnya bersatu padu. at least yang bakal organize suda tau wat r the do's(thanx to puji-pujian) n d donts(thanx to criticism.
we need the sun n the rain to create rainbow.sun saja xcukup. rain alone xleh juga.hehe

*i duno apa teh rasa kopi tu tapi kopi kluang mmg heaven.huhu

iNkromosom___ said...

bosku yg miang penah ckp.
bila di tanya ape rs ko/pi + te/h?
die jwb.
"rasa k**e"
(saje mau bikin kontroversi)
heh.

nexus_fms said...

salam payid..

ai rasa mcm tak layak nak comment ape2 kat sini.. :(

payid, thanks sebab jujur. masing2 ada pendapat masing2. anyway, ai 2nd agree mcm kakak N cakap tu.

trimasey..

uLat said...

ooo semut, apsal ko tak vote aku? dah angkat tangan kanan untuk payid, tangan kiri untuk aku plak. heheh.

alala malu gak dinilai depan2. dahla penyegan. buat muka tebal jer. hahah

semuthitam said...

uL, aku memang nak buat gitu, tapi aku duduk depan - tukang kira nampak... (aku vote dalam hati, boleh?)

jj78 said...

aku pong vote gak utk sumer yg dtg tp dlm mimpi sajork... mateiler nk glemer gak... lariiiiikkkkk

nadya said...

jangan laa mcm tuh korang k...i harap kita semua tk give up...it never ends for its always beginning....

payid said...

anon

yeah. yg sudah tu sudahla. im not sorry for pointing out the truth dan menegur apa yg xkena. tapi aku minta maaf secara terbuka di sini andai ada perkataan aku yg mengguris hati.

anon
insyaAllah, moga dimurahkan rezeki sesiapa yg menganjurkan majlis berbuka puasa dan terawih tu. besar pahalanya (klu ada moreh lg best. huhu)

jebonx
ohoho.. amik kesempatan mau cium2 yeah? nnt i pggil itu cik adik kasi tarik telinga sama u

anon
time kasey kerana sudi membuat rumusan bg entry kali ini. agk2 klu org mls nk baca the whole post, i buat disclaimer "sila rujuk komen ke 21

vanilla
well said, babes. kopi kluang? main kasar eh?. i tuntut kopi kluang sama u

in
motif? haha

nexus
sila rujuk ulasan utk komen kak N juga

ulat
saya mmg pemalu orgnye

semut
apa kata kau guna undi SMS. AFUNDI ULAT dan hantar ke 32999

jj
undi dlm hati xdikira. mungkin kau boleh pakai undi pos

nadya
well said babes. tks for dropping by btw. it's an honour

jamie said...

hi dear..hehehe...maleh la nk main tarik tinga..lantak p kt die..hw r u doin?? hhmm... meriah sungguh ur entry this time...anyway,u still xsesuai dpt gelaran miss controversy ler..hikhikhik...u miss pencetus controvercy blh ler..huhu..

sekapal said...

firstly, tq payid sbb berani mewakili suara2 yg x mampu berkata2. At least kita dpt tau apa yg org harapkn dr gathering kita & definitely leh improve utk upcoming gath.
sbg org yg penah tlibat organize gath sblm ni, aku nk ckp, sesungguhnya, mmg "tak senang" nk organize. Aku dulu smpi mimpi2 muka korg. So, truly kudos utk organizer gath 09 yg sanggup amek baton. Cam apa yg payid ckp la, x semuanye xbest kan? Byk gak kwn baru yg kita jumpa.
Sblm aku menceceh terlampau kat sini, aku harap lepas ni, kalau ada gath lg, tolong la jgn boikot, jgn jdkan gelanggang utk hantam/balas dondam satu sama lain. Kita ni minoriti, dan dah sedia maklum sudah jugak terpecah2. Mari kita belajar dr kesilapan. So, simpan sket cuti korg sblm puasa tahun depan, for gath 2010.

is said...

eh, ngapa je 2010 nyer gath wat sebelum puasa.?
buat la lepas raya. aku nak gi wei..

payid said...

jamie
i mmg bukan miss controversy. i cool okeh!

kapten kapal
tks for the comment. it's an honour. dan insyaAllah, saya tetap akan hadir ke gath akan dtg kiranya dijemput lagi. xde makna mau dendam2 ni

is
yg tu kena kawtim dgn next organizer la

jamie said...

owh lupe plakk..:-D
u cool..im hot..huhuhu..:-P

Anonymous said...

cik jamie,
perasan lah.x kuase

Anonymous said...

aku pun rasa gath ko orang ni tak best tanpa orang2 lama. Kumpulan ko orang ni asyik berpecah2. setiap tahun muka baru,umpama anak2 ayam baru lahir, mana ada pengalaman. Kalau tak caya tengok jelah tahun depan.

Anonymous said...

jamie, jgn nak perasan 24 7....sikit2 nak up diri..and jgn nak nyusahkan hidup org je..

Anonymous said...

kalau yang mana dah berpecah, itu,jadikan gath ini sebagai penyambung hubungan kawan yang terputus, kan baik. Disamping bertemu yang baru. Cubalah kenangkan gath yang mula-mula korang lalui,mesti ada satu kenangan terindahkan. story, jangan lupakan yang lama, yang baru hanya lapisan. Buangkan selfish dalam diri masing-masing.

orang baru said...

apa ni kutuk org baru..ingat org baru tak power ker? jgan ingat org baru tak ada bnyak pengalaman....kalau ada pengalaman pun bukan untuk buat kontoversi macam ni..
aku org baru yang kali pertama pg gath 09 tu...sangat terasa dgn anon yang memperlekeh kan org baru.tak semesti nya yang baru tu tak power...cube bg org baru buat gath..tgok outcome nye tahun depan..mungkin objektifnya akan lebih tercapai dan memuaskan hati payid dan kawan2 serta org lama yang mencerca org baru dgn hebat nya..plz lah jgn jadi blog ni untuk melaga2 kan satu sama lain... rasa nye semua ahli mengaku profesional kan? tapi komen cercaan tu melambangkan peribadi yang sangat membusukkan..plz lah...

SATU SENGETIAN said...

KENAPA NAK MEMPERSENDA KAN ORG BARU NI...KITAORG TAK BUAT APA2 PUN. TAK BEST LAH MACAM NI..KATA NAK BERSATU...TAK IKUT KONSEP SATU MALAYSIA KAN....

P/S SANGAT MEMBUSUKKAN..

Jebonx said...

Cik Anon wei, Cik Jamie tu bkn nak perasan. Dia mmg Hot!
Kah kah kah.
Dan Payid mmg cool!

Sekian.

Anonymous said...

jamie hot?? itu bkn hot..suam2 kuku saje namenye.kot iye pun suke nak ngaku hot watsoever..xyahla asik2 nk ckp diri tu hot lah,cute lah..menyampah pulak

jamie said...

hahahaha...wtf??cik anon, yg u emo sangat tu apsl??im just playing ard with my friends..
kah kah kah..such a baby..!!kelakar betul...but i wanna make it clea hear that i'm hot...hot tempered..any complaint??ibuk hal org ln...go to hell,i hv no business w u..
dah dah..jgn nk nyibuk hal org..