Tuesday, July 14, 2009

kerinduan

among the fondest memories yg aku ada di zaman digelar student universiti itu ialah menghabiskan masa lapang menurutkan nafsu makan yg serakah di stesen keretapi kluang. kata org klu xpenah mkn kat railway kluang ni mmg sgt rugi menjadi warga batu pahat, kluang dan kawasan sekitarnya.

kegigihan aku demi menikmati makanan kat railway kluang ini merangkumi merempit bersama kapcai buruk seorg member selama sejam (dua jam klu campur perjalanan pulang). biar kebas vontot pon xpe, janji nafsu dipenuhi. atau mungkin yg lebih gigih lg di zaman freshies yg sapa pon xde kenderaan, aku sanggup menunggu bas johor motor berwarna merah itu di hadapan kolej seawal 7 pagi demi bersarapan di railway station.

tapi sekarang setelah menjadi warga kl mungkin ada yg merasakan aku boleh melepas rindu di mana2 cawangan kluang station yg berdekatan. syg sekali kerana kluang station itu hanyalah immitation saja. jauh panggang dr api katanya. mungkin mereka boleh menipu tekak2 kl yg xpernah merasakan makanan di stesen keretapi kluang yg usang itu, tapi ia sama sekali xbley menipu deria rasa aku

ok, mungkin aku over reacted. bukanla xsedap langsung makanan kat kluang station punye franchise itu. mungkin aku sebenarnya rindukan suasana di stesen ketapi itu. mungkin juga aku rindu utk makan sambil menatap potret menteri besar johor. atau mungkin aku rindu untuk sekadar mkn roti bakar di atas pinggan plastik dan bukannya pinggan seramik yg fancy. atau aku cuma rindu mau bernafas dalam udara stesen keretapi dan bukannya udara shopping complex

but man! dont they just love to overcharge kan? klu dlu dgn cuma berbekalkan RM5 aku mampu menikmati roti bakar dan telur dan nasi lemak dan mee siam dan segelas kopi ais dan aku mampu kenyang smp tghari. tp klu kat kluang station segelas kopi ais pon dah RM2.80. tu xmasuk dgn service charge dan govt tax. haram zadey!

dan aku rasakan bapak aku telah buat lawak yg paling ultimate ketika dia terkejut bila mendapati segelas air suam di kluang station berharga lapan posen. langsung dicarasnya waiter itu dlm bahasa kedah yg pekat

"awat yang ayaq suam pon mahai sangat? ayaq zam zam ka?"

7 comments:

DramaQueen said...

ur dad is funny! he makes me laugh again n again..=D

nexus_fms said...

mbwahaha..

siot je.. diperenggan akhir itu tak dapat tertahan wa nak gelak..

Anonymous said...

dah nama Kluang Station, haha..tapi best ker? tak penah masuk pon.

Jedi said...

wei macha,
ko buat aku rindu dgn tempat mkn yg klasik tuh. wahwahwah

dian said...

ala nok, jom konvoi ke sana satu hari nanti nak?

aku memang teringin lah. antara 1000 tempat yang kena pergi sebelum meninggalkan dunia yang fana ni

oke

payid said...

Drama Queen
On behalf of my father, i thank u for the compliment.eheh

nexus
xyah tahan. gelak je. xde sape marah

dark angel
dahtu klu nama kluang station perlu ke mahal?

jedi
harus... nnt bebila kita pulang mengimbau memori eh

dian
ayuhla join konvoi aku bersama jedi nnt

dian said...

aih ye? bila kau nak konvoi dengan jedi?

tapi mak pass part konvoi bermotor. mateila sampai sana keras kulit vontot. haha

oke geli.