Wednesday, September 30, 2009

payid malas

sejak balik cuti raya ni mmg aku gile malas mau keje. eh, tp rasanya sebelum raya pon malas juga. bukan setiap masa pon aku malas juga ke? eheh

tapi bekerja di kala semua org syok2 cuti raya mmg sucks rasanya. xkirala perasaan dengki kerana harus bekerja di kala org lain bersenang lenang di kampung halaman. tp byk keje yg tertangguh kerana org2 besar yg sibuk bercuti ni tiada di tempat kejadian utk dirujuk. kalau aku xperlu liase ngn derang, cuti la sampai sebulan pon. apa aku heran kan? tp bila kau seronok bercuti dan aku xboleh nk selesaikan keje aku sbb kau xde, itu yg menimbulkan perasaan xbest tahap ultimate

ok, stop bitching abt work, will u?

*************************************************************************************

masa sekolah dulu, aku sgt malas mau pegi kelas prep. 'prep' tu aku rasa kependekan utk 'preparation' kut. biasala kalau sekolah asrama. demi kecemerlangan akademik, nk masuk kelas pon ada preparasi bagai. tapi selalunya prep ni adalah masa utk buat homework atau ulangkaji pelajaran la. ada 2 sesi prep setiap hari, prep petang dan malam. prep petang adalah di sekolah dalam pukul 3 ptg kalau xsilap aku (masa prep pon lupa, nmpk sgt jarang pegi). prep malam pula kat hostel lepas isyak

maka demikianla sedikit introduction kepada kelas prep di sekolah aku. meskipon kehadiran utk setiap kelas prep adalah wajib utk semua org, tapi menjadi seorg payid, aku merasakan adalah satu keperluan utk aku ponteng kelas prep sekali sekala. ok aku tipu, sebenarnya aku yg malas mau pegi. sgt malas ok

walaupon selalunya aku hadir ke kelas prep ptg hanya utk tidur, tapi aku lebih suka ponteng dan tido di hostel (read: dalam loker)instead. yeah, aku rela tido dalam loker yg sempit tu dpd pegi prep kat sekolah. loker tu xdela besar mana. tinggi loker tu ada la dalam separas pinggang aku je, dan berbentuk segiempat sama. well, masa tu aku nk masuk muat la, siap boleh tido lena. kadang2 siap mimpi lagi. kalau sekarang ni suh aku tido dalam loker, ada yg cramp kut lepas tu. haha

prep malam pula dibuat kat bilik study hostel. bilik study ni satu level dgn dorm aku. ada 3 bilik study kat hostel ni dan semuanya pada level yg sama. dan bilik prep aku plak cume sebelah dorm aku je. sgt convenient kan? tapi tetapla aku mls pegi prep juga

sebenarnya kalau aku pegi prep mlm pon jarang sgt aku study. aktiviti prep mlm aku selalunye ialah kacau org study, tido, berborak, mengumpat budak yg suka pakai baju tidur warna merah kilat2 serta memakai sepit rambut rama2 yg tergedik2 atas kepalanya dan pow air teh kwn aku yg duduk tepi pintu tu. aku berpura2 mcm pengutip cukai yg akn mengutip cukai air teh setiap kali aku keluar dan masuk ikut pintu bilik study tu. jadinye setiap kali lalu, aku akn minum seteguk air teh dr tumbler kwn aku tu. bila abis prep malam, rasanya adala separuh tumbler besar tu aku abiskan. i wonder kenapa la kwn2 aku xbenci perangai aku yg agk gampang dlu tu

walaupon aku byk aktiviti yg menyeronokkan ketika prep malam, itu tidak mengalang aku dpd memonteng. tapi utk ponteng prep dan tido dlm loker agk mustahil dilakukan sbb semua org ada kat hostel, jadi aku perlu alternatif lain utk melaksanakan misi memonteng prep aku

sebelah dorm aku juga adalah bilik elektrik yg kami panggil bilik danger (cakap omputeh baru rasa sedikit glemer). bilik danger ni terletak kat hujung bangunan. jadi kalau dibaca plan hostel aku, di hujung bangunan itu adalah bilik danger, sebelahnya dorm aku, sebelah dorm adalah bilik study aku, sebelah bilik study adalah bilik basuh baju, sebelah bilik basuh baju adalah toilet. ok, aku xperlu terangkan secara detail kat sini. xde keperluan dgn tajuk cerita pon. maafkan aku kalau korg sedikit konfius. mungkin korg bleh abaikan perenggan ini

tiap kali aku rasa mau ponteng prep, aku akan pegi ke bilik danger dan trip main switch kat situ. jadi bila blackout, xyahla pegi prep. wohoo... walaupon itu bermakna kami harus berada dlm kegelapan dan kepanasan, tapi aku rela asalkan xpayah pegi prep. mungkin ada yg bersyukur juga tiap kali black out, mungkin ada juga yg kurang senang. kesian juga kpd si ulat buku yg terpaksa study di koridor hostel berbekalkan suluhan lampu kecemasan saja. seruis perangai aku adalah sgt gampang ketika itu, tapi mungkin aku gagal menyedarinya akibat kesombongan di masa muda yg indah

tapi mungkin akibat terlalu byk kali aku gunakan trick yg sama utk memonteng, maka timbul syak wasangka di kalangan warden. mungkin mereka musykil kenapa tiap kali blackout mesti level aku je yg terkena padahal level lain kat hostel tu terang benderang je. mungkin ada yg menjadi tali barut lalu telah mengadu kpd warden akibat kesusahan mereka utk study. cheh. loser. haha

jadinya, para warden telah mengeluarkan arahan baru yg lebih bijak. tiap kali black out, kami dipaksa utk study di dewan makan yg mana adalah perkara yg paling xbest. udahla kena pakai baju kurung, xboleh berpakaian kasual (read: t shirt, kain batik, seluar pendek, kaftan dan apa saja pakaian selain baju kurung) jadi xboleh nampak budak yg suka pakai baju tidur warna merah kilat2 serta memakai sepit rambut rama2 yg tergedik2 atas kepalanya lagi. ini juga menyebabkan aku xboleh lagi menjalankan aktiviti prep malam aku yg lain seperti kacau org study, tido, berborak dan pow air teh kwn aku yg duduk tepi pintu tu

maka lepas arahan tu dikeluarkan, jarang2 sekali level aku mengalami gangguan bekalan elektrik. kalau black out, dgn aku2 sekali marah, walaupon lepas tu aku akan sambung tido di dalam loker

*************************************************************************************

ada sapa2 tau kat mana main switch ofis aku?

Monday, September 28, 2009

rahsia

bila aku diamanahkan dgn rahsia, aku jaga kerahsiaan itu dgn segenap daya usaha aku. aku jaga amanah yg diberi kerana aku xkan sekali2 mengkhianati kepercayaan yg telah diberikan. xkirala sebesar, seremeh atau sesensasi mana rahsia itu. aku kira, ada sebabnya kenapa aku adalah antara org2 yg terpilih utk mengetahui sesuatu perkara berbanding org lain. jadi demi menghormati hak keistimewaan yg telah diberi itu, aku jaga amanah yg diberi dgn sebaik mungkin

tapi bukan mudah menjaga sebuah rahsia, terutama bila rahsia itu sepatutnya dikongsi bersama rakan2 yg lain. dan lebih sensasi rahsia itu, lebih sukar juga la aku nk menjaganya. bertambah sukar bila semua org tau yg aku mengetahuinya dan semua org berusaha utk mengorek rahsia itu dr aku

dan akhirnya tiada apa yg lebih melegakan utk aku bila rahsia itu terbongkar dgn sendirinya. xperlu lagi aku memyimpan rahsia sensasi ini dgn susah payah lagi. terlepas satu bebanan yg besar rasanya

sesungguhnya bila aku menyimpan rahsia, aku jaga amanah itu sebaik mungkin. kata org, biar pecah di perut, jangan pecah dimulut *di edit setelah menerima teguran cik vanilla

oleh kerana aku terlalu banyak menyimpan rahsia, sebab itu perut aku besar

kan?

Saturday, September 26, 2009

jawapan kuiz penonton di rumah

first and foremost, maafin daku yg menyempat nk bg result kuiz lebih awal, sekaligus mengupdate blog. ok, alasan ini mungkin sgt lame, tapi itulah yg sebenarnye. disebabkn kesibukan kerja (yg menyebabkan aku terpaksa pulang ke kota pada raya ketiga dan terus bekerja di raya keempat serta di hari sabtu yg permai ini) maka aku mmg xsempat nk update pon. yeah, i hate my job, but im still doing it. ok, i need to stop bitching abt work now. semua org masih mood beraya kan? eheh

ok, let's get to business. setelah kuiz penonton di rumah dilancarkan lebih kurang 2 minggu lepas, maka dgn ini aku secara rasminye mengumumkan bahawa penyertaan utk kuiz telah ditutup. dah xde org nk teka br nk tutup kan payid ni? haha

dan dgn ini, secara rasminye aku mengumumkan bahawa warna baju raya aku tahun ini adalah gold, hitam dan coklat. perghhh.... sakan payid beraya dgn 3 pasang baju ni. haha

ok, mari kita lihat siapa yg kena

*************************************************************************************

Jedi said...
macha,aku rasa baju raya ko kaler kunin, sbb sesuai dgn..
(i)corporate ko dan
(ii tema digi yg mengikutttt je tuh (**as refered to ur yesterday incident)..
p/s: ade hadiah ke kalo tekaan betul?

Anonymous said...
i think color blue..

Jebonx said...
Pink!!!!
oh yeah! oh yeah! Bak mai hadiah itu.

[-AnR-] said...
aku rasaaaa....

kaler pelangi....yeaaaahhhh..ehehehehe

bilerlaaaa aku dapat teman mak aku bersopin begitu..eheheheheheehe

sejuk perut ibu kamu mengandung kamu payidd


Fanta Giro said...
Aku tau.. payid tak beli baju raya pun... dia pakai baju tahun lepas..

vanila said...
i vote for silver.
coz silver is the color of the year.(mentang2 baju sendiri silver)
betul tak?

semuthitam said...
yid, nanti malam kita bincang jawapan eh, esok aku jawab kat sini...

Fanta Giro said...
Aku nak teka lagi sampai dapat. Aku rasa kaler hijau.

Sampul hijau aku dapat tak kali ni? Ingat Fanta-Claus ada hadiah jugak nanti bagi kat Payid... :P
Tapi aku nak sampul hijau berisi apa yg patut la. Ugut siap.. haha..

jamie said...
i know...it's purple!!:)

selamat hari raya dear..it has been a long time huh?hope u r doin good..btw, semperna raya ni, i maafkn sume salah & silap u..hehehe..i xnk mintak maap sbb i know i tak penah bt salah..& sbb i cute..(motif la kan??ade aku peduli??)hahahaha...:P

nnt jgn lupa dtg umah for ray & for the wedding..& don't forget the mini gath yg di rancang..:D

*************************************************************************************

cheh. nampak gayanya semua tekaan pon tidak tepat. maka tiada siapa pon yg berjaya memenangi hadiah lumayan yg telah ditawarkan

xpela, cuba lagi di tahun hadapan. haha

salam aidilfitri. maaf zahir dan batin

Wednesday, September 16, 2009

edisi bumper hari raya

kau ingt majalah ujang je ada edisi bumper? blog aku pon ada ok. disebabkan aku ada byk benda nk tulis dan masa yg sgt terhad serta sgt malas mau buat byk2 post dlm satu hari, maka terhasil la edisi bumper ini

*************************************************************************************

minggu ni merupakan minggu malas kerja aku yg ultimate. badan je yg pegi keje hari2. jiwa dah sibuk nk beraya je. otak aku pon asik terngiang2 lagu raya je. walau aku pasang lagu nelly furtado ke, lagu 3 doors down ke, tp asik terbyg lagu raya je skang. mungkin penangan ikut mak aku shopping raya minggu lepas kut. kat mana2 pon ada lagu raya. aku pon dah rasa mcm kompleks membeli belah skang sbb otak aku asik pasang lagu raya. haiiihhhh.....

aku xtau la kalau disenaraikan semua lgu raya kat malaysia ni boleh dapat berapa CD. gila byk. aku bukanla penggemar lagu raya sgt. pada aku isi lagu nye sama je. semua psl sebulan berpuasa (padahal xcukup pon kan), pasal memohon kemaafan, perantau pulang ke kampung halaman, perantau xdapat balik raya (mungkin sbb xdapat cuti atau xdpt tiket bas), saling kunjung mengunjung, pasal ketupat lemang, kuih raya, duit raya, jalan raya, bunga raya, hantu raya dan segalanya raya. balik2 ituuuu..... la juga. bapak bosan ok

tapi dlm byk2 lagu raya, lagu yg mcm memberikan kesan sket kat aku adalah lagu yg aisyah nyanyi tu. amende tah tajuknye? jap aku g google eh (gigih ni)

***setelah menggoogle selama 10 minit

ok, tajuknye ialah Pulanglah. eheh

Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )

Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya

bapak syahdu lirik tersebut. dun get me wrong. bukanla aku pernah clash dgn mana2 kekaseh di aidilfitri. cumanya aku membayangkan gile sedih la sang kekaseh ini di'dump' di hari raya. sian gile. kalau aku, xsanggup kot rasanya nk tinggalkan kekaseh di hari raya. kalau nk clash pon aku tggu la lepas raya kut. kalau dah xsabar sgt, mungkin elok2 lepas puasa enam tu bolehla clash kut. haha. jadi kepada anda2 semua yg ada kekaseh tu, jgnla clash dgn kekaseh anda di hari raya. nanti tiap2 tahun raya menjadi kenangan buruk lak kat dia. xpasal hari gembira bertukar suasana

*************************************************************************************
dan terima kasih juga kepada para peserta kuiz penonton di rumah sekelian. walaupon xde yg menjawab dgn tepat, aku tetap hargai sokongan korg terhadap kuiz aku. walau dgn 7 peserta saja, aku tetap nk kata kuiz aku mendapat sambutan hangat. hehe

camnila sikap korg kan. bila aku post psl gath dan dan tu sampai 43 komen masuk. anonymous di sana sini, org2 yg xpenah aku kenal dan tau kewujudan pon teruja mau komen. aku buat kuiz penonton di rumah korg xnk join lak kan? haha. tetiba emosi plak payid ni. tekanan sbb xpenah tinggal puasa lagi kut *yeah, blame the hormones. senang betul jadi perempuan ni

okla, demi menghangatkan suasana, aku buka lagi kuiz ini sampai abis puasa ni. dan untuk memujuk rayu korg menyertai kuiz ini, aku goda korg dgn menawarkan hadiah yg lumayan. barangsiapa yg dapat meneka dgn tepat, aku akan membuat kemunculan istimewa memakai baju raya menziarahi anda di hari raya dlm mimpi anda. haha. bapak keji guna fine printing utk menyatakan kos2 tersembunyi.

*************************************************************************************
maka dgn ini, aku mengambil kesempatan utk buat ucapan selamat hari raya eksklusif utk para pembaca aku sekelian. kalau boleh aku mau upload kad raya poyo yg aku bg pada pembaca bertuah aku. malangnye xleh upload pula. mungkin Allah tau niat aku yg mau poyo dgn korg walau aku ikhlas mengucapkan selamat hari raya

okla. kepada anda semua yg membaca, maafkan segala keterlanjuran kata, kekasaran bahasa, kesalahan laku dan sebarang ketakbestan sepanjang korg membaca blog ni dan mengenali aku. jgn risau, aku juga maafkan dosa2 korg juga. tp kalau korg ada yg mengumpat ke, mengata, mengeji atau menyebarkan cerita2 xbest terhadap aku, aku xmaafkan selagi korg xminta maaf sndiri. haha. tawaran kemaafan bersyarat katanya

selamat pulang ke kampung halaman
selamat beraya di kota kepada yg xde kampung halaman

jangan main mercun, nanti putus jari
jangan raya sakan sgt sampai lupa nk balik keje lepas cuti
jangan belanja boros sgt nnt lepas raya merasa la kau mkn megi

salam aidilfitri.ampun maaf zahir dan batin

Monday, September 14, 2009

bila payid bershopping raya

ok, mungkin tajuk tu kurang tepat. sebenarnya harus dibaca sebagai "bila payid ikut maknya bershopping raya"

aku bukanla jenis yg suka bershopping sgt. aku beli barang pon bila dirasakan perlu je. dan selalunya tempoh penshoppingan aku tidak lama. kurang dr dua jam aku dah berjaya mendapatkan sepersalinan lengkap seberdiri (bunyi cam hantaran kawin pule). kaedah penshoppingan aku sgt ringkas sebenarnya. pergi ke tempat kejadian, beli barang yg perlu sahaja, bayar dan terus belah dr tempat kejadian. thus the concept of membeli belah la kan? beli dan terus belah. boley?

dan semalam aku merasakan sedikit tekanan bila mak aku ajk shopping utk raya. kalau gadis yg mngajak, walau partner sekalipon boleh lagi la aku nk elak. abis teruk pon mungkin ada sesi merajuk2 je la. xkan la sbb xnk teman shopping je dia mau clash kan? tp bila seorg perempuan yg mempunyai kuasa beli serta nafsu membeli belah yg serakah mengajak kau bershopping di jln TAR yg penuh sesak di kala mentari terik membahang di bulan ramadhan, bolehkah kau berkata 'TIDAK' kiranya perempuan itu adalah ibu kamu? kau gila nk suruh aku derhaka pada ibu di bulan ramadhan? nak suruh aku kena panah petir? (macamla bulan lain pon boleh derhaka kan?)

jadinya semalam dgn hati separuh rela aku turutkan juga kehendak mak aku demi memuaskan nafsu membeli belahnya yg membuak2 itu. jenuh juga la kan melayan karenah dia yg selang 15 langkah perlu diheret akibat melekat di gerai2 sepanjang laluan. aku jalan ke depan, sedar2 dia tertinggal di belakang melayan auta para penjual. ada saja la yg menarik perhatian (dan duitnya). baju raya 3 pasang rm100 la, tudung rm10 la, kuih raya rm 15 la, alas meja, sarung kusyen, u name it. xpernah aku rasakan perjalanan sepanjang jln TAR ke masjid jamek itu begitu panjang, mcm xabis2. padahal kaki aku mcm dah xlarat nk melangkah dah.

lepas satu kedai ke satu kedai. dari maju junction, pertama kompleks, SOGO, jln TAR, jln masjid india. mcm abis satu KL la mak aku nk borong smlm. hasilnya boleh tahan kebas juga jari jemari aku yg 10 ni menjinjing barang2 dia. dia belek, dia beli, dia bayar, aku yg angkat. mujur aku xmain mercun. kalau jari putus akibat main mercun, dah xcukup satu jari nk angkat beg2 plastik tu semua

mmg sepanjang bulan puasa ni, semalam la aku rasakan yg paling penat. dan aku mmg sgt musykil dr mana mak aku mendapat tenaga mcm arnab duracell tiap kali bershopping. tanpa henti okeh. serious shopping dan wanita ini ada satu hubungan yg sukar utk difahami

tapi bila melihatkan mak aku yg tertidur keletihan dalam lrt setelah kehendak shoppingnya dipuaskan (akhirnya tau juga dia penat), tetiba terbit rasa sayu di hati. kalau 15, 20 tahun dulu, macam ni juga la lagaknya mengikut kehendak kami adik beradik bershopping raya. sorang nak baju camni, sorg nak kasut begitu, masuk kedai ni xkena, kedai itu xkena. xmasuk lagi yg mengadu lapar dan penat (aku la tu), yg merengek2 kepanasan, belum lagi dia nk kawal kami bergaduh sesama sendiri. cabarannya mungkin lebih besar utk mak aku masa tu. kalau sekarang aku cuma perlu mengikut kehendak dia sorg, dia terpaksa berbuat perkara yg sama utk 3 org. jadinya walau penat mcmana pon smlm, aku kira mungkin ini cuma sumbangan aku yg sgt sikit utk mak aku berbanding apa yg pernah dia buat utk kami masa kecik2 dlu. xperlu la aku nk berkira kederat sgt ngn mak sendiri pon

mungkin meneman mak bershopping raya juga adalah satu kaedah untuk menginsafi diri

dan utk soalan penonton di rumah : apakah warna baju raya payid utk tahun ini?

Thursday, September 10, 2009

kad raya payid

sejak semalam, aku sudah mula menghantar kad raya utk kawan2 aku yg bertuah

mereka harus berasa bertuah kerana aku ada email address mereka dan aku berjaya menaip e mail address mereka dgn betul (sape suh letak email address susah2 kan?)

kiranya kamu di luar sana masih belum menerima kiriman kad raya aku, mungkin kamu tidak cukup bertuah berdasarkan 2 sebab di atas

jadi seandainya kamu mahu berasa bertuah, sila beri email address kamu sekarang

Tuesday, September 08, 2009

i have to do this tag untuk mengelakkan diri daripada tertidur di workstation semasa bekerja

35 TRUTHS

Today Did You--
1. Talk to the boy/girl you like/love?
jap2. ada ke pon someone i love at the moment? ahah

2. Realize anything new?
Yes:
1. i need to start planning my future (after a couple of years being put to a halt)
2. i sooo.. need a haircut. but i so sayang want to cut one. nanti xleh feeling2 storm riders dah
3. somebody has been discreetly reading my blog. am contemplating whether to private my blog or not. wht do u guys think?


3. Talk to an ex?
buka puasa ngn my ex last sunday. harusla we talked kan?

4. Miss someone?
yeah i guess so

LAST PERSON WHO
5. Slept in your bed?
my sis

6. last person that saw your tears?
cant even remember the last time i cried.but most probably it ws my sis. i seldomly cry in public

7. You went to the movies with?
i think that would be masa movie marathon ngn colleagues and boss and her friend last 3 mths kut. gile lama. haha

9. You said "I love you" to?
kalau panggil "sayang" tu maybe one of my gang kat office la kut. but the exact "i love you" words to rasanya would be my miss gorgeous

10.Who made you laugh recently?
my sis. she's damn funny in her own ways

11. Said they loved you?
wohooo.... ada ke? serious lupa. lama gile xde org tells me that

12. Called you in the middle of the night?
i think that would be semut la kut. xdela middle pon. kul 12 tu kira mlm baru nk bermula la kan

13. Have a crush on?
still having a not so secret crush on one of my colleague. haha

JUST PLAIN QUESTIONS
14. What book are you reading now?
still trying to finish the book that was given to me a a birthday present. it's already september la wey. tah2 sampai birthday thn depan pon xabis. haha

15. Best feeling in the world?
at this point of time, perasaan ketika tidor je (gile mengantuk ni)

16. Favorite location?
*bole x cant think of any masa ni? sungguh bosan kehidupan aku ni

17. piercing/tattoos?
dun have any

18. What are you most scared of rightnow?
death

19. When do you want to get married?
can i pass?

20. Who do you really hate?
someone whom i shouldnt

21. Does anyone really hate you?
i guess so. but i cant be bothered pon

22. Do you like being around people?
yes, but not all the time la.

24. Song stuck in your head right now?
Dewi by Dewa 19

26. Been on radio or TV?
i played 'cloud' in storm riders



that is me on the right

28. Ever liked someone who treated you like crap?
yeah. i was indulging this one person sampai membiarkan dia treated me like a crap

29. What did you have for dinner lastnight?
i had roti for sahur

30. Do you have plants in your room?
nope

31. Does anything hurt on your body right now?
my lips are so kering it chapped. agak kepedihan juga la

32. When was your last cab ride?
last sunday on my way to meet my ex for buka puasa

33. What's your favorite Dunkin Donuts drink?
dun have any in particular

34. Would you have a problem with a friend dating your ex?
not at all. but all my exes are not available at the moment. if my friends still wanna date them, it's their problem, not mine

35. Would you rather be told the truth that could potentially destroy your life and change everything you know, or a lie that would save you from the truth?
nothing is worse than being lied to

Monday, September 07, 2009

payid merasa bersalah terhadap blog sendiri kerana dah lama tak update akibat terlalu leka bermain mafia wars di facebook

there's a saying; when u dun hv anythg nice to say, say nothing

jadi aku xmemilih untuk xupdate blog kerana i dun hv anythg nice to say. boley?

ok alasan. padahal sah2 tajuk telah menjelaskan situasi yg aku hadapi sekarang (situasi la sgt kan?)

aku sedang mencari sidekick sekarang. aku xsuka menjadi superhero yg bergerak secara solo macam superman atau spiderman. mereka xcool. semua superhero yg cool ada sidekick. seperti batman yg ada robin nye. atau keluang man yg ada tiong man nye. tapi aku xmahu menjadi cicakman sebab sidekicknye adalah yusry kru. aku xleh terima kalau sidekicknye lebih hensem daripada aku (walau hakikatnye aku tidakla merasakan bahawa aku adalah hensem)

payid adalah superhero yg tugasnya menyelamatkan gadis2 kendu yg kesepian. andai ada yg menyeru, aku akan segera menyarungkan cape dan memakai topeng untuk melaksanakan misi menyelamat. tapi disebabkan ada sidekick, maka selalunye tugas itu aku serahkan pada sidekick je. jadi aku ada masa senggang utk ditumpukan pada perkara2 lain. walaupon mcm batman ada lampu sorot yg memancar lambang kelawar tiap kali bantuan diperlukan, tapi selalunye sidekick aku yg berkerja lebih keras dalam misi menyelamat itu walaupon mungkin aku yg diseru

dan sesungguhnya seperti pepatah arab,man jadda wa jadda. siapa yg berusaha dia yg berjaya (payid boleh berbahasa arab? mungkin ada yg xsangka. haha). dan oleh kerana sidekick aku bekerja keras, selalunya sidekick la yg menuai hasilnye

tapi mungkin sidekick2 aku ini tidak membaca kontrak dgn teliti seperti mana kebanyakan customer aku yg xpernah membaca polisi sebelum menandatangani kontrak insuransnya. mereka xbaca pada fine printing itu bahawa kontrak sebagai sidekick payid secara automatik akan terbatal bilamana status mereka tidak lagi single. jadi jgn salahkan aku kalau aku sudah memecat sidekick aku sejurus mengetahui statusnya xsingle lagi. ye la kan, mana mungkin aku mengajak sidekick yg tidak single pergi menyelamatkan gadis2 kendu (read : mengorat) bila dia sudah ada komitmen terhadap org lain? tugas ini menuntut perhatian dan komitmen yg lebih besar sebenarnya. ini tugas yg sgt sukar, xsesuai dipikul oleh org2 yg xsingle. nanti kamu juga tidak akan seproduktif dulu kerana perlu commit kepada partner baru sebagai alasan utk tidak melaksanakan tugas penting ini. habis sapa lagi yg aku akan kerah untuk menyelamatkan gadis kendu yg lain di kala aku tak available?

jadi untuk kamu yg single di luar sana, aku ada kekosongan jawatan untuk kamu isi. pendapatannya mungkin xlumayan. tapi peluang kenaikan status daripada single kepada tidak single lagi adalah sgt cerah, bergantung kepada kesungguhan kamu melaksanakan misi menyelamat. plus, kamu ada peluang utk berkongsi charming cards dgn aku yg boleh ditabur kepada gadis2 kendu yg diselamatkan itu

ada sesiapa yg berminat?