Wednesday, September 30, 2009

payid malas

sejak balik cuti raya ni mmg aku gile malas mau keje. eh, tp rasanya sebelum raya pon malas juga. bukan setiap masa pon aku malas juga ke? eheh

tapi bekerja di kala semua org syok2 cuti raya mmg sucks rasanya. xkirala perasaan dengki kerana harus bekerja di kala org lain bersenang lenang di kampung halaman. tp byk keje yg tertangguh kerana org2 besar yg sibuk bercuti ni tiada di tempat kejadian utk dirujuk. kalau aku xperlu liase ngn derang, cuti la sampai sebulan pon. apa aku heran kan? tp bila kau seronok bercuti dan aku xboleh nk selesaikan keje aku sbb kau xde, itu yg menimbulkan perasaan xbest tahap ultimate

ok, stop bitching abt work, will u?

*************************************************************************************

masa sekolah dulu, aku sgt malas mau pegi kelas prep. 'prep' tu aku rasa kependekan utk 'preparation' kut. biasala kalau sekolah asrama. demi kecemerlangan akademik, nk masuk kelas pon ada preparasi bagai. tapi selalunya prep ni adalah masa utk buat homework atau ulangkaji pelajaran la. ada 2 sesi prep setiap hari, prep petang dan malam. prep petang adalah di sekolah dalam pukul 3 ptg kalau xsilap aku (masa prep pon lupa, nmpk sgt jarang pegi). prep malam pula kat hostel lepas isyak

maka demikianla sedikit introduction kepada kelas prep di sekolah aku. meskipon kehadiran utk setiap kelas prep adalah wajib utk semua org, tapi menjadi seorg payid, aku merasakan adalah satu keperluan utk aku ponteng kelas prep sekali sekala. ok aku tipu, sebenarnya aku yg malas mau pegi. sgt malas ok

walaupon selalunya aku hadir ke kelas prep ptg hanya utk tidur, tapi aku lebih suka ponteng dan tido di hostel (read: dalam loker)instead. yeah, aku rela tido dalam loker yg sempit tu dpd pegi prep kat sekolah. loker tu xdela besar mana. tinggi loker tu ada la dalam separas pinggang aku je, dan berbentuk segiempat sama. well, masa tu aku nk masuk muat la, siap boleh tido lena. kadang2 siap mimpi lagi. kalau sekarang ni suh aku tido dalam loker, ada yg cramp kut lepas tu. haha

prep malam pula dibuat kat bilik study hostel. bilik study ni satu level dgn dorm aku. ada 3 bilik study kat hostel ni dan semuanya pada level yg sama. dan bilik prep aku plak cume sebelah dorm aku je. sgt convenient kan? tapi tetapla aku mls pegi prep juga

sebenarnya kalau aku pegi prep mlm pon jarang sgt aku study. aktiviti prep mlm aku selalunye ialah kacau org study, tido, berborak, mengumpat budak yg suka pakai baju tidur warna merah kilat2 serta memakai sepit rambut rama2 yg tergedik2 atas kepalanya dan pow air teh kwn aku yg duduk tepi pintu tu. aku berpura2 mcm pengutip cukai yg akn mengutip cukai air teh setiap kali aku keluar dan masuk ikut pintu bilik study tu. jadinye setiap kali lalu, aku akn minum seteguk air teh dr tumbler kwn aku tu. bila abis prep malam, rasanya adala separuh tumbler besar tu aku abiskan. i wonder kenapa la kwn2 aku xbenci perangai aku yg agk gampang dlu tu

walaupon aku byk aktiviti yg menyeronokkan ketika prep malam, itu tidak mengalang aku dpd memonteng. tapi utk ponteng prep dan tido dlm loker agk mustahil dilakukan sbb semua org ada kat hostel, jadi aku perlu alternatif lain utk melaksanakan misi memonteng prep aku

sebelah dorm aku juga adalah bilik elektrik yg kami panggil bilik danger (cakap omputeh baru rasa sedikit glemer). bilik danger ni terletak kat hujung bangunan. jadi kalau dibaca plan hostel aku, di hujung bangunan itu adalah bilik danger, sebelahnya dorm aku, sebelah dorm adalah bilik study aku, sebelah bilik study adalah bilik basuh baju, sebelah bilik basuh baju adalah toilet. ok, aku xperlu terangkan secara detail kat sini. xde keperluan dgn tajuk cerita pon. maafkan aku kalau korg sedikit konfius. mungkin korg bleh abaikan perenggan ini

tiap kali aku rasa mau ponteng prep, aku akan pegi ke bilik danger dan trip main switch kat situ. jadi bila blackout, xyahla pegi prep. wohoo... walaupon itu bermakna kami harus berada dlm kegelapan dan kepanasan, tapi aku rela asalkan xpayah pegi prep. mungkin ada yg bersyukur juga tiap kali black out, mungkin ada juga yg kurang senang. kesian juga kpd si ulat buku yg terpaksa study di koridor hostel berbekalkan suluhan lampu kecemasan saja. seruis perangai aku adalah sgt gampang ketika itu, tapi mungkin aku gagal menyedarinya akibat kesombongan di masa muda yg indah

tapi mungkin akibat terlalu byk kali aku gunakan trick yg sama utk memonteng, maka timbul syak wasangka di kalangan warden. mungkin mereka musykil kenapa tiap kali blackout mesti level aku je yg terkena padahal level lain kat hostel tu terang benderang je. mungkin ada yg menjadi tali barut lalu telah mengadu kpd warden akibat kesusahan mereka utk study. cheh. loser. haha

jadinya, para warden telah mengeluarkan arahan baru yg lebih bijak. tiap kali black out, kami dipaksa utk study di dewan makan yg mana adalah perkara yg paling xbest. udahla kena pakai baju kurung, xboleh berpakaian kasual (read: t shirt, kain batik, seluar pendek, kaftan dan apa saja pakaian selain baju kurung) jadi xboleh nampak budak yg suka pakai baju tidur warna merah kilat2 serta memakai sepit rambut rama2 yg tergedik2 atas kepalanya lagi. ini juga menyebabkan aku xboleh lagi menjalankan aktiviti prep malam aku yg lain seperti kacau org study, tido, berborak dan pow air teh kwn aku yg duduk tepi pintu tu

maka lepas arahan tu dikeluarkan, jarang2 sekali level aku mengalami gangguan bekalan elektrik. kalau black out, dgn aku2 sekali marah, walaupon lepas tu aku akan sambung tido di dalam loker

*************************************************************************************

ada sapa2 tau kat mana main switch ofis aku?

6 comments:

semuthitam said...

nak aku tolong cabutkan fiusnya kah?

Unknown said...

sib baik aku tak satu skolah ngan ko. kalau tak harus aku tikam2 ko sbb menghalang aku dari berjumpa dgn budak kelas perdagangan tu. masa prep je bole jumpa tau!

kat opis ko ada budak akaun tak?

Jedi said...

macha, aku tak teragak-agak nak bg demerit n kerah ko gi detention kelas. huarghahahah

mafia level 4++ said...

semut, kau jangan.. kang blackout 1 malaysia 2 minit macam haritu.. hehe..

payid said...

semut
buatla apa saja, asal aku xyah keje tapi masih boleh main mafia

cik
sebab kau xsatu sekolah ngn aku la kau xtau yg budak sains tulen pon best juga. bukan budak perdagangan saja (best ke budak perdagangan pon?

btw, budak akaun aku xpasti. mass comm, HR, networking, business study ada la. nape?


jedi
nasib baik kau bukan warden aku

mafia level 4++
ala, berlagak la kau. mentang2 aku baru level 163

Unknown said...

budak pedagangan bestttt!! (tiber teringat kat awek form 5 dulu)

saja la aku tanya, kot2 ada yang kendu..