Thursday, February 19, 2009

payid yg kadangkala terlupa utk bersyukur

setelah beberapa sesi merajuk, akhirnya aku di tag juga oleh isrockstar. huhu. dan aku rasa sempena genap umur aku 26 tahun ini, this is the perfect tag for me to do today. aku juga ada terlalu banyak benda yg sepatutnya disyukuri

*************************************************************************************

arahan: sila nyatakan dengan penuh sincere, anda bersyukur untuk apa dan kenapa, sebanyak 50 point.
contoh :
1. Saya bersyukur nama saya ####. berada dalam senarai pertama dalam list kedatangan. semua cikgu2 sayang saya sebab nama saya selalu kena panggil untuk padam papan hitam
2. Saya bersyukur saya tinggi. jadi pasti semua orang mengingati saya kerana selalu menjadi manusia yang paling tinggi dalam apa2 jua party.

itu semua contoh. tak de kena mangena dengan sesapa pun. jadi, ayuh mulakan!

1. aku bersyukur kerana umur aku masih dipanjangkan sehingga mencecah 26 tahun hari ni
2. aku bersyukur kerana aku dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga dan keturunan yg baik2
3. aku bersyukur kerana aku mendapat peluang pendidikan yg terbaik
4. aku bersyukur dilahirkan sbg muslim dan masih lg tidak terpesong akidahnya
5. aku bersyukur dikurniakan parents spt parents aku. walau derang bukan yg terbaik sbnanya, tp klu ada parents yg 10 kali lebih cool pon, aku tetap mau mak dan bapak aku jd parents aku
6. aku bersyukur aku ada hubungn yg sgt rapat dgn adik2 aku
7. aku bersyukur dgn kenangan 5 tahun yg terhebat di skolah aku yg aku xkan dpt kat mana2 pon
8. aku bersyukur kerana ditemukan dgn org2 yg aku boleh ambil pengajaran dr mereka
9. aku bersyukur kerana aku ada kwn2 yg sgt baik, cool dan best
10. aku bersyukur kerana aku ada kwn2 tika susah yg boleh aku harapkan bila2 masa saje
11. aku bersyukur kerana aku berjaya berbaik2 balik dgn ex aku
12. aku bersyukur kerana dia juga bahagia dan gembira dgn kehidupannya sekarang
13. aku bersyukur kerana mempunyai pekerjaan dan setiap bulan aku mendapat gaji
14. aku bersyukur kerana aku boleh mkn bila2 masa aku nk dan xperlu berlapar sbb xmampu nk mkn
15. aku bersyukur kerana aku ada colleague yg best dan cool dan menerima seadanya aku
16. aku bersyukur kerana bos2 aku juga sgt cool
17. aku bersyukur kerana kat department aku ada ramai gadis2 kendu utk di cucmats
18. aku bersyukur kerana walau aku kdg2 terlupa pdNya, Dia xpenah lupa bg aku oksigen utk bernafas dan xlupa utk buat jantung aku sentiasa berdegup
19. aku bersyukur kerana setiap kali aku tersilap langkah, aku akn tersedar sebelum tersesat lebih jauh
20. aku bersyukur kerana aku dikurniakan kebolehan utk menulis blog
21. aku bersyukur kerana org suka baca blog aku
22. aku bersyukur kerana kewujudan blog ni, aku dipertemukan dgn org2 yg sgt bermakna dlm kehidupan aku
23. aku bersyukur kerana aku dikurniakan kewarasan akal utk berfikir
24. aku bersyukur kerana aku mampu berfikir dgn logik dan bijak walaupun kemampuan itu terhad bila aku dibutakan cinta (ecewah)
25. aku bersyukur kerana meskipon aku buta, aku masih ada kwn2 celik di sekeliling aku who will always look out for me
26. aku bersyukur kerana aku tidak menjadi manusia yg kejam (walaupon kdgkala aku sedikit nakal)
27. aku bersyukur kerana diberi peluang utk menyayangi org2 yg pernah singgah dlm kehidupan aku
28. aku bersyukur kerana aku diberi peluang utk merasa bahagia walaupon sekejap je
29. aku bersyukur kerana semakin meningkat umur aku, aku semakin matang dan bijak
30. aku bersyukur kerana aku tidak cepat berputus asa
31. aku bersyukur kerana aku mampu utk belajar dr kesilapan aku yg lalu (eventhough i always learnt them the hard way. ehehe)
32. aku bersyukur sbb sekapal buat forum sengetians itu lantas aku mampu meluaskan networking dan membina reputasi aku sndiri. eheh
33. aku bersyukur kerana aku dikurniakan anggota badan yg sempurna walau aku xla sesempurna mana pon
34. aku bersyukur kerana aku dikurniakan kesihatan walau aku selalu mencari alasan utk MC dan xpegi keje. eheh
35. aku bersyukur kerana aku ada org2 yg sygkan aku di sekeliling aku
36. aku bersyukur kerana kat ofis aku ada internet connection, tapi aku selalu je salah guna. eheh
37. aku bersyukur kerana aku diberi peluang belajar ttg lessons of life masa di sekolah menengah, dan aku tau aku xkn dpt peluang tu klu aku belajar kat sekolah lain
38. aku bersyukur atas peluang2 yg telah diberikan utk aku buktikan diri aku sndiri
39. aku bersyukur kerana aku dipertemukan dgn dia
40. aku bersyukur kerana gadis itu dtg ke ofis arini lantas menjadikan hari aku lebih ceria. hiqs.
41. aku bersyukur dgn bday wishes yg aku dpt dr kwn2 lama aku mlm td. maknanya mereka masih igt pd aku (dan bday aku)
42. aku bersyukur kerana aku ada kwn2 yg aku boleh bual ttg apa saje yg aku nk tanpa rasa ragu
43. aku bersyukur sbb aku xpenah terlibat dgn masalah yg memungkinkan nama baik aku dan family aku rosak
44. aku bersyukur kerana aku ada kebolehan utk charming2 bila ada gadis kendu berdekatan (walau aku xtau samada berguna ke x charming itu.ehehe)
45. aku bersyukur dgn nikmat utk tido, mkn, buang air, kentut dan segalanya yg aku amik mudah selama ari ni
46. aku bersyukur kewujudan internet yg memungkinkan aku explore dunia tanpa sempadan
47. aku bersyukur dgn kewujudan lrt yg memudahkan aku pegi keje dan pegi dating. ehehe
48. aku bersyukur aku hidup dlm negara yg aman tanpa peperangan
49. aku bersyukur aku dpt tag ini yg memberi peluang utk mengingatkan aku supaya bersyukur (sebab aku selalu terlupa)
50. aku bersyukur dgn segala accomplishments, possessions and experience spjg 26 thn kehidupan aku ats dunia ini

sebenarnya ada lebih dr 50 benda yg perlu aku syukuri dlm hidup ini. tp nk list 50 pon susah. sbb kita hambaNya yg selalu terlupa. dan kita manusia yg selalu take things for granted.

4 comments:

semuthitam said...

ini la tag yang paling ikhlas nak dibuat kan? kenapa kau tak tag is balik? biar dia tertekan, err maksud kau, biar dia tertekan keyboard untuk buat tag ni!

sky said...

hamboi2, sampai sini ko jerat aku si semuts.. cis.

by the way payid, terima kasih krn menyahut seruan.
betul, kita kadang sll amik berat benda yg lansung tak berguna pada kita..

hppy besday!

Jedi said...

Item No.8. yaaa betul

payid said...

semut
aku xtag pon dia dah rasa tertekan agknye. haha

is
tks for the wishes bro

alaskan
kan..?kan...?