Monday, September 14, 2009

bila payid bershopping raya

ok, mungkin tajuk tu kurang tepat. sebenarnya harus dibaca sebagai "bila payid ikut maknya bershopping raya"

aku bukanla jenis yg suka bershopping sgt. aku beli barang pon bila dirasakan perlu je. dan selalunya tempoh penshoppingan aku tidak lama. kurang dr dua jam aku dah berjaya mendapatkan sepersalinan lengkap seberdiri (bunyi cam hantaran kawin pule). kaedah penshoppingan aku sgt ringkas sebenarnya. pergi ke tempat kejadian, beli barang yg perlu sahaja, bayar dan terus belah dr tempat kejadian. thus the concept of membeli belah la kan? beli dan terus belah. boley?

dan semalam aku merasakan sedikit tekanan bila mak aku ajk shopping utk raya. kalau gadis yg mngajak, walau partner sekalipon boleh lagi la aku nk elak. abis teruk pon mungkin ada sesi merajuk2 je la. xkan la sbb xnk teman shopping je dia mau clash kan? tp bila seorg perempuan yg mempunyai kuasa beli serta nafsu membeli belah yg serakah mengajak kau bershopping di jln TAR yg penuh sesak di kala mentari terik membahang di bulan ramadhan, bolehkah kau berkata 'TIDAK' kiranya perempuan itu adalah ibu kamu? kau gila nk suruh aku derhaka pada ibu di bulan ramadhan? nak suruh aku kena panah petir? (macamla bulan lain pon boleh derhaka kan?)

jadinya semalam dgn hati separuh rela aku turutkan juga kehendak mak aku demi memuaskan nafsu membeli belahnya yg membuak2 itu. jenuh juga la kan melayan karenah dia yg selang 15 langkah perlu diheret akibat melekat di gerai2 sepanjang laluan. aku jalan ke depan, sedar2 dia tertinggal di belakang melayan auta para penjual. ada saja la yg menarik perhatian (dan duitnya). baju raya 3 pasang rm100 la, tudung rm10 la, kuih raya rm 15 la, alas meja, sarung kusyen, u name it. xpernah aku rasakan perjalanan sepanjang jln TAR ke masjid jamek itu begitu panjang, mcm xabis2. padahal kaki aku mcm dah xlarat nk melangkah dah.

lepas satu kedai ke satu kedai. dari maju junction, pertama kompleks, SOGO, jln TAR, jln masjid india. mcm abis satu KL la mak aku nk borong smlm. hasilnya boleh tahan kebas juga jari jemari aku yg 10 ni menjinjing barang2 dia. dia belek, dia beli, dia bayar, aku yg angkat. mujur aku xmain mercun. kalau jari putus akibat main mercun, dah xcukup satu jari nk angkat beg2 plastik tu semua

mmg sepanjang bulan puasa ni, semalam la aku rasakan yg paling penat. dan aku mmg sgt musykil dr mana mak aku mendapat tenaga mcm arnab duracell tiap kali bershopping. tanpa henti okeh. serious shopping dan wanita ini ada satu hubungan yg sukar utk difahami

tapi bila melihatkan mak aku yg tertidur keletihan dalam lrt setelah kehendak shoppingnya dipuaskan (akhirnya tau juga dia penat), tetiba terbit rasa sayu di hati. kalau 15, 20 tahun dulu, macam ni juga la lagaknya mengikut kehendak kami adik beradik bershopping raya. sorang nak baju camni, sorg nak kasut begitu, masuk kedai ni xkena, kedai itu xkena. xmasuk lagi yg mengadu lapar dan penat (aku la tu), yg merengek2 kepanasan, belum lagi dia nk kawal kami bergaduh sesama sendiri. cabarannya mungkin lebih besar utk mak aku masa tu. kalau sekarang aku cuma perlu mengikut kehendak dia sorg, dia terpaksa berbuat perkara yg sama utk 3 org. jadinya walau penat mcmana pon smlm, aku kira mungkin ini cuma sumbangan aku yg sgt sikit utk mak aku berbanding apa yg pernah dia buat utk kami masa kecik2 dlu. xperlu la aku nk berkira kederat sgt ngn mak sendiri pon

mungkin meneman mak bershopping raya juga adalah satu kaedah untuk menginsafi diri

dan utk soalan penonton di rumah : apakah warna baju raya payid utk tahun ini?

10 comments:

Jedi said...

macha,aku rasa baju raya ko kaler kunin, sbb sesuai dgn..
(i)corporate ko dan
(ii tema digi yg mengikutttt je tuh (**as refered to ur yesterday incident)..
p/s: ade hadiah ke kalo tekaan betul?

Anonymous said...

i think color blue..

Jebonx said...

Pink!!!!

oh yeah! oh yeah! Bak mai hadiah itu.

[-AnR-] said...

aku rasaaaa....

kaler pelangi....yeaaaahhhh..ehehehehe

bilerlaaaa aku dapat teman mak aku bersopin begitu..eheheheheheehe

sejuk perut ibu kamu mengandung kamu payidd

Fanta Giro said...

Aku tau.. payid tak beli baju raya pun... dia pakai baju tahun lepas..

Anonymous said...

i vote for silver.
coz silver is the color of the year.(mentang2 baju sendiri silver)
betul tak?

semuthitam said...

yid, nanti malam kita bincang jawapan eh, esok aku jawab kat sini...

payid said...

jedi
harusla ada hadiah. setiap soalan kuiz aku kan ada hadiah yg lumayan
btw, jawapan kau tu kurang tepat sebenarnya. cuba lagi di lain masa

anonymous
jawapan anda salah. btw, baju raya anda kaler apa? (bukannye nk tanya nama apa kan? tanya baju kaler apa lak)

jebonx
anda salah. jadi andalah yg patutnye bg hadiah kat saya *pink? nk suh i kelihatan spt cotton candy di pagi raya kah?

AnR
motif kau aku kelihatan seperti ice cream paddle pop pelangi? jawapan kamu pon salah. terlalu banyak warna dalam satu jawapan

Fanta
aku beli la baju raya thn ni. mak aku paksa

vanilla
sayangnya jwpn kamu juga salah. kalau x bolehla kita berpakaian sedondon di hari raya kan? xpela. cuba lagi thn depan

semut
motif aku mau bg kemenangan mudah terhadap kau?

Fanta Giro said...

Aku nak teka lagi sampai dapat. Aku rasa kaler hijau.

Sampul hijau aku dapat tak kali ni? Ingat Fanta-Claus ada hadiah jugak nanti bagi kat Payid... :P
Tapi aku nak sampul hijau berisi apa yg patut la. Ugut siap.. haha..

jamie said...

i know...it's purple!!:)

selamat hari raya dear..it has been a long time huh?hope u r doin good..btw, semperna raya ni, i maafkn sume salah & silap u..hehehe..i xnk mintak maap sbb i know i tak penah bt salah..& sbb i cute..(motif la kan??ade aku peduli??)hahahaha...:P

nnt jgn lupa dtg umah for ray & for the wedding..& don't forget the mini gath yg di rancang..:D