Wednesday, September 16, 2009

edisi bumper hari raya

kau ingt majalah ujang je ada edisi bumper? blog aku pon ada ok. disebabkan aku ada byk benda nk tulis dan masa yg sgt terhad serta sgt malas mau buat byk2 post dlm satu hari, maka terhasil la edisi bumper ini

*************************************************************************************

minggu ni merupakan minggu malas kerja aku yg ultimate. badan je yg pegi keje hari2. jiwa dah sibuk nk beraya je. otak aku pon asik terngiang2 lagu raya je. walau aku pasang lagu nelly furtado ke, lagu 3 doors down ke, tp asik terbyg lagu raya je skang. mungkin penangan ikut mak aku shopping raya minggu lepas kut. kat mana2 pon ada lagu raya. aku pon dah rasa mcm kompleks membeli belah skang sbb otak aku asik pasang lagu raya. haiiihhhh.....

aku xtau la kalau disenaraikan semua lgu raya kat malaysia ni boleh dapat berapa CD. gila byk. aku bukanla penggemar lagu raya sgt. pada aku isi lagu nye sama je. semua psl sebulan berpuasa (padahal xcukup pon kan), pasal memohon kemaafan, perantau pulang ke kampung halaman, perantau xdapat balik raya (mungkin sbb xdapat cuti atau xdpt tiket bas), saling kunjung mengunjung, pasal ketupat lemang, kuih raya, duit raya, jalan raya, bunga raya, hantu raya dan segalanya raya. balik2 ituuuu..... la juga. bapak bosan ok

tapi dlm byk2 lagu raya, lagu yg mcm memberikan kesan sket kat aku adalah lagu yg aisyah nyanyi tu. amende tah tajuknye? jap aku g google eh (gigih ni)

***setelah menggoogle selama 10 minit

ok, tajuknye ialah Pulanglah. eheh

Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )

Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya

bapak syahdu lirik tersebut. dun get me wrong. bukanla aku pernah clash dgn mana2 kekaseh di aidilfitri. cumanya aku membayangkan gile sedih la sang kekaseh ini di'dump' di hari raya. sian gile. kalau aku, xsanggup kot rasanya nk tinggalkan kekaseh di hari raya. kalau nk clash pon aku tggu la lepas raya kut. kalau dah xsabar sgt, mungkin elok2 lepas puasa enam tu bolehla clash kut. haha. jadi kepada anda2 semua yg ada kekaseh tu, jgnla clash dgn kekaseh anda di hari raya. nanti tiap2 tahun raya menjadi kenangan buruk lak kat dia. xpasal hari gembira bertukar suasana

*************************************************************************************
dan terima kasih juga kepada para peserta kuiz penonton di rumah sekelian. walaupon xde yg menjawab dgn tepat, aku tetap hargai sokongan korg terhadap kuiz aku. walau dgn 7 peserta saja, aku tetap nk kata kuiz aku mendapat sambutan hangat. hehe

camnila sikap korg kan. bila aku post psl gath dan dan tu sampai 43 komen masuk. anonymous di sana sini, org2 yg xpenah aku kenal dan tau kewujudan pon teruja mau komen. aku buat kuiz penonton di rumah korg xnk join lak kan? haha. tetiba emosi plak payid ni. tekanan sbb xpenah tinggal puasa lagi kut *yeah, blame the hormones. senang betul jadi perempuan ni

okla, demi menghangatkan suasana, aku buka lagi kuiz ini sampai abis puasa ni. dan untuk memujuk rayu korg menyertai kuiz ini, aku goda korg dgn menawarkan hadiah yg lumayan. barangsiapa yg dapat meneka dgn tepat, aku akan membuat kemunculan istimewa memakai baju raya menziarahi anda di hari raya dlm mimpi anda. haha. bapak keji guna fine printing utk menyatakan kos2 tersembunyi.

*************************************************************************************
maka dgn ini, aku mengambil kesempatan utk buat ucapan selamat hari raya eksklusif utk para pembaca aku sekelian. kalau boleh aku mau upload kad raya poyo yg aku bg pada pembaca bertuah aku. malangnye xleh upload pula. mungkin Allah tau niat aku yg mau poyo dgn korg walau aku ikhlas mengucapkan selamat hari raya

okla. kepada anda semua yg membaca, maafkan segala keterlanjuran kata, kekasaran bahasa, kesalahan laku dan sebarang ketakbestan sepanjang korg membaca blog ni dan mengenali aku. jgn risau, aku juga maafkan dosa2 korg juga. tp kalau korg ada yg mengumpat ke, mengata, mengeji atau menyebarkan cerita2 xbest terhadap aku, aku xmaafkan selagi korg xminta maaf sndiri. haha. tawaran kemaafan bersyarat katanya

selamat pulang ke kampung halaman
selamat beraya di kota kepada yg xde kampung halaman

jangan main mercun, nanti putus jari
jangan raya sakan sgt sampai lupa nk balik keje lepas cuti
jangan belanja boros sgt nnt lepas raya merasa la kau mkn megi

salam aidilfitri.ampun maaf zahir dan batin

3 comments:

semuthitam said...

dude, aku ampunkan semua kata cerca dan keji kau pada aku selama ni kalau kau sertakan juga duit raya dalam permohonan di atas. selamat berhari raya. aku pun nak minta maaf jugak, mau duit raya, sila datang ke rumah (nanti aku tanya orang rumah aku, boleh bagi kau ke tak - tapi aku rasa dia tak kisah kot)

Fanta Giro said...

Payid.. Selamat Hari Raya kuucapkan melalui komen blog mu ini. Diharap segerakan la duit rayaku ya. Hahhaa... masih lagi meminta2. Keji bukan tapi keji2 pun aku berhati baik :D
Dont drink and drive k. Jangan mabuk ketupat dan rendang. Makan secukup ususmu saja. Unless ada spare tank.

[-AnR-] said...

Payid :

Selamat Berhari Raya Aidil Fitri kepada kamu

Maaf segala salah silap….
Thanx for the frendship….

Insya-ALLAH ada jodoh, umur panjang berjumpa kita



Salam tulus ikhlas dari Kami Sekeluarga