Monday, December 20, 2010

payid's facebook code of ethics

sebagai pengguna terbesar facebook di muka bumi, aku rasa rakyat malaysia terutamanya perlu ada tatacara penggunaan facebook. mungkin mark zuckerberg terlupa nk tulis code of ethics ni masa dia cipta facebook. mungkin dia pun xsangka after a few years facebook akan menjadi sgt annoying

jadi aku tulis code of ethics ni hari ni sbb aku ada masa terluang bila aku datang keje sgt awal padahal aku masuk shift lambat *tsk*. lagipun tahap annoyed aku dah menuju puncak yg menyebabkan aku berkira2 mau close account. tapi nanti camne aku nk annoy org lain plak kan? hehe

jadi antara rules yg aku boleh fikirkan dalam masa yg singkat ni adalah seperti berikut

1. jangan post apa2 yg berbentuk hasutan
aku rasa dlm negara ni semua org tau rules ni. mungkin xbyk sgt post yg menyentuh sensitiviti agama dan perkauman. kalau ada dah ramai2 pakat smash dah pun. lagipun pengecut2 ni semua xde beraninye nk letak post sensasi camtu. takut kena ban dr facebook. tapi kita juga perlu sensitif ttg perbezaaan ideologi politik sesama kita. kalau kau anti kerajaan tapi kau obvoiously kakitangan kerajaan yg tiap2 bulan amik gaji, sapu duit elaun sara hidup, sagu hati dan benefit lain tapi keje mengelat, fine. aku xkan judge kamu. bt pls save ur hatred kepada kerajaan kepada kwn2 yg sekaum dgn kamu. pernah tak selama kamu post status2 kemarahan kamu terhadap kerajaan, kamu perasan tak lambang kunci kat tepi status tu? ye, sila gunakan. bukan semua org nk baca dan respond to ur whinings every now and then

2. elakkan dari post every other hour
memula status "haih.. bosannya isnin". lepas sejam "baru lepas bfast. bos xde lak arini. nak buat apa ye?" lepas tu post lagi "cilake senior ni tegur aku main FB time ofis. macam dia bagus sgt". and then "=dah lunch. nk mkn apa arini ek?". lepas tu "alhamdulillah, kenyang mkn KFC, ada org belanja td"
eh hellooo...kalau pun kamu xde keje kat ofis dan mkn gaji buta, jgn tunjuk sgt boleh tak? rimas aku kau dok flood FB ngn status2 murahan kau tu

3. sila jgn maki hamun kat FB
asal xpuas ati kat org, maki dlm FB. maki siap carut2 lak tuh. lain kali sila mencarut kat page org tu je boleh tak? tak pun bagi je la email kat dia. klu kau xde email dia, pegila maki direct. ini main pengecut maki dlm FB, pastu harap org ramai sokong kau. haiihhh...tercemar keharmonian hidup aku baca status carutan2 kau. kalau kau rendah moral sgt, jgnla make it obvious sgt kut

4. dilarang bercinta dalam FB
situasi ini akan bertambah annoying bila kau adalah friend kepada kedua2 pasangan tersebut.
"hi syg. morning. rindu kat uuuu..."
"hi busyuk. rindu kat u juge. thank u buat bfast utk i.syedapnye roti bakar ni"
"baby pas keje kita g tgk wayang nk? lama xtgk wayang ngn u"
"syg balik keje mau mkn ape? nnt ayg masakkan"
sekali baca status, update via blackberry, via android. wei, korg boleh beli smartphone mahal2, penah tau guna sms tak?

5. sekiranya break up, jangan melampiaskan kemarahan dlm FB pule
sebagaimana kitorg menyampah tgk korg bercinta, menyampah lg bila korg break up. sila refer juga rule num 2.

6. bila colleague kau adalah kwn FB kau, sila jgn post apa2 bila kau kata kau MC
ini basic rule kut. kata MC. sekali FB status "xsabar2 mau keluar tgk wayang dgn yg tersayang". apekahhhh???

ini je rules yg aku dapat fikirkan setakat ni. feel free utk tambah dan komen apa yg patut. maybe sum of u are wondering, kalau dah annoying sgt, nape xdelete je org2 busuk ni dr friendlist?

well, apa perasaan kamu bila kamu add artis terkenal dlm FB jadi kwn kamu, pastu tetiba u found out one day kamu telah di delete dr friendlistnye. mestila kamu kecewa kan?

jadi bagi mengelak dari kamu mengalami kekecewaan, aku harap kamu juge jagala hati aku agar tidak terasa annoyed ngn kamu tiap kali aku buka FB

Friday, December 10, 2010

payid dan perkahwinan

bila time2 umur sekarang, ditambah dgn musim cuti sekolah yg byk gile kenduri kahwin (adik aku pggil musim mengawan), topik terhangat di pasaran skang ialah "bila mau kahwin?". i can consider myself lucky when both my parents xdela mendesak pun pasal bab2 kahwin ni. setakat serangan peribadi dari makcik2 kepoh itu aku masih buat muka xde perasaan lagi. tapi rasa simpati juga kepada rakan2 seangkatan yg kurang bernasib baik

sebenarnye aku rasa keperluan utk please other ppl adalah sangat bangang. bila kau takde boyfren, sibuk suh kau cr boyfren. siap nk tlg carikan pun ada. mcm kau tau sgt la taste aku camne kan?. klu dah ada boyfriend, tanya bila nk tunang, nk kahwin. bila dah kahwin, tanya bila nk ada anak plak. dah beranak sorg, tanya bila nk tambah anak lak. wei, kau duduk diam2 jaga hal kau sendiri boleh tak?

i just dun geddit kenapa org2 sekeliling sgt kecoh dan mendesak gadis2 untuk berkahwin. as if kebahagian yg ultimate itu hanya boleh dicapai melalui perkahwinan. dan perempuan2 itu tercipta hanya untuk menjadi berkahwin dan menjadi isteri.

marriage is not for everybody. dan perkahwinan itu sendiri bukanla jalan ultimate utk mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. bukan semua cerita perkahwinan itu berakhir dgn kebahagiaan. berapa org yg perkahwinannye berakhir dgn penceraian? berapa org yg lepas berkahwin hidupnye hancur, kena pukul dgn suami, suami turns out to be penagih dadah, suami kikis duit gaji isteri, suami curang main kayu tiga?

dun get me wrong, i hv nothing against institusi perkahwinan ni. aku turut tumpang gembira dgn kwn2 yg mendirikan rumahtangga. tapi bila aku sgt menghormati dan turut berkongsi bahagia bila org lain berumahtangga, xbolehke orang lain sama2 menghormati pilihan hidup org2 yg memilih utk tidak berkahwin?

dan yg anehnye kebanyakan gadis2 yg didesak utk kahwin ini adalah mereka yg boleh dikira berjaya dlm hidup. ada kerja yg bagus, ada kereta sendiri. ada yg dah ada rumah sndiri pun. it's not like mereka ni duduk umah, goyang kaki dan habiskan reta mak bapak je. when it looks like they hv almost everythg in life, kau perlu la nk bg statement "keghoje dah elok, kete dah besor, ghumoh pun dah ade. ate kome nunggu ape yg xkawen2 lagi ni?"

aku faham kerisauan ibu bapa terhadap anak2 gadis mereka. takut nnt mereka akan tua keseorangan, xde sape nk jaga. tapi rasanya, anak2 makcik dan pakcik dah cukup matang dan pandai nk jaga diri sendiri. kalau baik didikan makcik dan pakcik bagi, insyaAllah derang xkan apa2 walaupun xkahwin. kalau anak2 makcik dan pakcik sibuk mengejar karier, biarla dia berusaha mencapai apa yg dia idamkan selama ni. mungkin kalau bagi org lain, kebahagiaan ultimate itu adalah berkahwin. tapi kebahagian ultimate anak2 makcik dan pakcik adalah dgn memiliki kerja yg bagus, kereta dan rumah yg mewah. atau simply dapat berbakti dan menjaga pakcik dan makcik sampai bila2 selagi diizinkan Tuhan. dan mungkin kalau derang kahwin, derang xdpt nk capai semua ni

kalau org lain yg sibuk nk risau, aku nasihatkan sila la jaga masalah rumah tangga korg sendiri. bukan korg yg bg mkn anak2 gadis yg tidak berkahwin ini. duduk diam2 xkahwin tu sebenarnya lebih baik dari berkahwin tapi masih sibuk mengata hal org sampai anak2 dan laki sendiri terabai. belajarla utk respect dan terima org itu seadanya mereka, berkahwin atau tidak.

tapi seandainya melempang muka org bertubi2 itu tidak menjadi kesalahan, aku teringin sekali melempang mulut2 mereka yg berkata "kalau kahwin lambat, memilih sgt takut tak laku". well guess what, kalau kamu mau merendahkan maruah dan harga diri kamu, go ahead and be my guest. tapi perempuan itu bukanla barang dagangan yg kamu mau tentukan laku ke tak

owh btw, tolong jgn desak aku suruh kahwin. aku kahwin ngn laki korg kang, baru korg tau

Saturday, December 04, 2010

bila payid amik exam lagi

10 tahun dulu, time2 camni aku masih menahan debar amik SPM. masa tu rasa mcm antara hidup dan mati. xboleh tidak, harus lulus dgn warna2 terbang. baru boleh masuk universiti. baru boleh keje besar. baru boleh ada masa depan. kalau tak nanti jadi kutu berahak kat alor setar

dan masa tu debarnye rasa mcm nk pecah jantung. resah dan gelisah takut tak lulus. masa ni semua org saling wish good luck antara satu sama lain, sbb kau pun nk org wish good luck kat kau juge. u think u really need luck at that time. mana tau x ong nnt, xleh lulus lak. choi!

takyah tanya la camne result SPM aku. cukupla kalau aku kata, aku ada kehidupan yg agak baik sekarang. tapi aku xsangka lepas 10 tahun, sebulan yg lepas bos aku kata

"payid, im sending u to a 2 days course next month. there will be an exam at the end of it, so be prepared. i want u to pass this."

going to a course is not really a big deal, eventhough sepanjang kerjaya aku kat sini, this is the first time they are sending me to a professional course. tapi aku mula xsedap ati bila TL aku kata "sebelum ni kita hantar a few seniors. semua tak pass. so i harap u pass la"

damn laaa..... susah sgt ke course ni? dan selama sebulan, aku mula resah dan gelisah. makin lama makin teruk. sehari sebelum pegi course, TL aku wish good luck and said "kau kena pass ni. this is my KPI". senior2 aku kata "kitorg tau, kau mesti pass punye. jgn risau la." mak dan adik aku kata "buat exam elok2. we know this exam is important to u, so do ur best." and she said "i know u can do it. i hv a strong feeling that u will pass this exam." aaarrgggghhhh.... more pressure....!!!

aku berada dlm keadaan yg sgt tertekan selama 2 hari tu. perasaannya sama mcm masa amik SPM last 10 years. ini soal hidup dan mati. kalau tak pass, rasa mcm nak mati. camne nk balik ofis dan berhadapan ngn semua org kalau xlulus? everybody's counting on me.

dan ketika itu, i nvr know that good luck wishes could be so comforting. when my TLs,my colleague, and my family texted me to wish good luck the night before the exam,it really touched my heart. even if i succeed in this exam, it has actually nothing to do with them (except for my TL la kan). but they were really counting on me, and sumhow my success in this exam really matters to them

alhamdulillah. the exam went well. separuh dari debaran dah hilang, tinggal lagi separuh nk tggu tau result dlm sebulan lagi

tapi bila aku masuk ofis semula the following day, i saw this message ws circulated among my teammates by my TL

"Doakan payid (bukan nama sebenar) and liza (mungkin nama sebenar) for their exam later today..... doa skarang! kasik depa tenang hati and dapat jawab and paz with flying colours..ini adalah satu arahan...buleh!! hehehe...."

demi Allah, aku sgt bersyukur dikurniakan colleagues yg sgt thoughtful. terima kasih utk doa korg semua

and to u. thank u for just being there for me during my tough times.

Monday, November 29, 2010

sape kata lepak kl sentral xde faedah?

jumaat lepas, seperti hari2 sebelumnye aku akan singgah kl sentral jap sebelum balik umah. sehari kalau tak bernafas dlm udara kl sentral tu rasa mcm hidup kurang bermakna plak. lepas seharian penat keje, mesti lepak kl sentral. jgn tanya kenapa. terima je statement aku ni dgn tabah

masa tgh meronda2, tetiba tidak seperti hari2 sebelumnye, aku tgk kat tv2 di kl sentral tu mcm ramai plak og kerumun. agk aneh juge keadaaan itu sbb setau aku org yg suka tgk tv percuma kt kl sentral tu xde la sebanyak mana pun sebelum ni

jadi dgn semangat inkuiri yg tinggi, aku pun join juge the crowd, mengimarahkan kawasan tv percuma itu. dan ketika itu, tetiba aku tetiba tersentuh, (ala payid ni soft hearted lak, tgk tv pun nk tersentuh) bercampur bangga bila aku find out the reason org beramai2 berkumpul depan tv itu

di kaca tv itu, sedang bersiaran perlawanan akhir hoki sukan asia malaysia lawan pakistan. dan masa tu kita dah ketinggalan 2-0 pun. tapi di sekeliling aku, melayu, cina, india, singh, yg muka ala2 nepal, bangla dan indon pun ada, sama2 menumpukan konsentrasi di kaca tv. untuk seketika, tanpa mengira bangsa dan agama kita sama2 memberi sokongan kepada pemain2 kita yg sedang gigih berjuang sampai ke wisel penamat. for a moment, we set away whatever differences we might have and agree on one thing.

mungkin semua pun dah sedia maklum dgn keputusan perlawanan tu. tapi game itu saja telah membuktikan yg kita sebenarnya boleh bersatu hati dlm sesuatu perkara, xkira apa saja differences yg kita ada. so sape kata kita tak 1Malaysia?

dan cuba la korg bayangkan plak klu pasukan bolasepak kita layak ke final piala dunia plak? piala dunia sebulan. dlm sebulan mcm2 boleh jadi. xmustahil dlm sebulan itu, kita mungkin berupaya utk melupakn terus differences itu dan saling berusaha menjadi bangsa malaysia yg lebih menghormati antara sesama kaum

jadi kepada pasukan bolasepak malaysia, jgnla sibuk kahwin sesama artis dan maintain muka hensem sahaja (walaupun anda sebenarnye xdela berapa hensem sgt). sila berusaha bersungguh2 kerana masa depan perpaduan malaysia terletak di tangan anda

amacam, deep tak entry aku kali ni?

Monday, November 22, 2010

mistakes are made to be learnt, not to be repeated

kdg2, there are parts of our life we really wish we cud just erase them. kesilapan2 bangang yg kita penah buat di masa muda yg indah dlu adakalanya rasa mcm tak mau diungkit2 lagi, sbb xmau mengenangkan betapa bangangnye kita satu masa dahulu

tapi sejauh mana pun kita cuba padamkan sejarah silam kita yg hitam tu, kita xdapat nafikan kesilapan tu yg buat kita jd manusia yg cool seperti sekarang. kesilapan2 itu mungkin bukan sesuatu yg boleh kita banggakan, tapi itu yg buat kita menjadi siapa kita sekarang ini sebenarnya

mcm tu juge la ngn relationship. aku selalu percaya, kita akan berjumpa ngn org2 yg salah, sum of them yg buat kita terpikir 'waddehel ws i thinking back then' sebelum kita berjumpa dgn 'the one'. nanti bila sudah terjumpa ngn 'the one', kita xkan repeat lagi kesilapan2 picisan yg penah kita buat ngn org2 yg salah dulu.

jadi partner kamu itu mungkin pernah berkongsi hak penjagaan patung ladybird dgn ex nye. dia juga mungkin pernah meninggalkan bunga di dalam kereta gadis yg lain. dan dia juga pernah menabur charming cardsnye di merata2 tempat sampai dia sndiri dah lupa. tapi yg penting, kamu yg berjaya memiliki hatinya sekarang, bukan mereka. dan kamu sekarang bersama dgn si dia dlm versi yg lebih baik, lebih matang dan dewasa. so either way u look at it, u are still a winner

nevermind the yesterdays, for it's in the past. but im here to share my today and tomorrow, and the rest of my life with u.

Tuesday, November 16, 2010

sarapan payid

setiap pagi bila mau turun ke kantin, aku akan lalu depan stall (stall ke?) gloria jeans. dari dlu lagi aku merasakan somehow minum kopi dlm cawan kertas berpenutup itu sgt bergaya. pengaruh tv la ni. i mean, c'mon la, mana lagi cool? minum dlm cawan gloria jeans ke, minum dlm plastik bungkus air tu?

jadi tadi, seperti pagi2 aku yg biasa, aku lalu depan gloria jeans itu sambil tangan membawa sebungkus nasi lemak beserta kuih dan sebungkus teh o ais (kuih ngn teh o ais kwn aku punye. aku punye nasi lemak je. aku bukan mkn byk pun. hahahaha). dan aku terpandang seorg eksekutif muda (aku andai je dia eksekutif. mungkin dia cuma kerani yg berpakaian sgt hebat) sedang minum kopi gloria jeans, sambil membaca akhbar. dan dia kelihatan sgguh bergaya, memakai kemeja lengkap bertali leher sambil membaca paper english percuma. owh, sgt bergaya sekali

kemudian bila aku sampai ofis dan membuka bungkusan nasi lemak di workstation sambil minum neslo buatan sendiri, aku cuba bandingkan rupa aku dgn eksekutif td. cheh, sgt tak bergaya. dahla pakai tshirt. neslo aku pun dlm mug pemberian TL aku dan bukannya cwn kertas. sgt tak bergaya.

tp xkisahla klu aku bfast dlm keadaan yg kurang bergaya. at least bfast aku meriah ditemani colleagues yg gila padahal eksekutif muda itu hanya mkn sorg2.

i am blessed to hv my crazy friends around me

Friday, October 22, 2010

payid syg kamu

kadang2 bukanla aku take things for granted. cuma aku kdg2 aku terlupa betapa beruntungnya aku dgn segala nikmat dan kurniaan yg aku ada sekarang.

kdg2 aku sendiri terlupa to count my blessings bila dikurniakan kawan2 yg baik. bukanla tidak menghargai, cuma kdg2 aku terlupa betapa beruntungnya aku ada mereka yg sgt mengambil berat dan ikhlas berkawan dgn aku, menerima aku seadanya aku

mmg there's a saying, u dun miss the water till the well runs dry. tapi mungkin xperlula sampai nikmat tu ditarik semula baru kita nk tersedar. minta dijauhkan Allah andai persahabatan yg aku ada ini ditarik balik. tapi kdg2 it doesnt take much utk menyedarkan kita agar lebih menghargai kelebihan yg kita ada itu. mungkin kesedaran itu juga boleh dtg bila kita dikurniakan dgn blessings yg dtg dlm bentuk berlainan pula

dan bila kwn2 ini dgn seikhlas hati being genuinely happy (and excited) dgn blessings yg baru ini, sungguh aku rasa sgt tersentuh hati. tak terucap gratitude aku bila aku tau mereka juga sgt gembira dgn kebahagiaan aku. dan baru aku sedar, betapa selama ini mereka amat mengambil berat dan sgt risaukan aku.

thank u for all the well wishes. and dun worry, i'll be fine now for i'm now in good hands. insyaAllah, we'll meet up sum time. there's a lot of catching up and juicy stories to share. ehehe

and to u, welcome to my circle of family and friends

Wednesday, October 06, 2010

adik payid

payid adalah sgt overprotective terhadap adiknya. dahla 'sgt', 'over' plak tu kan? jd korg leh bygkanla kut camne aku protective terhadap adik aku. dun get me wrong, bukanla dia itu sgt tak matang. in fact i think she's the most matured and most intelligent amongst the 3 of us. cuma kdg2 (read : most of the time) dia memportray diri dia sbg seorg yg sgt fragile sgt kasihan kalau ditinggalkan seorg diri

she's the type yg xpenah kami tinggalkan sorg2. kalau dia study dlu pun, bpk aku la yg berantar berambik dari college ke umah. kalau aku tu haraaammmm.... ok la, aku study kat johor dan dia study kat shah alam. fine! college dia dekat! tapi pun my point is, dia tak penah travel jauh2 dan dibiarkan berseorangan

jadi oleh kerana she'll be going outstation for the first time since dia keje ni, aku pun dah menjadi agk risau dan neves. kdg2 aku rasa aku plak yg over, parents aku relax je nmpknye. ye la, selalu tu aku yg tgk2an dia klu bukan parents aku. bila dia dah sorg2 ni, risau la juge

ikut ati maunye aku ikut dia pegi outstation. tapi aku batalkan je hasrat tu oleh kerana dia pegi smp 10 ari dan aku pun mcm la leh cuti sgt dan yg paling penting, aku xmau memalukan dia. i mean, pegi outstation bwk kakak? haish... klu junior staff aku kat sini pun maunye aku gelakkan.

oleh kerana kerisauan melampau, maka aku bercadang nk bekalkan dia ngn pepper spray. ye la, better be safe than sorry, kan. jadinye smlm selepas asking around, bermula la misi pencarian pepper spray aku kat kl sentral. xdela susah sgt pun mencari, sbb aku terus tuju ke guardian tu, ada je jual. tapi bila dgr harga dia smp dekat rm40, techampak juge aku 2 marhalah. pepper spray ni nak menakutkan penjenayah ke, menakutkan aku?

long story short, aku beli juge pepper spray tu dan bwk balik umah. mlm tu, kitorg pakat2 mengetest la bendalah tu. ye la, kang kalau xtest dlu, sekali penyangak dah depan mata sembur2 xkeluar. peghak juge la kitorg 2 beradik smlm mengerjakan pepper spray tu. ok, kami mmg 2 beradik yg agak sengal. tu nasib adik laki aku xde sekali. kalau tak confirm malam tu juge abih pepper spray nye

korg penah dgr istilah "senjata makan tuan tak?" tefsiran bagi peribahasa tersebut adalah bila kau sibuk main pepper spray tu and at the same time kau pegi genyeh mata kau sesedap rasa. agak2 30 saat lepas tu, mmg berjurai2 air mata aku. yg adik aku dah bantai gelak tgk kebangangan kakak dia. haish... dan mlm td aku tidur ngn mata yg masih pedih2 sbb dah basuh pun mcm xilang lagi

xpela, aku confirm adik aku mesti selamat nnt ngn adanya pepper spray tu. moga adik aku dilindungi olehNya dan diberkati perjalannannya pergi dan pulang. aminnn...

Tuesday, September 28, 2010

adakah mereka mmg complicated atau payid yg terlalu cetek akal utk memahami?

aku bukanla orgnye kalau mau bercakap soal agama dan hukum hakam. aku sedar iman aku tidak sesempurna mana. tapi kdg2 i just cant help myself frm wondering, bagi seorg yg mengaku muslim, mengaku melayu, sesuaikah tindak tanduk dan perlakuan sesetengah kita

aku tidak akan menghakimi kamu tentang cara hidup atau jalan yg kamu pilih. hidup kamu, kamu tentukan sendiri. aku tidakla sebagus mana utk menghakimi org lain. tapi aku aneh bila kdg2 diberi nasihat dan teguran, kita akan melenting marah. jika yg menegur itu bukan sekaum dgn kita, katanya mereka tidak memahami hati dan naluri kita. kalau nasihat itu dtg dr golongan sesama kita pula, katanya cerminla diri sndiri dlu. diri sendiri pun tak betul ada hati nak nasihat org

pada aku, bila kamu enggan menerima nasihat, dan mengutuk pula org yg memberi nasihat2 itu, kamu sebenarnya tidak menghormati nasihat itu sendiri. a good advice is still a good advice, walaupun ianya datang dari org gila sekalipun. jadi kalaupun kamu tidak hormat pada pemberi nasihat yg berjeans dan t shirt lusuh instead of berjubah dan bertudung litup, sekurang2nya hormatla pada kata2 nasihat yg disampaikan. setinggi mana pangkat dan darjat kita sekalipun, apakah nilai diri kita yg tidak mahu menghormati nasihat yg baik?

dan utk seorg yg merasa mereka adalah sgt open minded, aku aneh juga bila kamu xboleh menerima open criticism. apakah definisi open minded itu hanya include berbicara soal dalam2 kain secara terbuka tanpa malu sesama sendiri dan tidak lebih dari itu? bila dikritik secara terbuka, u start to take it personal instead of using it to improve urself. maka kamu putuskan silaturrahim sesama kamu hanya kerana kamu merasa org itu xsepatutnya point out kesilapan kamu secara terbuka

dan utk seorg yg kononya macho kekar dan lebih jantan dari lelaki, aneh juga bila kamu mudah tersentuh dan kecil hati bila ditegur. kita sesama kita pun dituntut utk saling berpesan2 pada kebenaran. jadi kenapa kamu tetiba melenting when the truth is shoved to ur face? kwn2 aku yg girly2 pun tak sesensitif kamu.

aku mungkin sgt dangkal sebab setiap kalipun aku mau quote yusry KRU kata 'diam adalah pintar'. aku tak bijaksana sgt nk memetik kata2 pujangga lain. tapi apa yg yusry ckp tu ada kebenarannya. sbb bila kamu start mengutuk dan mengkritik org2 yg memberi nasihat kepada kamu secara terbuka, ianya hanya akn menampakkan kerendahan peribadi dan ketidakcerdikan org2 yg tidak tahu menghormati kata2 nasihat. aku faham andai kamu melenting tidak setuju dgn nasihat dan kritikan tu. aku pun adakalanya tidak mau mengikut nasihat yg aku dpt juga. tp aku rasa dlm hal yg mcm tu, lebih baik kita diam. sekurang2nya bila kita diam tanpa bicara. org tak nmpk sgt ketidakcerdikan kita

eh, kwn aku bwk rendang ayam ngn nasi impitla. aku nk g mkn dlu. bye!

Monday, September 06, 2010

payid yg sedang dalam mood perayaan

bila dah dekat2 nk raya ni, puasa rasa mcm best plak. klu masa awal puasa keje asik nk tido je, skang time break pun aku masih bertenaga nk usik2 junior consultant atau kacau bos aku buat keje. rasa lapar pun boleh buat2 relax lagi. tapi aku masih lg xleh tgk gambar makanan yg lazat2. eh, itu bulan xpuasa pun jadi juge

jadi sempena dekat2 nk raya, semua org pun mesti pakat2 nk buat post pasal dedikasi raya. sbb xnk ketinggalan, aku pun terasa nk buat sama. cuma kali ni aku nk buat ala2 public community service yg bertemakan raya juge

aku sure setakat beli baju raya, tiket raya, beli kuih raya, tuka duit utk duit raya semua tu takyah pesan kut. sebelum puasa pun korg dah siap preparasi bagai. tapi kali ni aku nk bg pesanan versi service consultant bagi pihak sebuah syarikat insurans yg dirahsiakan namanya

1. sila renew insurans kereta anda cepat2!
selama ni kau selamba je bwk kete xde insurans ngn r/tax. sekali nk balik raya barula terhegeh2 mau renew insurans kete kan. xpe, aku paham perangai last minute tu. tapi jgn la tggu saat2 akhir sgt baru nk renew. kamu harus consider juge sekiranya berlaku masalah sistem atau komunikasi data antara insurance company dan JPJ. tidak ada apa yg lebih annoying daripada menerima call dr customer last minit yg menjerit2 xleh renew road tax di petang2 menjelang hari raya. dahla xleh cuti raya awal2, kena attend org2 last minit ni plak. haish...

2. jika ada kemudahan renewal insurance online, sila pastikan anda memasukkan period of cover yg betul
period of cover insurans kamu sepatutnya sama dgn period of cover road tax kamu. kalau ada beza, itu yg kamu xleh nk renew r/tax tu. kalau nk senang, sila check kat kete bila road tax mati. dan counter check ngn renewal notice / policy schedule kamu yg lama. kalau policy kamu hilang then dun blame the company for ur ignorance. dan bila dah masukkan tarikh tu, sila berhati2 agar tak 'terscroll' ke bawah lak. karang policy dah issue skali tarikh dah lari.

3. sila beli personal accident plan
kalau dah ada dan dah nk expire, sila renew. bukan kita minta kemalangan terjadi, tapi sebagai langkah berjaga2 kiranya ada kejadian yg tak diingini berlaku. mana la tau teraccident motor kat kampung, kaki patah ke, jari putus main mercun ke. udahla dah sengkek lepas raya, kena masuk hospital lak kan. at least dapat juge claim dr insurance company utk meneruksan kehidupan

4. insuranskan barang2 dlm rumah anda
kiranya korg ada tv plasma HD 39 inci, set home theater, peti sejuk 3 pintu, mesin basuh automatik yg senyap, set sofa courts mammoth yg ansuran tanpa cengkeramnya pun belum habis dibayar, eloknya beli la home content insurance sempena nk balik beraya ni. mana la tau korg balik raya seminggu dua ni, ada pula makhluk yg beraya kat rumah korg plak. sekali balik dari kampung, tgk2 rumah habis licin dah.

selain tu, sebelum balik kampung pastikan semua suis, paip air dan gas ditutup utk elak pembaziran. kunci pintu rumah rapat2. servis kereta korg dlu dan pastikan dlm keadaan baik. reload touch and go card, pandu dgn cermat dan igtla org yg tersayang

dan jgn lupa bayar zakat fitrah. apa? bapak kau yg byr utk kau? muka macho kekar, rambut pacak2, baju melayu dah tempah sedondong ngn partner tapi zakat fitrah bapak juga yg bayar? ish.. ish..ish..

salam aidilfitri. maaf zahir dan batin

Thursday, August 19, 2010

amukan sang payid

dari dulu lagi i have some anger management issues. tahap kesabaran aku mmg telah dikenalpasti tidak berapa tinggi, terutama jika berhadapan dgn stupidity. cheh, poyo tak? hahah

pada masa zaman silam aku yg kelam, amukan kemarahan aku mencecah tahap menghempas barang2 yang menjurus kepada perlakuan vandalisme. itu tak masuk lagi dgn tutur kata yg menghiris kalbu. tapi menjelang dewasa, aku pun dah agk matang sikit and hv sum sense in my head. so normally bila marah, i just remain silent, for i'm afraid i might say sumthing that i would regret, maybe for the rest of my life. lagipun bila yusry KRU kata, diam adalah pintar, aku mmg mudah terpengaruh

perangai baran aku ni agk memberikan kesan juga kepada kerja aku. masa mula2 menceburi alam pekerjaan, apabila aku telah mengamuk kepada one of my cust lalu menghempas headset sampai patah dua, aku terpaksa tabahkan hati bekerja dgn menaip menggunakan sebelah tangan saja sambil sebelah lagi memegang ear and mouthpiece selama beberapa bulan. penyiksaan ok bekerja sedemikian rupa

tapi setelah beberapa tahun kerja, aku belajar sikit2 utk kawal kemarahan aku, walau kadang2 terlepas juga. every now and then aku kena tegur juga dgn team leader aku pasal benda ni. jadi aku xde argument langsung bila masa appraisal aku, points utk "high level of patience" itu dipadamkan dari attributes aku.

dan semalam, i lost my temper again with one of my kerek customer. i just lost it when he refused to listen to my explaination and started yelling back at me. masa tu yusry KRU pun aku lupa. so bila aku start tinggikan suara, cust ni yg kunun sensitif xleh kena tinggi suara sket padahal dia tengking aku tak hengat tadinya, sudah demand to be transferred to my manager.

lumrah bila kena complaint, lepas itu harusla ada sesi coaching dgn team leader. coaching ni mcm teguran atau soft reminder la supaya kesalahan tu tak diulang lagi. coaching sessions selalunya tidakla sgt digeruni, but they were never fun la. how can it be fun when ppl are pointing out ur mistakes satu persatu, kan? jadi aku sudah diremind supaya keep my cool all the time, under any given circumstances

tapi aku xsangka plak masa nk conclude the coaching session, team leader aku tiba2 memberikan kata2 hikmat "tak kendu xpe, yid. janji cool"

ok, bos aku pun mungkin cuba menafikan bahawa payid adalah kendu, but it's really awesome to hv a boss who speaks ur lingo. xdela teruk sgt coaching session aku kali ni

Wednesday, August 18, 2010

bulan puasa, blog pun puasa kah?

payid terlalu lemah untuk menulis, or even think of any idea utk menulis di bulan puasa ni. bukanla kerana pada bulan puasa yang penuh keberkatan ini payid perlu menahan lapar dan dahaga serta perkara2 membatalkan puasa yg lain. tapi kerana pada bulan puasa payid seakan kehilangan upaya utk mengarut tentang perkara yg sia2. oleh kerana itu sahaja kebolehan yg payid ada, jadi payid tak mampu utk update blog seperti biasa

tapi aku mau mengeluarkan satu teori yg aku rasakan wajar dilaksanakan secara menyeluruh, terutama di kawasan perumahan aku

aku merasakan bahawa pasar ramadhan sebenarnya perlu diharamkan di bulan ramadhan ini

ini kerana antara perkara yg boleh membatalkan ibadah puasa ialah gila atau hilang kewarasan fikiran, walaupun sesaat. xpercaya, tanya ustazah korg

dan setiap kali pergi ke pasar ramadhan, aku mcm hilang akal melihat pelbagai pilihan juadah berbuka yg ada lalu menjurus kepada aku membeli nasi ayam dara, cakoi, taufu fa, chicken wing dan air lychee kang dalam masa kurang dari setengah jam berada di pasar ramadhan. setelah berlalu dari pasar ramadhan sambil melihat bungkusan plastik yg banyak pada setiap jari jemari, barula kewarasan kembali dan penyesalan akhirnya menyelubungi diri

jadi utk mengelak dari puasa aku terbatal, maka aku menjauhkan diri dari pasar ramadhan lalu menyuruh adik aku saja membeli juadah berbuka, sebab aku tau iman dia kuat sikit kut dr aku

tapi sbb aku kasihan melihat mereka yg lain menjinjit beg plastik sehingga penuh jari jemari smp kedua2 belah tgn kdg2 tu, aku tau bahawa mereka juga telah gila sekejap di pasar ramadhan

jadi aku ingin mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan, badan2 berkanun serta pertubuhan bangsa2 bersatu bahawa pasar ramadhan wajar diharamkan di bulan ramadhan

sekian, terima kasih!

Friday, August 06, 2010

siaran ulangan

aku mulanya malas nk buat post ni, sbb thn lepas pun dah buat post yg sama gak. nnt org fikir, payid ni dh xde idea ke nk menulis? balik2 post camni. klu korg bosan nk baca, kau igt aku xbosan nk tulis (eh, tetiba emo plak)

jadi aku fikir, sudahla lebih 2 tahun aku kenal dia. tapi tak sekalipun aku bg bday present kat dia. klu kekaseh hati tu, xde occassion pun mcm cari alasan mau bg hadiah kan. ni setakat kwn baik, xkendu lak tu. nk bg bday present pun mls. jadi aku fikir tahun ni mungkin aku nk bg dia sesuatu yg special bg membalas kegagalan aku memberi bday present thn lepas. kalau special tu, harusla sesuatu yg aku usahakan dr bakat dan titik peluh aku sndiri, kan?

jadi aku berkira2 nk buat minnies comel2 yg dipanggil makhluk gorgon, tapi aku tak pandai menjahit mcm masao. butang seluar aku tertanggal pun, kwn aku yg jahitkan

aku nk bg dia kasut yg aku design dan lukis sndiri, tapi aku xpandai lukis mcm ee azhar. xkan nk bg kasut putih kosong, kang org igt dia keje misi plak

aku nk ambil gamba dia dgn shot yg menarik, tapi aku xterrer fotografi mcm rozek ruzaini. lagipun klu mcm dia tu, tgk dr sudut mana pun xmenarik

aku nk buat solo performance utk dia, aku xdela pandai main gitar sgt mcm nadya. nk pegang D major pun dah lupa, belum suh main satu lagu lagi

aku nk buat cupcake utk dia, aku xpandai mcm Qish. lagipun mau meletup dapur umah aku. nk masak nasi sndiri mkn pun mls, ada hati nk buat cupcake

jadi oleh sebab kebolehan aku hanya terhad kepada mencarut dalam dwi bahasa, mkn durian lebih dr 3 biji dan bercakap perkara2 mengarut yg aku rasa xkan menyumbang sebagai hadiah hari jadi dia, jadi aku tulis blog je la

selamat hari jadi, dude. aku mls nk mention umur kau. bape kali mention pun kau tetap tua dr aku juga. thank u for the friendship we shared all these while. may u lead a happy and gd life ahead. take care

Friday, July 30, 2010

baik!

antara cabaran menjadi seorg kendu dan disukai ramai adalah terlalu ramai org yg mau berbaik2 ngn kita. eh, kita? kendu kah kau, payid?

but seriously, i knw hw annoying it is. kita rasa mcm semua org pun wants a piece of us. semua org pun nk minat ngn kita. semua org mau berbaik2, dgn harapan dpt memenangi hati kita. apekah jenis pertandingan ni? kau fikir hati tu apa? trofi?

bila kita susah sikit je, dan masalah tu sebenarnya kecik punye hal, ramai la plak yg concern. ramai la plak yg cuba menghulur bantuan. kita xde ride nk balik umah, berebut2 org nk anta kita balik smp dpn pintu rumah. cuba klu xkendu, anta smp lrt station pun kira habis baik dah tu

tapi kdg2 kita terlupa, sebenarnya ada je org yg mmg genuinely mmg baik hati. dah mmg berbuat baik itu spt sebahagian dr cara hidup dia. ada je org yg baik2 dgn seikhlas hati, tanpa agenda tersembunyi

jd camne nk beza org tu baik ada makna ke, atau mmg baik secara semulajadi? ok, langkah pertama ialah sila ambil cermin dan tgk muka anda sndiri. adakah anda kendu? kalau anda kendu (atau rasa anda kendu) sila proceed ke langkah seterusnya. kalau tidak, terima je la hakikat yg org tu mmg betul2 baik tanpa sebarang agenda utk mengorat. hahaha

langkah kedua, sila perhati org2 di sekeliling dia yg sentiasa nk berbaik2 dgn kamu itu. adakah dia berbuat baik dgn kamu sorg je? atau dia berbuat baik dgn org lain juga? ok, tgk lebih jelas lg. adakah org2 lain yg dia berbaik2 itu semuanya kendu belaka? kalau begitu, mungkin dia ni seorg yg sgt bertuah sbb kwn2 dia semua kendu belaka. atau dia mmg menabur charming cards dia di sekeliling org2 kendu tu dgn kebaikan dia dgn harapan mungkin akan lekat seorg jd partner dia. tapi klu kamu tgk, dgn org yg xkendu pun dia baik juge. malah dgn kwn2 yg macho kekar pun dia caring terlebih juge. bolehke kamu nk speku yg dia cuma nk charming ngn si macho kekar itu juge? haishhhh...

jadi kalau dah betul org itu mmg baik, genuinely, tanpa hidden agenda utk mengorat. apelah salahnya kamu bg dia peluang utk berbaik2 ngn kamu juga? ambil la sedikit masa utk betul2 kenal hati budinya, dan bgla ruang utk dia mengenali kamu yg sebenarnya juga. u've got nothing to lose. tak ada ruginye berkawan dgn org yg baik2 ini.

ok la, so dia mmg seorg yg budiman, dan kamu mmg confirm dia suka kat kamu juga. haishhhhhhhhh........ apa lg yg boleh aku katakan? org yg budiman mmg susah nk jumpa zaman sekarang ni. start counting ur blessings, babe!

Monday, July 19, 2010

payid masih excited nk menulis walaupun penat

walau aku terpaksa pegi keje ngn muka yg agk gampang arini akibat xcukup rehat, naumn ia xdpt menyekat betapa excitednye aku nk update blog ni dan blog rasmi gath. walau badan rasa penat gile, namun dlm hati, aku masih tersenyum. nk senyum betul2 pun aku xlarat, jd senyum dlm hati je

aku xpuas2 membelek buku program yg cool tu. nasib la goodie bag aku xangkut ke ofis. dan kertas cakap belakang tu tak pernah gagal membuat aku tersenyum sorg setiap kali aku menatapnya.

tidak ada kata yg dpt menggambarkan perasaan aku sekarang ni selain lega sgt2. lega kerana semua telah berakhir. rasa mcm xpercaya je hari yg dinanti selama berbulan2 tu tiba juga akhirnya. dan 2 hari satu malam itu seakan terlalu cepat berlalu. rasa mcm baru lg nervous xleh tido mlm sbb nk pegi gath, tetiba arini aku dah balik semula ke ofis dgn badan yg penat gile

tapi apa2 pun, personally i had the greatest time ever. dan aku lega bila semua org pun mcm having a good time throughout the weekend. terbayar rasanya segala usaha penat lelah bila semua org nmpknye mcm happy

masa uL jemput aku utk berkoleborasi dgn dia utk mengadakan sengetians gath tahun ni, aku betul rasa honoured. dan aku terima invitation itu dgn penuh rasa tanggungjawab dan komited utk berusaha memberikan yg terbaik utk gath kali ini. terima kasih byk uL kerana sudi bg aku peluang utk berkerjasama ngn kau thn ni.dan terima kasih juga kepada semuthitam, kapal, zu, lone, sal, is dan anne. it is an honour to be working with u guys

juga kepada semua yg hadir. terima kasih byk2 kerana sama2 menjayakan gath kita kali ini. aku xlarat dah nk taip nama semua org balik. u know who u are. aku berbesar hati dapat menjadi tuan rumah gath utk korg semua.

bila tgk balik video gath yg lepas2, aku rasa mcm ada perasaan yg bercampur baur. rindu pada wajah2 yg pernah aku jumpa dan aku kenal, dan buat aku tertanya2 khabar derang sekarang. di gath, persahabatan pernah terjalin, memori pernah tercipta. dan bila melihat semuanya ditayangkan satu persatu, aku terasa semacam sebak pun ada bila mengimbas kenangan2 gath yg lalu. xtaula, mungkin lagu temanya pun menyentuh rasa, mungkin aku yg terlau sentimental agknye. tapi aku harap gath kali ini pun akan membawa kenangan2 manis kepada kita semua

dan dalam kesibukan kerja hari ni, kenangan gath 2010 mcm terbayang2 semula dlm fikiran aku, sambil otak aku berulangkali terngiang2 lagu 'larut'. haish....!!!

Friday, July 09, 2010

sukati nk kontrol2 org. kau ingt kereta kontrol?

aku mungkin sudah terlalu lama tak bercinta, dan mungkin xberapa faham perasaan org yg bercinta ni. so tell me sumthing and make me understand. kenapa org bercinta dgn rela membiarkan diri mereka dikontrol oleh pasangan?

nk pegi mana kena bgtau, lepas keje kena blk umah terus, tiap2 jam kena report tgh watpe, klu keluar kena bgtau keluar ke mana, ngn sape, blk pukul bape, mkn apa aritu pun kena bgtau juge, pakai baju warna apa, xleh pki bj sexy2 nnt org lain tgk, xleh makeup cantik2 nnt org tgk juge, kau tu pun xleh tgk org lain, jln kena pndg depan je, mkn kena mengadap dinding, lg bagus bwk bekal mkn kat pantry supaya xjumpa org lain kat kantin ofis. KORG TAK RIMAS KE, WEH?

to me, setiap org berhak atas kebebasan masing2. kalau tak, watpe ada SUHAKAM kan? jadinye kalau kau katakan org membiarkan kebebasan mereka dikontrol org lain sebagai tanda syg, sila bgtau aku kenapa bila parents korg kontrol hidup korg, korg sibuk nk memberontak pula. tak terfikir lak tanda kasih syg apa segala kan? dahla dr kecik mak bapak yg bela dan bg mkn, umur baru hingusan dah sibuk nk tunjuk perasaan menuntut kebebasan

seriously, kalau kau rasa menurut segala kemahuan partner itu boleh membuatkan partner kau tu syg kau lebih, think again. cuba kau tanya pasangan yg dah bersama 10, 15 tahun atau lebih tu. adakah mengontrol partner itu adalah salah satu resepi kebahagiaan derang? aku rasa rata2 yg aku jumpa semua guna perkataan 'trust, honesty, respect' (amboih, perkataan semua mau omputih je). tp xde lak aku dgr perkataan 'control' tu

pada aku, sbb xde trust, honesty and respect la seseorg tu tend to control partner dia. kalau dia tak percayakan partner dia, partner dia pun mungkin tak jujur dan dia juga tidak ada rasa hormat terhadap partner dia, hidup, privasi dan kwn2 partner dia, harusla dia sibuk duk kontrol partner dia tu. dan jealousy memainkan peranan utama dlm kes control mengontrol ni. and tell me, kalau dah xde trust, honesty and respect in a realtionship, relationship jenis apakah yg korg jalinkan ni?

dan kepada control freak sekalian, klu korg rasa mengontrol partner korg itu akan membuat dia menjadi a better person, u're dead wrong! skang ni mmg la kau nmpk dia mcm baik je. klu bukan dpn kau pun, dia akan berterusan berkelakuan baik sbb kununnye dia hormatkan kau. dan klu ditanya pun, dia kata dia berubah menjadi baik bukan sbb kau suruh, tp dgn seikhlas hati dia. BULL SHIT LA WEH. kau tgk la nnt bila korg dah break up, aku berani bet yg dia xkan kekal menjadi org baik2 yg kununnye kau bentuk itu

u see, perubahan itu akan terjadi dgn kemahuan sendiri dan hati yg betul2 ikhlas. mitos yg menyatakan dorongan partner itu menjadi mangkin kepada perubahan adalah tidak benar sama sekali jadi klu kamu rasakan kamu mengawal seorg gadis yg liar untuk dibentuk menjadi isteri yg solehah, seriously, lupakan je la. kamu pun tau, lelaki yg baik adalah untuk perempuan yg baik dan sebaliknya. jd xyah la akmu susah payah cuba mengontrol gadis liar tu. carila perempuan yg semulajadinya baik2 sahaja utk dijadikan isteri. itupun klu kamu cukup baik la kan

hm... main kereta kontrol lagi best

Friday, June 18, 2010

payid dah join nuffnang, y'all!

motif dah berzaman baru nk ada nuffnang?

maklumla bila umur dah makin lanjut, ketinggalan dgn teknologi adalah perkara biasa. but disebabkan semangat inkuiri yg tinggi, lagipun nmpk cam mudah je org dapat duit smp cecah ribuan ringgit ngn nuffnang, harusla aku pun teruja juga kan

maka setelah puas menggodek2 nuffnang tu, akhirnya payid berjaya juga mempunyai akaun nuffnang sendiri. pencapaian terbaik dlm kehidupan payid sebagai seorg blogger juga la tu kiranya kan. dan terima kasih juga la kepada sorg anak ikan kat ofis yg baik hati memberi free tutorial psl nuffnang ni

tujuan aku sibuk buat nuffnang account ni bukannya sbb aku kesempitan wang, although i dun mind having sum extra cash. hehe. aku cuma nk tgk je sebanyak mana duit aku mampu dgn dapat nuffnang ni. klu hanis zalikha boleh dpt ribu2, xkan la aku xboleh. ok, aku tau la follower dia ada 8ribu lebih dan follower aku cuma 26org je. tapi tolongla jgn musnahkan angan2 aku sekelip mata

jadi kepada kamu2 sekelian, sama2 la kita meyokong usaha murni aku ini dgn tlg click kat iklan nuffnang tu. dpd kamu baca percuma je blog aku ni, nk suh comment pun tamau kan. eh, terkerek pulak. haha. moga kamu pun teruja sama nk ada account nuffnang. nnt korg ada acc, aku tlg click la balik. kata bantu membantu amalan mulia,kan

owh, aku juga dah buang link2 kat sidebar ni. malasla aku bg publisiti percuma kat derang. haha. eh xdela, aku cuma xmau draw unwanted attention kat blog2 derang. dulu, aku rasa mereka ini penulis2 yg bagus tetapi tidak mendapat acknowledgement secukupnya. tapi sekarang, rasanya klu org betul2 nk baca, derang dah tau kut link2 ke blog derang ni. klu xhafal url, pegi je la cari balik kat history tu

wey, td aku check acc nuffnang aku. visits adalah 64 dan earnings adalah 0.kosong??

haish..jauh lagi nk kejar hanis zalikha nih

Monday, June 14, 2010

orang2 yg buat aku rasa annoyed

1. org yg xreti guna shoutbox
motif aku buat shoutbox tu supaya if anyone of u hv anythg to say, jerit (tulis) je la kat shoutbox sebelah tu. ruang comment tu utk korg bg komen yg berkaitan ngn post yg aku buat tuh. kang aku kata xsekolah, xtau fungsi tetiap satu benda tu sibuk lak nk argue ngn aku. ckp ini free country la, my blog is a public viewing blog so sukati la org ramai nk buat pe pun kat blog aku. tp korg faham x setiap benda dibuat tu ada fungsi? kalaupun korg ni kurang cerdik, jgnla diserlahkan sgt dgn melakukan kesilapan picisan ni

2. org yg tegur aku sbb nk tau psl org lain
dahla tegur aku pun sebulan sekali je. dahtu tegur bukan nk tanya khabar aku, tp sbb nk tau ex dia duk date ngn sape skang. kununnye kau dah so over ur ex la kan, tapi sibuk juge nk tau ex kau keluar ngn sape skang. mentang2 ex kau keje satu dept ngn aku. kau fikir aku apa? sumber gosip? kalau kau dahagakan gosip sgt, pegi tgk murai.com la weh

3. org yg rasa dia sgt kenal aku dgn hanya membaca blog aku sahaja
excuse me, but im so sorry to break this news. payid is so much more than apa yg kau baca kat sini setiap kali. i mean, xkanla aku mau tulis seluruh cerita kehidupan aku kat blog ini. aku juga perlu ruang utk sedikit privasi. dan aku juga xmau membosankan kamu dgn cerita psl aku arini mkn kat tony roma's, smlm keluar jln2 ngn KB aku, kelmarin tetiba aku rasa rindu pada cheryl samad, aku rasa cheryl samad adalah manusia yg paling cantik di antara semua perempuan, and the list goes on. dan aku juga perlula bg exclusivity kepada kwn2 aku dan mereka yg mengenali aku secara peribadi. jadi klu kamu betul2 adalah kwn aku dan kenal aku as a person, kamu akan tau payid adalah lebih dr seorg payid yg selalu korg cuba gambarkan di dlm blog. dan kalau kamu sendiri xbother utk mengenali payid secara peribadi dgn lebih lanjut, jgnla kamu cuba nk menghakimi aku seperti kamu mengenali aku sepanjang hidupku, sbb aku juga tidak pernah menghakimi kamu, sejauh mana pun aku kenal kamu

maafla. aku mungkin terlalu neves utk gath yg akan datang sampai mengalami gangguan emosi yg keterlaluan. dun worry, gangguan mental ini hanya sementara saja

Wednesday, June 09, 2010

happy anniversary, payid

mulanya aku igt nk letak daisypath kat blog mcm org2 bercinta buat tu. tapi bila aku bygkan tulisannya akan menjadi "payid has been single for 3 years" aku rasa mcm pathetic sgt. jadi aku tulis post je la

aku sendiri xsangka aku boleh bertahan smp 3 tahun. mungkin ia kelihatan pathetic, tapi i still want to see it as one of my accomplishments in my life. well, at least aku tidak membuang masa dgn hubungan2 picisan yg x ke mana. tu xmasuk lagi buang duit, buang tenaga dan xpasal2 aku end up dgn hati yg terluka

dlu2 aku selalu fikir org2 yg single adalah loser, sbb mereka xlaku. dan mereka kelihatan lebih loser sbb mereka cuba membuat being single itu kelihatan cool, padahal deep down inside they r crying in their heart asking "why? why i cant get myself a boyfriend/girlfriend". sekarang baru aku tau, xkisah la nmpk loser camne pun. at least aku xperlu bersusah payah utk commit ngn org lain yg belum tentu akan bersama dgn aku smp ke akhirnya

dan aku adalah single by choice. bukan sbb aku xlaku, atau xde org nak. mungkin aku sendiri yg xberusaha mencari. mungkin aku yg xjumpa lg dgn apa yg aku cari

maybe because i draw too many lines in my life and i stand by my principal; dun hit on straight girls, or ur best friends, or ur colleagues, or the girl ur bestfriend has been eyeing on, or sumone else's wife

maybe because criteria yg aku mahu tak ada pada org2 yg aku jumpa; bijak, bersopan santun, xliar, kelakar, boleh terima aku seadanya, .. and the list goes on..

well, aku rasa aku deserve juga to be choosy. aku tau, aku bukan la bagus sgt pun yg aku nk cerewet sgt. tp xkan la aku main sebat je sape yg ada. asal boleh, asal sape je serah diri kat aku, aku terima je. murah benar la hati aku klu camtu, boleh diberi kat sape je.

dan aku xkisah juga utk terus menunggu. selagi aku xjumpa apa yg aku nk,aku ok je utk stay single. why waste my love to the ones who dont deserve it. ecewah statement!

but how do u celebrate anniversary yg semacam ini?

mungkin lepas ni aku akan buy me flowers, fetch myself frm work, go out for a fancy dinner, watch Lagenda Budak Setan, then lay down under the stars, talking abt sweet nothings and make love to myself passionately (mateila gila)

or maybe i shud skip the whole process and go straight to making love to myself passionately (lagi gila)

or maybe i juz go back straight frm wrk, skip dinner and buat movie marathon kat HBO dan tertidur depan TV sampai esok pagi

mungkin itula yg sebaiknya

Monday, May 17, 2010

dedikasi istimewa

she's my colleague, and also a friend. masa mula2 dia masuk dlu, kami xdela rapat sgt. cuma tegur gitu2 je since she's in another team. but since she's been transferrd to our team, as time goes by, we grew closer

she's 3 years younger than me, tp kdg2 age gap tu xterasa. mungkin sbb dia juga xdela childish mcm sesetengah budak zaman sekarang. tapi sesekali bila nk annoy aku, dia suka sgtla nk point out psl ketuaan aku, walau aku tau aku xdela nmpk tua sgt. mcm ala2 sebaya dia je kut. eheh

but how we really love to annoy each other. most of the time aku la yg menjadi mangsa buli (hw ironic, kan?). especially bila dia start tag team ngn geng2 sebaya ngn dia tu. tapi dia xdela annoying sepanjang masa. there are times yg kau boleh juga berbicara perkara yg serius dgn dia. seperti betapa coolnye menjadi peminat KRU semasa di bangku sekolah

eventhough we are friends, i think 1 thing she nvr realise is that i really care for her like a sister. mungkin sifat semulajadi seorg along kut. i'll always look out for her and want only the best for her, as she only deserves the best and nothing lesser than that.

that's why, eventhough it's so devastating to learn that she'll be leaving us in a couple of weeks, but im happy for her, for she's leaving us for a better and more secured position in the government. but i admit, it's so hard to see a good friend leaving u, not knowing if u ever gonna see her again.

to a colleague, a friend, a sister

i wish you will lead a good and happy life ahead in His blessings. may u find the perfect fahrin ahmad look alike guy who will love and honour you for the rest of your life

happy 24th birthday, nina fairuz

Saturday, May 15, 2010

cikgu payid

cikgu khabtiah adalah cikgu kelas aku masa darjah 3, 4 dan 5. cikgu khabtiah juga adalah cikgu disiplin sekolah. murid2 pandang dia mcm malaikat maut. sgt menggerunkan. but it's a different story with me

i ws the teacher's pet back then. ye, pernah juga wujud dlm kehidupan payid di mana guru2 tidak benci dan menyampah kepadanya. tapi time tu adalah zaman kegemilangan, di mana hanya aku seorg saja dlm kelas tu yg mampu menyaingi budak2 kelas pertama yg dilihat sebagai bakal mempunyai masa depan yg gemilang dan confirm akan masuk sekolah asrama penuh, MRSM dan sekolah menengah harian elit yg lain. budak2 kelas aku separuh daripadanya terdiri daripada bakal2 samseng alor setar yg mmg xde harapan nk hirup udara sekolah berasrama penuh.

i ws her personal favourite and she made it really obvious. no wonderla separuh dpd klasmate aku time tu sgt anti ngn aku.i ws the class monitor automatically (sbb dia terlalu syg, xmau lepaskan aku jd prefect. sebagai ganti, dia bg jawatan class monitor) and the class monitor masa tu terpaksa turun pangkat menjadi assistant atas alasan dia terlalu bz dgn aktiviti ko kurikulum. assistant monitor yg sedia ada juga diturunkan pangkat sebagai pelajar biasa sahaja, namun tiada alasan yg diberi

cubaan2 untuk menggulingkan aku ketika itu juga berjaya dipatahkan oleh cikgu khabtiah. contohnya bila ada classmate aku mengadu (mengacum org utara panggil) "cikgu....payid makan dlm kelas" ckigu khabtiah membela aku dgn berkata "biaqla. dia kan ketua kelas. dia sibuk sgt, xsempat pi mkn kat kantin. lagipun kalau kotoq, nanti dia bersihkanla". ok, ketua kelas semasa sekolah rendah adalah sgt busy, ok.

masa hari last aku di sekolah rendah, i broke down into tears when she hugged me goodbye. back then, i thought aku cuma terlalu sedih to bid her farewell. now only i realised, i lost not only a teacher, but a mother figure who'll always look out for me when im in trouble. the last time i spoke to her is when i ws offered for sekolah berasrama penuh. and i can tell frm her tone that she's really proud of me

aku xtau la kalau cikgu khabtiah masih mengajar lg sekarang. cuma aku harap, ada di antara student dia yg dapat mengenali dia lebih dr seorg guru disiplin yg sgt tegas dan sgt digeruni. aku harap ada di antara mereka yg akan menghargai dia sebagaimana aku sgt menghargainya sbg seorg yg aku anggap telah memeberikan aku asas utk aku corak hidup aku dan berada di mana aku ada sekarang

untuk cikgu khabtiah dan semua guru2 di malaysia. selamat hari guru

Monday, May 10, 2010

sesi kaunseling bersama payid

life is a blessing when u hv a very close and tight circle of friends. kau ada kwn2 yg sanggup bersusah dan bersenang-lenang dgn kau dan menerima kau seadanya engkau. it's also a blessing when u hv a partner who loves u to death dan membuatkan hari2 kau lebih ceria dan bahagia dpd biasa. it's even a greater blessing when u can hv both at the same time. but, what if somehow, ur friends and ur partner just couldnt get along. kalau bahasa anak2 muda skang, 'tak boleh blah'?

ur circle of friends are so tight, they refused to accept anyone new into the circle, eventhough that sumone new is your partner. mungkin derang rasa org baru itu tidak cukup bagus utk masuk dlm circle itu. mungkin juga derang rasakan partner baru kau itu tidak sekufu dgn derang. so even if eventually they're gonna accept ur new partner, they are so not gonna make it that easy for him or her.

dan partner baru kau plak seakan tak mengerti kenapa la kau harus hang out ngn kwn2 kau yg mcm bagus sgt tuh. dia mcm xpaham kenapa kau harus membahagikan masa utk kwn2 kau juge padahal perhatian sepatutnye dicurahkan hanya utk dia seorg saja. kau kata kau cintakan dia, jadi kenapa dia harus berkongsi kasih syg dan perhatian ngn kwn2 xguna kau itu?

jadi padanla muka kamu yg tersekat kat tgh2 tu kan? hahaha. so much for being greedy, trying to hv the cake and eat it too. xdela, kalau boleh kita semua maukan kebahagiaan yg altimet. nk wat camne, partner kau ngn kwn2 kau xleh get along kan. klu derang mmg kamceng, xdela kau terlibat dlm permasalahan ni.

before considering utk ditch either ur friends or ur partner, tolongla consider dlu kebaikan2 yg derang pernah buat utk kau. kalau sedikit pun kebaikan derang xpenah buat kat kau, boleh la kut kau consider nk ditch. tp by right pon, klu perhubungan itu xpernah mendatangkan sebarang faedah kepada kau, kenapa la kau masih lagi terlibat dlm perhubungan itu? kau la yg bangang kan. jadi kalau salah satu party itu pernah berbuat baik ngn kau, jgnla kau menjadi lupa diri dan menyingkirkan mereka terus dr kehidupan kau hanya utk mencari jln penyelesaian yg mudah. nasib kau la yg terpaksa bersusah payah lepas ni utk menjaga hati kedua2 belah pihak. and dun expect them to understand. dun ever expect for anythg to be easy for u. kau berani cari masalah, berani la juga utk pay for the price. so good luck la dlm menghadapi hari2 mendatang dgn susah payah

utk si partner baru yg having a very hard time understanding kenapa partner kau kena hang out dgn kwn2 loser dia itu, sila la beringat bahawa long before kau muncul dlm hidup partner kau, there were the friends. dan mungkin kwn2 partner kau kelihatan spt loser yg mungkin tiada masa depan padahal partner kau ni hv a very bright and promising future. but there must be a reason kenapa loser2 itula yg menjadi kwn2 baik partner kau. mungkin kwn2 loser dia itula yg telah membantu dia going through the toughest stage of his or her life padahal masa tu kau tu wujud pon belum dlm hidup partner kau. dan sebelum partner kau menjadi successful mcm sekarang, loser2 itula yg sudi berkawan dgn partner kau yg loser juga ketika itu. so, kalau understanding the friendship itu pun menjadi satu permintaan yg sukar utk kau penuhi, the least u could do is recpect the relationship that ur partner have dgn kwn2 dia. seriously, the world doesnt revolves around u alone, so stop being so self centered

dan utk kwn2 sehidup semati itu, mengertila bahawa kawan kamu itu mempunyai komitmen baru dlm kehidupannya sekarang. nk buat camne klu partner baru kwn kau itu tidak cool mcm kamu juge. for sum reason, kau juge xmengerti kenapa kwn kamu sgt tergila2kan dia. but whatever floats his or her boat, let it be. u shud be happy for ur friend. dan walaupun dia dah menjadi kacang yg lupakan kulit dan seolah2 menjauhkan diri dr kamu kerana kamu mungkin memalukan pada partner barunya, bersediala utk menerimanya semula dan berada di sampingnya sambil mendengar rintihan hatinya (seperti biasa) ketika that b*****d meninggalkan kwn kamu dlm keadaan kepatahan hati nnt. that's what true friends are for, seriously

but seriously, dgn problem2 camni? i'd rather stay single

Monday, April 19, 2010

fear factor

pada satu hari, aku telah mengalami susuatu yg aku sangkakan adalah major breakdown. tiba2 aku merasakan sesuatu yg sudah terlalu lama aku tak rasakan sejak menjalani kehidupan sebagai seorg single.

pada satu hari, aku tiba2 menjadi overly sensitive dan terasa hati secara berlebihan dgn tindakan tidak sengaja seseorg. tiba2 hati aku tersentuh dan aku hampir2 merajuk. tiba2 aku diserang perasaan cemburu tidak bertempat

dan pada hari itu, aku tiba2 menjadi sangat takut. aku takut andainya hati aku betul2 telah dicuri olehnya. aku takut kalau2 aku kalah dgn flirting game yg selama ini aku mainkan. aku takut aku betul2 jatuh cinta dan tidak mahu (bukan tidak mampu)untuk bangun semula

mungkin aku takut bila aku jatuh cinta, aku akan hilang kawalan terhadap diri sendiri. the always cool, calm and collected payid akan menjadi seorg yg terlalu emosi. payid yg selalunye berfikiran rasional akan menjadi seseorg yg berfikir menggunakan hati dan bukannya akal. aku takut aku akan menjadi payid yg bodoh kerana cinta

mungkin juga aku takut untuk mencintai kerana aku tau aku xkan mungkin boleh memiliki. aku tidak mahu merasakan keperitan melihat dia bersama org lain sedangkan aku tau org itu mungkin tidak mampu mencintainya sehebat aku. dan mungkin aku tidak rela hati aku yg selama ini baik2 saja tidak semena2 dilukai berkali2 hanya kerana aku terlalu mencintainya

mujur aku masih ada kawan yg sudi mendengar (walau tanpa rela agaknya) rintihan hati aku. dan mujur juga aku cepat2 disedarkan dari khayalan. aku xpasti apakah exact wordsnya yg snapped me back to reality. mungkin bila dia katakan "major la sgt! kau terbawa2 je tu". atau apabila aku kira dia pon dah agk bosan melayan aku lalu dia katakan "mintak sini num fon pemandangan tu (kami menggelar dia sebagai pemandangan. jgn ditanya kenapa. aku mls nk explain). aku nk bgtau dia kau kecik ati ngn dia"

ok, aku mungkin sedang mengalami sesuatu yg kononnya adalah major breakdown. tapi jgn sangka aku xmelihat cubaan dia mendapatkan num fon pemandangan menggunakan taktik yg sungguh licik itu. jgn harap, ok!

dan mujur juga aku ada seorg mama yg sentiasa tau bagaimana untuk menghibirkan aku bila dia text "balik naik bas elok2. nanti balik makan nasi kat umah. mama dah masak sambal tumis udang petai"

untuk seketika, aku terlalu sibuk membimbangkan sesuatu yg belum pasti dapat aku miliki padahal aku terlupa menghargai apa yg aku ada selama ini

Friday, April 09, 2010

this is for my mama

haritu masa aku temankan mama pegi kedai beli barang, mama tertinggal purse dia masa nk turun kereta. aku hulur purse tu pada dia sambil kata "mama nk bayar pakai daun mcm dulu2 ke?"
"haha. kamu ingat lagi ye" mama ketawa sambil menyambut purse tu sambil berlalu ke kedai dan aku tggu dlm kereta. selalu bila mama pegi kedai, konsep aku meneman mama itu hanya setakat tggu dlm kereta je. tak sanggup aku nk turun bila tgk hasil pembelian mama nanti.

masa aku membesar dulu, aku xberapa suka bila mama pegi keja. masa2 yg aku spend ngn mama terasa sgt membahagiakan. kan best bila mama duduk2 saja di rumah. mama boleh borak2 dgn aku, mama boleh masak utk aku, mama boleh tgk tv (read: berebut siaran tv) dgn aku dan mengajar aku makna perkataan2 yg aku baru belajar samada dr pembacaan atau siaran tv seperti "mama, apa maksud 'payu dara?". dulu2 aku igt payu dara tu maksudnye parachute sbb payu dara tu mcm kependekan kepada payung udara. naif kan aku masa tu? sekarang ni kalau aku kata kat org "payu dara awak mcm parachute la" nescaya aku akan dilempang laju2 dgn selipar jamban secara berjemaah. nk terbaik skali pakai selipar tat sing. mau berpinar mata

ok, aku bukan cerita pasal mama aku ke td? tetiba cerita selipar tat sing plak. ok sambung balik. aku xsuka mama pegi keje. tapi mama kata dia kena pegi keje, baru mama dapat duit. kalau tidak dia kena beli barang pakai daun. somehow, aku terasa masa tu bahawa mama membeli barangan pakai daun adalah disaster terbesar dlm famili aku

selepas 20 tahun berlalu, keluarga aku pun dah agk senang sikit sekarang. mama pun xperlu nk beli barang pakai daun lagi. ok, dulu pun dia xpenah bayar pakai daun juga. tapi keadaan ekonomi keluarga kami dah byk berubah juga. aku pun dah bekerja, jd xdela aku harapkan duit mama lg kalau nk beli apa2

tapi selepas 20 tahun, aku masih lg suka menghabiskan masa dgn mama. tgk tv (read : berebut siaran tv), tlg mama masak, teman mama pegi kedai atau sekadar lepak2 dan borak2 dgn mama. seperti 20 tahun dulu, mama masih lagi membahagiakan. cuma kdg2 bila aku renung wajah mama, aku terfikir. adakah selama ni aku telah lakukan yg terbaik utk membahagiakan mama pula

untuk perempuan yg paling aku cintai di dunia, selamat hari lahir, mama.

Tuesday, April 06, 2010

kesombongan payid di masa muda yg indah

dulu2 time masih hingusan, menjadi cool itu adalah essential. takut betul la klu org kata aku xcool. kamu harus faham, peer pressure ketika di sekolah rendah adalah tekanan yg sgt hebat sekali. amik UPSR pun xtertekan camni. xstudy pun selamba je boleh belasah 4A. ok, xperlu tetiba nk riak kat sini

tp dlm kebijaksanaan tu kdgkala kita terdorong juge membuat perkara2 yg kurang cerdik. seperti menjadi peminat fanatik KRU. kau bgtau aku sekarang sapa time sekolah rendah xminat KRU? mmg korg xcool langsung!

serius, menjadi peminat KRU masa tu adalah sgt cool. dan sebagai seorg yg cool, aku pun menjadi salah seorg peminat fanatik mereka. takat nk sing along lagu2 derang tu mmg tarak hal langsung la. sambil tidur pun agknye aku boleh nyanyi lagu KRU. siap boleh bgtau lagu petikan dr album mana

sebagai peminat fanatik, wajibla bagi kita memiliki album2 KRU (yg original ok!). bayangkan kumpul duit belanja sekolah semata2 nk beli kaset KRU. gile gigih la. sanggup lapar demi KRU ok! mmg perjuangan sebagai penyokong KRU zaman persekolahan adalah sgt perit. maka segala susah payah aku terbalas bila berjaya memiliki album kedua KRU iaitu reKRUed



masa ni la lagu mengerti tu jd lagu wajib kat pilihan bersama radio muzik. sape xpilih mmg xcool la. kaset KRU tu pon jd kaset wajib pasang kat umah. hari2 mesti pasang. aku rasa arwah tok aku pun pening kepala tgk kegilaan aku time tu. xtermasuk lg dgn poster2 KRU yg aku tampal kat bilik. ok, sape ada giant poster raya norman KRU pakai baju melayu putih angkat tangan sekarang!

selepas reKRUed, aku masih lagi gigih menabung demi memiliki kaset2 KRU yg lain. termasukla album pertama derang yg xsempat aku beli sebelum tu (sbb xsempat nk kumpul duit) iatu 'CANGGIH'



sumpah aku tak tipu bila aku pernah merasakan bahawa 3 org lelaki memakai sweater berwarna warni itu adalah cool. bila tgk balik skarang aku pun menjadi sedikit malu. kalau derang tgk, aku rasa derang pun malu juge kut

di samping kegiatan mengumpul kaset, aku juga sibuk tape apa sahaja mengenai KRU tiap kali derang keluar tv. masa tu tape pakai VCR la kan. mana nk ada dvd mcm sekarang. tape tu pun aku main berulang2 kat umah. ya Allah, tabah je la arwah tok aku time tu tgk perangai aku. dan aku xtipu, bila dah tape dimain berulang2, wajib juga utk aku menghafal step2 tarian derang! serious weh. aku boleh menari cam KRU dlu. aku pun mcm xpercaya

kalau ditanya cita2 aku time tu, aku mmg jawab nk jd KRU punye la. bukan jadi artis, jadi KRU, ok! nasibla aku xleh tulis camtu dlm buku profile kat sekolah. tp aku xsure lak kalau2 ada aku tulis camtu dlm buku biodata kwn2 aku dlu. apa, kamu xpenah ada buku biodata? mmg kamu xcool!

dan movie favourite aku time tu xlain xbukan adalah AWAS! dan CINTA METROPOLITAN. padahal cerita tahpahapa dgn lakonan kuda kayu masing2. tapi aku siap paksa cousin aku bawak aku g tgk kat cinema masa tu. rasanya klu bg tgk percuma skang pun aku malu nk tgk balik. bukan xnk tgk, malu nk tgk je. er, cerita tu pun aku ulang tayang beberapa kali juga rasanya. adala beberapa line dialog yg aku berjaya hafal.haha

kali pertama dapat jumpa dan salam dgn KRU aku rasa adalah momen terindah aku sepanjang jayat masa tu. ala, baru umur 10, 11 tahun hidup. byk mana sgt momen indah yg aku ada masa tu pun. tapi mmg ada rasa2 mcm nk pengsan la bila salam ngn derang. aku rasa norman KRU ada la tanya aku ape tah, tapi aku terlalu neves smp xterkata apa2, tersengih2 je. terkesima beb norman KRU tegur aku!

but after the years gone by, aku pun dah meningkat remaja. bila masuk sekolah menengah segala kegilaan tu aku tinggalkan. mungkin kerana mahu dianggap cool juge di kalangan rakan2 baru di hostel. atau mungkin xmau dianggap saiko kut sebenarnye. haha. maka minat aku terhadap KRU juge semakin pudar. cheh, belahla peminat fanatik. tapi begitu la kehidupan. eksaited tu sementara je

dan apabila KRU mula menembusi industri muzik antarabangsa, kami pun membawa haluan masing2. selepas Ooh La la aku dah tak lagi menjadi pengumpul kaset2 KRU. minat aku pun dah mula beralih arah kepada the Offspring, 3rd eye blind dan yg sezaman dgnnye. aku tidak lagi tunduk dgn desakan peer pressure dgn menjadi peminat fanatik kepada boyband2 yg bercambah time tu pule. aku dah mule berfikiran matang dgn menjadi cool dgn cara aku yg tersendiri. being different is cool katanya

tapi aku xnafikan sesekali mengimbau zaman menjadi peminat fanatik KRU itu sgt manis sebenrnya. terutama bila ingat balik statement shallow yg pernah aku keluarkan "aku percaya bila yusry KRU kata 'diam adalah pintar' sbb yusry KRU itu hensem". bimbo tak?

dan hari tu masa live telecats ABP2009, aku diam2 sing along lagu2 KRU dlm hati bersama2 anak2 muda picisan itu walau dlm hati meronta2 nk betulkan step tarian lagu AWAS tu. xsama langsung weh!

Tuesday, March 30, 2010

tugas2 seorg payid di pejabat

aku sengaja je xupdate blog sbb nk tgk ada berapa org yg akan meminta aku update. setakat hampir 3 minggu ni nmpknye aku cuma ada 2 permintaan je. cukupla tu. at least aku tau ada permintaan, terutama sekali bila dicaras "u skang bz sgt xupdate blog. u dah naik jd team leader ke?" haish.. main kasar sgguh

walaupun aku belum jd team leader lagi pun, tapi sejak akhir2 ni aku mmg bz gile babi punye kat ofis. seperti lawak shallow yg org suka buat dulu2 'bz gile babi, babi pon xsebz aku'. xtaula masih berkesan lagi lawak sedemikian rupa sekarang ni. tp betul, ini bukan bz tipu2. bukan pura2 bz seperti yg aku selalu buat dulu2 depan bos aku. ini mmg bz smp tahap nk bernafas pon kadang2 terlupa

bila fikir2 balik, apa yg aku bzkan sgt sebenarnye. bukan keje ngn gaji seciput mcm aku ni patutnye senang je ke? jadi aku cuba senaraikan tugas2 kebiasaan yg aku selalu buat sehari2 kat ofis ni

1. seperti biasa, kerja hakiki aku ialah jwb call cust, dgr masalah2 derang, cuba selesaikan masalah, cuba kelentong klu masalah rasa2 mcm xleh selesai, carut cust dlm hati klu dapat cust yg sengal dan tugas2 yg seakan sama dgnnye. tugas ini berlarutan dr pukul 8.30pg smp 5.30 ptg

2. "yid, fasha sandha (bukan nama sebenar) tak datang arini. kau tlg amik buddy dia"
amik buddy kwn aku, mengajar dgn tekun walau kdg2 tu lepas aku ajar nk rak esoknye budak tu chow xnmpk2 muka langsung dah. penat je aku mengajar

3. "bro. kau buat return call to cust kan?"
return balik call2 cust yg diattend oleh backup consultant

4. "dik, akak xpandai la nk print policy guna sistem ni. tolong ajar akak boleh?"
tolong ajar kakak yg xpandai guna sistem sbb cuti maternity 2 bulan. lupe agaknye

5. "yid, kau return call balik voicemail2 ni. yg ni, yg ni, yg ni urgent ok!"
amik stack kertas2 voicemail yg dihulur Team Leader aku. ada la secekak

6. "payiiiddd..." junior consultant memanggil dgn lembut, tanda ada soalan nk tanya, tp xberani nk tanya sbb aku buat muka garang (tapi kat ofis derang pggil nama official aku la. sorg dua je yg pggil payid)
tlg ajar junior consultant settle case dengan penuh sopan. xbaik garang2, kesian kat derang

7. "weh, sapa return call back msg?" "passing je kat bro. bro buat semua"
amik lagi list call dr back up consultant utk direturn balik

8. "payid, camne nk attach notes ni kat email eh? akak xreti la. nk forward kat boss ni ha"
tolong sorg lagi akak nk attach notes kat email pulak

9. "yid. voicemail tadi dah abis return? return yg ni pulak ye"
Team leader bagi kertas voicemail lagi. yg td pon xabis return lagi

10. IM dr kwn aku kat dept blinking kat screen
"u, sape budak dept u yg rambut pjg2 paras, muka cam sombong sket. i jmpa dlm lift aritu, sombong betul"
mls nk lyn, tapi lyn juga. bagi satu nama
"yg mana eh? dia ada facebook x? i nk tgk gamba"
masih mls nk lyn, tpi masih lg melayan. sbb dia bukan kwn FB aku, terpaksa la plak cr kat FB org lain, kut2 ada gambar dia kena tag. aishh.. xdela FB plak dia ni. bg je gamba dia yg kebetulan ada kat FB kwn aku
"bukan dia. yg tu muka baik"
bagi nama lain plak
"bukan la. dia i kenal. dia kwn ngn baizura kahar (bukan nama sebenar)"
serius aku dah fed up. keje lain byk lg ni. tp bls juga IM "tah mana i tau la"
"ala, ramai ke budak pompuan department u yg rambut pjg sampai pinggang?"
ok, aku perlu buat statistik pulak ke tentang kepanjangan rambut budak2 department aku?
"ha, hari ni dia pki baju kaler putih"
ok, dia mungkin mmg xde kerja langsung kat dept dia, tp xperlu la kan make it so obvious, sampai org pakai baju apa pon dia tau. padahal dia kat floor lain!
"sory la, i bz sgt. xde masa nk tgk org pki bj apa. i pki baju g keje pon kira bagus dah"
terus x IM aku dah!

11. "payid, camne nk save gamba jd desktop backgorund eh?"
tolong sorg lagi kakak save gamba dia yg gilang gemilang kat desktop

12. rcv call dr kwn yg off arini "noq, kau tlg tgk jap expo home deco kat midvalley tu ada lagi ke x?"
google, tgk date dah lepas. text kwn aku bgtau
rcv text dr dia lak "noq, kat kl convention centre ada tak"
google lg. xde pon. text balik
text masuk lg "noq. pwtc? last noq, last"
google lagi. xde juge. text balik bgtau
tgh2 kencing, tetiba dia call plak "ala noq, xde ke. mak cuti arini semata2 nk g expo tu"
xtau nk komen apa. sengih je la walau aku rasa dia xnmpk pon aku sengih

13."payiiidddd..." dipanggil dgn lembut lg
ajar lg junior consultant

14. baru je nk abis return call, tetiba dpt lg msg suh return call. selambak plak tu. cheh, baru igt nk mengulor sekejap

15. "payid, ada cust ni nk ckp ngn kau. aku xtau psl apa. xleh nk check report. aku xleh buka sistem"
attend call yg ditransfer oleh collegue aku padahal dia cuma nk tanya withdrawal status je. ye la, aku tau. xleh buka sistem, xleh nk check la report aku yg berjela aku buat tu

16. dapat email dr senior consultant "pls attend to cust's request and revert back"
balas email customer la plak

sedar2 dah pukul 5.30pm. baru je log out, tutup sistem segala, teringt plak xmkn lg. nasib kakak yg aku tlg print policy td bg sandwich

baru buka mulut nk baham sandwich....
"payid, kau xtolong pegi cat pantry ke?"

sebagai tanda protes akibat tekanan kerja, maka aku update blog

Tuesday, March 09, 2010

otai yg tertewas

aku selalu claim pada org yg aku ni mmg serba tau tentang KL Sentral. ok, bukanla satu pencapaian yg hebat sgt. aku tau tu. tapi aku tetap nk bangga juga, sbb xsemua org tau KL Sentral mcm aku tau

setakat nk locate kedai mana kat lokasi mana, mmg kacang gile. let's say kau org nk blind date ngn aku pastu ckp "i tggu u dekat kenny rogers kl sentral" percayala in less than 2 minute dr tempat aku berdiri di kl sentral tu aku boleh muncul. kalau aku rasa korg kendu, mungkin lebih cepat dr itu aku boleh sampai. haha

i can also tell kedai apa yg ada atau xde kat kl sentral. mcm klu korg tanya "kedai jual alatan memancing ada tak kat sana?" jwpnnye xde. tapi tempat memancing mmg byk la kat situ. kalau korg shallow, sila jgn membuatkannya ia obvious dgn wondering kat mana nk pancing ikan dlm kl sentral because i ws talking abt pancing benda lain.

aku juga tau kedai apa yg dulunya ada dan kini dah direplace dgn kedai lain. aku tau burger king yg baru buka itu dulunya adalah kedai bunga dan buah2an. coffee beans yg kamu nmpk itu dulunya adalah MPH klu kamu xtau. aku menyaksikan pembangunan kl sentral setiap hari sampai aku rasa klu aku michael scoffield aku dah buat tatu blueprint kl sentral kat belakang aku. tp sbb bukanla susah sgt nk keluar dr kl sentral tu, xmcm dlm prison break jadi xyahla kut aku bersusah payah

kalau korg nk tau charge yg dikenakan utk loker kat situ pun aku leh jwb. kat mana loker yg murah dan mahal pun aku tau. kat mana nk tukar duit utk bubuh dlm loker pun aku tau juga.and dun get me started dgn charge mandi kat kl sentral. mandi saja, mandi dan tuala, mandi dan toiletries, mandi tuala dan toiletries, pukul bape buka dan tutup. haish... aku rasa mcm aku boleh tulis buku panduan kl sentral dah. takpun kalau ada kuiz 'sejauh mana anda mengenali kl sentral' mesti aku dah lulus dgn warna2 terbang2.

tapi hari jumaat hari tu, aku tertewas. ego aku sebagai otai kl sentral tercalar bilamana aku xtau bahawa toilet dekat kedai dobi itu dikenakan charge 40sen sekali masuk. dan aku hanya mendiscover fakta itu ketika aku nk masuk toilet favourite aku semasa sesi melepak bersama kwn2 yg baru je aku berlagak tentang pengetahuan aku terhadap kl sentral sebelum itu. it ws a humbling experience bila aku found out ada juga yg aku xtau tentang kl sentral, eventhough it really hurts my ego

kamu xtau ada kedai dobi kat kl sentral? hahahahahahahaha nmpk sgt aku lg terrer

Thursday, March 04, 2010

things payid learnt frm the idiot box

last nite after i came back frm sesi melepak bersama sidekick, i watched a programme on Astro Oasis abt the challenges of the muslim converts in UK. ye, kwn2. mungkin sukar dipercayai tapi payid sbenarnya tgk juga Astro Oasis. ketika korg semua sibuk tgk Akademi Fantasia, payid tgk Akedemi AlQuran. ok, itu tipu

program tu in general menceritakan ttg how the english women di UK yg baru convert menghadapi challenges in embracing their new belief. challenges in adapting adat dan budaya inggeris mereka dlm kehidupan baru mereka sbg muslim. cabaran utk mengelak diri dr arak, party dan pergaulan bebas. kerisauan andai pengislaman tidak diterima ibubapa, keluarga dan kwn2. kemungkinan utk menghadapi diskriminasi, dipandang aneh di kalangan masyarakat tempatan sendiri dan kesukaran in explaining themselves kenapa mereka meninggalkan agama asal mereka

dlm program tu juga, ada menunjukkan kehidupan satu komuniti kecil muslim convert du UK. how they help, support and look out for each other.dan yg paling menyentuh hati aku bila salah seorg dr mereka berkata

"that's the beauty of Islam. it brings the people together"

dan pagi td ketika aku melangkah keluar dr rumah, aku terjumpa sekeping kertas di perkarangan rumah aku, yg merupakan surat layang menyatakan perasaan tak puas hati segelintir penduduk taman perumahan aku terhadap ketelusan ahli kariah surau kitorg

tiba2 aku terasa malu pada perjuangan saudara seagama kita di perantauan padahal kita yg dilahirkan muslim di bumi malaysia yg aman ini sibuk bertelagah tentang hal2 remeh begini. betapa kita takes everything we hv for granted

semoga Allah merahmati saudara seislam kita, xkira di mana mereka berpijak di bumi Tuhan ini. dan semoga Allah memberkati perjuangan hidup mereka semua. Amin

Friday, February 19, 2010

payid sekarang adalah 21 tahun (dengan 6 tahun pengalaman)

first and foremost, aku bersyukur kepada Allah kerana masih dipanjangkan usia. aku bersyukur dgn udara yg aku hirup, jantung yg masih berdegup dan kesihatan yg baik (walau sedang batuk2 manja skang). syukur Alhamdulillah untuk semua kurniaanNya, untuk ibu bapa dan keluarga yg menyayangi, untuk sahabat2 yg baik, untuk segala ilmu yg aku peroleh selama ini dan untuk pekerjaan yg baik yg aku ada sekarang

walau ada terasa sedikit tua (sedikit saja) tapi masih lagi in denial. masih lagi terasa seperti baru 21 tahun di kala saham masih di puncak kegemilangan. haha

demi berkongsi kegembiraan dgn kamu semua wahai para pembaca, i would like to gv away sumthing sebagai tanda ingatan dr payid. sila cekidaut gambarajah di bawah




yes. it's vouchers frm RED BOX RIA y'all!! courtesy frm redbox ria la kan. kau xpercaya? sila rujuk gambarajah berikut pula



ok, maafkan imej yg kabur kerana gambar diambil menggunakan handphone murahan (ini adalah taktik meminta hadiah hari jadi berupa telefon bimbit berkamera dgn megapixel yg lebih tinggi. kalau dapat blackberry lebih bagus). tapi mmg serious logo itu adalah logo redbox ria yg original. bukan tipu2 punye

memandangkan aku terlalu kebizian mau pegi karaoke lalu tersangat mustahil mau menggunakan semua voucher yg ada tu. serious ada byk ok, aku pon xtau la klu ada org yg mampu habiskan. mmg pengkarok tegar la ni



tengok? byk gile kan? ok abaikan jari yg gemok itu. jari sape tatau? haha

ok, kamu ingat aku mau bg kamu free2 je ke? ingt aku syg sgt ke kat korg? haha. ok la, mmg la syg. but to spice things up, xbest la kalau bg free je kan. harus ada sedikit pertandingan. kita pun dah lama xmain kuiz kan? haha

ok, soalan kuiz bagi memenangi SEKEPING voucher karaoke dr redbox ria sumbangan payid adalah seperti berikut

sila nyatakan kenapa anda suka membaca blog payid

tak kisah la bape patah perkataan pun korg nk guna. amacam, senang tak soalan kuiz penonton di rumah kali ini? ok, kepada kamu yg berkata "heleh perasan, aku bukan suka baca blog kamu pun" atau "cheh, hadiah sekadar sekeping voucher, xlumayan langsung" sila berambus sekarang. xmau masuk pertandingan sudah, kawan kau bedah, tet*k kau besar sebelah! haha

ok, bukanla aku dahagakan puji pujian sgt walau ini nampaknye peluang terbaik utk kamu semua mengampu aku di hari jadi. ini hanya untuk bersuka2 saja. lagipun lepas ni bolehla aku berlagak ngn semut dgn ayat2 seperti "org baca blog aku sbb org rasa aku cute sgt!". ok, bukanla exactly camtu kan ayatnya. bergantungla kepada alasan kenapa kamu baca blog aku

sila hantarkan jawapan anda di bahagian komen. komen2 yg terbaik akan memenangi voucher yg digembar gemburkan. komen yg terbaik akan memenangi peluang berkaraoke dgn payid. amacam, lumayan x? payid belanja tau!

Wednesday, February 17, 2010

sesi kaunseling bersama payid

selama beberapa ari cuti, aku berkira2 bila masuk ofis nnt aku mau update pasal kenduri kawin cousin aku yg mmg superb tu. gila sedap udang lauk pengantin dia masih terngiang2 lagi di deria rasaku. tapi bila aku dpt call smlm dr sidekick yg mengalami kemurungan jiwa, aku terus ubah fikiran

rasa sgt bersalah bila xdapat berada di sisi sidekick yg memerlukan. well, kdg2 superhero juga mengalami kekangan2 dlm hidup seperti bapa yg garang tidak memberi kebenaran utk keluar rumah. jadi nasihat dalam phone saja dgn cdt yg nyawa2 ikan seakan tidak memadai

jadi demi menebus rasa bersalah aku, maka aku post la kat sini version penuh kata2 nasihat aku yg xkesampaian semalam. boleh je kalau aku post terus kat email dia saja. tapi kata2 yg baik, lebih berfaedah kalau dikongsi bersama. mungkin boleh dijadikan panduan oleh org lain juga, mungkin boleh berkongsi pendapat. lagipun klu kwn yg lain ada masalah yg sama aku xyah la nk tulis byk2 kali. aku bg link je suh baca sendiri, haha

cinta itu mmg sgt indah (eceh intro xboleh belah). tapi mmg ye. sgt indah smp kdg2 kita terlupa ttg dunia realiti yg xberapa indah sebenarnya. cinta itu buta dan mebutakan. membuat org yg paling rasional pun kadangkala hilang kewarasan fikiran. kuasa cinta ni mmg hebat gile. mungkin lebih hebat dr dragonball. ok, xde kaitan

dan bila kita mmg cinta gila nk mati pada seseorg, kita terlupa hakikat yg kita sebenarnya xberhak utk suruh dia suka kita balik. cinta itu harus datang secara sukarela, tanpa dipaksa2. kita xboleh memujuk hati moga satu hari nanti mungkin pintu hati dia akan terbuka utk kita. sila baca perkataan MUNGKIN di situ. jadi sebenarnya, xde teori hakiki pun yg mengatakan bila kita suka kat org, org tu wajib suka bailk kat kita, walau segigih mana pun kita usaha. kalau dia suka, mmg gile punye nasib baik la. tp klu x, sila pasrah dan mengadu kepada superhero masing2

jadi kalau cinta kamu xditerima si dia, tabahkanla hati. masih byk lg single2 yg terhangat di pasaran sana. kamu nk yg versi kumbang, versi bunga, semua pun ada. jgnla kecewa sgt mcm dunia dah berakhir. percayala bahawa kesedihan kamu ini sementara saja. esok2 bila kamu dah terjumpa pengganti lain dan terjatuh cinta dgn yg lain, kamu mesti boleh get over kesedihan terlampau ini

dan jgnla pula diputuskan hubungan hanya kerana dia dah menolak cinta kamu. kalau pun kamu xdapat terima dan melihat dia bersama org lain yg mungkin 10 kali lebih loser dari kamu, kamu tetap xberhak utk halang dia dr bersama sesiapa yg dia suka. jgn la pula kamu rasa kehilangan dia dr kehidupan kamu. seriously, how can u lose someone u never had? jadi kalaupun xdapat bercinta, at least stay la as friends. sekurang2nya, kamu xla kehilangan dia terus. sekali sekala boleh juga curi2 ushar dia. dah nama pun kendu kan? ehehe

jadi demikianla kata nasihat aku utk sidekick yg memerlukan.

Wednesday, February 10, 2010

mama payid

mama ada sejenis perangai yg kdg2 buat aku runsing. ok, ada byk jenis perangai sebenarnya, membuatkan aku bertambah runsing.

tapi salah satu konsep yg dia selalu amalkan ialah "beli dulu, fikir kemudian" di mana dia akan membeli barang2 yg aneh2 dan kadangkala tidak masuk akal tanpa memikirkan terlebih dahulu bila masanya yg dia akan guna barang2 tersebut. more often than not barang2 itu sebenarnya hanya akan end up dalam stor sahaja. antara barangan aneh yg pernah dia beli adalah coffee maker, oven toaster, tempat barbeque yg aku xsure ape kenamanya dan chordless phone. kadang2 dia beli mangkuk corak kartun2 walaupun dalam rumah tu semuanya dah berumur 20 tahun ke atas. aku xtau la kalau2 dia membuat persediaan utk bg cucunya mkn pulak kan.

selalunye selepas pembelian itu akan ada sesi aku mempertikaikan pembelian2 mama. dan selalunye demi memenangi sesi itu mama akan menshadapkan aku dgn kata2 seperti "ey, hang diam la" sambil menyengih tersipu. mama tau aku selalunye kalah dengan taktik tu. tapi walaupun diam, mama tau aku masih lg xpuas ati

sbb tu baru2 ni bila dia beli benda yg xmasuk akal lagi, dia call adik aku sbb takut aku bising. memula aku relax juga walaupun diam2 jiwa aku memberontak. tapi demi kebaikan bersama, aku borak juge ngn mama mcm xde pape walaupun sesekali tonasi aku mcm sedikit tertekan je

tapi bila mama tetiba ckp "kamu byr la separuh plasma tv yg mama baru beli tu" aku tetiba terkesima. xtau la nk marah ke atau nk gelak. dahla beli tanpa pengetahuan aku, dah tau aku mesti xbersetuju dgn pembelian tu, nk suruh aku byr separuh pulak? adoi la mama aku ni

tapi bila seorg wanita yg kamu cintai sepenuh hati meminta kamu membayar harga TV plasma yg baru dibelinya, kamu akan terus menurut tanpa banyak bicara

dan semalam aku bank in kan separuh gaji aku yg baru dapat ke akaun mama. untuk seorg wanita yg bertarung nyawa berjam2 dalam labour room semasa melahirkan aku, setakat setengah bulan gaji tu tarak hal la

Monday, February 08, 2010

berita sukan oleh payid

bila org dapat tau john terry dates his fellow england team mate's ex, maka org pun beramai2 mengecam dia sampai dia dilucutkan jawatan captain of england. that's the price u hv to pay for messing up big time. siaaannn.. but sumhow i juz hope that rio ferdinand wont get that job. like, apekah? haissshhhh....

tak kisah la dalam dunia selebriti sukan atau tak, sebenarnya personally, i dun really see what seems to be the prob by dating ur best friend's ex pon. when it's obviously over between them, it's an open game. everybody stands a chance to grab si single yg hangat di pasaran itu. kalau kau tak grab, org lain yg cantas dulu. kan?

tapi harus diingat, semasa dalam stage kepatahan hati di mana dia start mendengar lagu2 yg sayu pilu, menatap gambar2 ketika bahagia bersama sambil mengimbau kenangan lalu dan membuat entry2 blog yg membuatkan kau pun hampir depressed membacanya, seseorg itu adalah dlm state yg sungguh vulnerable. bila dia merasakan bahawa tiada gunanya lagi meneruskan kehidupan di dunia ini dengan kegembiraan bila tidak dapat bersama si cinta hati, mendengar lagu "kau kunci cintaku di dalam hatimu" pun dah mampu membuat dia berjuraian air mata. it's hard enough to see ur ex dating someone else, let alone ur own best friend. harusla dia meroyan. like, aren't u supposed to be helping me getthing through this catastrophe? yang kau pegi date ex aku tu ape hal nye?

ok la, so technically, it's not wrong to date ur best friend's ex. it's not immoral. it's just unethical. terutama bg org2 yg mementingkan honour among friends. punya la byk single yg terhangat di pasaran, ex kwn baik kau juga yg kau nk. but who can blame u if the ex tu adalah partner idaman semua org dan best friend kau lah si loser yg melepaskan dia begitu sahaja. lu pikirla sendiri!

but for fabio capello to axe john terry as captain is not solely because he dated his friend's ex. bila dia sudah berkahwin dan mempunyai keluarga yg bahagia, sebarang kecurangan itu adalah tidak boleh diterima akal. man, he really messed up big time

tapi apa2 hal pon, malam td arsenal kalah juga 2-0 ngn chelsea. lalalalalala......

Friday, January 29, 2010

ini bukan payid yg selalu menulis

**disclaimer dulu siap2**

ini adalah entry paling jiwang pernah payid hasilkan. sesiapa yg ada simptom seperti lemah jantung, perut mudah meragam sehingga mengakibatkan cirit atau muntah2 dinasihatkan menjauhkan entry ini

dia cantik. dia menarik. dia lucu. dia adalah segalanya yg aku mahukan

dia sgt halus pekertinya. selalu menjaga santunnya. tidak pernah meninggalkan lima waktunya. tidak pernah mendedahkan auratnya

dan dia jugalah yg buat hati aku berdebar tiap kali menatap wajahnya. debar, tapi mendamaikan. tutur lembut suaranya buat jantung aku berdegup lebih cepat dari biasa. dan bila dia tersenyum, aku terasa mcm hati aku tetiba mencair. mcm semut ckp, klu senyuman dia mampu mencairkan lemak, aku suruh dia senyum je setiap masa. xyah aku masuk the biggest loser dah

namun untuk memiliki hatinya, aku xberani. tak tersampai hati yg sebenarnya. org yg hatinya semurni itu tidak layak utk aku. xsanggup aku nk put her through the hardship of having a forbidden relationship bila dia seharusnya bahagia dgn kehidupannya. mungkin ini adalah keadaan bila kita terlalu suka dan sayangkan seseorg, kita hanya mengharapkan kebahagiaan utk dirinya, walaupun kebahagiaan itu dikongsi dgn org lain selain kita

biar aku hanya mendoakan yg baik2 saja utknya. dan rasa ini biar aku pendam sorg2 je. dan cukup sekadar menatap senyumannya setiap hari, itu sudah cukup membahagiakan bagi aku. walaupun kadang2 ringan je mulut aku nk memainkan card yg ultimate;

"saya suka la kat awak. jom kita couple"

Friday, January 15, 2010

aku xsempat nk pk tajuk sbb bergegas nk turun breakfast

i really hv a thing for intelligence, xkira la lelaki atau perempuan. engaging in a decent and meaningful conversation adalah sgt mengujakan aku. bukanla setiap masa kau harus serius membicarakan soal humanity atau kebejatan sosial akibat globalisasi. aku xcukup bijak la kut klu nk bicara soal camtu sepanjang masa. kadang2 sambil berbincang perkara yg serius pon aku boleh bercakap pasal ayam panggang madu secara berlebihan

tapi apabila hampir setiap hari disogok dgn lame conversation bersama seorg bimbo cantik yg dr cara percakapannya pon kau tau setinggi mana tahap pemikirannya tapi terasa seolah2 kau itu so into her kerana dia cantik and the whole world revolves around her and her only, a phone conversation with my ex semalam is so a breath of fresh air

it ws just a plain phone call, saling bertanya khabar dan bertukar berita. exchanging updates tentang apa yg berlaku dlm kehidupan masing2. tapi conversation yg sebegitu pon boleh left me with a smile on my face

i hv to admit, her intelligence to me is still her best features. kdg2 cara dia berfikir and seeing things frm a different point of view really fascinates me. i dunno if it's just me, bt i look up to her as someone who really hv a good head on her shoulders. no wonder la utk 2 org yg selalunya tidak byk bicara, kami boleh bergayut smp 5 jam dulu. ok, tu masa courting2. xkira la kan. but, i still find myself could talk to her for hours, frm one topic to another

dan betapa susahnyala utk aku cari org2 yg begitu di pasaran sekarang. selalunya org2 yg begitu harusla sudah diambil org dan tidak available lagi. ataupun dia tidak kendu mcm semut. haha

tapi ada juga org yg aku jumpa kdg2 aku terasa semacam trying too hard to impress. mungkin dia sudah sedia maklum betapa aku suka org2 yg intelligent sampai kadang2 attempt utk dia menunjukkan kebijaksanaannya itu sampai melampaui batas. mind u, differences of opinion itu adalah sesuatu yg menarik. tapi apabila kamu cuba argue every single point yg aku cuba katakan hanya utk menunjukkan kebijaksanaan kamu walaupun kadang2 argument kamu itu tidak masuk akal langsung adalah attempt yg sgt menyedihkan. mungkin dia xtau, bertengkar berlebih2an itu adalah sifat org munafik. aku suka org yg bijak, bukan munafik!

walaupun org2 mcm ex aku itu agk sukar dicari, jgnla pula ada spekulasi2 bimbo yg menyatakan aku mau bercinta2 dgn dia semula. haish...!!! penat aku menjadi mangsa gosip ni

baru aku faham macamana perasaan fasha sandha (walaupun aku rasa dia bimbo)

Monday, January 11, 2010

menulis blog di kala mentari terbit di ufuk timur

aku tau aku dah 12 hari xupdate blog. lama la tu kiranya, tanbah2 kalau nk dibanding dgn kadar memblog aku thn lepas. ni dah masuk thn baru smp 10 hari lebih xupdate. tah2 ada org igt aku dah mati kut

tapi kalau xde benda yg mau cerita, lebih baik diam je. kenapa perlu menulis dgn tekanan. hanya kerana lama xde cerita baru maka harus diada2kan cerita demi keeping my readers updated. aku tidak suka menulis dgn perasaan terpaksa sebenarnya. membaca tulisan aku yg ditulis tanpa perasaan ihklas itu sgt gampang perasaannya. maka inila jwpn aku utk soalan "kenapa blog lama xupdate"

lama xmenulis, intro smp 2 perenggan. klu blog aku mcm blog jebon yg 6 bulan xupdate tu maunye aku tulis 7 post khas utk introduksi semula. cheh, ni dah masuk perenggan ketiga lak dah

-------------------------------------------------------------

bila aku tanyakan dia

"apa ciri2 partner idaman u?"

aku hanya mampu tersengih kurang ikhlas bila jawapan yg disenaraikan adalah pandai main bola, pandai main gitar dan boleh dukung dia naik tangga. dan kepada dia, gadis yg kununnya cuba dipadankan oleh kwn aku kerana dia baru dikecewakan, aku katakan sesuatu yg mungkin tidak dia jangka

"sebenarnya u sndiri pon xtau apa yg u nak"

mungkin dia menjangka aku akan cuba memujuk dia, atau at least menggalakkan dia utk memenangi semula kekasih yg telah meninggalkan dia itu. ntah, aku sndiri pon kurang pasti apa yg dia harap dr aku. tp aku dpt rasakan dia kurang senang dgn jwpn aku yg tiada berjiwa dan sgt straighforward

tapi mungkin klu dia mengharapkan aku menjadi pelepas sepi dia buat sementara, aku pon tidak kisah sgt, kut. aku sndiri pon tiada komitmen dgn siapa2 sekarang. single and owh so available katanya. a few dates wont be cause any harm. setakat mau mengisi kekosongan dgn kata2 yg manis bukanla masalah yg besar utk aku

tapi aku sudah merasakan major turn off bila obviously dia masih lagi holding on kepada ex nya. aku hargai usaha kwn aku utk hook up aku dgn dia, tapi utk aku commit dlm rship yg kemungkinan besar akan end up dgn aku menjadi rebound sahaja adalah idea yg sgt xmenarik

jadi the next time andai ada sesiapa yg mau carikan aku pasangan, tolongla jgn cari yg semacam dia. jgnkan nk dukung dia naik tangga, nk angkat diri sndiri pon aku xlarat!